Showing posts with label Zinc Complex. Show all posts
Showing posts with label Zinc Complex. Show all posts

CEPAT PULIHKAN LUKA & TINGKATKAN KESUBURAN LELAKI DENGAN ZINC PLUS SHAKLEE

Zinc Plus ni adalah antara produk Shaklee yg murah tapi banyak fungsinya. Dalam banyak-banyak kebaikan Zinc Plus Shaklee, yg paling glamer suka ambil Zinc Plus ni adalah ibu-ibu lepas bersalin, lelaki yg nakkan zuriat & mereka yg ada masalah rambut gugur.





Meh saya senaraikan apa lagi kelebihan dan Manfaat Zink Untuk Kita..

 ➡️Meningkatkan sistem imun dan daya tahan pada penyakit

 ➡️Kencing manis- membantu pengeluaran insulin dan mengekalkan fungsi insulin

 ➡️Membantu memelihara kesihatan kelenjar prostat

➡️ Pengambilan zinc dapat mengurangkan pembengkakan prostat sebanyak 70%

 ➡️Ovulasi wanita sewaktu masa subur- wanita memerlukan zinc untuk ovulasi iaitu masa sel pembiakan dibebaskan untuk hamil

 ➡️Membantu memelihara kulit yang sihat. Mengurangkan radang kulit seperti ekzema dan jerawat

 ➡️Menyumbang pemulihan kelesuan kronik

 ➡️Mengekalkan deria bau yang sihat dan sensitif

➡️ Zinc membantu meningkatkan keupayaan seks lelaki dan meninggikan jumlah sperma

➡️ Mengurangkan keguguran rambut penyebab botak

 ➡️Menyumbang pembentukan kolagen untuk kulit yang cantik dan anjal

 ➡️Memainkan peranan dalam pemulihan luka yang cepat

 ➡️Ingatan yang lebih baik














BERAPA HARGA SEBOTOL ZINC PLUS SHAKLEE NI?

Harga sebotol Zinc Plus Shaklee (120biji) adalah sangat mampu milik. Cuma RM66.25 sahaja termasuk pos ke seluruh Malaysia. Sehari cuma perlu makan 1 biji sahaja. So, sebotol boleh tahan untuk penggunaan sebulan.

Nak order terus secara online? Klik saja di sini:



Ada soalan? Atau nak order melalui saya? Klik di sini untuk menghubungi saya melalui Whatsapp:




PUNCA SINDROM MEROYAN DI KALANGAN WANITA BERPANTANG & CARA MENYELESAIKANNYA

Tahukah anda bahawa purata 40-80% wanita yg baru melahirkan bayi menghadapi sindrom 'baby blues'? Antara simptom baby blues ni adalah perasaan yg terganggu, berasa sedih, hilang keyakinan diri, sentiasa risau & keletihan. Biasanya sindrom baby blues ni akan berlaku selama beberapa hari pada minggu pertama selepas melahirkan.

Baby blues adalah agak normal berlaku di kalangan ibu yg baru melahirkan. Namun, apa yg membahayakan adalah, sindrom baby blues ini boleh bertukar menjadi Postpartum Depression (PPD) ataupun apa yg orang Melayu panggil sebagai MEROYAN.

Ada banyak faktor sebenarnya yg boleh menjadikan seorang ibu baru bersalin itu mengalami PPD atau meroyan. Antaranya:

😣 Stress atau kemurungan sejak kehamilan lagi. Kemungkinan disebabkan oleh masalah atau tekanan perasaan yg dihadapi atau kandungan yg bermasalah.
😣 Kehamilan yg sukar - mungkin kesunyian atau tidak mendapat sokongan orang sekeliling.
😣 Masalah atau komplikasi sewaktu melahirkan.
😣 Melahirkan bayi pra-matang atau sebelum waktu yg dijangkakan.
😣 Mempunyai sejarah pernah menghadapi masalah depresi sebelumnya.
😣 Masalah penyusuan bayi.
😣 Bayi banyak meragam - colic, alergik, mempunyai masalah kesihatan atau kerap menangis.
😣 Mempunyai masalah peribadi.
😣 Merasa diri tidak layak menjadi ibu.
😣 Kelahiran/kandungan yg tidak diingini.
😣 Mendapat tekanan dari keluarga atau orang sekeliling.
😣 Tidak mendapat sokongan atau bantuan dari pasangan, ahli keluarga & rakan terdekat.
😣 Pemakanan yg tidak menentu serta kurang nutrisi.

Bukan semua wanita yg menghadapi faktor-faktor di atas berisiko untuk menghadapi PPD. Tetapi, apabila keadaan berlarutan serta ibu tersebut tidak mempunyai kekuatan yg utuh, maka risiko untuk mengalami sindrom PPD atau meroyan ini akan semakin meningkat.

Apakah tanda-tanda ibu yg mengalami PPD atau meroyan? Antaranya:

😓 Kerap menangis secara tiba-tiba.
😓 Lebih banyak menyendiri & tidak bercakap/bergaul dengan orang sekeliling.
😓 Sukar untuk tidur.
😓 Tidak mempedulikan bayinya.
😓 Mudah marah atau melenting.
😓 Hilang selera makan.
😓 Berat badan susut secara mendadak.

Bagaimanakah kita sebagai ahli keluarga, rakan atau masyarakat sekeliling boleh membantu ibu PPD atau meroyan?

✔ Sentiasa cuba dekati mereka. Pujuk mereka untuk meluahkan perasaan yg terpendam.
✔ Jangan biarkan mereka bersendirian. Ajak mereka berbual-bual.
✔ Bantu sediakan makanan yg berkhasiat.
✔ Bantu mereka menjaga bayi atau apa-apa yg memudahkan urusan mereka.
✔ Elakkan memberi pendapat atau pandangan yg boleh menambahkan lagi masalah/kesedihan mereka.
✔ Berikan kata-kata semangat & sentiasa mengingatkan mereka bahawa Yg Maha Esa sentiasa ada bersama mereka untuk mengurangkan tekanan atau masalah yg dihadapi.
✔ Cadangkan kepada mereka atau berikan mereka supplemen yg boleh membantu memberikan tenaga agar tidak kelesuan, boleh membantu menghasilkan susu yg secukupnya untuk bayi serta boleh menceriakan semula mood mereka. Contohnya, Set Berpantang Shaklee yg lengkap untuk keperluan nutrisi ibu & bayi yg sedang berpantang & menyusukan bayi.

Bagaimana Set Berpantang Shaklee boleh membantu ibu berpantang & sekaligu mengelakkan masalah PPD atau meroyan?

Set Berpantang Shaklee mengandungi nutrisi lengkap yg diperlukan oleh ibu yg baru sahaja melahirkan bayi. Ia sekaligus membantu ibu menjayakan penyusuan bayi dengan lebih mudah. Antara yg terkandung dalam Set Berpantang Shaklee:

👉 VITALEA WITH IRON
Vitalea adalah multivitamin lengkap yg membantu badan ibu jadi cergas & bertenaga. Juga untuk mengelakkan ibu berasa letih & lesu akibat jadual tidur yg tidak menentu.

👉ESP (PROTEIN SHAKE)
Shake protein ini sangat-sangat membantu untuk memberikan tenaga kepada ibu, membantu mengenyangkan perut ibu yg sering lapar tanpa menggemukkan serta menjadi milkbooster supaya susu ibu menjadi lebih pekat & bayi pun akan lebih cepat kenyang & tidur lena.

👉VITA C PLUS
Ibu berpantang DILARANG untuk jatuh sakit. Antibodi & sistem imun ibu haruslah kuat supaya tidak mudah jatuh sakit. Ibu yg demam & mudah sakit akan mudah juga 'menyalurkan' virus kepada bayi serta mengurangkan nutrisi susu badan yg diberikan kepada bayi. Jatuh sakit juga boleh menjadikan ibu lebih mudah lesu & tertekan. Vitamin C membantu menguatkan sistem imun ibu berpantang agar tidak mudah jatuh sakit. Malah, ia juga membantu mempercpatkan pemulihan luka bersalin sama ada secara normal mahupun czer.

👉 OSTEMATRIX
Pil kalsium + Vitamin D + Magnesium ini sangat-sangat penting bagi ibu; khususnya untuk melegakan sakit-sakit badan akibat posisi penyusuan. Ia juga membantu ibu mendapatkan tidur yg berkualiti walaupun tidak cukup. Yg paling utama, ia membantu mengelakkan risiko osteoperosis bagi si ibu yg telah banyak kehilangan kalsium dalam tulang akibat haid, kehamilan & penyusuan bayi.

👉ZINC COMPLEX
Zinc amat membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka. Ia juga membantu mengembalikan semula kestabilan hormon, mengurangkan masalah rambut gugur serta kuku rapuh selepas bersalin.

Saya dulu pun mula jatuh chenta dengan Shaklee tau. Memang berbeza kesannya pada kecergasan badan, mood & penyusuan. 😉

Nak pengalaman berpantang yg berbeza? Meh ambil Set Berpantang Shaklee dengan saya. Pasti berbeza!

IRDA
014-984 0240
Pengedar Shaklee Pro Anda.

MANDI AIR SEJUK UNTUK TINGKATKAN KESUBURAN LELAKI

Tahukah anda? Jika tuan puan sedang berusaha untuk mendapatkan cahaya mata, mandi air dingin adalah salah satu cara yang boleh dicuba oleh pihak suami. Memang kebanyakan kita lebih suka berendam dalam sauna, mandi air panas, namun air yang dingin sebenarnya mempunyai kebaikan tersendiri terhadap kesihatan dan mampu meningkatkan kesuburan di kalangan lelaki. Malah, mandi air panas sebenarnya tidak elok untuk organ pembiakan lelaki kerana ia boleh menurunkan kadar bilangan sperma.

masalah kesuburan lelaki

Walau bagaimanapun, tidak salah sekiranya ingin mandi dengan menggunakan air suam sekali-sekala. Namun, sebaiknya ia tidak dijadikan amalan harian; malah mungkin sehingga 2-3 kali sehari untuk mandi dengan air suam.


BAGAIMANA JIKA SAYA TELAH MENGAMALKANNYA SEBELUM INI? ADAKAH CARA UNTUK MENINGKATKAN KEMBALI KESUBURAN SAYA/SUAMI?

Anda tak perlu terlalu risau jika anda telah sekian lama mengamalkan mandi air suam sebelum ini. Ini keran masih terdapat pelbagai cara untuk meningkatkan tahap kesuburan anda kembali. Antara yg boleh dilakukan adaah:


  • Menukar tabiat mandi air suam dengan menggunakan air sejuk.
  • Melebihkan pengambilan air kosong & meminimumkan pengambilan air manis atau berkarbonat. Ambil sekurang-kurangnya 2 liter air kosong setiap hari; terutamanya pada waktu siang.
  • Melakukan senaman berkala sekurang-kurangnya 3-4 kali seminggu selama 30 minit setiap sesi.
  • Tidak merokok atau mengambil minuman keras.
  • Mengamalkan pemakanan yg sihat, seimbang, kurang berlemak serta mengelakkan pengambilan makanan segera atau berproses.
  • Mengambil supplemen untuk menjaga kesihatan badan secara keseluruhannya dan supplemen khas yg boleh meningkatkan kualiti & kuantiti sperma.



ADAKAH SUPPLEMEN SHAKLEE YG BOLEH MEMBANTU?

Insya Allah adaaaaa...
Boleh amalkan supplemen dari Shaklee yang di cadangkan.


  • Vitamin E - membantu menstabilkan hormon reproduktif lelaki, meningkatkan kuantiti & kualiti sperma supaya lebih sempurna sifatnya & lebih mudah mensenyawakan ovum.
  • Zinc - meningkatkan tahap testosteron dan bilangan sperma pada lelaki. 
  • Vitamin C - Berperanan dalam pembentukan sperma & mengawal DNA yg dibawa oleh sperma supaya ia sempurna. DNA dalam sperma yg rosak akan menyebabkan janin mudah gugur ataupun bayi yg dilahirkan mengalami kecacatan akibat masalah kromosom.
  • Omega Guard - Asid lemak Omega-3 amat penting untuk kesihatan fungsi hormon, kaya dengan prstaglandins untuk sperma yg sihat. Kekurangan prostaglandins dalam air mani lelaki boleh menyebabkan kualiti sperma yg teruk, sperma tidak normal sifat & bentuknya, kuantiti sperma yg sedikit serta kegagalan sperma untuk berenang & menembusi ovum.


Di samping itu, para lelaki juga amat digalakkan untuk kurangkan minum dan makan dari sumber kafein. Anda juga digalakkan untuk berendamlah dengan air sejuk, kerana berendam air panas boleh merencatkan penghasilan sperma.

Jika anda ingin meningkatkan kesuburan & inginkan cahaya mata dengan kadar segera, hubungi saya untuk memesan supplemen yg sepatutnya anda ambil demi usaha & ikhtiar anda itu. Konsultasi sepenuhnya saya sediakan untuk setiap pelanggan saya. TAK PERLU SEGAN ATAU MALU. Saya hanya membantu, demi kebahagiaan anda suami isteri. SMS/Whatsapp saya di: 014-984 0240. Segala perbualan kita adalah sulit. (^_^)

Irda
Mentor Kesuburan Suami & Isteri

SET BERPANTANG SHAKLEE YG MULA BUAT SAYA JATUH CINTA

Dulu saya adalah seorang yg tidak percayakan supplemen. Bagi saya, badan kita akan menerima 'overdose' vitamin apabila mengambil supplemen dan buah pinggang kita akan terjejas. Tetapi semua itu berubah apabila saya mula hamil anak kedua. Nekad dan keinginan saya untuk menyusukan anak saya secara eksklusif dan penuh sehingga berusia 2 tahun, mengubah pendirian saya. Saya mula menggali segala ilmu berkaitan kehamilan & penyusuan. Dan akhirnya, saya mengambil keputusan untuk menjadi ibu yg sihat; bermula dengan Set Berpantang Shaklee ni. Penyudahnya, sampai sekarang saya 'keep on falling' for Shaklee each & every day! Hehehehe...


set bersalin shaklee
Set Berpantang Shaklee lengkap yg membuatkan saya mula 'jatuh cinta' dengan Sahklee (^_^)

BAGAIMANA IA BUAT SAYA JATUH CINTA?

Saya bersalin anak pertama secara cesarean. So, jamu-jamu tradisional yg parents saya sediakan semuanya sia-sia sahaja. Lepas sebulan macam tu, baru boleh mula ambil. Masa tu, semangat berpantang dah kurang dah.. sebab banyak benda dah boleh makan.. hehehe...

Masa tu, saya sangat kurang ilmu penyusuan bayi. Saya sangkakan penyusuan bayi ni sesuatu yg semulajadi dan mudah. Rupanya Allah Maha Besar. Dia kurniakan saya anak yg 'cranky'. Tak mahu menyusu badan, refuse untuk latching, kuat meragam, colic dan sukar tidur malam. Saya jadi stress. Susu pun merudum sangat-sangat. Dalam usianya sebulan, saya dah beri susu formula. Pulak tu, dia lactose-intolerance. Dahhh kena cuba macam-macam susu sebelum tau yg dia cuma boleh minum susu soya!

Bila hamil anak kedua, saya nekad nak menyusukan dia sampai dia berumur 2 tahun. Nak buat stok EBM banyak-banyak. Plus, saya risau saya kena cesar lagi sekali. So, rugi la kalau beli jamu lagi kan.. So, saya beli Trial Pack Set Berpantang ni. Satu set trial tu tahan untuk 40 hari berpantang. Orang tak percaya supplemen la katakan... tu yg beli trial pack je.. hehehe... Dan alhamdulillah, rezeki saya kena cesar lagi.. huhu.. So, memang kena ambil vitamin la jawabnya kan...

Hari pertama lepas sedar dari pembedahan, saya terus ambil set ni. Anak saya pula Paed tahan sebab bacaan jaundicenya 8. Sepatutnya kalau bawah 10 boleh balik.. tapi kenapa ntah Paed tu tahan juga. So, 3 hari jugalah saya duduk kat wad VVIP tu dengan layanan yg macam tuan puteri.. hehehe...

Sepanjang tempoh itu sahaja pun saya boleh rasa kesan Set Berpantang ni. Walaupun baby saya meragam setiap malam sebab tak suka duduk bawah lampu biru tu, saya tabah & cergas je menemankan & menyusukan dia dengan kerap. Setiap jam dia menyusu. Sampai husband saya yg risau tengok saya tak tidur siang malam. Hehehe... tapi, guess what?? Saya ok je! Dan susu badan saya pun makin banyak!


MAKIN JATUH CINTA!


Hari demi hari saya berpantang di rumah parents tanpa pembantu. Parents saya masih bekerja. Anak yg sulung parents saya hantarkan ke rumah pengasuh sementara. Saya mandi sendiri, mandikan baby sendiri, masak nasik sendiri (lauk mak saya masakkan awal pagi), kemas bilik, kemas rumah sikit-sikit & pam susu. And again, guess what?? Saya rasa sihat & cergas je tau! Fuhhh.. dahsyat 'penangan' Shaklee ni!

Anak saya jenis berjaga tiap jam setiap malam. Masuk pukul 8.30 pagi baru dia nak lena. Huhu.. tapi saya rasa sangat happy dan tak lesu pun melayan jadual dia. Tambah pula dengan si sulung yg pulang ke rumah sekitar jam 2 petang. Laaagi macam-macam perangai budak baru dapat adik nih... hehehe...


TERUS JATUH CINTA!

Lepas berpantang 60 hari, saya mula bekerja. Masa ni saya mula ambil Set Menyusu pula. Haa.. ni citer kat entry lain ek.. hehehe...

Tapi yg penting, sekarang ni, SELEPAS 2 TAHUN lebih, saya masih mengamalkan supplemen Shaklee! Macam-macam saya ambil. Terutamanya untuk kecergasan & kecantikan kulit. Dannnnnn... anak saya masih menyusu secara kasual tau! Saya pulak, dah jadi WAHM sepenuh masa yg menjalankan bisnes Shaklee hanya dari rumah sambil menguruskan anak-anak! Dahsyat kan 'kisah cinta' & 'penangan' Shaklee pada saya!! Hehehe... Dan saya ingin berkongsikan rasa itu dengan anda semua! Dan jika anda berisiko untuk bersalin secara cesarean atau mempunyai sejarah anak terdahulu mendapat jaundice/kuning, buatlah persediaan awal. Hubungi saya di 014-984 0240 (SMS/Whatsapp), dan ambillah Set Berpantang Shaklee ini juga. Ia sememangnya amat-amat membantu anda menjadi cergas demi menguruskan bayi & anak-anak dalam tempoh berpantang.

JOM SIHAT DENGAN SHAKLEE!

Irda
Mentor Berpantang Secara Cesarean.


SET SUPPLEMEN UNTUK KESIHATAN LELAKI MACHO

Lelaki pelindung keluarga. Jika dia belum berkahwin, dia seorang pelindung utama kepada ibu bapa & adik-beradiknya. Jika seorang lelaki telah berkahwin, lagi besar tanggungjawabnya untuk menyara & menjaga isteri serta anak-anaknya. Justeru, KESIHATAN ADALAH AMAT PENTING bagi seorang lelaki.


Lelaki tidak terkecuali dalam menghadapi pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung, kencing manis, obesiti, strok dan banyak lagi. Ada di antara mereka yg mengalami perubahan hormon seawal usia 30 tahun yg membawa kepada masalah kesihatan yg rumit dalam hidup mereka seperti:

· Mati pucuk
· Pembesaran prostat
· Kelesuan & stress
· Kurang tenaga & stamina


Set Kesihatan Lelaki Macho dari Shaklee membekalkan nutrisi terbaik untuk kesihatan lelaki. Asasnya, Set Kesihatan Lelaki Macho Shaklee ini terdiri daripada 3 jenis supplemen iaitu:

1. OMEGA GUARD

Omega Guard membantu kesihatan jantung serta meningkatkan kecergasan badan secara keseluruhannya. Mengekalkan tekanan darah serta paras kolesterol yg sihat, memecahkan lemak di dalam salur darah serta membantu otak supaya lebih fokus di tempat kerja.


2. VITA E COMPLEX


Vitamin E Complex Shaklee membantu memelihara kesihatan prostat, meningkatkan kesuburan lelaki serta meningkatkan kualiti sperma lelaki agar mudah untuk memperolehi zuriat.


3. ZINC COMPLEX


Zinc Complex dengan ekstrak barli dan juga Alfalfa membantu mengekalkan paras gula yg sihat di dalam darah, memelihara hormon & kesuburan lelaki serta mengurangkan masalah keguguran rambut akibat faktor hormon & usia.


HARGA RETAIL BAGI SETIAP ITEM SET KESIHATAN LELAKI MACHO SHAKLEE ADALAH:

1. OMEGA GUARD (90 BIJI): RM136
*Sediaan untuk 3 bulan.

2. VITA-E COMPLEX (120 BIJI): RM149
*Sediaan untuk 4 bulan.

3. ZINC COMPLEX (120 BIJI): RM33
*Sediaan untuk 4 bulan.


Untuk memesan Set Kesihatan Lelaki Macho Shaklee ini hubungi saya:

Irda
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)

SET BERPANTANG SHAKLEE: JAMU MODEN UNTUK IBU CERGAS!


ANDA MEMPUNYAI SEJARAH BAYI JAUNDICE/KUNING? MEMERLUKAN / MENCARI SET BERPANTANG YANG BOLEH DIAMBIL SEJURUS SELEPAS BERSALIN? INGIN MENYUSUKAN BAYI SECARA EKSKLUSIF? INGIN MULA MEMBUAT STOK SUSU IBU KETIKA MASIH BERPANTANG?


SET BERPANTANG SHAKLEE adalah jawapan yang PALING TEPAT untuk anda! Set 'jamu moden' ini dijamin halal, selamat untuk ibu & bayi serta pelaburan yang berbaloi-baloi untuk ibu & bayi!

Kebaikan & kelebihan SET BERPANTANG SHAKLEE ini adalah:

[✔] Boleh diambil sejurus selepas bersalin normal/pembedahan.
[✔] Boleh diambil walaupun bayi menghidapi jaundice/kuning.
[✔] Mengekalkan kesihatan & kecergasan badan ibu.
[✔] Mengurangkan rasa mengantuk terutama ketika menyusukan bayi.
[✔] Menambah kuantiti & kualiti susu ibu.
[✔] Menjadikan breast lebih cepat penuh selepas bayi menyusu.
[✔] Menjadikan bayi cepat kenyang & tidur lena.
[✔] Membantu ibu menurunkan berat badan.
[✔] Mempercepatkan penyembuhan luka bersalin & stretch marks.
[✔] Sangat sesuai bagi ibu-ibu yang terpaksa berpantang sendiri tanpa bantuan ibu/pembantu.



Untuk pertanyaan & pesanan, hubungi:
Irda
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)
PM: www.facebook.com/messages/Yourhealthshoppe
COD: Sekitar Johor Bahru, Skudai & Nusajaya

ESP SHAKLEE : PROTEIN SHAKE BERASASKAN NON-GMO SOYA TERBAIK DENGAN PELBAGAI KEBAIKAN!

Assalamualaikum semua! Pernah dengar tentang ESP Shaklee? Supplement dalam bentuk shake berasaskan non-GMO (non Genetically Modified Organism) soya yang terbaik dalam pasaran supplement kesihatan. V(^_^)V


esp shaklee


Jangan risau sekiranya anda pernah mendengar tentang keburukan soya yang mampu menyebabkan kanser dan penyakit-penyakit lain! Kerana ESP Shaklee bukan sembarangan produk berasaskan soya ye! Sumber kacang soya ESP bukan sahaja non-GMO, malah telah diproses dan diekstrak dengan menggunakan air bagi mengekalkan isoflavones genistein dan daidzein yang kritikal bagi membekalkan anda dengan seluruh kebaikan soya.


Antara kelebihan ESP adalah:

  • Satu-satunya produk yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia.
  • Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral yang amat diperlukan oleh tubuh manusia untuk mengekalkan kesihatan.
  • Kandungan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39; menjadikan ia sangat sesuai juga kepada penghidap kencing manis. G.I yang rendah memecahkan gula perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan anda. Mengekalkan paras gula yang rendah dalam badan anda amatlah penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan jangka panjang. Justeru, ia amat sesuai untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan juga!
  • Satu hidangan ESP ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu.
  • ESP adalah rendah lemak, tiada kolesterol. tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.
  • Kandungan protein yang tinggi membantu dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta merupakan komponen utama hormon manusia. Ia juga merangsang fungsi psikologi.

ESP juga boleh digabungkan dengan pelbagai supplement Shaklee yang lain bagi memberikan kesan yang lebih optimum ke atas satu-satu masalah kesihatan. Antara masalah kesihatan yang disarankan bagi pengambilan salah satu Set ESP adalah:
  • Penyusuan bayi
  • Penghidap gastrik
  • Ibu hamil dan inginkan bayi yang bijak
  • Mereka yang inginkan kulit yang cantik
  • Mereka yang ingin menurunkan berat badan atau mengekalkan berat badan sihat
  • Ibu yang baru melahirkan anak sama ada secara normal atau cesearean
  • Mereka yang baru menjalani pembedahan
  • Mereka yang ingin hamil, meningkatkan kesuburan ataupun mempunyai kitaran haid yang tidak teratur
  • Mereka yang ingin menambah berat badan

set esp shaklee

Harga Retail Normal ESP: RM150
*Hubungi saya untuk SPECIAL PRICE!


Jom, Pilih set anda sebelum terlambat!

Irda
SMS/Whatsapp: 014-984 0240
COD: Sekitar Johor Bahru, Nusajaya, Skudai & Kulaijaya.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

MASALAH RAMBUT GUGUR SELEPAS BERSALIN??

Siapa pernah bersalin, angkat tangan! SAYA!! (^_^)/

Siapa pernah gugur banyak rambut lepas bersalin! SAYA!! SAYA!! (^_^)/


Masalah rambut gugur di kalangan wanita lepas bersalin bukan satu perkara aneh. Kata orang tua apabila anak mula pandai buat ‘buih', rambut si ibu akan banyak gugur. Mungkin itu sekadar mitos kerana terdapat faktor tertentu kenapa masalah kerap berlaku kepada ibu-ibu yang baru melahirkan bayi. Jika dulu rambut panjang mengurai dan mudah disikat tetapi kini menjadi semakin nipis dan kusut akibat rambut yang banyak gugur. -Majalah Pa&Ma


Kenapa semuanya berlaku selepas melahirkan si kecil??

Relaks... Tenang... it's not the end of the world orang Jawa kata.. hehe.. (*_^)


Ada 9 perkara yang perlu anda tahu tentang rambut gugur selepas bersalin ni:


  1. Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu yang baru bersalin boleh hilang antara 50-100 urat rambut setiap hari.
  2. Anda harus faham, hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut.
  3. Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, anda tidak perlu panik kerana anda tidak akan menjadi botak. Sebaliknya ia akan kembali normal sebaik bayi menyambut ulang tahun pertama.
  4. Biasanya, lebih kurang 5% hingga 15% berada dalam peringkat berehat.
  5. Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur. Biasanya ketika anda menyikat atau bersyampu. Ia akan diganti dengan rambut baru. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari.
  6. Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.
  7. Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat.
  8. Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6-12 bulan selepas bersalin.
  9. Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah ini berlaku kepada mereka.


Apa yang boleh ibu-ibu lakukan??



  • Mengambil makanan yang berkhasiat dan kaya dengan protein dan zat besi selain daripada vitamin pra-natal anda.
  • Elakkan membuat rawatan rambut menggunakan bahan kimia seperti mengeriting, mewarna, melurus sehingga rambut kembali normal. 
  • Penggunaan wig (rambut palsu) harus dihindarkan kerana ia membuatkan kulit kepala tidak dapat bernafas dengan baik serta merosakkan folikel rambut. 
  • Berjumpa doktor sekiranya keguguran rambut sangat serius terutama jika terdapat gejala lain kerana ia mungkin petanda penyakit postpartum thyroiditis.


Apakah makanan yang boleh mencegah keguguran rambut??

  • Telur & daging ayam
  • Gandum
  • Taugeh
  • Sayuran hijau
  • Buah-buahan seperti tembikai, epal, pisang & oren
  • Makanan laut bercengkerang seperti kerang, udang, tiram dll
  • Ikan salmon
  • Kunyit & Jintan
  • Air masak


Adakah vitamin SHAKLEE yang boleh membantu mengurangkan rambut gugur??

Adaaaaa.... (^_^)



Kebaikan Zinc Complex Shaklee:

  • Meningkatkan sistem imunisasi
  • Membentuk tindak balas enzim untuk pelbagai aktiviti bikimia badan
  • Unsur zinc yang mampu mengurangkan keguguran rambut (bukan disebabkan keturunan)


Untuk pesanan vitamin anda dan konsultasi secara percuma, hubungi saya:
SHAKLEE Independent Distributor (Irda - ID 909714)
Email: irda2104@yahoo.com
Call/SMS/Whatsapp: 014-984 0240

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Kencing Manis Penyakit Berbahaya.

Salam. As I browse online utusan, I came across this headline.
Diabetes semakin serius 
KLANG 30 Mei - Kajian Persatuan Diabetes Malaysia (PDM) Cawangan Selangor mendapati serangan penyakit itu di negeri ini semakin membimbangkan dengan seorang daripada dua rakyat didapati menghidap penyakit tersebut. Pengerusinya, Datin Dr. Santha Kumari berkata, antara faktor penyebab keadaan itu adalah amalan pemakanan yang tidak sihat. Beliau memberitahu, kajian juga mendapati 22 peratus rakyat di negara ini yang berusia di bawah 30 tahun terdedah dengan risiko penyakit kencing manis. 
"Kami memandang serius perkara ini kerana diabetes adalah penyakit berbahaya yang boleh mendatangkan pelbagai komplikasi. Justeru, kami meminta supaya rakyat mengamalkan cara hidup sihat, sekali gus dapat mencegah daripada menghidapi penyakit ini," katanya pada sidang akhbar berhubung penganjuran Majlis Makan Malam Amal di Hotel Premier di sini semalam.
Simptom-simptom Diabetes

1) Dahaga yang terlampau dan cepat berasa lapar
2) Kerap membuang air kecil
3) Keletihan melampau
4) Penglihatan kabur dan boleh menjadi buta
5) Penurunan berat badan
6) Luka lambat sembuh

Adakah Supplemen Shaklee yang boleh membantu? Ada. :-)

Vitamin untuk diabetes:

  •  B COMPLEX
  •  VITA-C
  •  VITALEA
  •  VITA – E (anti-oksida) 
  •  GLA Complex 
  •  Zink Complex

Perlukan berhenti mengambil ubat? Jangan, kerana itu dipreskripsi oleh doktor. Ambillah suplemen di atas bagi menangani masalah yang timbul akibat kesan sampingan ubat.



Untuk pesanan vitamin anda dan konsultasi secara percuma, hubungi saya:
SHAKLEE Independent Distributor (Irda - ID 909714)
Email: irda2104@yahoo.com
Call/SMS/Whatsapp: 014-984 0240

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...