PENANTIAN CAHAYA MATA SELAMA 10 TAHUN KINI BERAKHIR

Cahaya mata adalah apa yg sangat diinginkan olrh setiap pasangan suami isteri yg telah berkahwin. Ada yg mudah sahaja hamil sebaik selepas bernikah. Namun, ada juga yg terpaksa menunggu selama bertahun-tahun & melakukan pelbagai usaha barulah berjaya hamil & memperolehi cahaya mata. Dalam usaha untuk hamil, walaupun ada kalanya sehingga menimbulkan stress, namun pasangan tidak boleh berputus asa. Orang kata, bukan semua usaha yg serasi & berhasil dengan orang lain akan berkesan juga kepada kita. So, apa sahaja tips & petua yg tidak menyalahi agama seharusnya dicuba. Sama seperti Encik Daud ini. Anak pertama beliau telah dikurniakan sebaik sahaja berkahwin. Namun, sukar bagi beliau untuk mendapat cahaya mata yg kedua. Beliau terpaksa menunggu selama 10 tahun lamanya! Kini, isteri beliau telah berjaya hamil setelah mengamalkan Vivix Shaklee. Jom kita ikuti kisah beliau! 😉

"Assalamualaikum.

Saya Daud Mohamad. Berumur 33 tahun, telah berkahwin 11 tahun yang lalu dan dikurniakan seorang anak kini berumur 10 tahun.

Setiap kali berjumpa dengan adik beradik dan saudara mara. Soalan yang pertama ditanya mesti soal anak. Bila lagi nak tambah anak? Takkan sorang je? Merancang ke?

Fuh sabar je lah yang tanya tu tak fikir langsung perasaan orang. Kesian kat isteri saya jadi stress bila orang tanya macam tu. Kadang-kadang yang tanya tu tak tengok batang hidung sendiri. Sebab ada yang tanya tu anak dia sendiri dah lama kahwin tapi masih belum dikurniakan anak. Emm tak tau nak cakap apa kan.

Jawapan yang biasa saya berikan “belum ada rezeki lagi dan Allah sebaik-baik perancang”. Saya dan isteri dah buat pemeriksaan doktor masing-masing tiada masalah.

Sebelum ni isteri makan produk Shaklee tak konsisten. Alhamdulillah sejak saya suruh wife minum Vivix konsisten selama sebulan lebih dan saya juga turut minum sekali. Akhirnya wife saya berjaya hamil setelah 10 tahun menunggu. Masa wife kata period tak datang lagi terus dia suruh saya beli pregnancy test. Alhamdulillah positif asbab minum Vivix dan semuanya dengan Izin Allah juga.

Berkat kesabaran dan doa yang tak pernah putus. InsyaAllah kami bakal menimang cahaya mata yang kedua pada bulan Julai 2017 nanti. Kini kandungan isteri saya dah 4 bulan lebih. Moga segalanya dipermudahkan.

Bagi mereka yang belum dikurniakan anak. Cubalah Vivix sebagai ikhtiar. Vivix ni berfungsi untuk memperbaiki sel-sel tubuh kita yang rosak akibat dari pemakanan yang tak seimbang, radikal bebas dan gaya hidup yang tidak sihat. InsyaAllah apabila sel-sel tubuh kita elok, kesihatan kita bertambah baik. Dan pengambilan Vivix dapat membantu meningkatkan kesihatan kita secara menyeluruh. InsyaAllah.

Alhamdulillah. Inilah Shaklee Effect saya."

Dah lama menginginkan cahaya mata tapi masih belum berhasil? Nak jadi macam Encik Daud? Jom try Vivix!

Harga retail Vivix sebotol: RM475

Nak SPECIAL PRICE? Meh Whatsapp saya 😉

IRDA
014-984 0240

ESP SHAKLEE PENYEBAB KANSER!

Bukan 1 bukan 2; dah berpuluh orang juga yg bila mana saya suggest ambil ESP ni, mesti salah satu soalan yg diajukan adalah "Elok ke soya ni? Bukan ke minum soya ni boleh buat jadi kanser?" Sana sini tak pernah sunyi orang kata ESP Shaklee ni punca kanser. Betul ke?

Kali ni Kakak Cantik nak explain dalam 3 point utama je.

POINT 1.
=======
ESP ni dah ada kat atas muka bumi ni sejak dari tahun 1951 lagi tau. Bukan setakat awak yg baca ni belum lahir; malah mak ayah awak pun mungkin belum lahir lagi masa tu. Shaklee ni pulak dah berusia lebih 60 tahun atas muka bumi ni. Lama kan jangka masa tu? Dan SEMUA produk Shaklee ni ada kajian klinikal yg dibuat ke atas bahan mentah & hasil akhirnya. Landmark Study pun Shaklee lah satu-satunya syarikat supplemen di dunia yg sanggup melalui/dijalankan ke atasnya.

Kalaulah ESP ni bahaya sangat sampai jadi punca kanser, kenapa masih ada kat atas muka bumi ni sampai hari ni ek? Ini bukan produk picisan yg packing belakang rumah, lepas tu acah-acah apply kelulusan KKM, tup tup tak lulus pastu rebranding pula jadi jenama lain tau. Saintis, CEO, angkasawan, atlit semua pun minum ESP & amalkan macam-macam lagi supplemen Shaklee.

POINT 2.
=======

ESP ni langsung TAK SAMA dengan air soya non-GMO kat mana-mana supermarket yg korang pernah jumpa ataupun air soya acah 'original' yg jual kat pasar malam tu tau. Kalau rasa soya ni penyebab kanser, pernah tak korang tegur pulak pakcik jual air soya kat pasar malam tu, "pakcik, air yg pakcik jual ni boleh buat orang kanser tau. Dosaaa pakcik jual benda memudaratkan camni.." Ada bran?

Sedangkan soya kat pasar malam yg cuma DIREBUS & ditambah gula berkilo-kilo itu korang minum; sedangkan air kotak soya Ye*s, Bo**s, Sea***s bagai tu korang bagi anak-anak minum; sedangkan taufu fa yg tenggelam dalam air gula merah tu korang buat milkbooster, tiba tang ESP korang kata penyebab kanser?

ESP ni adalah SOY PROTEIN ISOLATE POWDER tau. Proses isolasi (pengasingan) yg dilakukan ke atas biji kacang soya sumber ESP ni menjadikan protein di dalam serbuk ESP ni kekal sebanyak lebih 90% tau. Apatah lagi biji kacang soya ESP ni dibasuh menggunakan air sahaja.

Eh, ada basuh guna yg lain ke? Korang tau tak kebanyakan produk berasaskan soya yg dikomersilkan biji kacang soyanya dibasuh dengan menggunakan alkohol? Sebab? Kosnya lebih murah. Kalau tak dibasuh dengan alkohol pun, pakcik pasar malam yg merebus kacang soya yg nak dikisar menjadi air soya 'ori' tu hanya merebus sahaja kacang soya tu. Macam sayur jugak; agak-agak bila direbus dengan air yg mendidih, berapa banyak khasiat soya tu dah musnah ek?

POINT 3
=======

ESP ni dibuat daripada biji kacang soya non-GMO tau. Maksudnya, benih soya tu TIDAK DIUBAHSUAI GENETIKNYA. Apa maksud diubahsuai?

Contoh mudah, padi sepatutnya secara semulajadi dituai berapa kali setahun? Sepatutnya 1 musim menuai hanya boleh berlaku dalam setahun je. Tapi kat Malaysia sekarang? Yg saya tahu di kampung halaman saya kat Selangor tu dah jadi 5 musim dalam 2 tahun. Agaknya macam mana ek ia mampu dilakukan? Caranya dengan mengubah genetik padi itu lah. Sebab musim hujan panas manusia tak boleh ubah kan?

So, sedangkan padi/beras yg korang berani makan hari-hari pun GENETICALLY MODIFIED (GMO), tapi tang ESP yg sah-sah NON-GMO korang takut nak ambil? Fries tu bagi anak-anak makan tak takut? Nugget? Sosej? Chikedis?

So, mana lagi takut?
Agak-agak sebenarnya yg banyak orang kena kanser tu sebab minum ESP Shaklee ke? 🤔🤔

Nak try protein shake ESP yg paling POWER di alam semesta ni? Harga 1 canister hanya RM150 sahaja.

Siapa yg PERLUKAN ambil ESP?

✅Yg nak kulit cantik
✅Yg nak hilangkan jerawat, jeragat & parut jerawat.
✅Yg nak hilangkan stretch marks atau apa-apa parut pada badan.
✅Yg nak langsingkan badan.
✅Yg menghidap kencing manis/diabetes.
✅Yg mahu menurunkan paras kolesterol.
✅Ibu hamil yg perlukan tenaga & sering mabuk/tidak lalu makan.
✅Ibu hamil GDM/kencing manis.
✅Ibu menyusu yg nak banyakkan & pekatkan susu.
✅Yg selalu senggugut & PMS.
✅Yg mempunyai kitaran haid tak teratur.
✅Yg selalu lemah tak bertenaga.

Meh Whatsapp saya SEGERA!

IRDA
014-984 0240

PUNCA SINDROM MEROYAN DI KALANGAN WANITA BERPANTANG & CARA MENYELESAIKANNYA

Tahukah anda bahawa purata 40-80% wanita yg baru melahirkan bayi menghadapi sindrom 'baby blues'? Antara simptom baby blues ni adalah perasaan yg terganggu, berasa sedih, hilang keyakinan diri, sentiasa risau & keletihan. Biasanya sindrom baby blues ni akan berlaku selama beberapa hari pada minggu pertama selepas melahirkan.

Baby blues adalah agak normal berlaku di kalangan ibu yg baru melahirkan. Namun, apa yg membahayakan adalah, sindrom baby blues ini boleh bertukar menjadi Postpartum Depression (PPD) ataupun apa yg orang Melayu panggil sebagai MEROYAN.

Ada banyak faktor sebenarnya yg boleh menjadikan seorang ibu baru bersalin itu mengalami PPD atau meroyan. Antaranya:

😣 Stress atau kemurungan sejak kehamilan lagi. Kemungkinan disebabkan oleh masalah atau tekanan perasaan yg dihadapi atau kandungan yg bermasalah.
😣 Kehamilan yg sukar - mungkin kesunyian atau tidak mendapat sokongan orang sekeliling.
😣 Masalah atau komplikasi sewaktu melahirkan.
😣 Melahirkan bayi pra-matang atau sebelum waktu yg dijangkakan.
😣 Mempunyai sejarah pernah menghadapi masalah depresi sebelumnya.
😣 Masalah penyusuan bayi.
😣 Bayi banyak meragam - colic, alergik, mempunyai masalah kesihatan atau kerap menangis.
😣 Mempunyai masalah peribadi.
😣 Merasa diri tidak layak menjadi ibu.
😣 Kelahiran/kandungan yg tidak diingini.
😣 Mendapat tekanan dari keluarga atau orang sekeliling.
😣 Tidak mendapat sokongan atau bantuan dari pasangan, ahli keluarga & rakan terdekat.
😣 Pemakanan yg tidak menentu serta kurang nutrisi.

Bukan semua wanita yg menghadapi faktor-faktor di atas berisiko untuk menghadapi PPD. Tetapi, apabila keadaan berlarutan serta ibu tersebut tidak mempunyai kekuatan yg utuh, maka risiko untuk mengalami sindrom PPD atau meroyan ini akan semakin meningkat.

Apakah tanda-tanda ibu yg mengalami PPD atau meroyan? Antaranya:

😓 Kerap menangis secara tiba-tiba.
😓 Lebih banyak menyendiri & tidak bercakap/bergaul dengan orang sekeliling.
😓 Sukar untuk tidur.
😓 Tidak mempedulikan bayinya.
😓 Mudah marah atau melenting.
😓 Hilang selera makan.
😓 Berat badan susut secara mendadak.

Bagaimanakah kita sebagai ahli keluarga, rakan atau masyarakat sekeliling boleh membantu ibu PPD atau meroyan?

✔ Sentiasa cuba dekati mereka. Pujuk mereka untuk meluahkan perasaan yg terpendam.
✔ Jangan biarkan mereka bersendirian. Ajak mereka berbual-bual.
✔ Bantu sediakan makanan yg berkhasiat.
✔ Bantu mereka menjaga bayi atau apa-apa yg memudahkan urusan mereka.
✔ Elakkan memberi pendapat atau pandangan yg boleh menambahkan lagi masalah/kesedihan mereka.
✔ Berikan kata-kata semangat & sentiasa mengingatkan mereka bahawa Yg Maha Esa sentiasa ada bersama mereka untuk mengurangkan tekanan atau masalah yg dihadapi.
✔ Cadangkan kepada mereka atau berikan mereka supplemen yg boleh membantu memberikan tenaga agar tidak kelesuan, boleh membantu menghasilkan susu yg secukupnya untuk bayi serta boleh menceriakan semula mood mereka. Contohnya, Set Berpantang Shaklee yg lengkap untuk keperluan nutrisi ibu & bayi yg sedang berpantang & menyusukan bayi.

Bagaimana Set Berpantang Shaklee boleh membantu ibu berpantang & sekaligu mengelakkan masalah PPD atau meroyan?

Set Berpantang Shaklee mengandungi nutrisi lengkap yg diperlukan oleh ibu yg baru sahaja melahirkan bayi. Ia sekaligus membantu ibu menjayakan penyusuan bayi dengan lebih mudah. Antara yg terkandung dalam Set Berpantang Shaklee:

👉 VITALEA WITH IRON
Vitalea adalah multivitamin lengkap yg membantu badan ibu jadi cergas & bertenaga. Juga untuk mengelakkan ibu berasa letih & lesu akibat jadual tidur yg tidak menentu.

👉ESP (PROTEIN SHAKE)
Shake protein ini sangat-sangat membantu untuk memberikan tenaga kepada ibu, membantu mengenyangkan perut ibu yg sering lapar tanpa menggemukkan serta menjadi milkbooster supaya susu ibu menjadi lebih pekat & bayi pun akan lebih cepat kenyang & tidur lena.

👉VITA C PLUS
Ibu berpantang DILARANG untuk jatuh sakit. Antibodi & sistem imun ibu haruslah kuat supaya tidak mudah jatuh sakit. Ibu yg demam & mudah sakit akan mudah juga 'menyalurkan' virus kepada bayi serta mengurangkan nutrisi susu badan yg diberikan kepada bayi. Jatuh sakit juga boleh menjadikan ibu lebih mudah lesu & tertekan. Vitamin C membantu menguatkan sistem imun ibu berpantang agar tidak mudah jatuh sakit. Malah, ia juga membantu mempercpatkan pemulihan luka bersalin sama ada secara normal mahupun czer.

👉 OSTEMATRIX
Pil kalsium + Vitamin D + Magnesium ini sangat-sangat penting bagi ibu; khususnya untuk melegakan sakit-sakit badan akibat posisi penyusuan. Ia juga membantu ibu mendapatkan tidur yg berkualiti walaupun tidak cukup. Yg paling utama, ia membantu mengelakkan risiko osteoperosis bagi si ibu yg telah banyak kehilangan kalsium dalam tulang akibat haid, kehamilan & penyusuan bayi.

👉ZINC COMPLEX
Zinc amat membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka. Ia juga membantu mengembalikan semula kestabilan hormon, mengurangkan masalah rambut gugur serta kuku rapuh selepas bersalin.

Saya dulu pun mula jatuh chenta dengan Shaklee tau. Memang berbeza kesannya pada kecergasan badan, mood & penyusuan. 😉

Nak pengalaman berpantang yg berbeza? Meh ambil Set Berpantang Shaklee dengan saya. Pasti berbeza!

IRDA
014-984 0240
Pengedar Shaklee Pro Anda.

TIPS ELAKKAN DEMAM & MUDAH JATUH SAKIT

Perasan tak cuaca kat Malaysia sekarang ni macam pelik-pelik je? Kejap panas sangat, kejap hujan lebat tak berhenti berhari-hari. Sampaikan kita dah tak tau dah nak kata sekarang ni musim kering ke, musim tengkujuh ke kan? Dan bila cuaca berubah-ubah macam ni, perasan tak semakin ramai ahli keluarga & sahabat handai kita yg jatuh sakit - demam la, selsema la, batuk tak berhenti la, kan? Tapi, perasan tak, ada juga kawan-kawan kita atau kawan anak-anak kita yg tak demam pun. Elok je diorang datang kerja & sekolah. Kebal ke diorang ni?

Apa punca sebenarnya kita demam atau jatuh sakit? Kebiasannya sebab:

🤒 Serangan virus atau bakteria macam flu, denggi, chickenpox dsb.
🤒 Terdedah kepada cahaya matahari terlalu lama atau terlalu panas.
🤒 Heat stroke (strok haba).
🤒 Masalah auto-immune seperti rheumatoid arthritis.
🤒 Pengambilan ubat-ubatan tertentu.

Tapi kenapa, dalam situasi 'serangan' virus atau faktor cuaca yg sama, ada orang yg mudah jatuh sakit & ada yg sukar jatuh sakit?

Jawapannya, ia bergantung kepada tahap kekuatan sistem immune & antibodi kita. Demam adalah suatu reaksi badan yg normal apabila sesuatu virus atau bakteria menyerang tubuh badan kita. Tetapi, tubuh yg mempunyai sistem immune yg kuat akan mampu melawan semula serangan virus/bakteria dan seterusnya kembali sihat seperti biasa. Manakala tubuh yg mempunyai sistem immune yg rendah akan terkalah dengan serangan virus/bakteria yg datang.

So, kalau nak elakkan mudah jatuh sakit, kita perlu tingkatkan kekuatan immune & antibodi tubuh kita. Macam mana nak tingkatkan sistem immune & antibodi badan?

✔ Amalkan pemakanan yg seimbang & lengkap nutrisinya.
✔ Kerap bersenam.
✔ Tidur secukupnya.
✔ Hentikan merokok & pengambilan alkohol.
✔ Kekalkan berat badan yg ideal.
✔ Ambil supplemen yg mampu meningkatkan kekuatan sistem immune badan.

Ada ke supplemen Shaklee yg boleh bantu kuatkan sistem immune ni? Adaaaaa.. meh saya listkan:

🌿NUTRIFERON - Ini ramai yg masih belum tau ni. Sebelum nak kuatkan sistem immune, adalah lebih afdhal untuk kita kuatkan interferon kita terlebih dahulu. Kalau interferon tak kuat ni, sama macam, kita beriya bina/beli & duduk di rumah banglo mewah tapi tak pasang sistem alarm untuk beriamaran kalau pencuri oecah masuk rumah. Nutriferon mengaktifkan interferon dalam badan kita supaya badan dapat bertindak untuk berjaga-jaga SEBELUM serangan virus/bakteria terjadi. Bila interferon aktif, kalau ada virus/bakteria yg cuba untuk menyerang, interferon akan memberi 'amaran' kepada sistem immune untuk berjaga-jaga & bersedia untuk melawan serangan yg mungkin bakal berlaku.

🌿VIVIX - Ini adalah supplemen antioksida terbaik di dunia yg mampu menyahkan radikal bebas dalam badan & sekaligus menungkatkan tahap sensitiviti sistem immune badan terhadap serangan virus/bakteria. Apabila radikal bebas berkurangan, maka sel badan kita akan menjadi lebih sihat. Sel yg sihat akan menjadikan tubuh yg sihat & lebih 'kebal' dari sebarang serangan penyakit.

🌿SR VITA C PLUS & CHEWABLE VITA C PLUS - SR Vita C untuk dewasa, manakala yg Chewable pula untuk kanak-kanak. Vitamin C membantu menguatkan sistem immune badan supaya ia mampu untuk melawan apa sahaja jenis serangan virus/bakteria yg melanda badan.

🌿VITALEA WITH IRON FORMULA & CHEWABLE VITALEA FOR KIDS - Vitalea membekalkan kesemua nutrisi asas kepada badan kita. Tubuh yg mempunyai kadar nutrisi yg mencukupi adalah lebih sihat dan lebih sukar untuk diserang oleh virus/bakteria. Bagi anak-anak yg kurang gemarkan tablet chewable, boleh juga ambil Mealshakes yg lazat rasa vanilla tu.

🌿OMEGA GUARD - Omega 3 mampu meningkatkan kekuatan sistem immune tubuh kita. Apatah lagi bagi mereka yg mempunyai masalah hormon, asthma ataupun auto-immune.

Percayalah, apabila anda mula meningkatkan kekuatan sistem immune tubuh anda & seluruh keluarga anda, secara tak langsung, anda juga nanti akan dapat mengurangkan jumlah 'lawatan' ke klinik mahupun hospital. Cuti tahunan pun anda tak perlu bazirkan untuk menjaga anak-anak sakit tau. MC pun silap-silap tak perlu ambil lagi. Boleh la jimat & akhir tahun ambil cuti banyak-banyak untuk pergi holiday! Kan? 😘

Nak jimat kos perubatan keluarga? Meh hubungi saya:

IRDA
014-984 0240
Pengedar Shaklee Pro Anda

KISAH BENAR! VIVIX BANTU SEMBUHKAN LUKA ANAK KECIL

Ramai yg tanya, "boleh ke budak kecik ambil Vivix?" Jawapannya BOLEH; tapi bukan untuk diminum/dimakan lah. Tapi, boleh digunakan secara luaran. Contohnya, membantu mempercepatkan pemulihan kulit yg luka terus atau melecur. Ya betul. Punyalah hebat Vivix ni boleh membantu pemulihan sel & DNA ni. Bukan dari dalaman sahaja tau. Malah dari luaran juga.

Buktinya? Meh kita ikut kisah benar dari sahabat saya Umie dari http://www.mamaashraf.blogspot.com ni. Kisah bagaimana beliau terlah berjaya membantu sahabat beliau yg panik apabila anak kecilnya melecur teruk. Allahuakbar.

KISAH ANAK KECIL CEPAT PULIH DARI KULIT MELECUR

Assalamualaikum

Peristiwa yang saya nak cerita ni berlaku pada 10 Ogos 2016.  Waktu tu saya tengah standby nak drive keluar dari tempat parking Hotel Concorde Shah Alam. Baru lepas habis training kat Concorde Hotel.Tiba-tiba ada wassap masuk bertalu-talu.  Sapa la yang wassap ni. Terus saya amik henpon dan baca.
.
Rupa-rupanya wassap dari sahabat saya yang tengah runsing sebab anak dia baru ja melecur teruk kat kawasan muka dan leher akibat terkena air panas. Kesian sangat. Dia tanya apa patut dia buat untuk cepat sembuhkan kesan melecur kat muka anaknya.  Otak ligat memikir apa ya produk yang sesuai untuk cepat sembuhkan kesan melecur kat muka dan leher anak kawan saya ni.
.
Gambar tu waktu mula2 kena air panas. Waktu tengok gambar tu terus rasa tersayat hati ni uhuhu.... Baby kot.  Mamanya mesti la lagi sedih uhuhu... Kalau korang kat tempat dia apa yang korang rasa?  Sob3x..... Bila kena air panas tu kawan saya ni immediately apply krim herbal blend kat muka dengan badan anak dia. Kebetulan plak kawan saya ni memang selalu standby krim herbal blend kat rumah. Kesan lecur terus kering. Doktor pun terkejut kesan lecur boleh kering dalam masa sehari.

Bila kawan tanya apa patut dia buat terus saya teringat kawan saya ni pernah beli ESP dan Vivix dari saya.  Kebetulan pulak 2-3 minggu lepas ada sideline share testimoni dia buat masker untuk hilangkan kesan lecur dengan esp + Vivix.  Terus suggest kawan buat cara yang sama. Ada nada hepi dalam wassap dia yang seterusnya. Dalam hati ni terus berdoa dan berharap agar berhasil la cubaan kawan saya ni. Semoga Allah permudahkan usaha dia.

Petang esoknya  selepas 2-3 hari kisah anak kawan saya ni tergerak hati nak follow up samada berhasil atau tak usaha kawan saya. SubhanaAllah memang Allah nak mudahkan usaha kawan saya ni.  Katanya ESP dah abih. So dia tawakkal sapu Vivix ja kat muka anak dia. Tu pun dia buat sekali ja.  Nak menangis rasanya bila tengok kesan yang sangat menakjubkan.
.
Kesan melecur tu hilang hampir 90% hanya dengan sekali sapuan Vivix. Tempat kawasan yang dia sapu Vivix bertukar jadi kulit mati. Esoknya kawasan tersebut dah tumbuh kulit baru. Saya yang baca rasa hepi sangat2. apatah lagi mamanya sendiri kan. Sekarang kawan saya continue sapu krim herbal blend kat muka dan badan yang melecur.

Betul lah apa yang diberitahu selama ni.  Antara fungsi Vivix ialah menggantikan sel2 dna yang dah rosak dan menggantikannya dengan sel2 dna yang baru.  Dalam kes kawan saya ni sel2 kulit yang dah terjejas akibat melecur mati dan diganti dengan sel kulit yang baru.

Nampak tak betapa Vivix boleh juga dijadikan first aid paling mujarab kat rumah kita. Memang pelbagai guna.

Begitula ceritanya. Sumpah saya tak tipu saya rasa bersyukur sangat dapat bantu kawan yang dalam kesusahan dengan asbab Vivix. Kita merancang dan usaha Allah juga yang tentukan keberhasilannya.

Haaaa.. happy kan bila dapat kesan macam tu. ❤❤

Memang krim Herbal Blend tu dah jadi favourite ramaaaaaiii ibu di Malaysia ni tau. Vivix tu pun dah jadi kegilaan semakin ramai rakyat Malaysia. Nak kedua-duanya? Meh saya share harga setiap satunya:

✔Herbal Blend Multipurpose Cream (4oz: RM27.50 (belum termasuk pos)
✔Vivix (150ml): RM475 (pos percuma)

Hubungi saya untuk pertanyaan & order ye. 😉

IRDA
014-984 0240 (Whatsapp)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...