BILA SAYA LEWAT DAPAT ZURIAT : CAKAP SENANG LAAA..

Sejak saya buat bisnes Shaklee setahun setengah yg lalu, alhamdulillah saya dah berjaya bantu banyak pasangan berjaya mendapatkan anak dengan Set Kesuburan Shaklee. Ada yg ambil untuk isteri sahaja, ada yg ambil untuk suami sahaja dan tak kurang juga yg ambil Set Kesuburan lengkap untuk suami isteri.


Saya bantu setiap customer saya dengan sepenuh hati. Bukan sebab saya pernah berjaya hamil dengan Set Kesuburan ni. Tapi sebab saya sendiri pernah lewat mendapat zuriat. 5 TAHUN lamanya saya menunggu untuk mendapat zuriat saya yg sulung; Muhammad Ihsan. Waktu itu saya belum kenal Shaklee. Shaklee pun belum terkenal kat Malaysia pada waktu itu. Jadi, bila ada prospek yg bertanyakan tentang Set Kesuburan atau Set Ingin Hamil Shaklee, saya AMAT FAHAM perasaan mereka. Saya boleh agak apa yg ada di dalam hati mereka. Dan dengan seikhlas hati saya akan berusaha untuk membantu mereka dengan kebaikan Shaklee agar mereka juga dapat merasai kegembiraan menimang cahaya mata.

Saya berkahwin di usia agak muda; 23 tahun. Usai pengajian Sarjana Muda, saya terus bertunang. 6 bulan kemudian saya berkahwin dengan boifren (sekarang suami la) saya yg merupakan rakan sekelas saya di universiti. Cinta kampus la ni.. hehehe.. Pada waktu itu suami saya sudah mula bekerja di satu syarikat konsultan (masih di syarikat yg sama hingga kini). Manakala saya pula menyambung pengajian di peringkat Sarjana. Kami memang sengaja merancang untuk melewatkan kehamilan selama setahun. Kononnya sebab masih muda & saya masih belum ada pendapatan.

Selepas setahun,kami mula berusaha seperti pasangan lain untuk mendapatkan zuriat. Macam-macam yg kami lakukan. Mana tanah tinggi Malaysia yg kami tak jejak? Semuanya sebab ikutkan tips orang.. Hotel berbintang-bintang dah macam-macam kami pergi. ‘Ambil berkat’ tempat sejuk orang kata.. Tapi selepas 2 tahun mencuba; dengan usaha berurut dan pengambilan makanan-makanan yg dikatakan boleh ‘menghamilkan’ seperti habbatussauda, buah delima dan sebagainya; usaha maki masih belum membuahkan hasil. Sedangkan, kitaran haid saya adalah tetap & normal sejak saya berusia 12 tahun. APA YG TAK KENA??

Lantas, pada tahun ke-3 perkahwinan kami, saya dan suami mengambil keputusan untuk berjumpa doktor pakar obstetrik & gynaecology. Jawapan yg tepat diperlukan. Apa punca kami masih tak memperolehi zuriat? Berat sungguh langkah waktu tu. Debarannya tak mampu nak diungkapkan dengan kata-kata. Risau, takut, berdebar semua bercampur menjadi satu. Sehingga saya sanggup berjanji dengan suami:

“Abang.. Kalau memang disahkan I tak boleh mengandung dan tak ada peluang langsung untuk mengandung & melahirkan zuriat You, dan U pula disahkan boleh menjadikan wanita mengandung, I izinkan U berkahwin lain.”

Jangan anggap saya bergurau. Dan jangan anggap IA MUDAH bagi saya melafazkannya. Perempuan mana yg sanggup berkongsi kasih suami yg dicintainya? Tapi apa hak saya untuk menafikan hak suami saya untuk mempunyai zuriat? Lelaki mana yg tak mahu zuriat?

Saya dan suami menjalankan pemeriksaan kesihatan. Dan hanya dengan satu ujian sahaja, suami saya disahkan normal & mampu menjadikan wanita hamil! Saya pula? Perlu melalui beberapa proses pemeriksaan lagi untuk membuktikan saya boleh hamil! Allahuakbar..


Ovari & rahim saya diperiksa. Doktor mengesahkan saya menghidap PCOS (Polisystic Ovarian Syndrom); di mana pintu ovari saya sempit dan itu menyebabkan ovum saya tidak keluar dalam bentuk yg sempurna setiap bulan. Haid yg datang setiap bulan hanyalah terdiri daripada serpihan ovum yg tidak sempurna yg tidak boleh disenyawakan oleh sperma. Secara teorinya saya boleh hamil, tetapi ovari yg sumbat perlu ‘dibersihkan’ terlebih dahulu. Dan ovum yg keluar selepas itu nanti perlu distimulasikan agar ia berbentuk sempurna untuk disenyawakan.

Tapi ada 1 lagi ujian yg perlu saya jalani. Ujian untuk menentukan sama ada tiub falopio saya tersumbat ataupun tidak. Jika tersumbat, maka sperma sememangnya tidak boleh bertemu ovum dan yg pastinya, SAYA TIDAK AKAN BOLEH HAMIL! Siapa yg tahu bagaimana ujian ni perlu dijalankan, pasti tahu betapa malunya yg perlu ditanggung; apatah lagi jika doktor yg memeriksa itu adalah lelaki! Sebab pemeriksaan yg satu ini dilakukan oleh pakar x-ray. Dan agak sukar untuk kita memilih pakar x-ray lelaki atau perempuan. Jika ada pun, memerlukan masa lain untuk menempah temujanji.

Alhamdulillah.. tiub falopio saya tidak tersumbat. Dan saya disahkan BOLEH HAMIL oleh pakar O&G saya. Satu kegembiraan yg memang tak tergambar! Dan yg paling penting, suami saya tak perlu berkahwin lain!! Hehehehehe..

Saya seterusnya menjalani rawatan untuk membersihkan ovari. Serpihan ovum yg tersumbat di sekitar pintu ovari perlu dibersihkan. Dan pada bulan itu kami tidak dibenarkan mencuba untuk hamil kerana bimbang risiko sperma suami mungkin akan mensenyawakan beberapa ovum serentak. Jika iai berlaku, tiub faloppio boleh pecah dan saya tidak akan boleh hamil lagi.

Bulan seterusnya, pada hari ke-10 kitaran haid, ovum saya diperiksa. Ia bagi memastikan ovum saya bersifat sempurna untuk disenyawakan. Bulan depannya, tanggal 3/8/2008 saya sepatutnya datang haid. Tetapi saya telah lewat. Dan dek kerana ketidaksabaran yg menggunung, setelah hanya 5 hari lewat datang haid, pada 8/8/2008 saya telah membuat UPT sendiri di rumah. Dan keputusannya adalah POSITIF!! Alhamdulillah... kegembiraannya hanya Allah yg Maha Mengetahui. Suami saya pun tercengang-cengang bila saya menunjukkan keputusan UPT tu sebelum kami menunaikan solat Subuh pagi itu. Hehehehe..


Dan akhirnya, pada bulan ulangtahun perkahwinan kami yg ke-5; iaitu Mei 2009, kami dikurniakan zuriat sulung lelaki kami yg amat dinantikan terutamanya oleh suami saya yg terlalu inginkan seorang anak lelaki. Kami namakannya MUHAMMAD IHSAN. Nama yg simple. Tidak moden. Tetapi cukup memberikan 1001 kegembiraan & kebaikan kepada kami; seiring maksudnya: IHSAN – KEBAIKAN & KESUNGGUHAN SEOLAH-OLAH MELIHAT ALLAH DI DEPAN MATA.

Semoga Ihsan menjadi insan & khalifah dari keturunan menunaikan solat, soleh, bijaksana serta berjaya di dunia & akhirat. Mummy & Daddy sayang Ihsan hingga ke syurga. Amiiin... <3 br="">

Nota:
Set Kesuburan suami isteri telah berjaya membantu banyak pasangan mendapatkan zuriat yg diingini dengan izin Allah S.W.T. Jika anda juga ingin berikhtiar dengan Set Kesuburan Suami Isteri Shaklee, sila KLIK DI SINI.


Irda
Shaklee Independent Distributor
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)

MENGAPA SAYA LEWAT DAPAT ANAK? ADAKAH SAYA MANDUL?

Kemandulan adalah suatu perkara yg agak sukar untuk dibicarakan dalam kalangan umum. Sesetengah orang beranggapan bahawa isu ini merupakan suatu perkara yg amat sensitif dan kurang enak untuk dibincangkan; terutamanya di kalangan mereka yg sudah bertahun-tahun mendirikan rumahtangga namun masih belum dikurniakan zuriat. Walau bagaimanapun, hanya sebilangan kecil sahaja sebenarnya yg tidak mampu untuk mendapat zuriat disebabkan oleh kemandulan. Manakala majoritinya pula hanya mengalami beberapa masalah berkaitan kesuburan yg boleh dirawat.


Kebiasaannya, 84% pasangan yg tinggal bersama akan mendapat cahaya mata dalam masa setahun perkahwinan mereka. Peratusan ini akan berkurangan untuk jangka masa yg seterusnya. Manakala bagi pasangan yg sudah lebih 2 tahun berkahwin, dan tidak mengambil apa-apa langkah pencegahan kehamilan, tetapi masih belum mendapat zuriat, mereka dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan kesihatan dan mendapatkan sesi akunseling ataupun rawatan bersama doktor. Sebaiknya pemeriksaan dan rawatan ini dilakukan bersama doktor pakar gynaecology & obstetrik (pakar sakit puan). Pemeriksaan bersama doktor pakar ini akan lebih terperinci dan lebih bertepatan dengan tujuan utama anda untuk mendapatkan cahaya mata. Anda juga tidak perlu membazirkan masa & wang untuk ke sana ke mari mendapatkan nasihat & rawatan daripada beberapa doktor yg tidak pakar dalam bidang ini.


Apakah antara punca lewat mendapat anak atau zuriat?
Ada beberapa persoalan yg perlu diketahui oleh setiap pasangan suami isteri; khususnya yg sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat iaitu:

1. Adakah si isteri menghasilkan ovum? Tahukah anda bahawa tiadanya penghasilan ovum (anovulation) menyumbangkan 21% kepada faktor kelewatan hamil atau kemandulan!

2. Adakah si suami menghasilkan sperma yg cukup, sihat & berkualiti? Tahukah anda bahawa 24% punca kelewatan mendapat zuriat adalah disebabkan oleh faktor kelamahan suami!


3. Adakah ovum & sperma bersenyawa? Terdapat beberapa faktor yg menyebabkan ovum & sperma tidak bersenyawa. Contohnya salur tiub falopio yg sempit, cecair mukus dalam rahim yg terlalu pekat, hubungan intim yg tidak dilakukan pada hari subur dan sebagainya. Adalah digalakkan bagi setiap pasangan untuk melakukan hubungan intim kira-kira tiga kali seminggu (terutamanya pada hari subur) untuk memastikan kesuburan pasangan berkekalan.

4. Adalah janin (embrio) berjaya melekat di dinding rahim selepas bersenyawa? Kegagalan embrio melekat di dinding rahim juga menyebabkan kegagalan kehamilan normal untuk berlaku.


Jadi, apa yg perlu anda (suami isteri) perlu lakukan?
1. Jika anda seorang perokok, berusahalah untuk berhenti. Tabiat merokok boleh menjadikan sperma lelaki tidak berkualiti & gagal mensenyawakan ovum. Manakala jika wanita merokok, ia mampu menjadikan wanita itu mandul dan tidak boleh hamil.

2. Periksa Body Mass Index (BMI) setiap pasangan. Kedua-dua pasangan perlu memastikan bahawa berat badan mereka adalah normal. Obesiti atau berat badan berlebihan boleh mengganggu tahap kesuburan serta kestabilan hormon lelaki & wanita. Lelaki yg obes menghasilkan cecair semen 60% berbanding mereka yg mempunyai BMI normal. Mereka juga memiliki kira-kira 40% bilangan sperma yg tidak sihat dalam semen mereka. Manakala wanita obes pula amat cenderung untuk mengalami gangguan hormon dan seterusnya mempunyai kitaran haid yg tidak teratur. Kitaran haid yg tidak teratur menunjukkan ovum tidak dihasilkan secara teratur oleh ovari.


3. Adakah suami atau isteri sering mengalami stress? Perkara ini hampir sememangnya tidak dapat dielakkan. Apatah lagi jika anda sudah bertahun-tahun mencuba untuk mendapatkan zuriat tetapi masih belum berhasil. Apa yg anda perlu lakukan adalah berbincang dengan tenang bersama pasangan. Ambil masa untuk meredakan stress yg dihadapi. Pergilah bercuti ataupun berehat untuk menenangkan fikiran di tempat-tempat yg menggembirakan seperti di tepi pantai, pulau dan sebagainya. Pulanglah dan mengadulah kepada Yg Maha Pencipta. Berdoalah dan minta dengan bersungguh-sungguh semoga diberikan petunjuk yg benar untuk menyelesaikan segala kebuntuan anda. Bagi yg beragama Islam, mengerjakan umrah boleh menjadi salah satu ikhtiar yg baik. Allah mungkin akan lebih mendengar doa kita ketika berada di Kota Suci Mekah.

4. Periksa kitaran haid isteri. Adakah haid isteri teratur ataupun ‘tunggang-langgang’? Kitaran haid normal seorang wanita adalah di antara 28-32 hari. Atau adakah si isteri menghadapi kesakitan atau PMS yg terlalu menyakitkan ketika haid? Kitaran haid yg normal dan tidak menyakitkan perlu dimiliki oleh setiap isteri. Ia menunjukkan bahawa tiada gangguan hormon atau risiko ketidaksuburan berlaku kepada si isteri.

5. Berapa kerap anda melakukan hubungan intim? Adalah menjadi lumrah jika kekerapan hubungan intim menjadi berkurangan apabila tahun-tahun perkahwinan bertambah. Namun, dalam usaha mendapatkan zuriat, pasangan suami isteri perlu sentiasa mempunyai semangat & kesungguhan seperti ‘pengantin baru’. Sikap romantik & mesra itulah yg mewujudkan keterujaan apabila suami isteri bersama. Dan keterujaan ini amat penting sebenarnya dalam usaha untuk menjadikan ovum & sperma tersenyawa.

Nota:
Set Kesuburan suami isteri telah berjaya membantu banyak pasangan mendapatkan zuriat yg diingini dengan izin Allah S.W.T. Jika anda juga ingin berikhtiar dengan Set Kesuburan Suami Isteri Shaklee, sila KLIK DI SINI.

Irda
Shaklee Independent Dsitributor
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)

5 TIPS MUDAH RENDAHKAN PARAS KOLESTEROL JAHAT

Usia, jantina dan sejarah keluarga merupakan antara faktor yg tidak boleh dikawal. Tetapi diet, senaman dan lain-lain gaya hidup boleh memberikan perubahan yg besar dalam mengekalkan profil kolesterol yg sihat. Berikut adalah beberapa langkah bagi membolehkan anda meningkatkan paras kolesterol baik (HDL) di dalam badan anda:

1. TURUNKAN BERAT BADAN
Manfaat: Penurunan 3kg berat badan akan meningkatkan 1 mata HDL.


2. BERJALAN PANTAS
Manfaat: Berjalan pantas boleh menaikkan 2-4 mata HDL. Manakala bersenam selama 20 minit setiap hari boleh meningkatkan 2.5 mata HDL.

3. TIDAK MEROKOK
Manfaat: Secara purata, paras HDL perokok adalah kurang 5mg/dL berbanding mereka yg tidak merokok.



4. PILIH KEKACANG SEBAGAI SNEK
Manfaat: Paras HDL meningkat 2-3 mata. Disarankan anda mengambil sama ada walnut, pecan, almond, pistachio, peanut dan macadamia sekitar daripada 2 auns (57gram) setiap hari.



5. AMBIL LEBIH KALSIUM
Manfaat: paras HDL meningkat 1 mata. American Journal of Medicine mendapati, mengambil 1,000mg supplemen kalsium sehari boleh meningkatkan paras HDL sehingga 7 peratus.


Nota:
Jika anda memerlukan supplemen untuk MERENDAHKAN PARAS KOLESTEROL KESELURUHAN, hubungi saya! Saya sedia membantu. (^_^)

Irda
Shaklee Independent Dsitributor
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)

SET SUPPLEMEN UNTUK KESIHATAN LELAKI MACHO

Lelaki pelindung keluarga. Jika dia belum berkahwin, dia seorang pelindung utama kepada ibu bapa & adik-beradiknya. Jika seorang lelaki telah berkahwin, lagi besar tanggungjawabnya untuk menyara & menjaga isteri serta anak-anaknya. Justeru, KESIHATAN ADALAH AMAT PENTING bagi seorang lelaki.


Lelaki tidak terkecuali dalam menghadapi pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung, kencing manis, obesiti, strok dan banyak lagi. Ada di antara mereka yg mengalami perubahan hormon seawal usia 30 tahun yg membawa kepada masalah kesihatan yg rumit dalam hidup mereka seperti:

· Mati pucuk
· Pembesaran prostat
· Kelesuan & stress
· Kurang tenaga & stamina


Set Kesihatan Lelaki Macho dari Shaklee membekalkan nutrisi terbaik untuk kesihatan lelaki. Asasnya, Set Kesihatan Lelaki Macho Shaklee ini terdiri daripada 3 jenis supplemen iaitu:

1. OMEGA GUARD

Omega Guard membantu kesihatan jantung serta meningkatkan kecergasan badan secara keseluruhannya. Mengekalkan tekanan darah serta paras kolesterol yg sihat, memecahkan lemak di dalam salur darah serta membantu otak supaya lebih fokus di tempat kerja.


2. VITA E COMPLEX


Vitamin E Complex Shaklee membantu memelihara kesihatan prostat, meningkatkan kesuburan lelaki serta meningkatkan kualiti sperma lelaki agar mudah untuk memperolehi zuriat.


3. ZINC COMPLEX


Zinc Complex dengan ekstrak barli dan juga Alfalfa membantu mengekalkan paras gula yg sihat di dalam darah, memelihara hormon & kesuburan lelaki serta mengurangkan masalah keguguran rambut akibat faktor hormon & usia.


HARGA RETAIL BAGI SETIAP ITEM SET KESIHATAN LELAKI MACHO SHAKLEE ADALAH:

1. OMEGA GUARD (90 BIJI): RM136
*Sediaan untuk 3 bulan.

2. VITA-E COMPLEX (120 BIJI): RM149
*Sediaan untuk 4 bulan.

3. ZINC COMPLEX (120 BIJI): RM33
*Sediaan untuk 4 bulan.


Untuk memesan Set Kesihatan Lelaki Macho Shaklee ini hubungi saya:

Irda
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)

KEBAIKAN VITAMIN E SHAKLEE: SUPPLEMEN UNTUK KECANTIKAN & KESUBURAN

Vitamin E Shaklee dibuat daripada minyak soya organik dan minyak biji gandum, yg kaya dengan Vitamin E, diekstrak d-alpha tocopherol yg aktif secara fisiologi dan digabungkan dengan 8 jenis Vitamin E (alpha, beta, gama, delta). Ia adalah Vitamin E yg paling lengkap formulanya di pasaran.


Vitamin E Shaklee juga mengandungi 10mg selenium semulajadi yg membantu tubuh kita menyerap Vitamin E, memelihara membran sel-sel, sel darah dan tisu-tisu otot. Ianya juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadnium dan mengukuhkan anti-oksidan dan melindungi retina.

Kebaikan utama Vitamin E Shaklee adalah:

· Melindungi Jantung – Pengambilan harian 800IU Vitamin E untuk jantung yg sihat, melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid, meningkatkan kolesterol HDL, mengurangkan tekanan darah, menghalang platlet darah melekat ke dinding arteri, menghalang anemia hemolitik serta penyakit jantung.

· Mempertingkatkan Kemampuan Reproduktif – Kajian pada tahun 1924 mendapati bahawa Vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Para lelaki yang mengambil 600IU-800IU Vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka.

· Anti Penuaan – 1 kapsul Vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, akne dan bintik penuaan. Ianya mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot peha.


· Anti-Oksidan yang Kuat – Pengambilan lebih dari 1,200IU sehari untuk anti-oksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas. Ianya juga memperbaiki masalah oksidasi – katarak dan masalah penglihatan.

· Kelestarian Tenaga – Meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih.

· Memperbaiki Arthritis – Meningkatkan keanjalan salur darah, memperbaiki kitaran darah, merawat bahu kejang, pening, buasir, urat verikos dan sakit sendi.

· Menghalang Keguguran – Merawat musculus pectoralis fibrosis otot dada, sindrom prahaid dan sindrom menopaus seperti hot flush. Digunakan pada ujian klinikal untuk menghalang kematian janin dan keguguran.

· Memperbaiki Parut – Memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh dikenakan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut.


Vitamin E Shaklee sangat disarankan untuk diambil oleh:

· Lelaki yang ingin meningkatkan kesuburan dan mendapatkan cahaya mata.
· Mereka yg menghidap kanser atau berisiko mendapat penyakit kanser berdasarkan sejarah keturunan.
· Mereka yang mempunyai tumor/ketumbuhan.
· Wanita yg mempunyai masalah fibroid atau cyst.
· Mereka yang ingin mengekalkan keremajaan kulit. & menghilangkan kedutan akibat faktor usia.
· Mereka yg ingin menghilangkan jerawat serta parut jerawat.
· Wanita yang ingin meningkatkan keintiman hubungan bersama suami.
· Wanita yg hampir atau telah menopaus.

Jom order Vitamin E anda SEKARANG!

Harga Retail Normal: RM149 (sebotol-120biji)
*Dapatkan diskaun 20% apabila anda mendaftar sebagai Ahli Shaklee!
*Hubungi saya untuk HARGA ISTIMEWA!

Irda
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)

RESEPI MEALSHAKES SHAKLEE YG MARVELLOUS UNTUK ANAK YG AKTIF & HEBAT!

Assalamualaikum semua! Hari ni nak buat post ala-ala chef gittewww… hehehe.. takde la chef sangat pun.. Cuma nak share dengan uols beberapa resepi Mealshakes Shaklee yg boleh anda cuba untuk diberikan kepada si manja anda yg ada masanya sangatlahhh cerewet dalam memilih makanan atau minuman yg mereka nak telan kan.. kadang-kadang nak suruh anak minum/makan pun boleh jadi gaduh.. hehehehe.. ni pengalaman saya la..

Sebab anak saya yg sulung tu (sekarang berusia 5 tahun) adalah seorang kanak-kanak yg sangat-sangat-sangat cerewet orangnya dalam bab makan minum nih… aduuuhhhhh… jenuh tau nak bagi makan kat budak macam ni.. kita ibu bapa ni nak kena kreatif supaya diorang ni tak cepat jemu & tertarik untuk makan makanan yg kita dah sediakan..

Ok, jom kita tengok resepi Mealshakes Shaklee yg saya nak share ni. Nanti anda boleh la cuba juga di rumah! (^_^)


1. Mealshakes + susu formula
2. Mealshakes + susu segar
3. Mealshakes + susu Dutch Lady berperisa coklat/strawberry
4. Mealshakes + minuman yogurt/lassi pelbagai perisa (macam minuman jenama Bliss tu)
5. Mealshakes + Milo/hot chocolate
6. Mealshakes + Horlicks
7. Mealshakes + jus buah-buahan Orange/Mangga/Guava Peel Fresh (ini terutamanya untuk yg berasa muak apabila mengambil susu)
8. Mealshakes + ESP Shaklee (ini untuk bekalan tenaga yg tinggi & rasa lebih kenyang)
9. Mealshakes + segelas susu segar+2-3 keping biskut Oreo + ais (milkshake Mealshakes Oreo! Nyummm!)
10. Mealshakes + ESP + Performance Drink (minuman Mighty 3 Gems untuk kanak-kanak yg ingin berpuasa. Boleh diambil ketika bersahur untuk bekalan tenaga serta rasa kenyang lebih lama).
11. Mealshakes + susu segar + sebiji pisang + ais (Banana milkshake)
12. Mealshakes + susu segar + ais + potongan buah-buahan seperti strawberry, kiwi, buah naga, mangga dan lain-lain mengikut kegemaran (Fruit / Tropical milkshake)


13. Aiskrim Mealshakes – khusus bagi yg pandai membuat aiskrim sendiri di rumah. Tambahkan 1 sudu Mealshakes ke dalam ramuan aiskrim anda untuk meningkatkan khasiat aiskrim buatan anda! Hehehe..


Kesemua resepi-resepi ni cuba anda sediakan di dalam shaker ataupun gelas/mug yg menarik seperti ni kafe-kafe atau restoran. Mungkin anda boleh tambahkan sedikit sirap coklat, whipping cream ataupun hirisan buah di bahagian atas minuman Mealshakes terbut bagi menarik perhatian si manja untuk meminumnya!

Saya percaya, minuman Mealshakes Shaklee anak anda pasti lebih hebat rasanya! Dan si manja anda tidak akan menolak untuk meminumnya! Jom cuba!

Nak Mealshakes Shaklee untuk anak anda? Jom hubungi saya sekarang!

Irda
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)

TIPS CEPAT HAMIL : ESP SHAKLEE TINGKATKAN KESUBURAN ISTERI

Ye ke?? Bukan GLA Complex ke??

vitamin kesuburan shaklee

Haaaa... jangan tak tau, ESP pun sangat membantu tau.. Terutamanya bagi para isteri yg mempunyai masalah kitaran haid tidak tetap.. Biasanya saya MESTI cadangkan untuk ambil 2 produk ni:

1. GLA Complex
2. ESP

Kenapa?

Sebab ESP kaya dengan protein. Protein membantu menstabilkan hormon wanita. Sangat-sangat membantu ye, in fact.

esp shaklee

Selain tu, saya sukaaaaa sangat sarankan wanita ambil ESP ni sebab baaaanyak kebaikan sampingan lain yg boleh diperolehi tau... Siapa yg dah cuba je PASTI tak mau 'terpisah' dengan ESP ni... hehehehe...

Irda
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...