Y.E.S to YEAR END SALE.





Alhamdulillah panjang umur di beri Allah untuk nikmat hidup yang tak terperi ni..^^

Saya di Redcomelmall ingin meraikan para pelanggan yang setia menyokong kami.
Disember ini ada banyak promosi untuk hujung tahun ni.. Saya listkan senarai pakej yang on sale ok! ^^


1.VIVIX  
Normal Price RM 475.00

2.Eu-Four Pack
Normal Price RM 130

3. Set Tripple M
Normal Price RM 260.00

4. Full Pack Tripple M

5. Euphoria  Confinement Set
[40 tabs of Multivitamin, B com, Vitamin C and Zinc] +[ Osteomatrix ]


6. Any purchase Trial pack + ESP 

7. Full Pack Set B
Normal Price RM 241.00

8. Euphoria Trial Pack Set B + Osteomatrix
Normal Price RM 140.00

9. Full Pack Set B + Osteomatrix
Normal Price RM 290.00


Untuk pesanan vitamin anda pada HARGA ISTIMEWA dan konsultasi secara percuma, hubungi saya:
SHAKLEE Independent Distributor (Irda - ID 909714)
Email: irda2104@yahoo.com
Call/SMS/Whatsapp: 014-984 0240

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Tips Banyakkan Susu Ibu

Salam...

Tinggal sehari sahaja lagi sebelum kita melangkah meninggalkan tahun 2011 dan masuk ke tahun 2012. Tahun makin bertambah, usia makin bertambah dan anak-anak juga semakin membesar. Buat ibu- ibu yang menyusukan si manja mereka, saya ingin berkongsi tip bagaimana mahu banyakkan susu badan kerana ramai ibu- ibu yang mengeluh penghasilan susu mereka merudum.Jadi para ibu, jgn risau, boleh cuba cara yang saya listkan dibawah, Insya Allah, berkat usaha murni ibu-ibu, susu badan akan bertambah. [ credit ]

1. Kerapkan Menyusu / Mengepam
Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam.
Perah setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pemerhan susu.
Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan. Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan.
Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini.

2. Jangan Tunggu Payudara Penuh
Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah!
Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu.
Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bereti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara "kosong"), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.


3. Minum banyak Air
Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3.1 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.

4. Fikir Bayi Fikir Susu
Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini, akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.
Masa nak mengepam lihat ler gambar anak sambil berselawat & berzikir Ya Mattin...


5. Berdisiplin
Berdisplin ketika memerah susu. Jangan sesekali "ponteng" sesi pemerahan. Bila Hujung minggu jangan ponteng mengepam... masa hujung minggu la masa yang boleh untuk buat stok. Bagaimana? Guna tip no#6 dan no#7.

6. Tendum Pumping
Latih diri untuk menyusu dan perah susu serentak menggunakan pam payudara elektrik.

7. Teknik Marmet
Jadikan teknik Marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu. Dengan hanya menggunakan pam, cuma 60 - 70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik Marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%.
So lepas pump jangan terus cuci corong. Buat perahan guna tangan. Sangat membantu. Kalo dengan menggunakan pump dpr 3.5oz sebelah payudara, buat marmet bleh tambah jadi 4-4.5oz. Walaupun nampk sikit, tapi ada beza tuh... Ni based on pengalaman mommaMia yer...

8. Menyusu / mengepam Lebih Lama
Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payudara mahupun mengepam. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payudara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya.
Seeloknya jika anda mengepam, amik masa dlm 15-20 minit untuk sebelah payudara. Pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi / selepas memerah bagi merangsang otak meghasilkan susu seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan hanya titisan susu yang keluar.
Mengepam lebih lama juga bleh buat letdown 2-3x tau!! Tak percaya buat. Konsisten + disiplin + istiqamah


9. Penyusuan Malam
Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.

10. Urutan
Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam. Anda boleh pelajari teknik
mengurut menerusi www.breastfeeding.com.

11. Pengambilan suplemen
dibolehkan.. Antaranya...ESP (Energizing Protin Shaklee)

Jadi, buat ibu-ibu yang sedang mengalami masalah susu merudum, bolehla ikuti tips- tips ini.Selamat meneruskan perjuangan menyusukan anak anda. Doa saya sentiasa mengiringi anda dlm apa jua hajat dan impian anda.. Sesungguhnya Allah sebaik2 pelindung dan penolong

DAPATKAN KULIT CANTIK DENGAN SUPPLEMEN SHAKLEE

Kalau tak cuba memang tak tahu. Sekali dah cuba tentu mahu selalu. ^^
Kulit yang cantik memang idaman semua orangkan? Baik lelaki mahupun perempuan, sebab kulit yang cantik secara psikologi mempengaruhi keyakinan diri. Mari kita baca testimoni  teman-teman yang berpuashati dengan supplemen Shaklee yang mereka ambil.Saya ekstrak testimoni ini daripada group Shaklee GBS.



Apakah jenis supplemen yang mereka ambil untuk dapatkan kulit yang cantik?


B Complex
  • Menukarkan gula dalam darah kepada tenaga.
  • Mencegah kelesuan dan kemurungan.
  • Membantu kelancaran urat saraf.
  • Mengelakkan stress.---stress merupakan punca kulit jadi berjerawat, kusam dan lesu
  • Mengelakkan sembelit.
Kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan masalah kulit kering, kulit berdebu, dermatitis, berkedut, jerawat, ruam, rambut gugur dan kuku rapuh.


Vita-C Sustained Release
  • Membantu dalam meningkatkan imuniti badan.
  • Membantu dalam penyerapan zat besi.
  • Membantu dalam proses pemulihan sel, seperti luka.
  • Membina kolagen untuk menguatkan dan menyegahkan tisu dalam badan. [kolagen penting untuk kulit cantik, vitamin C membantu tubuh badan kita menjana kolagen sendiri tanpa perlu mengambil kolagen tambahan yang mungkin membuat kulit allergic]
  • Menjaga ketahanan badan dari selsema.
  • Menstabilkan bahan kimia dalam badan.


Vitamin E
  • Melambatkan proses penuaan.
  • Membantu jantung untuk mengepam dengan lebih efisyen.
  • Membantu dalam penyerapan oksigen.
  • Mencegah kanser.
  • Mencegah kemusnahan vitamin A dan C.
  • Sebagai antioksidan.
  • Melindungi kulit dari sinar UV--pelindung dari dalam kulit, so tak perlu pakai sunblock tebal-tebal yang akan buat kulit jadi lebih berminyak [ kulit berminyak mencetuskan banyak jerawat] 
  • Ia berkerjasama dengan vitamin C untuk membina kolagen dalam tubuh dan membuatkan si pengamal nampak muda kerana kolagen yang terhasil melambatkan proses penuaan.Pengambilan vitamin E yang konsisten sangat membantu dalam mendapatkan tekstur kulit yang cantik. Ianya juga membantu menghilangkan parut dan jeragat.Membantu wajah nampak lebih berseri dan tidak kusam.

    Energizing Soy Protein
    • Terdiri daripada 9 komponen asid amino untuk memudahkan penyerapan oleh badan.
    • Membina sel2 tubuh.
    • Membantu kesihatan kuku dan rambut.---rambut dan kuku lebih cantik
    • Membina ketahanan badan.
    • Menambah susu badan
    • Dengan mengamalkan ESP,untuk  kecantikan head to toe kerana ia memperbaiki sel sel kulit. kulit menjadi gebu dan cerah mulus.

    SET KULIT CANTIK YANG DI CADANGKAN
    • Basic: SET D (Skin Care) set  RM80 only *FREE POSTAGE 
    • [30 tabs of B complex, 30 tabs Vitamin C and 30 tabs Vitamin E.]
    • ENERGIZING SOY PROTIEN 

    Wow! Bukan sahaja dapat kulit yang cantik, malah seluruh tubuh menerima khasiat dan kebaikan supplemen Shaklee.  Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack Shaklee untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM70~RM130 per set dan free delivery.


    Untuk pesanan vitamin anda dan konsultasi secara percuma, hubungi saya:
    SHAKLEE Independent Distributor (Irda - ID 909714)
    Email: irda2104@yahoo.com
    Call/SMS/Whatsapp: 014-984 0240

    * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

    MAHU KURUS? LECITHIN MENURUNKAN BERAT BADAN DENGAN SELAMAT!


    Sudahkah anda membaca entry ini? Jika anda mengalami masalah berat badan berlebihan, harus dan wajib membaca artikel ini kerana ia pasti membantu anda mendapat berat badan yang anda idamkan. ^^

    Rahsia Menurunkan Berat Badan Secara Sihat.

     APA ITU LECITHIN?

    Nature’s Emulsifier (Pengemulsi Semulajadi) yang membantu badan menyerap nutrien larut lemak seperti Vitamin A,D,E, K, Beta Caretone.

    Boleh didapati dari tisu binatang dan tumbuhan (plant)
    Untuk komersil didapati dari telor, jagung & kacang soya
    Fat Emulsifier - Metabolisma lemak

    KANDUNGAN
    * Asid linoleik (essential fatty acid) ? amat diperlu oleh badan. Tapi badan tidak boleh menghasilkannya sendiri dan ia perlu diambil melalui diet harian.
    * Kolin - satu komponen neurotransmitter
    * Asetikolina - bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf
    * Inositol - sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan

    KHASIAT DAN KEGUNAAN LECITHIN 

    1. PALING UTAMA - untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids)
    * Lecithin memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
    * Ia membantu menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL)
    * Membantu mengawal paras triglycerides
    * Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
    * Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol

    2. PENTING UNTUK FUNGSI OTAK 

    * Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb
    * Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari LECITHIN
    * Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine ? kerana 30% otak adalah lecithin, dan 70% lemak di hati (liver) adalah lecithin

    3. UNTUK KAUM TUA
    * Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua
    * Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb

    4. UNTUK PENGHADAMAN
    * Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil 'bile'(jus hempedu) daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman

    5. UNTUK SEL
    * Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel
    * Choline & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita

    6. UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)
    * Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.
    * Ia amat mujarap jika di ambil bersama-sama EPA dan Fiber

    HASIL PENYELIDIKAN (R&D)
    * Lecithin daripada soyabean berkesan memecahkan deposit kolesterol
    * Lecitin daripada telor boleh tetapi tidak bergitu berkesan

    MENGAPA LECITHIN SHAKLEE PILIHAN SAYA?

    * Kacang soya - sumber semulajadi yang terpilih.
    * Kapsulnya mempunyai ciri-ciri lecithin sebagaimana di anugerahkan oleh alam
    * Tiada pengawet, perwarna, perasa tiruan
    * Kepekatannya.
    - 1 kapsul :
    * 520 mg lecithin
    * 78 mg phosphatidycholine
    * 47 mg phosphatidylinositol

    PERANAN LECITHIN BUAT IBU MENYUSU
    Ada yang bercerita apabila mereka mendapati badan makin mengembang akibat dari pengambilan makanan yang tidak seimbang. Namun bagi yang menyusu badan, tahukah anda, kebaikan Lecithin kepada ibu yang menyusu?

    * Ia membantu mengurangkan risiko clog duct atau duktus susu tersumbat.
    * Ia membakar lemak yang berlebihan dalam badan ibu.
    * Ia membantu ibu mengatasi masalah lupa atau "short memory" yang biasa dilalui selepas melahirkan.
    * Ia membantu menyalurkan inositol dan kolin di dalam susuibu untuk perkembangan otak bayi.

    Maka selamatkah Lecithin di ambil semasa penyusuan selain untuk pengambilan untuk mengurangkan berat badan? Jawapannya ialah YA selamat diambil.

    * 3 Supplement Asas Untuk Berdiet
    • VITALEA
    • LECITHIN
    • HERB-LAX/ALFALFA

    Untuk pesanan vitamin anda dan konsultasi secara percuma, hubungi saya:
    SHAKLEE Independent Distributor (Irda - ID 909714)
    Email: irda2104@yahoo.com
    Call/SMS/Whatsapp: 014-984 0240

    Testimoni Set B: Penyusuan Ibu Yang Berjaya





    Alhamdulillah...  pengalaman diari penyusuan susu ibu bersama supplemen Shaklee.  

    Apa yang ibu-ibu perlu buat untuk menjayakan penyusuan ibu ini setelah mengambil supplemen ?

    TIGA PERKARA PENTING yang wajib anda patuhi sekiranya anda mahu cemerlang dalam penyusuan ibu:
    1. Mematuhi konsep asas penyusuan susu ibu, iaitu SUPPLY & DEMAND. Anda wajib mengosongkan payudara sekerap mungkin. Minimum 6 kali sehari. Bagi seorang EP, saya diberitahu bahawa kekerapan mengepam susu adalah sehingga 8 – 12 kali sehari. Anda boleh mengatur jadual mengepam ini dengan kadar setiap 2 – 3 jam sekali.
    2. Minum air tidak kurang 3 liter sehari. Air antara komposisi penting susu. Susu itu sendiri dalam bentuk cecair kan? Minum sedikit demi sedikit ya!
    3. Doa yang berterusan di samping segala usaha yang dilakukan. Ingat ya .. rezeki itu datangnya daripada ALLAH. Maka, mintalah pohonlah daripadaNYA semoga rezeki anda dan bayi anda dipermudahkan dan berpanjangan sepanjang journey ini. Jaga solat, amalkan solat sunat Dhuha, lepas pam malam2 jam 3 am tu terus je Tahajjud (ada kekuatan yang anda miliki dengan Tahajjud!) dan jangan lekang berzikir!

    Dapatkan Set Tripple M anda hari ini. Tinggal 9 hari sebelum promosi akhir tahun berakhir. Untuk harga istimewa, just sms/whatsApp 019-6154956 Ani atau emailkan sahaja ke admin@redcomelmall.com. Setiap pembelian melayakkan anda mendapat hadiah istimewa dan konsultasi mengenai pemakanan vitamin. TQVM ya! :)

    PETUA BILA ANAK DEMAM

    Jangan ambil mudah bila anak selalu demam kerana demam merupakan tanda-tanda awal yang menunjukkan ada yang tidak kena dengan sistem badan anak tersayang.Di sini ada beberapa petua yang boleh di kongsi apabila anak demam saya petik daripada blog kak N [credit]. Semoga petua yang dikongsi dapat memberi manfaat buat ibu-ibu yang sering berdepan dengan masalah anak demam.

    Memang ibu yang menyusukan anaknya dengan susuibu mampu membekalkan antibodi terbaik buat si anak. Namun demam, batuk dan selsema adalah penyakit biasa yang perlu dilalui dari zaman kanak-kanak hinggalah umur kita meningkat. Hakikatnya bila kita sakit antibodi kita akan melawan penyakit dan kerana itu juga suhu badan kita boleh meningkat dan kita katakan demam....walaupun begitu demam itu tidak boleh dipandang remeh kerana kebanyakan demam tarik adalah disebabkan suhu badan meningkat tinggi sehingga diluar kawalan.Selepas kelahiran Nasa, ibu tidak panik untuk melalui fasa anak kurang sihat....petua yang diajar oleh bidan Makcik Maznah ibu amalkan sehingga kini dan alhamdulillah sangat berpuashati. Apa kata makcik Maznah?
    • Jika anak demam...pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun masa ibu jadi cikgu Sains dulu ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk.... samalah dengan suhu badan yang panas tadi.

    • Bila selsema ...tetap mandikan 3 kali sehari...supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku.... anak mudah berkahak sehingga sesak nafas. Ibu cuba praktikkan setiap kali Nasa ada selsema, alhamdulillah maksimum pun 3 hari.

    • Batuk....tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar....dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak burung unta dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak.

    • Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan diserang selsema.

    • Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tanga, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.
    Kalau orang dulu, demam, batuk dan selsema tak bagi mandi....jadi panas tu akan terperap dalambadan dan lama-kelamaan boleh menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk. Zaman dah berubah, bidan pun belajar sains dan teknologi :)  Even doktor turut pesan, jika anak demam ...pasangkan aircond di rumah jika ada supaya suhu sejuk dan rumah tidak berkuap ....Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susuibu, menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat. Maka buat ibu baru....jangan panik.

    Banyakkan membaca, pasti luas pengetahuan.^^

    RAHSIA TERBONGKAR! 5 PERKATAAN YANG BAYI GUNA ^^



    Salam..saya kira ibu-ibu yang ada baby sekitar 1 hingga 4 bulan ataupun bakal ibu mesti tengok video ini. Ini amat membantu ibu-ibu mengenalpasti apa yang ingin disampaikan oleh baby kita.

    Basicly ada 5 perkataan yang disebut oleh si manja untuk menyatakan keinginan mereka. Ini adalah refleks semulajadi oleh  semua bayi dan kita sebagai ibu haruslah mengenal pasti keinginan anak-anak kecil ini.

    NEH = HUNGRY (LAPAR)

    OWH = SLEEPY ( MENGANTUK)

    HEH = DISCOMFORT( TAK SELESA)

    EH = BURP ( NAK SENDAWA)

    EAIR = LOWER GAS ( SAKIT PERUT)

    Selamat menonton! ^^

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...