Showing posts with label Tips Mendapatkan Zuriat. Show all posts
Showing posts with label Tips Mendapatkan Zuriat. Show all posts

TERBUKTI! VITAMIN E COMPLEX BOLEH MENINGKATKAN KESUBURAN LELAKI

Menimang cahaya mata adalah sesuatu yang amat diinginkan oleh setiap pasangan yang telah berkahwin. Cuma, ada yang ingin terus mendapatkan cahaya mata, tetapi ada pula yang merancang untuk melewatkannya atas sebab masing-masing. Namun, bagi pasangan yang terus menginginkan cahaya mata, tetapi masih belum memperolehinya selepas setahun berkahwin, pelbagai kerisauan akan mula melanda fikiran sama ada suami mahupun isteri.. Dan tahukah anda bahawa salah satu punca kelewatan mendapat zuriat bagi sesetengah pasangan adalah disebabkan oleh masalah ketidaksuburan lelaki?

cara mudah hamil



Tahukah anda, bahawa hampir 40% daripada kes kesukaran mendapat cahaya mata adalah disebabkan oleh lelaki? Ia terjadi akibat ketidaksuburan lelaki yang berpunca daripada kualiti sperma yang rendah serta bilangan sperma yang tidak mencukupi untuk 'berusaha' menembusi dinding ovum wanita. Titisan air mani yang sihat HARUS mengandungi 40juta sperma yang sihat untuk mampu menjadikan seorang wanita itu mengandung.

Antara punca yang merosakkan kualiti sperma lelaki adalah:

  • Merokok
  • Tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang & sihat
  • Tidak rajin bersenam
  • Gemar meminum arak
  • Tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat
  • Amat jarang melakukan hubungan intim dengan isteri

Terdapat 6 cara yang disarankan bagi mengatasi masalah ketidaksuburan lelaki ini iaitu:

  • Tingkatkan pengambilan makanan kaya dengan unsur zat besi (zinc). Contoh makanan yang tinggi kandungan zinc ialah tiram. Selain itu banyakkan memakan daging kambing, lembu, kekacang dan majerin sunflower. Satu lagi jenis makanan yang tidak kurang pentingnya juga ialah tomato. Tomato mengandungi unsur lycopene yang mampu meningkatkan bilangan sperma.
  • Amalkan pemakanan vitamin dan herba yang boleh meningkatkan penghasilan sperma. Contohnya seperti vitamin C dan E di mana ianya mampu meningkatkan keupayaan sperma untuk berenang dan bergerak. Bagi herba pula anda boleh pergi ke kedai farmasi dan cari suplemen yang kaya dengan maca, ginkgo biloba, muira puama atau horny goat weed (epimedium).
  • Lakukan Senaman Kegel. Senaman Kegel ialah senaman bagi mengemut otot PC anda (otot ketika anda tahan kecing). Ianya mampu bukan sahaja menambahkan isipadu pancutan sperma malah dapat juga memberi kemampuan anda menahan dan mengawal pancutan ari mani anda ketika bersama isteri.
  • Pastikan anda setiasa terhidrasi. Maksudnya, banyakkan meminum air kosong bagi mengelakkan sel-sel dalam badan anda kering. Minumlah sekurang-kurangnya 6 gelas air kosong sehari. Elakkan meminum kopi yang banyak kerana ianya akan membuatkan sel-sel sperma anda ter-dehidrasi iaitu kehilangan air dalam sel.
  • Kerapkan lakukan hubungan intim bersama isteri anda. Ya, memang apa yang anda baca ini benar. Anda perlulah banyakkan hubungan intim bersama isteri anda untuk meningkatkan lagi kebarangkalian agar persenyawaan sperma anda dan ovum isteri anda boleh berlaku. Sel sperma hanya mampu bertahan dan subur setiap 24-36 jam sekali. Selepas tempoh masa tersebut, sel-sel sperma akan ‘dikitar semula’ dan akan menghasilkan semula sel-sel sperma yang baru di mana ianya akan mencapai tahap kematangan 24-36 jam seterusnya.
  • Rajin bersenam. Tak perlu anda menjadi seperti seorang atlet atau pemain bola sepak bertaraf dunia. Hanya sekadar berjogging pun sudah memadai. Senaman mampu meningkatkan kadar pengaliran darah ke bahagian zakar anda serta meningkatkan tahap testosterone. Apa yang pastinya, senaman ialah baik untuk kesihatan seks anda.


Vitamin E Complex Shaklee merupakan salah satu supplement vitamin Shaklee yang disarankan untuk diambil oleh para suami yang telah sekian lama mencuba untuk memperolehi zuriat. Ini kerana Vitamin E Complex ini mengandungi bahan-bahan yang mampu membantu meningkatkan tahap kesuburan lelaki; dari aspek meningkatkan kualiti serta bilangan sperma. Antara kandungan Vitamin E Complex ini adalah:

  1. Vitamin E semulajadi - Vitamin E merupakan sumber yang kuat untuk imuniti dan kulit & mata yang sihat. Ia juga bertindak sebagai anti oksidant bagi badan manusia. Ia mampu melindungi sel-sel badan manusia daripada rosak.
  2. Selenium - Selenium memainkan peranan penting dalam meningkatkan metabolisme serta mencegah kanser prostat pada lelaki. Antara sumber makanan yang mengandungi tinggi selenium adalah kekacang, ikan tuna, ikan kod, daging serta bijirin.
  3. Ekstrak biji anggur - Ia berasal daripada biji anggur merah yang diekstrak minyaknya. Ia amat berkesan dalam melancarkan sistem peredaran darah, mengurangkan kadar kolesterol jahat (LDL), mengurangkan bengkak disebabkan kecederaan serta bertindak sebagai anti oksidant. Ia juga dipercayai mampu mengurangkan risiko kanser.

Justeru, kepada mereka yang telah sekian lama berusaha untuk mendapatkan cahaya mata, pengambilan Vitamin E Complex ini boleh menjadi satu lagi ikhtiar untuk mendapatkan si comel yang amat diidamkan selama ini! Insya Allah, dengan iringan doa & tawakkal, ia akan membuahkan hasil suatu hari nanti.. (^_^)


Suami anda merokok? Risau dengan kualiti sperma suami sebab dah lama sangat tak dapat anak? Jom ikhtiar dengan cara yg sihat! Saya consult anda.


Harga retail sebotol (120biji): RM149
*Sebotol untuk kegunaan/pengambilan 4 bulan.

Beli SEKARANG! Hanya klik button ini.


SMS/Whatsapp: 014-984 0240
COD: Sekitar Johor Bahru, Nusajaya, Skudai & Kulaijaya.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

BILA SAYA LEWAT DAPAT ZURIAT : CAKAP SENANG LAAA..

Sejak saya buat bisnes Shaklee setahun setengah yg lalu, alhamdulillah saya dah berjaya bantu banyak pasangan berjaya mendapatkan anak dengan Set Kesuburan Shaklee. Ada yg ambil untuk isteri sahaja, ada yg ambil untuk suami sahaja dan tak kurang juga yg ambil Set Kesuburan lengkap untuk suami isteri.


Saya bantu setiap customer saya dengan sepenuh hati. Bukan sebab saya pernah berjaya hamil dengan Set Kesuburan ni. Tapi sebab saya sendiri pernah lewat mendapat zuriat. 5 TAHUN lamanya saya menunggu untuk mendapat zuriat saya yg sulung; Muhammad Ihsan. Waktu itu saya belum kenal Shaklee. Shaklee pun belum terkenal kat Malaysia pada waktu itu. Jadi, bila ada prospek yg bertanyakan tentang Set Kesuburan atau Set Ingin Hamil Shaklee, saya AMAT FAHAM perasaan mereka. Saya boleh agak apa yg ada di dalam hati mereka. Dan dengan seikhlas hati saya akan berusaha untuk membantu mereka dengan kebaikan Shaklee agar mereka juga dapat merasai kegembiraan menimang cahaya mata.

Saya berkahwin di usia agak muda; 23 tahun. Usai pengajian Sarjana Muda, saya terus bertunang. 6 bulan kemudian saya berkahwin dengan boifren (sekarang suami la) saya yg merupakan rakan sekelas saya di universiti. Cinta kampus la ni.. hehehe.. Pada waktu itu suami saya sudah mula bekerja di satu syarikat konsultan (masih di syarikat yg sama hingga kini). Manakala saya pula menyambung pengajian di peringkat Sarjana. Kami memang sengaja merancang untuk melewatkan kehamilan selama setahun. Kononnya sebab masih muda & saya masih belum ada pendapatan.

Selepas setahun,kami mula berusaha seperti pasangan lain untuk mendapatkan zuriat. Macam-macam yg kami lakukan. Mana tanah tinggi Malaysia yg kami tak jejak? Semuanya sebab ikutkan tips orang.. Hotel berbintang-bintang dah macam-macam kami pergi. ‘Ambil berkat’ tempat sejuk orang kata.. Tapi selepas 2 tahun mencuba; dengan usaha berurut dan pengambilan makanan-makanan yg dikatakan boleh ‘menghamilkan’ seperti habbatussauda, buah delima dan sebagainya; usaha maki masih belum membuahkan hasil. Sedangkan, kitaran haid saya adalah tetap & normal sejak saya berusia 12 tahun. APA YG TAK KENA??

Lantas, pada tahun ke-3 perkahwinan kami, saya dan suami mengambil keputusan untuk berjumpa doktor pakar obstetrik & gynaecology. Jawapan yg tepat diperlukan. Apa punca kami masih tak memperolehi zuriat? Berat sungguh langkah waktu tu. Debarannya tak mampu nak diungkapkan dengan kata-kata. Risau, takut, berdebar semua bercampur menjadi satu. Sehingga saya sanggup berjanji dengan suami:

“Abang.. Kalau memang disahkan I tak boleh mengandung dan tak ada peluang langsung untuk mengandung & melahirkan zuriat You, dan U pula disahkan boleh menjadikan wanita mengandung, I izinkan U berkahwin lain.”

Jangan anggap saya bergurau. Dan jangan anggap IA MUDAH bagi saya melafazkannya. Perempuan mana yg sanggup berkongsi kasih suami yg dicintainya? Tapi apa hak saya untuk menafikan hak suami saya untuk mempunyai zuriat? Lelaki mana yg tak mahu zuriat?

Saya dan suami menjalankan pemeriksaan kesihatan. Dan hanya dengan satu ujian sahaja, suami saya disahkan normal & mampu menjadikan wanita hamil! Saya pula? Perlu melalui beberapa proses pemeriksaan lagi untuk membuktikan saya boleh hamil! Allahuakbar..


Ovari & rahim saya diperiksa. Doktor mengesahkan saya menghidap PCOS (Polisystic Ovarian Syndrom); di mana pintu ovari saya sempit dan itu menyebabkan ovum saya tidak keluar dalam bentuk yg sempurna setiap bulan. Haid yg datang setiap bulan hanyalah terdiri daripada serpihan ovum yg tidak sempurna yg tidak boleh disenyawakan oleh sperma. Secara teorinya saya boleh hamil, tetapi ovari yg sumbat perlu ‘dibersihkan’ terlebih dahulu. Dan ovum yg keluar selepas itu nanti perlu distimulasikan agar ia berbentuk sempurna untuk disenyawakan.

Tapi ada 1 lagi ujian yg perlu saya jalani. Ujian untuk menentukan sama ada tiub falopio saya tersumbat ataupun tidak. Jika tersumbat, maka sperma sememangnya tidak boleh bertemu ovum dan yg pastinya, SAYA TIDAK AKAN BOLEH HAMIL! Siapa yg tahu bagaimana ujian ni perlu dijalankan, pasti tahu betapa malunya yg perlu ditanggung; apatah lagi jika doktor yg memeriksa itu adalah lelaki! Sebab pemeriksaan yg satu ini dilakukan oleh pakar x-ray. Dan agak sukar untuk kita memilih pakar x-ray lelaki atau perempuan. Jika ada pun, memerlukan masa lain untuk menempah temujanji.

Alhamdulillah.. tiub falopio saya tidak tersumbat. Dan saya disahkan BOLEH HAMIL oleh pakar O&G saya. Satu kegembiraan yg memang tak tergambar! Dan yg paling penting, suami saya tak perlu berkahwin lain!! Hehehehehe..

Saya seterusnya menjalani rawatan untuk membersihkan ovari. Serpihan ovum yg tersumbat di sekitar pintu ovari perlu dibersihkan. Dan pada bulan itu kami tidak dibenarkan mencuba untuk hamil kerana bimbang risiko sperma suami mungkin akan mensenyawakan beberapa ovum serentak. Jika iai berlaku, tiub faloppio boleh pecah dan saya tidak akan boleh hamil lagi.

Bulan seterusnya, pada hari ke-10 kitaran haid, ovum saya diperiksa. Ia bagi memastikan ovum saya bersifat sempurna untuk disenyawakan. Bulan depannya, tanggal 3/8/2008 saya sepatutnya datang haid. Tetapi saya telah lewat. Dan dek kerana ketidaksabaran yg menggunung, setelah hanya 5 hari lewat datang haid, pada 8/8/2008 saya telah membuat UPT sendiri di rumah. Dan keputusannya adalah POSITIF!! Alhamdulillah... kegembiraannya hanya Allah yg Maha Mengetahui. Suami saya pun tercengang-cengang bila saya menunjukkan keputusan UPT tu sebelum kami menunaikan solat Subuh pagi itu. Hehehehe..


Dan akhirnya, pada bulan ulangtahun perkahwinan kami yg ke-5; iaitu Mei 2009, kami dikurniakan zuriat sulung lelaki kami yg amat dinantikan terutamanya oleh suami saya yg terlalu inginkan seorang anak lelaki. Kami namakannya MUHAMMAD IHSAN. Nama yg simple. Tidak moden. Tetapi cukup memberikan 1001 kegembiraan & kebaikan kepada kami; seiring maksudnya: IHSAN – KEBAIKAN & KESUNGGUHAN SEOLAH-OLAH MELIHAT ALLAH DI DEPAN MATA.

Semoga Ihsan menjadi insan & khalifah dari keturunan menunaikan solat, soleh, bijaksana serta berjaya di dunia & akhirat. Mummy & Daddy sayang Ihsan hingga ke syurga. Amiiin... <3 br="">

Nota:
Set Kesuburan suami isteri telah berjaya membantu banyak pasangan mendapatkan zuriat yg diingini dengan izin Allah S.W.T. Jika anda juga ingin berikhtiar dengan Set Kesuburan Suami Isteri Shaklee, sila KLIK DI SINI.


Irda
Shaklee Independent Distributor
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)

MENGAPA SAYA LEWAT DAPAT ANAK? ADAKAH SAYA MANDUL?

Kemandulan adalah suatu perkara yg agak sukar untuk dibicarakan dalam kalangan umum. Sesetengah orang beranggapan bahawa isu ini merupakan suatu perkara yg amat sensitif dan kurang enak untuk dibincangkan; terutamanya di kalangan mereka yg sudah bertahun-tahun mendirikan rumahtangga namun masih belum dikurniakan zuriat. Walau bagaimanapun, hanya sebilangan kecil sahaja sebenarnya yg tidak mampu untuk mendapat zuriat disebabkan oleh kemandulan. Manakala majoritinya pula hanya mengalami beberapa masalah berkaitan kesuburan yg boleh dirawat.


Kebiasaannya, 84% pasangan yg tinggal bersama akan mendapat cahaya mata dalam masa setahun perkahwinan mereka. Peratusan ini akan berkurangan untuk jangka masa yg seterusnya. Manakala bagi pasangan yg sudah lebih 2 tahun berkahwin, dan tidak mengambil apa-apa langkah pencegahan kehamilan, tetapi masih belum mendapat zuriat, mereka dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan kesihatan dan mendapatkan sesi akunseling ataupun rawatan bersama doktor. Sebaiknya pemeriksaan dan rawatan ini dilakukan bersama doktor pakar gynaecology & obstetrik (pakar sakit puan). Pemeriksaan bersama doktor pakar ini akan lebih terperinci dan lebih bertepatan dengan tujuan utama anda untuk mendapatkan cahaya mata. Anda juga tidak perlu membazirkan masa & wang untuk ke sana ke mari mendapatkan nasihat & rawatan daripada beberapa doktor yg tidak pakar dalam bidang ini.


Apakah antara punca lewat mendapat anak atau zuriat?
Ada beberapa persoalan yg perlu diketahui oleh setiap pasangan suami isteri; khususnya yg sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat iaitu:

1. Adakah si isteri menghasilkan ovum? Tahukah anda bahawa tiadanya penghasilan ovum (anovulation) menyumbangkan 21% kepada faktor kelewatan hamil atau kemandulan!

2. Adakah si suami menghasilkan sperma yg cukup, sihat & berkualiti? Tahukah anda bahawa 24% punca kelewatan mendapat zuriat adalah disebabkan oleh faktor kelamahan suami!


3. Adakah ovum & sperma bersenyawa? Terdapat beberapa faktor yg menyebabkan ovum & sperma tidak bersenyawa. Contohnya salur tiub falopio yg sempit, cecair mukus dalam rahim yg terlalu pekat, hubungan intim yg tidak dilakukan pada hari subur dan sebagainya. Adalah digalakkan bagi setiap pasangan untuk melakukan hubungan intim kira-kira tiga kali seminggu (terutamanya pada hari subur) untuk memastikan kesuburan pasangan berkekalan.

4. Adalah janin (embrio) berjaya melekat di dinding rahim selepas bersenyawa? Kegagalan embrio melekat di dinding rahim juga menyebabkan kegagalan kehamilan normal untuk berlaku.


Jadi, apa yg perlu anda (suami isteri) perlu lakukan?
1. Jika anda seorang perokok, berusahalah untuk berhenti. Tabiat merokok boleh menjadikan sperma lelaki tidak berkualiti & gagal mensenyawakan ovum. Manakala jika wanita merokok, ia mampu menjadikan wanita itu mandul dan tidak boleh hamil.

2. Periksa Body Mass Index (BMI) setiap pasangan. Kedua-dua pasangan perlu memastikan bahawa berat badan mereka adalah normal. Obesiti atau berat badan berlebihan boleh mengganggu tahap kesuburan serta kestabilan hormon lelaki & wanita. Lelaki yg obes menghasilkan cecair semen 60% berbanding mereka yg mempunyai BMI normal. Mereka juga memiliki kira-kira 40% bilangan sperma yg tidak sihat dalam semen mereka. Manakala wanita obes pula amat cenderung untuk mengalami gangguan hormon dan seterusnya mempunyai kitaran haid yg tidak teratur. Kitaran haid yg tidak teratur menunjukkan ovum tidak dihasilkan secara teratur oleh ovari.


3. Adakah suami atau isteri sering mengalami stress? Perkara ini hampir sememangnya tidak dapat dielakkan. Apatah lagi jika anda sudah bertahun-tahun mencuba untuk mendapatkan zuriat tetapi masih belum berhasil. Apa yg anda perlu lakukan adalah berbincang dengan tenang bersama pasangan. Ambil masa untuk meredakan stress yg dihadapi. Pergilah bercuti ataupun berehat untuk menenangkan fikiran di tempat-tempat yg menggembirakan seperti di tepi pantai, pulau dan sebagainya. Pulanglah dan mengadulah kepada Yg Maha Pencipta. Berdoalah dan minta dengan bersungguh-sungguh semoga diberikan petunjuk yg benar untuk menyelesaikan segala kebuntuan anda. Bagi yg beragama Islam, mengerjakan umrah boleh menjadi salah satu ikhtiar yg baik. Allah mungkin akan lebih mendengar doa kita ketika berada di Kota Suci Mekah.

4. Periksa kitaran haid isteri. Adakah haid isteri teratur ataupun ‘tunggang-langgang’? Kitaran haid normal seorang wanita adalah di antara 28-32 hari. Atau adakah si isteri menghadapi kesakitan atau PMS yg terlalu menyakitkan ketika haid? Kitaran haid yg normal dan tidak menyakitkan perlu dimiliki oleh setiap isteri. Ia menunjukkan bahawa tiada gangguan hormon atau risiko ketidaksuburan berlaku kepada si isteri.

5. Berapa kerap anda melakukan hubungan intim? Adalah menjadi lumrah jika kekerapan hubungan intim menjadi berkurangan apabila tahun-tahun perkahwinan bertambah. Namun, dalam usaha mendapatkan zuriat, pasangan suami isteri perlu sentiasa mempunyai semangat & kesungguhan seperti ‘pengantin baru’. Sikap romantik & mesra itulah yg mewujudkan keterujaan apabila suami isteri bersama. Dan keterujaan ini amat penting sebenarnya dalam usaha untuk menjadikan ovum & sperma tersenyawa.

Nota:
Set Kesuburan suami isteri telah berjaya membantu banyak pasangan mendapatkan zuriat yg diingini dengan izin Allah S.W.T. Jika anda juga ingin berikhtiar dengan Set Kesuburan Suami Isteri Shaklee, sila KLIK DI SINI.

Irda
Shaklee Independent Dsitributor
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)

TESTIMONI BERJAYA HAMIL DENGAN GLA COMPLEX & SET KESUBURAN SHAKLEE

Bila saya buat promosi ataupun mencadangkan Set Kesuburan Shaklee yang mengandungi GLA Complex Shaklee, ramai yang akan menanyakan saya beberapa jenis 'soalan cepumas':

Soalan 1: "Confirm ke lepas makan Set Kesuburan Shaklee ni saya akan mengandung?"

Soalan 2: "Berapa lama saya kena ambil Set Kesuburan Shaklee ni baru saya akan mengandung?"

Soalan 3: "Saya dah cuba macam-macam ubat ni, tapi tak pregnant2 lagi pun.. Set Kesuburan Shaklee ni boleh jamin saya akan mengandung ke?"

Wahai isteri-isteri sekalian... Ketahuilah..
Bahawa rezeki untuk menimang cahaya mata itu adalah RAHSIA ALLAH S.W.T
Set Kesuburan Shaklee hanyalah sebagai salah satu ikhtiar sahaja. Di mana ia adalah ikhtiar yang tidak memudaratkan; malah MENJADIKAN ANDA & SUAMI SEMAKIN SIHAT. Apabila kita sihat, hormon dalam badan kita akan stabil. Bila hormon stabil, haid pun teratur, maka mudahlah untuk kita merancang dan berusaha untuk mendapatkan cahaya mata.. (^_^)

Tapi yang sebenarnya, Set Kesuburan Shaklee yang mengandungi GLA Complex ni memang dah berjaya membantu baaaaanyak pasangan untuk mendapatkan cahaya mata yang amat diinginkan itu tau... Tak percaya?? Jom kita tengok beberapa TESTIMONI MEREKA YANG TELAH BERJAYA HAMIL DENGAN SET KESUBURAN SHAKLEE ni:

TESTIMONI 1




TESTIMONI 2



TESTIMONI 3



TESTIMONI 4



TESTIMONI 5



TESTIMONI 6



TERUJA? NAK CUBA SET KESUBURAN SHAKLEE?

Boleh hubungi saya untuk mendapatkan Set Kesuburan Shaklee sama ada untuk suami & isteri ataupun hanya untuk isteri sahaja.

SET KESUBURAN SHAKLEE


Untuk pesanan & pertanyaan:
Irda
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)
Email: irda2104@yahoo.com
PM: www.facebook.com/messages/Yourhealthshoppe

GLA SHAKLEE: VITAMIN UNTUK HAID, CYST & SENGGUGUT

HARI TERAKHIR UNTUK HARGA RUNTUH GLA COMPLEX SHAKLEE!



GLA Complex atau lebih dikenali dengan 'EPO Shaklee' dihasilkan daripada minyak bunga borage, ekstrak biji bunga matahari & vitamin E semulajadi yang mengandungi Gamma-Linelonik Asid (GLA) yang lebih tinggi berbanding mana-mana produk EPO di pasaran.

GLA Complex Shaklee mampu membantu menyelesaikan & mengurangkan simptom-simptom akibat masalah-masalah kesihatan wanita mahupun lelaki. GLA COMPLEX berfungsi menstabilkan hormon dan sangat baik diambil oleh wanita; ia menjaga dalaman dan kesannya, sangat baik. GLA Complex juga:

» Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
» Membantu meningkatkan kesuburan
» Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
» Membantu dalam menangani menopus
» Menguatkan kuku dan rambut
» Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
» Membantu menangai ekzema
» Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
» Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
» Menguatkan imuniti tubuh
» Memperlahankan proses penuaan
» Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
» Mengawal kencing manis dan darah tinggi
» Mengawal kolesterol
» Untuk fungsi saraf

Order hari ini untuk HARGA ISTIMEWA! Esok dah tiada tau..

Untuk pesanan vitamin anda dan konsultasi secara percuma, hubungi saya:
SHAKLEE Independent Distributor (Irda - ID 909714)
Email: irda2104@yahoo.com
SMS/Whatsapp: 014-984 0240
COD: Sekitar Johor Bahru, Nusajaya & Skudai.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

PROMOSI GLA COMPLEX SHAKLEE: VITAMIN BANTU TINGKATKAN KESUBURAN WANITA

Assalamualaikum semua! Bulan baru, promosi baru! Dan Shaklee nampaknya semakin menghargai wanita! Justeru, PROMO ISTIMEWA SEPANJANG JULAI 2013 INI ADALAH GLA COMPLEX : BELI 6 PERCUMA 1!


Apa itu GLA?

GLA atau nama saintifiknya dikenali sebagai Gama Linoleik Acid (GLA). Ia merupakan bahan binaan bagi prostaglandin. Apa pula prostaglandin? Prostaglandin merupakan bahan hormon dalam badan. Ianya penting untuk fungsi kimia badan seperti mengawal tekanan darah, mengawal muscle contraction, menghalang rembesan gastrik dan banyak lagi. Ia juga adalah anti keradangan, anti pembekuan darah disamping mengurangkan tekanan darah


Apakah Faedah GLA?

GLA dikatakan mampu:

>> Membantu mengurangkan keradangan yang biasa dalam sindrom pra-haid(PMS), arthritis rhematoid dan ECZEMA.
>> Membantu mengurangkan sakit dan kebas yang berkaitan dengan masalah kencing manis. 
>> Membantu mengawal kencing manis (jenis 2) dengan membaiki kadar insulin & kolesterol. 
>> Membantu dalam menyingkirkan lebihan berat badan terutama bagi yang ingin mengurangkan berat badan.
>> Mengurangkan bintik jeragat di muka
>> Menstabilkan hormon
>> Menjadikan kitaran haid teratur
>> Membantu mereka yang ingin hamil melalui kitaran haid yang teratur serta menyediakan cecair wanita yang lebih berkualiti ketika melakukan hubungan intim supaya lebih mudah membawa masuk sperma ke dalam tiub fallopio
>> Membantu mengecilkan saiz cyst/fibroid


Siapa yang Memerlukan GLA?

*GLA diperlukan bagi golongan wanita yang menghidap Pre Menstrual Syndrom atau PMS. 
*GLA sangat diperlukan olehpengidap arthritis rheumatoid dan eczema dan mereka yang menghadapi masalah kencing manis serta mereka yang bimbang dengan lebihan berat badan.
*GLA juga amat diperlukan oleh wanita yang sedang mencuba untuk hamil tetapi mempunyai kitaran haid yang tidak teratur. Ini kerana, kitaran haid yang teratur menunjukkan tahap kesuburan yang baik bagi seorang wanita, malah lebih memudahkan mereka menentukan 'hari subur' untuk melakukan hubungan intim bersama suami.
* GLA sesuai untuk wanita yang mempunyai masalah cyst/fibroid yang perlu dicegah sebelum ia bertukar menjadi kanser! >.<

Untuk pesanan vitamin anda dan konsultasi secara percuma, hubungi saya:
SHAKLEE Independent Distributor (Irda - ID 909714)
Email: irda2104@yahoo.com
Call/SMS/Whatsapp: 014-984 0240
COD: Sekitar Johor Bahru, Nusajaya, Skudai & Kulaijaya.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

VITAMIN SHAKLEE : GLA COMPLEX vs EPO

Assalamualaikum semua...

Hari ni saya nak cuba menjelaskan tentang sesuatu yang agak kerap menjadi pertanyaan bagi sesetengah pihak terutamanya wanita yang mengenali atau mengamalkan pengambilan EPO ataupun Evening Primrose Oil.. Ramai juga yang bertanya, "Shaklee takde EPO ke?".. Jawapannya, "Tak ada.. tapi kami ada supplement yang LEBIH BAIK DARIPADA EPO".. (^_^)



Biasanya EPO ni diambil oleh mereka (terutamanya para wanita) yang mempunyai masalah seperti sindrom prahaid (PMS), artritis reumatoid, diabetik neuropati (masalah terjejasnya fungsi saraf akibat diabetes), ekzema, kesakitan payudara, alergi ataupun menopaus. Bagi wanita yang masih subur, tetapi mengambil perancang keluarga untuk mengelakkan kehamilan juga, EPO biasanya diambil bagi menstabilkan hormon; supaya kitaran haid masih akan berjalan seperti biasa..

Apakah kandungan EPO?

Pada kurun ke-20 ahli saintis Jerman mengetahui bahawa minyak daripada biji evening primrose boleh diekstrak. Hasil analisis mendapati bahawa minyaknya kaya dengan asid lemak perlu (EFAs), iaitu linoleik (LA) dan asid gamma-linolenik (GLA). GLA dan minyak inilah yang berguna untuk menyelesaikan beberapa masalah yang disebutkan tadi. GLA ini juga terkandung dalam bunga borage yang digunakan sebagai bahan utama dalam GLA Complex Shaklee.



Apakah perbezaan antara English Primrose dengan Bunga Borage?

Borage oil mengandungi GLA yang lebih tinggi dari EPO iaitu sebanyak 25% berbanding 10% GLA dalam EPO. Kelikatan GLA yang lebih tinggi terbukti lebih baik untuk membantu dalam beberapa masalah kesihatan seperti PMS, arthritis, malah ekzema.

Apakah lagi kelebihan GLA Complex Shaklee?

GLA Complex Shaklee mengandungi Vitamin E dan minyak biji bunga matahari yang kaya dengan asid lemak Omega-6. Daun borage juga dikatakan galactogogue yang bagus (dalam GLA Complex Shaklee bukan daun, tapi biji bunga borage). Borage oil juga digunakan pada akhir kehamilan untuk mematangkan serviks.

Apakah khasiat GLA Complex Shaklee :




  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
  • Membantu dalam menangani menopus
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Membantu menangani ekzema
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Menguatkan imuniti tubuh
  • Memperlahankan proses penuaan
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Mengawal kolesterol
  • Untuk fungsi saraf
Siapa yang digalakkan mengambil GLA Complex Shaklee:

  • Mereka yang mempunyai period tidak teratur
  • Mereka yang ingin hamil setalah setahun mencuba
  • Mereka yang mengalami sindrome PMS
  • Wanita yang hampir/sudah menopaus
  • Mereka yang mengalami masalah diebetes
  • Mencantikkan kulit
  • Menghilangkan jeragat
Untuk pesanan vitamin anda dan konsultasi secara percuma, hubungi saya:
SHAKLEE Independent Distributor (Irda - ID 909714)
Email: irda2104@yahoo.com
Call/SMS/Whatsapp: 014-984 0240
COD: Sekitar Johor Bahru, Nusajaya, Skudai & Kulaijaya.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...