❌ Kebiasaannya tidak mengandungi khasiat sayuran & buah-buahan sebenar. Hanya perisa sahaja; dan ada kalanya parisa itu direka hasil dari campuran bahan kimia.
❌ Tinggi sodium ataupun garam.
❌ Tinggi gula.
❌ Mengandungi perasa seperti monosodium glutamate yg banyak.
❌ Mengandungi pewarna, perisa & pengawet tiruan.
- Menjadi obesiti akibat diet yg tidak seimbang; tinggi garam & gula.
- Mendapat penyakit kronik di usia muda. Bayangkan, jika seawal usia 1-2 tahun sudah banyak mengambil lemak tepu hasil dari makanan berproses & bergoreng, berapa banyak kolesterol yg terkumpul di sekeliling organ mereka?
- Mudah jatuh sakit kerana sistem imun yg lemah. Sudahlah tak dapat khasiat sayuran, makan pula banyak perisa, pewarna & pengawet. Semua itu boleh menjejaskan sistem imun mereka. Maka tidak hairanlah jika anak anda mudah diserang demam, batuk atau selsema.
- Lambat atau lembab dalam pelajaran. Perisa & pengawet dalam makanan berproses mampu mengganggu perkembangan sel otak (neuron) anak-anak. Pernah dengan orang tua-tua kata; "jangan banyak makan mee segera atau jajan.. nanti jadi BODOH." Pernah kan? Itulah realititinya. Bukan auta.
- Semakin tidak minat untuk memakan makanan yg segar dari bahan semulajadi seperti ayam sebenar, daging, ikan apatah lagi sayuran & buah-buahan.
- Tak suka minum air kosong/masak. Mana tidaknya, bila lidah sudah biasa dijamu dengan pelbagai rasa, alamatnya air kosong takkan rasa menarik langsunglah kan!
✔ Amalkan penyediaan makanan berasaskan sumber yg fresh seperti daging ayam/lembu sebenar, ikan atau makanan laut yg segar berbanding daging yg telah diproses.
✔ Pastikan ada hidangan sayuran pada setiap kali waktu makan.
✔ Biasakan kudapan buah-buahan ataupun kekacang berbanding fries, keropok atau makanan ringan berperisa.
✔ Sejak anak berusia 7 bulan lagi, sebaik sahaja mereka boleh diberi makanan selain susu ibu, biasakan mereka dengan puri buah-buahan & sayuran berbanding nestum segera. Masakkan juga mereka bubur nasi dari beras yg asli.
✔ Biasakan mereka meminum air kosong pada setiap masa berbanding air manis.
✔ Elakkan menjadikan makanan segera seperti burger, sosej, pizza, fries & seumpanya sebagai 'makanan penyelamat' jika anda tak sempat memasak sendiri di rumah.
✔ Hadkan pengambilan makanan rapu (jajan) seperti keropok, chips, coklat & gula-gula terutamanya ketika beriadah atau travel.



