Showing posts with label Set Kulit Cantik. Show all posts
Showing posts with label Set Kulit Cantik. Show all posts

TIPS PENJAGAAN KULIT CANTIK & SIHAT PALING ASAS

Ramai yg ingat sebenarnya bila nak kulit cantik ni penjagaan yg paling penting adalah penjagaan dari luar. Tapi ramai yg tak tahu, rahsia sebenar kulit yg cantik & sihat berkualiti ni bermula dari penjagaan dalaman yg sebaiknya. Caranya? Mudah je.. Ambil nutrisi yg secukupnya untuk badan kita. Sebab? Bila kita sihat dalaman, maka ia akan terbawa sekali ke luaran; iaitu pada kulit kita tau.


RAHSIA PENJAGAAN KULIT BERKUALITI DARI SAYA

So, memandangkan saya dah jadi pengguna setia Shaklee ni selama hampir 6 tahun, meh saya share sikit 'rahsia' macam mana saya maintain kulit yg elok, gebu, sihat, glowing & nampak awet muda ni. Sampai orang tak percaya yg umur saya dah menghampiri 40an tau!

Sebenarnya, kalau nak citer apa set/produk Shaklee yg saya ambil, memang hampir semua saya ambil. Almaklumlah, tamak nak cantik & sihat. Hahaha.. Tapi kang ramai pulak yg kecam; "ambil banyak-banyak, kenyang supplemen je la hari-hari ye.." Hahahaha.. Baik kenyang supplemen dari kenyang ubat ke kenyang burger ke jajan ke.. ye dak? 

So, ni saya nak share 3 produk kesayangan saya yg memang dah bertahun-tahun saya amalkan. 2 daripadanya memang wajib setiap hari saya ambil. Yg 1 dalam kotak tu kadang-kadang saya selang-seli juga ambilnya. Sebab? Takut tegang sangat kulit karang. Ahahahaha.. 

ESP tu memang shake protein yg favourite sangat-sangat. Hari-hari MESTI mau shake. Kadang dengan fresh milk, kadang dengan jus buah. Ini bukan sahaja sumber tenaga tau, tapi protein dalam ESP ni la yg buat sel-sel kulit jadi sentiasa baru & elok. Sebab tu la kulit boleh gebu & glowing sokmo.. ewahhhh! Hahaha..

Vita C Plus tu pulak pada saya basic yg paling penting untuk dapatkan kulit yg moist; tak kering. Dia jugaklah yg bagi kulit jadi cerah sekata sokmo. Ni, habis malas seorang perempuan kalau nak jaga kulit, inilah vitamin paling asas yg WAJIB diambil sebenarnya. Ambil Vita C Plus ni sahaja selama 2 minggu pun, CONFIRM korang akan dapat lihat & rasa perubahan positif pada kulit korang.

Last one, ni produk yg paling eksklusif. Ini orang kata 'benchmark' tahap kecantikan macam mana yg kita nak amalkan. Sebab? Kolagen ni ada pelbagai kelas/jenis. Kalau sekadar nak ada je kolagen, kaki/cakar ayam pun ada kolagen. Rumpai di laut pun ada kolagen. Oren & jagung pun ada kolagen. Tapi semua tu tak eksklusif. Alang-alang nak cantik, biarlah eksklusif. Biarlah ia bersumberkan bahan yg paling berkualiti dalam kelas/jenisnya. Gittewwww.. Macam Shaklee Collagen Powder (SCP) ni; ia dibuat dari sisik ikan merah laut dalam tau. Struktur kolagennya adalah yg paling hampir sama dengan struktur kolagen semulajadi dalam badan manusia. Barulah kelassss! 

Kulit yg cantik BUKAN yg nipis, putih melepak macam mayat (oooppsss) tu tau.. tapi kulit sihat adalah yg transparent, tidak nipis, tidak melepuh, kurang kedutan & mengikut warna asal kulit secara semulajadi. 

Nak juga SET KULIT CANTIK, SIHAT & GLOWING ni? Harga retail set ni cuma RM556.75 sahaja tau. Boleh tahan untuk pengambilan sehingga 6 bulan. Nak jimat lagi? Meh daftar jadi ahli sekali. Dapat jimat sehingga 15-20% dari harga retail.

Whatsapp saya di 014-984 0240 (Irda) untuk pertanyaan atau nak order terus ye. Konsultasi eksklusif untuk semua pelanggan saya. 

PRODUK SKINCARE TERBAIK UNTUK MASALAH SUNBURN, LIANG PORI BESAR, WHITEHEADS & BLACKHEADS

Orang kata, bila kulit cerah ni untung. Nampak berseri je. Tapi yg orang tak tau, orang berkulit cerah ni sangat mudah untuk sunburn. Bila sunburn, akan timbula masalah lain seperti kulit berminyak, liang pori tersumbat & akhirnya jadi whiteheads & blackheads. Saya adalah salah seorangnya. Tapi, alhamdulillah saya dah jumpa penyelesaiannya dengan ESP, Collagen Powder & Set Nutriwhite Shaklee. Jom baca kisah benar saya ni! 😉

"KINI KULIT SAYA TIDAK SUNBURN LAGI. MALAH LIANG PORI SAYA JUGA MENGECIL"

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera. Nama saya Irdayati binti Abdul Air. Saya berusia 36 tahun (2017). Saya merupakan seorang bekas konsultant perancang bandar dan desa.

Kerjaya saya memerlukan saya kerap pergi outstation; sama ada untuk menghadiri mesyuarat ataupun melawat tapak projek. Ada kalanya sehingga berhari-hari saya perlu melakukan pemeriksaan tapak. Apabila berada di tapak projek, kebiasaannya saya akan terdedah kepada cahaya matahari secara langsung. Tidak kiralah sama ada sewaktu dalam perjalanan mahupun sewaktu membuat survey di tapak projek. Sehinggakan kulit saya menjadi berminyak, timbul blackheads dan whiteheads serta kusam akibat sunburn. Paling sedih apabila saya buka tudung, garis belak seperti ‘sempadan’ amat jelas ketara di bahagian pipi & pelipis saya. Macam nak nangis rasanya bila tengok.

Saya jenis yang sangat memilih dalam produk skincare. Takut sangat nak cuba sembarangan; takut ada bahan berbahaya di dalamnya. Sebelum berkenalan dengan Nutriwhite Shaklee, saya pernah mencuba satu jenama yang dijual di kedai butik khas untuk kecantikan dan wangian yang berasaskan bahan semulajadi. Katanya, produk skincare mereka mampu mengurangkan sunburn dan mengurangkan masalah kulit berminyak saya. Ternyata tidak! Malah, kulit saya jadi semakin berminyak sehingga kelihatan berkilat seperti cermin terutamanya di waktu pagi sewaktu bangun dari tidur.

Setelah setahun saya mengamalkan ESP dalam rutin harian saya (untuk penyusuan bayi), saya perasan yang kulit saya menjadi lebih cerah sekata dan gebu. Pada waktu itu, terbuka pintu hati saya untuk mencuba produk Nutriwhite yg dikatakan direka khas untuk kulit orang Asia. Saya bermula dengan Gentle Deep Foaming Cleanser. Kemudian, setiap bulan saya beli satu-persatu pula Spot Whitening Treatment, Ultimate Protection Whitening Lotion, Soothing Radiance Whitening Softener, Gentle Action Makeup Remover; dan yang terkini saya beli Overnight Renewal Whitening Cream.

Seriusnya, saya sangat-sangat berpuas hati. Kulit saya yang dulu mudah sunburn tetapi lambat untuk pulih kembali, kini dah tak mudah sunburn lagi! Dah takde dah garis belak di pipi dan pelipis saya. Malah, Makeup Remover telah berjaya membebaskan liang pori saya dari tersumbat oleh blackheads dan whiteheads! Untuk kesan yang lebih mantap, saya tambah pula ambil Shaklee Collagen Powder yang berjaya menjadikan liang pori saya mengecil!

Terima kasih Nutriwhite Shaklee kerana telah menjadi ASBAB TERBAIK untuk saya mendapat kulit yang diidamkan. Sampai orang gelarkan saya ‘Kakak Cantik’! Awww!

Siapa lagi nak kulit cerah, gebu &;awrt muda? Meh dapatkan set yg sama macam saya! Boleh dapat free keahlian Shaklee lagi tau. 😉

Irda
014-984 0240

TIPS HILANGKAN BINTIK HITAM (PIGMENTASI) & SEL KULIT MATI

Tahu tak, salah satu penyebab kita nampak tua adalah kewujudan bintik hitam & sel kulit mati pada lapisan epidermis yg tidak dibuang? Pigmentasi ataupun bintik hitam penuaan adalah disebabkan oleh kulit yg terdedah kepada cahaya matahari. Sinar UV dari matahari menyebabkan bintik hitam terbentuk pada lapisan epidermis. Apatah lagi kita orang Asia; dengan iklim khatulistiwa, kita sering terdedah kepada cahaya matahari yg terik setiap hari. Di samping itu, sel kulit kita juga sebenarnya menjadi tua & mati setiap hari. Sel kulit mati yg tidak dibuang akan menyebabkan kulit kelihatan kusam & tidak glowing.


TIPS MUDAH UNTUK PUDARKAN BINTIK HITAM PIGMENTASI & BUANG SEL KULIT MATI

Selain menggunakan krim muka yg mengandungi formula SPF++ yg berfungsi untuk melindungi kulit dari sinar UV matahari, anda juga WAJIB rajin membersihkan & mencuci muka. Mengapa? Kerana selain daripada sinar UV matahari, kulit kita juga sebenarnya terdedah kepada pelbagai partikel kotoran dalam udara yg kita sedut setiap hari ni. Walaupun kita tidak memakai sebarang mekap, namun, kotoran yg melekat pada kulit ini juga boleh menjejaskan lapisan epidermis & menjadikan kita cepat nampak tua! Dan atas sebab itu juga, saya nak menyarankan 2 jenis PENCUCI HEBAT ini untuk teknik pembersihan kulit dwi-tindakan yg sangat hebat!



APAKAH KELEBIHAN 2 PENCUCI HEBAT INI?

1. NUTRIWHITE GENTLE ACTION MAKEUP REMOVER

  • Membersihkan kotoran pada kulit secara mendalam sehingga ke liang pori. Sangat berkesan untuk menghilangkan blackheads, whiteheads & sebum yg menyumbat liang pori. Bertindak seakan-akan scrub yg sangat lembut pada kulit.
  • Mengandungi tunas pokok Bic yg mampu menanggalkan sel kulit mati tanpa meninggalkan kesan pengelupasan.
  • Mengandungi Aloe Vera yg menjadikannya sangat lembut pada kulit.
  • Direka khas bagi kulit orang Asia; menjadikannya sangat berkesan & boleh digunakan setiap hari.
  • Bertindak lembut pada kulit tanpa rasa pedih atau melepuh.
  • Menjadikan kulit bersih, licin & lembut.
  • HARGA RETAIL: RM95.00 (Untuk kegunaan 7-8 bulan).


2. NUTRIWHITE GENTLE DEEP FOAMING CLEANSER

  • Membersihkan kulit dari luaran & dalaman sehingga ke liang roma & pori.
  • Mengandungi rumpai laut yg bertindak menghilangkan kekotoran, membuang sel kulit mati & menegangkan kulit.
  • Mengandungi alga hijau yg menyahkan toksin & melembabkan kulit.
  • Mengandungi Strawberry Begonia yg mampu memudarkan pegmentasi ataupun bintik hitam akibat penuaan & pendedahan kepada sinar UV matahari.
  • Sangat lembut kepada kulit & menyegarkan.
  • HARGA RETAIL: RM119.00 (Untuk kegunaan 7-8 bulan).


Nak cantik? Jom hubungi saya untuk order & saya akan berikan konsultasi TERBAIK untuk anda!

IRDA
014-984 0240
SID PRO ANDA


HILANGKAN PARUT JERAWAT DENGAN CEPAT

Sebelum ni saya share hasil hari ke-20 beliau. Kali ni selepas 35 hari sahaja bersama ESP & Vita C Plus! Apa yg beliau cakap kat saya?

"IT WORKS LIKE MAGIC!"

Allahuakbar..
Bila dia happy, saya punya happy laaaaagi berganda-ganda tau.. Memang tahap nak nangis tau bila orang sangat happy dengan hasil produk yg kita cadangkan pada mereka.

So, yg ada parut jerawat bertahun-tahun macam customer saya ni, jom dapatkan ESP + Vita C Plus sekarang! Cuma RM243 SAHAJA! Pastu, mana-mana gadis yg nak mendirikan rumahtangga cuti sekolah nanti ke, memang sempat sangat tau kalau nak flawlesskan kulit sebelum hari bahagia itu menjelang. MESTI Cik Abang asyik menjeling je atas pelamin nanti. Awwww!  😍😍😍

Whatsapp saya SEKARANG!

014-984 0240 (IRDA)
SID PRO ANDA

HILANGKAN PARUT JERAWAT DALAM 20 HARI SAHAJA!

Customer saya ni katanya dah lama dah dengar pasal produk Shaklee, tapi tak pernah terbuka hati nak cuba. Sampailah awal bulan Ogos lepas, dia ikut-ikut rakan sepejabatnya yg order Vita C Plus. Selang beberapa hari, dia wassap saya "akak, sebab akak la ni saya terpaksa cantik!" Pastu dia bagi saya gambar terbaru. Nak tunjuk parut jerawat dia dah semakin pudar. Tapi tak bagi share kat public lagi. Tapi, memang jelas nampak sebenarnya dah masa tu perbezaan kulit dia; especially perubahan dari tona kulit yg tak sekata/berbelak-belak kepada lebih bersih & cerah sekata.

Lepas tu, sempena promo ESP bulan lepas, dia 'tergoda' nak cuba ESP pulak; sebab 'tak tahan' tengok semua orang yg amik ESP kulit makin cantik. 😂😂😂 Dan dia ada sebut sungguh-sungguh kat saya yg dia nak hilangkan parut jerawat yg dah bertahun-tahun tu. Dah macam-macam produk dia cuba sebelum ni tapi langsung takde kesan!

FINALLY semalam, dia bagi saya gambar ni untuk saya share secara public! Waaaaaa 😍😍😍 Sungguh laa nampak kan parut jerawat dia makin pudar!! 👏👏👏 Inflammation yg merah-merah tu dah banyak kurang juga! Ai is kagum hokayyy!! Hahahahaha.... seronok + jeles pun ada sebab customer ai dah lawa!! 😍😍😍 Dan terusssss dia order ESP lagi setong!

Siapa nak cantik dengan cepat & selamat juga macam customer saya ni, baik Whatsapp saya sekarang! Lambat order, lambat la cantik! 😉

IRDA
014-984 0240
SID PRO ANDA

PRODUK SKINCARE UNTUK KULIT KERING & NORMAL

Haritu masa Health & Wellness Fair kat Shaklee JB Branch, ada sesi pemeriksaan jenis kulit. Saya pun 'menyerah diri' la untuk buat pemeriksaan kat kawasan sekitar muka & tangan. Surprisingly, rupanya kulit saya ni jenis kering! Skala kelembapan kulit saya dalam 30% macam tu je. Di mana, kulit yg normal adalah yg bersakala antara 40-60% macam tu. Lebih dari 60% tu baru kira kategori berminyak. Beriya saya ingatkan jenis normal & sedikit berminyak. Agaknya masa tu sebab saya tengah tak bersungguh guna Nutriwhite Shaklee punya skincare kot.. hehehe..

krim elak jeragat
Nutriwhite Ultimate Protection Whitening Lotion lebih sesuai untuk kulit Asia. Manakala Enfuselle Purifying Balancing Moisturizer lebih sesuai untuk kulit berminyak atau sensitif.

Masa tu saya gunakan Enfuselle Purifying Balancing Moisturizer. Sebelum tu saya memang guna Nutriwhite Ultimate Whitening Protection Lotion sebagai krim pelembab & pelindung muka dari UV matahari. Tapi lepas dah habis tu, saje je beli set Purifying Enfuselle ni sebab ingatkan kulit normal kan, so boleh je guna Enfuselle. Tak bahaya pun sebab still semulajadi & bebas paraben. Saje cuba guna sebab saya jual. So, nak rasa la juga kesannya.

Tapi, lepas saya dapat tau skala kelembapan kulit tu, saya terus tak senang duduk. Hati meronta-ronta nak beli semula Ultimate Lotion yg dah habis tu. Hehehe.. Sebab memang dah rasa sendiri bestnya.

Masa lepas test kulit tu, Nutritionist tu terus sapu sikit Daily Defense Whitening Essence kat kulit saya. Kemudian dia test semula. Zassss! Terus naik jadi 42% tau! Pastu dia consult saya "Bayangkan, pakai sekali je pun kulit dah naik kelembapannya. Kalau awak pakai hari-hari, best kan kulit?"

set menghilangkan jeragat
Set Lengkap Nutriwhite skincare - dijamin 100% bebas paraben

Oh my... Sejak tu, saya terussss berazam nak beli full set Nutriwhite skincare ni. Setakat ni baru ada:

1. Gentle Makeup Remover
2. Soothing Whitening Radiance Softener
3. Ultimate Protection Whitening Lotion


Yg mana, produk Nutriwhithe ni boleh lindungi kulit dari UV matahari yg menyebabkan jeragat & kulit kusam tau.

Yg dah jenuh mencari skincare yg paling berkesan & tak merosakkan kulit, meh le amik Nutriwhite atau Enfuselle ni.

1. Set Nutriwhite untuk kulit kombinasi/normal. Yg ni memang direka khas untuk kulit orang Asia tau.
2. Enfuselle Purifying Set untuk kulit berminyak.
3. Enfuselle Hydrating Set untuk kulit kering.



skincare untul kulit berminyak
Set Enfusel Purifying range untuk kulit berminyak / sensitif



skincare for dry skin
Set Enfusel Hydrating range untuk kulit kering / sensitif

Contact saya. Saya akan suggest & consult mana yg terbaik untuk kulit anda. 

Irda
Konsultant Shaklee Skincare Anda.
014-984 0240

SHAKE TERHANGAT DI PASARAN UNTUK MENCANTIKKAN KULIT & KURUS LANGSING


minuman untuk kurus & cantik


Tiap tahun MESTI akan timbul kontroversi pasal shake berasaskan soya yg satu ni. Yg hairannya, berlambak lagi kot produk soy collagen la, shake kurus la yg lain yg menggunakan soya. Tapi takde pulak orang nak kecoh jadi penyebab kanser la bagai. Yg lain tu siap takde ujian klinikal lagi.

Macam mana saya YAKIN 100% dengan ESP ni waima apa pun kontroversi melanda dia? BANYAKKAN MEMBACA. Jangan asyik DENGAR CAKAP ORANG je. Kaji betul-betul. Ada 2 langkah MALAS untuk tahu fakta sebenar:

1. Kalau memang jenis sukaa sangat dengar cakap orang, pergilah cari & dengar penjelasan daripada pengedar Shaklee yg benar-benar berilmu. Yg dah berpengalaman bertahun-tahun buat bisnes Shaklee. Bukan tanya pada sepupu yg bulan lepas baru start belajar minum ESP. Culas pulak tu.

2. Google je. Berlambak-lambak blog SID yg ada menjelaskan fakta-fakta tentang ESP ni. Baca at least 3-4 sumber untuk meyakinkan. Testimoni pengguna pun ada banyakkkk.

Nak cara terbaik, bacalah kajian klinikal. Dah baca & dah hadam betul-betul, then baru fikir ada lagi ke alasan untuk tak yakin? Hampir tiada.

Pada saya mudah je, kalau sungguh la soya ESP Shaklee ni jadi penyebab kanser lah, jadi menggemukkan lah atau jadi apa je yg tak elok, rasanya beribu-ribu dah Pengedar Shaklee kat Malaysia ni yg kena tanggung dulu. Ramai dah yg jadi gemuk gedempol menunggu masa untuk mati akibat kanser. Tapi alhamdulillah la setakat takde pulak testimoni kes macam tu kan...


minuman untuk cantikkan kulit



APA YG SAYA SUKAAAA SANGAT ESP SAMPAI TAK BOLEH TINGGAL NI?
Kalau nak bagi alasan kenapa saya setia amalkan shake soya paling kontroversi kat Malaysia ni (bukan kontroversi sebab owner dia jadi 'transformer' ye), memang tak cukup 1 ke 5 ke 12 ke alasannya. Tak cukup perkataan nak terangkan. Hehehe..

Tapi yg paaaaling saya suka ESP ni atas 2 sebab:

1. Bila rajin minum hari-hari, perut memang takde 'babat' atau 'spare tyre' yg kat tepi-tepi tu. Perut yg bawah tu pun lebih flat. Tak menggeleber pun.2. Kulit memang jadi glowing berseri-seri gituuu.. Cerah sekata, tak kusam & parut pun mudah pudar.

Rugiiiii yg takmo try langsung ESP ni tau.. kihkihkih.. kasi bakorrr sket!


JOM ORDER ESP SEKARANG!
HANYA RM150 SAHAJA
*Satu canister untuk kegunaan 1-2 bulan.

 ORDER DI SINI!

IRDA
PENGEDAR & MENTOR SHAKLEE ANDA
014-984 0240

PRODUK TERBAIK UNTUK HILANGKAN JERAWAT & CANTIKKAN KULIT


Haa.. ini kenyataan tau testimoni ni. Dan yg penting, ini bukan kesan ambil produk yg tagline dia "Kulit licin dalam 3 hari!" NO NO NO NO NO!!

Ini TESTIMONI SEBENAR mereka yg telah berjaya menghilangkan jerawat & menyelesaikan masalah kulit mereka dengan SET KULIT CANTIK SHAKLEE!

cara hilangkan jerawat

cara mudah hilangkan jerawat

cara hilangkan jeragat

cara mudah putihkan kulit

tips awet muda

tips hilangkan parut


Nak kulit cantik secara semulajadi, kita kena bagi masa pada badan & kulit untuk diperbaiki & sel-sel kulit digantikan dengan sel baru yg lebih sihat, elok & cantik. Ambik sedikit masa, tapi sangat berbaloi-baloi. Sebab? Sebab kulit TAKKAN merosak kembali atau jadi lebih teruk.

Kebanyakan produk di pasaran sekarang menjanjikan kesan yg segera tapi 'menempah bala'. Sebab apa? Sebab guna merkuri, alkohol & bahan kimia berbahaya lain. Bahan-bahan terlarang ni memang akan beri kesan yg cepat untuk melicinkan kulit. Sebab? Dia akan 'bleach' & hakis habis kulit kita.

Akibatnya? Jerawat memang hilang. TAPI, KULIT JADI NIPIS & SENSITIF. Lepas sebulan dua penggunaan, anda akan mula rasa pedih-pedih seperti terbakar pada kulit. Palin mengerikan, bila anda rasa kulit dah ok fan anda berhenti menggunakan produk tersebut, kulit anda menjadi terbakar, menggelupas & menjadi lebih terus berbanding sebelum menggunakannya! Fuhhh!

Ini kenyataan tau. Bukan sengaja saya menakut-nakutkan.

So, pilihlah produk penjagaan kulit yg TERBAIK dari alam semulajadi. Jangan mudah terpengaruh dengan iklan komersil di tv atau majalah. Kaji betul-betul apa yg anda makan/guna untuk penjagaan kulit. 😉

TAK SABAR NAK CANTIK JUGA?
DAH MACAM-MACAM PRODUK CUBA TAPI TAK BERKESAN PUN?

JOM ORDER TERUS DI SINI!

 ORDER SET CANTIK DI SINI

Atau boleh ajukan sebarang pertanyaan kepada saya:

IRDA
014-984 0240
Whatsapp/SMS sahaja.

TESTIMONI SHAKLEE: MASALAH JERAWAT TERUK PUAN LISA KINI TIADA LAGI!

Masalah jerawat teruk di muka adalah umpama 'musuh ketat' wanita. Jerawat bukan sahaja 'mencemarkan' kejelitaan seseorang wanita, malah sehingga ada yg menganggap diri mereka hodoh apabila mengalami masalah jerawat teruk ini. Tapi jangan risau! Kali ini saya nak share salah satu TESTIMONI PANAS SHAKLEE di mana pengguna produk Shaklee ini berjaya memulihkan masalah jerawat teruk di mukanya setelah penat mencuba pelbagai produk murah mahupun mahal! Malah, rawatan oleh doktor pun tak mampu memulihkan masalah jerawat teruk beliau tau. Jom kita ikuti kisah Puan Lisa Laing ini.


set jerawat shaklee


"Salam buat semua,

Nama saya Lisa Laing. Saya seorang ibu dan surirumah. Pengalaman saya bersama Shaklee sangat mengembirakan saya dan keyakinan diri saya kembali bila berhadapan dengan orang.Tiada lagi perasaan rendah diri dan benci pada diri sendiri setiap kali melihat.

Perkongsian saya adalah berkaitan dengan kulit wajah saya yang bermasalah teruk selepas saya melahirkan anak pertama pada November Tahun 2010. Wajah yang bebas jerawat dan bersih licin tiba-tiba dipenuhi dengan jerawat yang sangat teruk. Lebih parah ia sakit bagaikan kulit terbakar bila dicuci.

Pelbagai produk dari harga murah hingga ratusan ringgit telah diguna untuk mengubati masalah jerawat saya. Namun tidak juga sembuh. Tetapi ia membuat muka saya ditumbuhi dengan lebih banyak jerawat,kulit muka kemerahan serta kulit terasa terbakar kepedihan setiap kali muka dicuci.

Saya pernah berjumpa Doktor pakar kulit swasta. Doktor memberitahu bahawa masalah saya timbul disebabkan Hormon Exchange selepas bersalin. Ubat yang dibagi doktor memang membantu tetapi bila tidak meneruskan pengambilan ubat yang dibagi doktor jerawat saya timbul dan lebih parah lagi jerawat muka saya semakin teruk. Bayangkan dalam 1 bulan perlu follow up 2 kali dalam 1 bulan. Dalam 1 bulan sahaja ratusan ringgit melayang tanpa kesan memuaskan. Saya sangat berputus asa.

Itulah kisah saya tanpa Shaklee.

Permulaan saya bersama Shaklee bermula apabila saya melayari internet. Banyak sangat testimoni berkaitan kebaikan Shaklee di internet. Hati saya tergerak untuk mencuba produk Shaklee.

(Jika tidak silap saya mula mengenali Shaklee pada tahun 2012.)

Saya merasa bersyukur sangat kerana Shaklee telah membantu saya dalam mengatasi kulit muka yang ditumbuhi jerawat teruk . Kini jerawat teruk bagaikan membakar wajah saya telah hilang buat selamanya. Terima Kasih sangat kepada pengasas Shaklee ini kerana telah mengeluarkan produk yang sangat terbaik.

Sekarang tanpa meneruskan pengambilan Shaklee kulit muka saya tetap sihat dan bebas jerawat. Ada pun jerawat timbul jerawat nakal yang datang sekejap sehaja.
( Hampir 1 tahun mulai 2014 tidak meneruskan pengambilan Shaklee kecuali ambil Vitamin C sahaja )

Lebih mengembirakan saya ialah sekarang saya tidak perlu guna makeup tebal bila berjumpa kawan. Kadang tanpa makeup pergi ke kedai.

Ini adalah senarai produk yang saya ambil:
1) Awal pengambilan hanya dengan Vitamin C dan ESP
2) Bulan seterusnya ada bajet saya tambah Alfafa
3) Ada bajet lagi saya beli GLA untuk bantu stabilkan hormon
4) Bulan seterusnya saya beli Vitamin E
5) Disebabkan saya tidak dapat guna sebarangan produk pencuci muka saya pun mencuba Enfuselle Gel Cleansing. Tidak memedihkan kulit muka saya.


Lihat sendiri testimoni saya. Gambar dulu dan terbaru sekarang (6/10/2015). Tanpa pengunaan berterusan tiada lagi jerawat teruk timbul walaupun saya baru lepas bersalin pada 2/8/2015.

Sekian.

Terima Kasih Shaklee."

Haaa... sangat mengujakan kan? Sebab dah dijamin berkesan 100% ke atas beliau. Anda pun ada masalah jerawat? Boleh la ikut tips yg telah dikongsikan ni. Nak selesaikan masalah jerawat anda? Nak konsultasi terbaik & eksklusif dari saya? Whatsapp je saya pada bila-bila masa. Lagi cepat lagi bagus. Sebab? Lagi cepat masalah jerawat anda selesai! (^_^)

SMS/Whatsapp: 014-984 0240 (Irda)
SID Pro Anda.

CARA HILANGKAN PARUT CHICKEN POX DENGAN MUDAH & BERKESAN

Chicken pox adalah satu penyakit berjangkit yg bukan sahaja ditakuti apabila ia berjangkit; tetapi yg lebih menakutkan bagi seorang dewasa (terutamanya wanita) adalah parut yg bakal ditinggalkan selepas serangan chicken pox itu selesai. Parut chicken pox memerlukan penjagaan & pantang-larang yg agak ketat bagi memastikan ia hilang tanpa meninggalkan sebarang kesan hodoh terutamanya di bahagian muka kita. Risau kan? Takpe. Kali ni saya nak kongsikan testimoni cara hilangkan parut chicken pox yg paling mudah & sangat berkesan yg telah dilakukan oleh salah seorang pengguna Set Hamil & Set Kulit Cantik Shaklee. Jom kita baca pengakuan khas oleh Puan Najihah Razali ni.

cara hilangkan parut chicken pox



TESTIMONI CARA HILANGKAN PARUT CHICKEN POX DENGAN MUDAH & BERKESAN OLEH PUAN NAJIHAH RAZALI

Assalammualaikum,

Orang kata bila dewasa kena chicken pox, sakit dia lagi semacam kan. Dan semakin meningkat usia, parut semakin susah nak hilang.

Kena chicken pox semasa mengandung, memang saya tidak fokus langsung untuk baiki kulit, fokus saya memang untuk kesihatan bayi dalam kandungan je.

Memang pasrah la bila rakan ofis ada yang mengejek ' Eeee buruk dah muka dia' Mungkin sekadar bergurau tapi panas juga la telinga masa tu hahahaha.

Lebih malu lagi dengan suami la, muka comot semacam kan. Kena la juga tepek foundation dan bedak sebab malu nya dekat suami. Tapi rimasnya sebab saya ni pulak memang jenis tak berbedak apa lagi foundation. Rasa kulit tak dapat bernafas dan parut pun tak elok-elok juga kan.

Sampai lah satu hari saya ambil gambar dan baru saya perasan yang parut semakin memudar. Bila diterangkan oleh upline saya, rupanya dalam Set Hamil Shaklee pun ada vitamin untuk kulit iaitu ESP, BComplex dan Sustained Release Vita C.

Alhamdulillah seronok sangat rasa. Selepas habis pantang pula, saya tambah Vita E Complex dan suami perasan perubahan kat kulit. Dia kata nampak berseri-seri, kalau tak dulu kulit nampak kusam je. Saya pun perasan yang sama, rasa tona kulit semakin sekata.

Nak dapatkan kulit yang cantik, bukan sahaja perlu jaga dari luar tapi perlu jaga dari dalaman juga. Set Kulit Shaklee memang pilihan saya, lebih sihat dan lebih cantik dengan vitamin semulajadi!


So, yg risau dengan parut chicken pox ataupun jerawat di muka selama bertahun-tahun tu, SAYA SANGAT REKOMEN untuk anda ambil Set Kulit Cantik Shaklee sekurang-kurangnya. Sememangnya DIJAMIN selamat & BERKESAN tau. Tak perlu ragu-ragu langsung.

SMS/Whatsapp: 014-984 0240
Irda
SID Pro Anda.

CARA MENGATASI KULIT BERMINYAK DENGAN MUDAH & BERKESAN

Masalah kulit berminyak adalah sesuatu yg amat mengganggu bagi seorang wanita. Apatah lagi jika ia disertai dengan masalah jerawat ataupun kulit kusam. Malah, bagi yg tidada masalah sampingan lain juga, masalah kulit berminyak menyebabkan seorang wanita sukar untuk bertahan kelihatan cantik seharian di tempat kerja kerana alat solek yg digunakan mudah terjejas! Untuk mengatasi masalah kulit berminyak ini dengan mudah, kita seharusnya mengetahui punca mengapa kulit kita menjadi berminyak atau terlalu berminyak. Di samping itu, pengambilan Vitamin & produk penjagaan kulit yg betul adalah sangat-sangat perlu sebagai cara mengatasi masalah kulit berminyak secara mudah & berkesan.


punca kulit berminyak



APAKAH PUNCA KULIT BERMINYAK?

Secara asasnya, terdapat 9 punca kulit seseorang itu menjadi berminyak atau terlalu berminyak iaitu:

1. GENETIK/KETURUNAN - jika terdapat di kalangan kaum keluarga anda yg mempunyai masalah kulit berminyak, maka anda juga berisiko untuk mempunyai masalah kulit berminyak.

2. PENGGUNAAN KOSMETIK SECARA BERLEBIHAN - penggunaan bedak asas, foundation, BB cream serta alat solek dengan berlebihan ataupun terlalu kerap boleh menyumbat liang-liang pori pada muka. Apabila tersumbat, ia memberi siganl kepada kulit untuk mengeluarkan cecair (minyak) dengan lebih banyak lagi.

3. PERUBAHAN CUACA/MUSIM - biasanya kulit akan menjadi lebih berminyak sewaktu cuaca panas terik. Ini kerana liang pori lebih mudah terbuka dan kulit mengeluarkan lebig cecair (minyak) untuk melindungi muka dari ancaman terik matahari.

4. PENGAMBILAN UBAT-UBATAN - ini terutamanya apabila ubat-ubatan tersebut berkait rapat dengan hormon seperti ubat kesuburan. Perubahan hormon menyebabkan perubahan pada kulit juga.

5. KESILAPAN MEMILIH/MENGGUNAKAN PRODUK PENJAGAAN KULIT - contohnya, apabila seseorang itu menggunakan pencuci muka untuk kulit berminyak, tetapi sebenarnya dia mempunyai jenis kulit kombinasi, maka kulit secara automatik akan mengeluarkan cecair (minyak) berlebihan untuk 'melindungi' kulit dari ancaman/perubahan.

6. PERUBAHAN HORMON - apabila hormon berubah; terutamanya sewaktu datang haid, mengandung atau menyusukan anak, maka kulit kita juga turut terkesan.



vitamin untuk wanita stress

7. BERASA STRESS - apabila kita berada dalam keadaan stress, badan kita secara automatik akan mengeluarkan lebih banyak hormon androgen yg menyebabkan penghasilan minyak yg lebih pada kulit.

8. PENGGUNAAN ALATAN PENJAGAAN MUKA YG TIDAK PERLU - contohnya menggosok (scrub) muka dengan kain, membersihkan muka dengan berus, span, sarung tangan dan sebagainya adalah tidak perlu. ia bukan sahaja merosakkan kulit, malah menggalakkan pengeluaran minyak berlebihan.

9. BERJEMUR DENGAN SENGAJA (SUN TANNING) - walaupun pada awalnya mungkin kulit anda akan menjadi kering, namun tindakbalas selepas anda pulang ke rumah adalah penghasilan minyak yg berlebihan di kulit muka anda.



BAGAIMANA CARA MENGATASI KULIT BERMINYAK DENGAN MUDAH?

Secara asasnya, anda perlu mengetahui apakah punca yg menjadikan kulit anda berminyak ataupun sangat berminyak berdasarkan faktor-faktor yg telah dijelaskan di atas. Namun, beberapa langkah dari luaran khususnya juga perlu anda lakukan untuk menyelesaikan masalah kulit berminyak dengan mudah.

Berikut adalah 9 cara untuk mengatasi kulit berminyak dengan mudah:

1. Gunakan pencuci muka dari jenis 'Gentle Facial Cleanser' sebanyak 2 kali sehari. Pencuci muka juga seharusnya mempunyai nilai pH yg seimbang dan tidak terlalu beralkali. Pencuci muka yg mengandungi sabun mengandungi nilai alkali yg tinggi; dan ini boleh merosakkan kulit. Sebaiknya gunakan air suam (bukannya panas) untuk membersihkan muka.

2. Gunakan penyegar (toner) yg bebas alkohol. Pakar dermatologi berpendapat bahawa penggunaan toner sebenarnya boleh mencemarkan kulit; jadi adalah disarankan agar toner hanya perlu disapu pada kawasan yg berminyak sahaja dengan menggunakan kapas yg bersih.

3. Lembabkan (moisturize) kulit anda. Jangan salah faham - lembab & berminyak adalah 2 perkara yg berbeza! Kulit berminyak juga kadang-kala boleh menjadi sangat kering sebenarnya. Jadi, gunakan pelembab (moisturizer) yg ringan (tidak pekat/tebal) strukturnya serta bukan berasaskan minyak (oil-free).

4. Gunakan kertas/tisu penyerap minyak muka (blotting paper) untuk mengurangkan jumlah minyak di muka. Namun, elakkan menyapu/mengesat tisu tersebut merata-rata di seluruh muka. Sebaliknya, hanya lekapkan selama 15-20 saat sahaja pada tiap-tiap titik (spot) yg berminyak untuk diserap. Ini bagi mengelakkan kotoran pada kulit terserak ke seluruh bahagian muka.

5. Gunakan clay mask (masker tanah liat) seminggu sekali. Masker jenis ini membantu menyerap kotoran & mengeringkan minyak pada muka.



vitamin kulit berminyak
6. Jika ingin mengenakan mekap sewaktu bekerja atau keluar dari rumah, gunakan alat mekap yg berasaskan serbuk (powder); bukannya berasaskan minyak. Pastikan anda baca dahulu keterangan serta bahan-bahan yg ditulis di setiap alat mekap/kosmetik yg ingin dibeli. Elakkan juga mengenakan mekap yg terlalu tebal kerana ia boleh menyumbat liang pori pada muka anda dan menyebabkan muka anda menjadi semakin berminyak.

7. Pilih produk penjagaan kulit yg berasaskan bahan semulajadi. Pastikan setiap produk sama ada pencuci, penyegar ataupun pelembab adalah bebas alkohol serta tidak mengandungi bahan kimia yg berbahaya. Elakkan juga pencuci yg berasaskan sabun.

vitamin untuk kulit berminyak


8. Elakkan membasuh muka dengan terlalu kerap. Cukuplah dengan mencuci dengan menggunakan air dan pencucui muka sebanyak dua kali sehari. Bagi yg beragama Islam, selebihnya biarlah hanya pada waktu berwudhuk sahaja.

9. Jangan gunakan kapas yg sama berulang kali. Elakkan menggunakan tuala yg sama dengan tuala untuk mengelap badan. Sebaiknya tukar juga tuala muka yg digunakan setiap hari. Ini bagi mengelakkan kotoran tersebar di seluruh kawasan muka dan menyebabkan iritasi.


Dengan Shaklee, masalah kulit berminyak dan berjerawat telah banyak dapat diselesaikan dengan penggunaan Set Enfuselle SkinCare untuk kulit berminyak serta pengambilan Sustained Release Vita C Plus sebagai makanan tambahan. Penjagaan kulit sememangnya memerlukan perhatian dari luaran & dalaman untuk memastikan kesan yg paling optimum dapat dirasakan dengan cepat & mudah.

produk untuk kulit berminyak
HARGA RETAIL SET INI: RM303.75
*Daftar ahli dengan pembelian pertama & dapatkan diskaun 30% berserta VITALEA PERCUMA!
*Sehingga Oktober 2015 sahaja.

testimoni enfuselle shaklee

So, kalau anda juga mengalami masalah kulit berminyak, sensitif atau berjerawat, dan nakkkk sangat hilangkan masalah tu, JOM ORDER SET NI DARI SAYA SEKARANG. Nak order Vitamin C je dulu? Boleh... tapi saya tak jaminlah kesannya akan secepat customer yg dah berjaya nih.. hehehe.. Boleh Whatsapp saya di: 014-984 0240 (Irda).

Irda
Mentor Kulit Cantik Anda.


KHAS UNTUK YG NAK SELESAIKAN MASALAH KULIT DENGAN MUDAH - PROMOSI JUN 2015!

Jun adalah Bulan Kecantikan Kulit! Jika anda mengalami apa sahaja masalah kulit seperti masalah jerawat batu, jerawat pasir, jerawat hormon, kulit kering, kulit menggelupas, kulit bersisik, kulit terlalu berminyak,kulit kusam, mudah sunburn, sukar untuk pulih semula selepas sunburn dan 1001 lagi masalah kulit, Jun adalah waktunya untuk anda ubah semua itu! Mengapa? Sebab 2 Vitamin terbaik untuk kulit anda ditawarkan dengan tawaran yg sangat-sangat hebat bulan ini. Hanya di Yourhealthshoppe!


cara hilangkan jerawat

So, apa yg BEST SANGAT tentang 2 produk ni??

Secara umumnya, persamaan & kelebihan 2 produk ini adalah:

  • Diperbuat 100% daripada bahan semulajadi. Tiada tambahan bahan kimia yg merbahaya. Bebas merkuri, hidroquinon dan apa sahaja bahan sintetik.
  • Dijamin halal, selamat digunakan & selamat daripada sebarang kesan sampingan seperti pengelupasan, penipisan kulit, alergik dan sebagainya.
  • Mudah meresap ke dalam tubuh & kulit. Jadi, ia amat berkesan dengan cepat dan dapat dilihat dalam masa yg singkat.
  • Berkesan & SANGAT BERKESAN.

Apakah Manfaat Utama Vita E Complex?

vitamin untuk jerawat


  • Anti Penuaan - Amalan mengambil 1 biji Vitamin E setiap hari akan mengurangkan garisan kedut, parut & jerawat yg teruk.
  • Antioksidan yg kuat - Vitamin E; disertai dengan selenium organik di dalamnya adalah anti kanser yg sangat berkesan. Ia juga menghalang tumor ataupun sebarang ketumbuhan asing di mana-mana bahagian tubuh kita. Jadi, jika anda berisiko menghidap kanser, mempunyai tumor, cyst ataupun fibroid, Vitamin E adalah WAJIB untuk anda ambil.
  • Memudarkan parut - sama ada parut jerawat mahupun parut akibat luka lain, Vitamin E sangat membantu untuk memudarkannya dengan cepat & berkesan.
  • Menghalang keguguran janin - Vitamin E turut membantu untuk menguatkan rahim, sistem dalaman & sekaligus mengelakkan keguguran janin.
  • Meningkatkan kesuburan - ini terutamanya bagi lelaki. Vitamin E menjadikan sperma lelaki lebih sempurna sifatnya dan lebih mudah mensenyawakan ovum isteri. Ia juga meningkatkan tenaga seksual lelaki & wanita secara semulajadi.
  • Membantu pesakit arthritis - Vitamin E membantu melancarkan aliran darah, membantu kekejangan bahu, buasir serta sakit sendi.


Apakah Manfaat Utama Sustained Release Vita C Plus?

vitamin untuk kulit


  • Mencantikkan kulit - Pengambilan Vitamin C yg cukup setiap hari (2000mg) akan menjadikan kulit kita cerah sekata; tidak kusam.
  • Membentuk kolagen - sehingga ia mendapat jolokan 'kolagen murah'! Ya. Vitamin C merangsang pembentukan kolagen dalam kulit supaya sentiasa tegang, tanpa garis kedutan halus.
  • Meningkatkan sistem imun - jika kita jatuh sakit, maka kulit juga akan cepat rosak! Mengapa? Sebab pengambilan ubat-ubatan mengandungi dadah boleh mengganggu sistem badan kita.
  • Memperbaiki simptom pendarahan - kekurangan Vitamin C menyebabkan masalah seperti gusi berdarah, lebam (bruises), kulit kering & kasar, luka lambat kering serta ruam alergik.
  • Memerangi kanser & ketumbuhan - Vitamin C adalah antioksidan yg sangat mampu milik. Ia harus diamalkan oleh setiap orang untuk mengelakkan pelbagai penyakit kronik akibat ketumbuhan & sel kanser.
  • Mengelakkan insomnia - sukar tidur malam adalah punca kulit cepat tua & punca pelbagai jenis penyakit. Jadi, pengambilan Vitamin C yg secukupnya adalah penting untuk mendapat tidur yg lena.


Berapa harga set ini?

Harga retail sebotol bagi kedua-dua ini adalah:

Vita E Complex (120 biji): RM149
SR Vita C Plus (180 bii): RM92.50

Tapi TUNGGU!


Mulai Mei 2015 sehingga Oktober 2015, anda boleh membeli kedua-dua vitamin in PADA HARGA AHLI melalui promosi berikut:

vitamin untuk kulit

Nak dapatkan SET KULIT CANTIK YG SANGAT BERKESAN & BERBALOI ni? SMS/Whatsapp saya di 014-984 0240 (Irda) segera! Jangan terlambat.. Takut tak sempat nampak perubahan masa Hari Raya nanti... Jangan salahkan sesiapa.. hehehe..


Irda

Mentor Kulit Cantik & Awet Muda Anda!

VITAMIN E SHAKLEE BANTU HILANGKAN MASALAH JERAWAT TERUK SELAMA 7 TAHUN!

Akibat terlalu teruja untuk memiliki kulit yg cantik, gebu & mulus, wanita ini telah memilih satu jenama produk kecantikan yg dikatakan mampu membantunya mendapatkan kulit mulus yg diidamkannya. Namun, impian tersebut hancur musnah apabila produk yg dipilihnya pada waktu itu telah menjadikan kulit beliau semakin teruk pula! Jerawat yg sangat teruk melanda seluruh muka beliau sehingga menyebabkan beliau malu untuk keluar rumah & berhadapan dengan dunia luar. Bukan setakat jerawat, malah parut yg ditinggalkan oleh jerawat tersebut lebih menyeksakan emosi & tahap keyakinan diri beliau sehingga selama 7 tahun! Bayangkan.. siapa yg tak rasa menyesal & terseksa kan...

vitamin shaklee untuk jerawat
Pemilihan produk kecantikan yg salah boleh menjadikan kulit anda menjadi semakin teruk & memalukan!

Tapi, alhamdulillah beliau akhirnya telah diperkenalkan dengan Vitamin E Shaklee dan juga beberapa supplemen Shaklee yg membantu menyelesaikan masalah jerawat teruk beliau yg menyebabkan beliau terseksa selama 7 tahun lamanya! Dan Vitamin E Shaklee dapat membantu menyelesaikan masalah beliau ini dalam masa hanya 3-4 bulan sahaja! Yg lebih mengagumkan, bukan sahaja jerawat beliau hilang, malah PARUT DEGIL JERAWAT juga turut pudar dan hilang! Dan akhirnya, beliau kini telah menjadi pengguna & pengamal tegar supplemen untuk kulit cantik Shaklee termasuklah Vitamin E, Vitamin C, Collagen Powder, GLA Complex & Set Penjagaan Kulit Nutriwhite.

vitamin kulit cantik shaklee


Jom ikuti testimoni & pengakuan sebenar dari mulut beliau sendiri!


Irda
SMS/Whatsapp: 014-984 0240
SID Pro Anda.

DOUBLE PROMOSI SHAKLEE HARGA MURAH & HEBAT SEPANJANG DISEMBER 2014!

Pertama kali dalam sejarah! Sepanjang bulan Disember 2014 ini Shaklee buat PROMOSI DOUBLE DUO tau.. Haaaaa, jangan tak percaya! Pulak tu, 2 produk yg promo sepanjang Disember 2014 ni adalah 2 HOT PRODUK UNTUK KULIT CANTIK uolssss... memang RUGI SANGAT SIAPA TAK GRAB!

promosi vitamin c shaklee


DUO PROMO 1: BELI 6 PERCUMA 1
========================================
*Beli 6 botol Vitamin E atau SR Vita C Plus dan dapatkan percuma 1 botol mengikut setiap jenis.

*Percuma keahlian seumur hidup dengan pembelian Set Promosi Vita E Complex atau kedua-dua set sekaligus.


promosi vitamin c shaklee

DUO PROMO 2: DISKAUN 5%
=================================

*Beli mana-mana 2 botol Vita E Complex atau 2 botol SR Vita C Plus & dapatkan diskaun 5% daripada harga retail asal.

================================================================

Vitamin E Shaklee sangat disarankan untuk diambil oleh:
  • ·    Lelaki yang ingin meningkatkan kesuburan dan mendapatkan cahaya mata.
  • ·    Mereka yg menghidap kanser atau berisiko mendapat penyakit kanser berdasarkan sejarah keturunan.
  • ·    Mereka yang mempunyai tumor/ketumbuhan.
  • ·    Wanita yg mempunyai masalah fibroid atau cyst.
  • ·    Mereka yang ingin mengekalkan keremajaan kulit. & menghilangkan kedutanakibat faktor usia.
  • ·    Mereka yg ingin menghilangkan jerawat serta parut jerawat.
  • ·    Wanita yang ingin meningkatkan keintiman hubungan bersama suami.
  • ·    Wanita yg hampir atau telah menopaus.


Manakala, kelebihan SR Vita C Plus Shaklee adalah:
  •     Membentuk Kolagen – Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik.
  •     Memperbaiki Simptom Pendarahan – Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam di kulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
  •     Peningkatan Sistem Imun – Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, asthma. Juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom flu dan selsema.
  •     Memerangi Kanser – Ia adalah satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.
  •     Mencantikkan Kulit – Ambil Vitamin C setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.
  •     Memperbaiki Insomnia – Ia memperbaiki insomnia, stress serta masalah berkaitan mental seperti keresahan.
  •     Mengekalkan Kolesterol Sihat – Ia mampu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.

Jom jom jom JADI CANTIK bulan ni!


Irda
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)
Pengedar Shaklee Prihatin Anda

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...