Orang tengah diet ni kadang-kadang teringin juga nak minum air berperisa kan? Lagi-lagi kalau yg jenis suka minum air coklat macam Milo ke, Vico ke, Cadbury ke Oligo etc tu. Ada sesetengah ibu menyusu pula, air coklat ni boleh jadi milkbooster sebab hormon badan teruja & happy bila dapat coklat tu.
Tapi tapi tapi...
Serbuk minuman coklat yg biasanya ada di pasaran tu dah dicampur dengan gula tambahan untuk menjadikan rasanya sedap. In fact, fresh milk perisa coklat macam Farm Fresh ke Summerfield ke HL etc tu pun mengandungi gula untuk menjadikan rasanya sedap. Tu yg jadi nak minum berulang-ulang tu! Haha..
Meh saya share resepi hot chocolate sedap & very low sugar dari sifu eat clean saya ni. Bahan-bahannya mudah sahaja:
1. 200ml fresh milk
2. 1 sudu kecil serbuk dark chocolate (yg biasa orang buat kek tu)
Caranya:
a. Panaskan fresh milk dalam periuk atas dapur.
b. Campurkan serbuk dark chocolate.
c. Kacau sampai sebati.
Boleh minum macam tu je atau nak tambah oat atau nak cicah biskut pun boleh. Selamat mencuba! 😉
Nak order Shaklee? Boleh klik sini untuk Whatsapp saya ye: