Seorang ibu yg hamil PASTI sering berdoa dan mengharapkan agar bayi yg dikandung selama 9 bulan dengan penuh perhatian & kasih sayang, akan dilahirkan dengan sihat serta sempurna sifatnya. Sedikit kekurangan; walaupun hanya jaundice yg sedikit bacaannya pasti akan menjadikan jiwa si ibu menjadi sedih & tersentuh. Apatah lagi jika si bayi yg baru mahu mengenal dunia disahkan menghidap sesetengah penyakit atau mempunyai kekurangan berbanding bayi normal yg lain.
|
Setiap ibu menginginkan bayi yg dilahirkan sihat & normal |
Saya juga pernah begitu. Bayi pertama saya, seawal usia 6 bulan sudah mula menunjukkan tanda-tanda yg dia kadang kala sukar bernafas dengan lancar dan amat mudah dijangkiti batuk & selsema. Memang keluarga belah suami saya mempunyai sejarah penyakit asthma. Tapi, selaku ibu yg bersungguh-sungguh menjaga kehamilan sepanjang tempoh 9 bulan, sehinggalah selamat dilahirkan secara cesarean tanpa sebarang masalah, saya tetap "tersentap" bila bayi saya menghadapi masalah kesihatan tersebut.
Puas saya & suami ke sana ke mari mencari klinik yg boleh membantu anak kami yg masih terlalu kecil. Kebanyakan doktor muda di klinik hanya akan mengatakan:
"Anak puan ni badannya berisi sangat.. dadanya mudah tertekan.. sebab tu sukar bernafas"
Salahkah mempunyai bayi yg montel? Bukannya obesiti pun. Sekadar montel berbanding bayi lain seusianya. Satu kesalahan yg saya akui adalah; pada waktu itu saya mudah give up dari menyusukan bayi saya. Dan bayi saya terpaksa diberikan susu soya formula seawal usia sebulan. Salah saya sebab tak menimba ilmu sebanyaknya tentang penyusuan susu ibu.
|
Ihsan - 4 months old (dah penuh car seat.. hehehe..) |
Sudahnya, kami bawa dia ke doktor pakar paedriatik yg menyambutnya ketika dia dilahirkan dulu.. Dan, setelah 3 bulan berturut-turut dibawa ke paed atas kes yg sama (batuk berpanjangan dan beberapa simptom lain), Ihsan disahkan menghidap asthma.
Allahuakbar. Waktu tu rasanya luluh segala semangat yg ada. Bukan menyesal, bukan mengeluh. Cuma, dalam fikiran terus terlintas;
"Kenapa aku? Kenapa anak aku? Apa salah aku?" Rasa down sangat-sangat.
Tapi tak lama. Alhamdulillah fikiran semakin rasional. Saya tau Allah cuma akan beri sesuatu ujian & cabaran hanya pada hamba-Nya yg mampu untuk menghadapinya. Dan Ihsan adalah satu nyawa yg bergantung hidup pada saya untuk dibesarkan. Kalau saya hilang semangat, macam mana pula dia nanti. Sedangkan dia lagi tak mengerti apa-apa.
Saya kuatkan kembali semangat. Saya PERLU kuat demi Ihsan. Demi zuriat yg saya nantikan selama 5 tahun lamanya. Biarpun waktu tu boss & rakan sepejabat saya dah mula pandang semacam pada saya. Ye lah, asyik ambil cuti je sebab anak tak sihat kan.. Lepas tu, punya lama saya tunggu nak dapat anak, bila dapat anak sorang, kurang sihat pula.
Keluarga sebelah saya pun macam menyalahkan saya bila tahu anak saya sering jatuh sakit sehingga disahkan asthma. Seolah-olah disebabkan saya tak jaga anak betul-betul lah anak saya jatuh sakit.. huhu.. Tapi saya tak salahkan mereka sebab mereka pun takde pengalaman tentang asthma ni. Saya cuma berdoa semoga saya sentiasa kuat untuk hadapi semua cabaran, kutukan, jelingan & sindiran yg mendatang.
Semakin hari, saya dan suami belajar & menggali semua perkara tentang asthma & kanak-kanak. Dari 'zero knowledge' parents, kami jadi parents yg sangat prihatin & alert. Macam-macam buku kami beli. Macam-macam website kami baca & kaji. Rupanya semua ni ada hikmahnya. Kalau tidak, mungkin kami akan bersikap sambil lewa dalam membesarkan bayi kami; terutamanya bab kesihatan. Ye lah, Ihsan dah lah lactose-intolerence, ada asthma, ada eczema pula tu.. Haa, cukup pakej.. huhu..
Tapi alhamdulillah, asthma adalah satu penyakit yg akan 'outgrow' once your baby develop into a toddler. Semakin dia aktif, semakin kurang serangan asthma akan berlaku. Tapi kita kena pastikan setiap perkara yg boleh 'trigger' the attack tak berada di sekeliling beliau. Contohnya:
- Tidur malam kena pakai stokin supaya tak kesejukan.
- Jangan pasang kipas siling terlalu kuat. Kalau boleh, jangan guna kipas siling pun.
- Sebaiknya pasang pendingin hawa (air condition) di rumah dengan teknologi inverter. Tapi, gunakan suhu yg tak terlalu sejuk.
- Pastikan rumah & perabot anda bebas habuk. Sebab habuk mudah mengganggu pernafasan orang asthma & menjadikan mereka bersin tanpa henti.
- Kurangkan beri dia minuman berais.
- Kawal aktivitinya ketika bermain, terutamanya apabila dia sudah mula tercungap-cungap ataupun batuk.
- Elakkan makanan yg bergetah serta tinggi perisa/pengawet seperti nangka, rock melon, jantung pisang, asam boi, buah jeruk dan sebagainya.
So, pesanan saya (ewahhh, macam hebat je.. hehehe) selaku ibu yg berpengalaman dengan anak ada asthma, TAK PAYAH NAK SENTAP ATAU DOWN bila anak anda disahkan menghidap asthma. IT'S NORMAL. It's not like your children tu kurang upaya ke apa, okayyy. Sebab RAMAI LAGI IBU DI LUAR SANA YG MEMPUNYAI ANAK YG JAUH LEBIH MENCABAR BERBANDING ANDA.
Kalau sesiapa yg nak apa-apa tips tentang anak asthma atau eczema, alergik atau cerewet makan, anda boleh pm/Whatsapp saya bila-bila masa ek.. insya Allah saya akan kongsikan apa-apa ilmu yg saya ada untuk kita sama-sama bantu anak-anak kita.
Atau, kalau anda nak beri supplemen terbaik pada anak anda yg menghidap asthma; macam yg saya beri pada anak saya, anda boleh klik di sini ye. Saya ada explain.. (^_^)
Happy asthma-parenting semua! (^_^)
Irda
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)
Ibu si Asthma & Pengedar Shaklee Prihatin Anda.