VITAMIN E SHAKLEE BANTU HILANGKAN MASALAH JERAWAT TERUK SELAMA 7 TAHUN!

Akibat terlalu teruja untuk memiliki kulit yg cantik, gebu & mulus, wanita ini telah memilih satu jenama produk kecantikan yg dikatakan mampu membantunya mendapatkan kulit mulus yg diidamkannya. Namun, impian tersebut hancur musnah apabila produk yg dipilihnya pada waktu itu telah menjadikan kulit beliau semakin teruk pula! Jerawat yg sangat teruk melanda seluruh muka beliau sehingga menyebabkan beliau malu untuk keluar rumah & berhadapan dengan dunia luar. Bukan setakat jerawat, malah parut yg ditinggalkan oleh jerawat tersebut lebih menyeksakan emosi & tahap keyakinan diri beliau sehingga selama 7 tahun! Bayangkan.. siapa yg tak rasa menyesal & terseksa kan...

vitamin shaklee untuk jerawat
Pemilihan produk kecantikan yg salah boleh menjadikan kulit anda menjadi semakin teruk & memalukan!

Tapi, alhamdulillah beliau akhirnya telah diperkenalkan dengan Vitamin E Shaklee dan juga beberapa supplemen Shaklee yg membantu menyelesaikan masalah jerawat teruk beliau yg menyebabkan beliau terseksa selama 7 tahun lamanya! Dan Vitamin E Shaklee dapat membantu menyelesaikan masalah beliau ini dalam masa hanya 3-4 bulan sahaja! Yg lebih mengagumkan, bukan sahaja jerawat beliau hilang, malah PARUT DEGIL JERAWAT juga turut pudar dan hilang! Dan akhirnya, beliau kini telah menjadi pengguna & pengamal tegar supplemen untuk kulit cantik Shaklee termasuklah Vitamin E, Vitamin C, Collagen Powder, GLA Complex & Set Penjagaan Kulit Nutriwhite.

vitamin kulit cantik shaklee


Jom ikuti testimoni & pengakuan sebenar dari mulut beliau sendiri!


Irda
SMS/Whatsapp: 014-984 0240
SID Pro Anda.

5 SEBAB PENTING KENAPA TAK BOLEH BERHENTI AMBIL VITAMIN SHAKLEE BILA DAH MULA AMBIL

Sejak akhir-akhir ni, makin banyak nama vitamin Shaklee ni meniti di bibir-bibir rakyat Malaysia ni. Tak kira lelaki atau perempuan, semakin hari semakin ramai yg mula mengenali & jatuh chenta dengan vitamin Shaklee yg ada pelbagai jenis tu. Apa yg BEST SANGAT sebenarnya dengan vitamin Shaklee ni? Betul ke kalau kita dah mula ambil mana-mana vitamin Shaklee ni, lepas tu kita tak boleh berhenti ambil macam tu je? Kenapa? Bahaya ke?

produk shaklee


Nak tau sebabnya? Meh kita tengok kenapa. Ni berdasarkan kajian & pengalaman oleh diri sendiri dan customer saya sendiri tau. Bukan rekaan! (^_^)


  • Sebab vitamin Shaklee ni memberikan kesan yg SUPERB & MARVELLOUS! Bukan sahaja membantu menyelesaikan masalah kesihatan sedia ada, malah dapat EXTRA BONUS lagi. Contohnya, ambil Set Menyusu sebab nak banyakkan susu. Alih-alih, bila susu makin banyak, badan pun jadi makin susut & slim. Stretch marks kat perut akibat hamil pun dah semakin pudar. Tambahan lagi, kulit muka pun jadi licin & glowing gittewww..
  • Sebab vitamin Shaklee ni berkesan dengan cepat. Seawal 3-7 hari je dah boleh nampak perubahan & perbezaannya. Contohnya, customer yg ada masalah jerawat teruk yg dah bertahun-tahun. Then ambil GLA Complex untuk stabilkan hormon & Vitamin E Complex untuk kecutkan jerawat sedia ada & pudarkan parut jerawat yg degil tu. Ditambah pulak dengan Vita C Plus yg membantu kulit menjadi tegang, cerah & mulus. Biasanya, pengamal Set Kulit Cantik ni dalam masa 3-5 hari je pun dah nampak dah perubahannya. Jerawat memang mula kecut & parut pun semakin pudar. Kulit berminyak pun berkurangan!
  • Sebab vitamin Shaklee ni tak ada kesan sampingan yg buruk. Kenapa? Sebab semua produk Shaklee diperbuat daripada 100% bahan semulajadi. Jadi, ia dapat meresap & blend dengan mudah dalam badan kita. Segala mineralnya mudah je menyerap ke dalam sel-sel & tisu badan kita tau. Tak ada yg bertentangan dengan lumrah semulajadi sistem badan kita pun. Sebab tu tak ada kesan buruk; sebab tak ada konflik atau percanggahan yg berlaku dalam badan.
  • Sebab vitamin Shaklee dijual pada harga yg sangat-sangat berpatutan & mampu dimiliki oleh majoriti rakyat Malaysia. Bukan setakat yg dah bekerja, sejak akhir-akhir ni, remaja di bangku sekolah menengah pun mampu kumpul duit untuk beli vitamin Shaklee tau.. Haaa... jangan tak tau. Mana taknya, sebotol Vita C Plus (180 biji) tu baaaru RM92. Boleh tahan untuk 6 bulan. Boleh dapat kulit licin, tegang & cerah. Berbaloi sangat kan?
  • Sebab vitamin Shaklee ni senang nak beli/dapatkan. Sebab ia dijual oleh pengedar-pengedar yg kebanyakannya menjalankan perniagaan secara online. Apa yg bestnya adalah, customer tak perlu susah-susah pun nak pergi ke kedai untuk membeli stok atau mendapatkan khidmat konsultasi. Cuma perlu SMS/Whatsapp atau telefon sahaja pengedar. Order akan sampai ke depan pindu rumah/pejabat anda. Kalau dengan saya, dapat konsultasi percuma seumur hidup.

Itu baru 5 sebab utama tau. Kalau nak tau lebih, anda sendiri kena rasakan Shaklee Effect nya! Kalau tak tahu nak mula dengan vitamin yg mana satu, atau takut tak serasi ke apa ke, boleh mula dengan Vitalea with Iron Formula dulu. Yg ni multivitamin; di mana ia mengandungi semuaaaa vitamin & mineral yg badan kita perlukan dan sehari. Dan ia sangat-sangat membantu untuk menampung lohong-lohong nutrisi yg kita tak perolehi daripada pemakanan seharian kita. (Psssssttt: kebetulan Vitalea ni ON SALE tau sepanjang Februari ni! Boleh dapat HARGA SPECIAL dari saya!).

multivitamin shaklee


Ataupun, kalau risau sangat tak sesuai, tapi masih nak jugak-jugak cuba vitamin Shaklee ni, jom HUBUNGI SAYA. Ceritakan pada saya isu/masalah kesihatan anda, dan saya akan bantu seikhlasnya dengan mana-mana set vitamin Shaklee yg paling sesuai & berbaloi. Senang kan?

JOM SIHAT DENGAN SHAKLEE!
ELAKKAN DADAH DI DALAM UBAT-UBATAN!

Irda
SMS/Whatsapp: 014-984 0240
SID Pro Anda

11 TIPS MUDAH MEMILIH SUPPLEMEN YG TERBAIK UNTUK ANDA & KELUARGA TERSAYANG

Sejak akhir-akhir ni dah semakin ramai yg mula nak ambil supplemen untuk memperbaiki, menjaga & mengekalkan tahap kesihatan diri sendiri & ahli keluarga yg tersayang. Malangnya, tidak semua supplemen kesihatan itu benar-benar elok untuk diamalkan untuk jangka masa panjang. Sebab? Jika ia bukan supplemen yg benar-benar elok & selamat, ia akan mendatangkan kesan jangka panjang yg buruk kepada pengamalnya tau! Ok, jom tengok 11 tips mudah ni untuk membantu anda memilih supplemen yg terbaik untuk anda & keluarga amalkan. \(^_^)/

cara pilih supplemen


11 TIPS MUDAH MEMILIH SUPPLEMEN YG TERBAIK UNTUK ANDA & KELUARGA TERSAYANG

  • Produk supplemen terbaik MESTILAH dikeluarkan & diedarkan oleh syarikat yg sama. Ia bagi memastikan kualiti produknya sentiasa terkawal.
  • Supplemen tersebut mestilah berasaskan bahan semulajadi & bukannya sintetik. Bahan sintetik di dalam supplemen hanya akan membawa kesan buruk jangka panjang kepada pengamalnya kerana ia merupakan bahan kimia yg merbahaya.
  • Mematuhi prosedur & standard FDA (GMP - Good Manufacturing Practice). Prosedur ini tidak diperlukan oleh industri supplemen. Namun, syarikat pengeluar yg baik akan sentiasa mematuhi prosedur ini bagi memastikan kualiti produk mereka.
  • Ujian kualiti dijalankan ke atas bahan asas & hasil akhir/produk yg dikeluarkan. Sekurang-kurangnya 300 ujian dijalankan ke atas bahan & produk oleh syarikat pengeluar yg baik.
  • Ujian pengesahan kualiti ke atas produk yg dijalankan oleh makmal bebas/luar. Ini bagi memastikan pecahan & kuantiti bahan yg dinyatakan adalah benar & tepat digunakan dalam pembuatan produk.
  • Mempunyai cap tarikh luput pada botol.
  • Lulus 'ujian air'. Ini untuk membuktikan bahawa supplemen tersebut mudah larut di dalam badan manusia. Cara mudah untuk melakukan ujian ini adalah dengan merendamkan satu-satu pil supplemen itu ke dalam air. Supplemen berasaskan bahan semulajadi yg baik akan larut sepenuhnya dengan mudah dalam masa 20 minit. Jika lebih lama, bermaksud pil tersebut sukar diserap oleh badan manusia.
  • Syarikat pengeluar produk mempunyai Lembaga Penasihat Saintifik yg sah. Lembaga Penasihat ini terdiri daripada pakar-pakar perubatan & ahli sains yg terkenal di dunia serta mempunyai kepakaran khas yg diiktiraf & sah.
  • Ramai saintis yg terlibat dalam penghasilan produk. Termasuklah kakitangan yg bertauliah Sarjana ataupun lebih tinggi.
  • Fasiliti perbelanjaan (budget) serta kemudahan yg besar (melebihi 1juta USD) setiap tahun. Makmal & peralatan yg lengkap serta jumlah peruntukan perbelanjaan khas untuk R&D produk setiap tahun menunjukkan tahap kesungguhan syarikat pengeluar tersebut.
  • Kajian klinikal dilakukan ke atas setiap produk untuk memastikan tahap keberkesanan setiap produk serta hasil ujian-ujian klinikal ini diterbitkan di dalam jurnal yg boleh dirujuk pada bila-bila masa.

Jika anda telah membeli mana-mana produk supplemen kesihatan sebelum ini, apa kata semak semula ciri-ciri di atas pada produk yg anda ambil. Jika anda belum 'jatuh cinta' pada mana-mana produk supplemen, gunakanlah senarai tips ini untuk memilih produk supplemen kesihatan untuk anda & keluarga. Pilih dengan bijak. Jangan terlalu berkira dengan harga yg sedikit mahal; demi kebaikan di masa kini & masa hadapan.

*Notakaki:
Produk supplemen Shaklee adalah produk yg memenuhi kesemua ciri-ciri di atas. Malah, telah terbukti bahawa semakin ramai rakyat Malaysia yg dapat merasakan perubahan kesihatan yg positif selepas mengamalkan produk Shaklee. Saya sendiri pun dah hampir 3 tahun jadi pengamal pelbagai set supplemen Shaklee! Dari Set Berpantang, ke Set Menyusu sehinggalah ke Set Kulit Cantik. Maklumlah, badan kan nak pakai lama. hehehe..

Sayangi diri & keluarga kita. Jadilah pengguna yg bijak!

Irda
SMS/Whatsapp: 014-984 0240
SID Pro Anda.

5 LANGKAH MUDAH NAK SHARE (EMBED) VIDEO DARI VIMEO DALAM BLOG

Kadang-kadang kita ada terjumpa beberapa video menarik & bermanfaat dalam Vimeo.com yg kita teringiiiin sangat nak share dalam blog kita kan? Tapi, kita tak tau camana! Takpe, takpe.. Meh saya share kat sini, 5 Langkah Mudah untuk Share Video dari Vimeo ke dalam blog kita. Selamat meng'share'! (^_^)

1. Pilih video yg anda nak share dalam blog anda.

cara share video dari vimeo

2. Klik button yg berbentuk seakan-akan 'roket kertas' di sebelah kanan atas video yg ingin anda share tersebut.

cara share video dari vimeo

3. Satu tetingkap akan keluar. Kilik pada kod HTML yg dipaparkan di bahagian 'Embed'. Ia akan automatik 'select' keseluruhan kod tersebut. Tekan 'Ctrl C' pada keyboard anda (copy).

cara share video dari vimeo

4. Buka blog anda dan pergi ke 'New Post' untuk membuat post baru tentang video yg ingin anda share.

cara share video dari vimeo

5. Setelah selesai menulis dengan sesuka hatinya, pergi ke baris yg baru di bawah teks tersebut, dan tekan 'Ctrl V' ataupun klik kanan dan 'Paste' di situ. Kod HTML tadi akan terpapar di situ. Setelah itu, tekan button 'Publish'.

cara share video dari vimeo

Dan hasilnya.. Tadaaaaa! Video anda akan keluar pada post yg diingini! Mudah je kan??

cara share video dari vimeo


SELAMAT MENCUBA & MENG'SHARE'! (^_^)


Irda
SMS/Whatsapp: 014-984 0240
SID Pro Anda.

SEKSANYA BERPANTANG SELEPAS BERSALIN BUAT SAYA SERIK NAK BERANAK LAGI

Ramai ibu merasakan bahawa tempoh kehamilan adalah tempoh yg memenatkan. Tapi sebenarnya, ada satu fasa lagi yg WAJIB ditempuhi oleh seorang wanita bergelar ibu selepas tempoh kehamilan yg memenatkan itu iaitu tempoh BERPANTANG! Waktu berpantang adalah satu tempoh (biasanya 44-60 hari selepas bersalin, mengikut amalan tradisi masing-masing) yg bukan sahaja meletihkan, melesukan, menjemukan, melemahkan, menyakitkan & boleh menjadikan seorang ibu itu stress! TETAPI, pengalaman tersebut boleh berubah 100% dengan pengambilan Set Berpantang Shaklee! Tidak kiralah sama ada anda bersalin secara normal mahupun cesearean; Set Berpantang Shaklee memang akan membuat pengalaman berpantang anda sangat berbeza berbanding pengalaman secara tradisional semata-mata.

Ini bukan 'cakap kosong' tau.. Sebab saya sendiri sudah merasainya sewaktu selepas bersalin anak kedua saya secara pembedahan cesearean. Dan hasilnya, memang sangat-sangat berbeza dengan pengalaman berpantang anak pertama saya yg hanyak menggunakan & memakan jamu serta kaedah tradisional semata-mata.

Yg bersalin secara normal pun sangat digalakkan tau ambil Set Berpantang Shaklee ni.. Lagu-lagi yg takut terkena masalah sembelit, angin satu badan, lesu serta nak menjayakan penyusuan susu ibu dengan jayanya. Jom tengok testimoni ibu muda & slim nih! (^_^)

 
Ibu Muda Ini Serik Nak Beranak Lagi Sbb Seksa Pantang. Apa Yg Buat Dia Berubah? from iReach HD on Vimeo.



Jom order Set Berpantang Shaklee di sini SEKARANG!

Irda
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)
SID Pro Anda.

TIPS ANAK PUTIH & CERAH - MINUM SOYA BERBONDONG-BONDONG WAKTU HAMIL. BETUL KE??

Biasa kan dengar orang cakap, kalau nak baby yg kita kandungkan tu lahir nanti jadi putih cerah kulitnya, minumlah air soya banyak-banyak masa hamil. Petua orang tua-tua la ni. Minum air soya atau makan taufu fa yg sirap gulanya jernih tu, nanti anak pun akan jadi putih melepak macam soya tu.. hehehe.. Betul ke petua tu? Betul ke minum air soya boleh jadikan baby putih & cerah? Apa asasnya?

kebaikan soya


Tahukah anda 'air soya' yg dimaksudkan tu sebenarnya bukan sebarangan soya? Sehinggakan, ada yg sanggup beli air kotak soya berkaton-katon waktu hamil semata-mata nak anak yg putih cerah! Ada pula yg sanggup gantikan susu dengan air soya. Dan ada yg sanggup pegi pusing keliling cari pasar malam untuk beli 'soya fresh' kononnya.


Masalahnya, betul ke air soya boleh jadikan anak kita putih & cerah apabila lahir nanti?


Jawapannya TIDAK. Kerana warna kulit anak dipengaruhi oleh faktor genetik ibu dan bapanya. Jadi, jika kedua-dua ibu & bapa bayi tidak membawa genetik kulit yg cerah, maka kebarangkalian bayi untuk mendapat kulit yg cerah adalah hampir tiada. Walaupun pada waktu bayi dilahirkan mungkin kulitnya kelihatan cerah, namun lama-kelamaan ia akan mula bertukar menjadi warna yg seakan sama dengan genetik ibu bapanya.


So, tiada kebaikanlah soya ni untuk ibu hamil?
Jawapannya, ADA. Soya mengandungi kadar protein yg tinggi yg memberi pelbagai kebaikan kepada ibu & bayi; ke atas kulit terutamanya. Tetapi, anda PERLU MEMILIH soya yg betul-betul berkualiti serta melalui proses penyediaan yg akhirnya tidak mendatangkan kemudaratan kepada ibu. Contohnya; air kotak soya mengandungi bahan pengawet, penambah perisa serta jumlah gula yg tinggi yg boleh menyebabkan risiko kencing manis kepada si ibu.

Soya yg dipilih sebaiknya perlulah dari sumber non-GMO ataupun organik, diproses tanpa menggunakan alkohol serta tidak dicampur dengan pengawet, pewarna mahupun perisa tambahan. Pengambilan soya yg betul amat membantu si ibu agar kelihatan cerah berseri & bertenaga di sepanjang tempoh kehamilan. Ia juga amat membantu untuk memulihkan kesan stretch marks khususnya di sekitar kawasan perut akibat regangan sewaktu kehamilan membesar.

Dan yg paling menarik, walaupun kulit bayi anda tidak cerah; pengambilan soya berkualiti dengan kandungan protein yg tinggi akan menjadikan kulit bayi anda bersih & berseri-seri tau! Sejak dari saat kelahiran, sehinggalah ia membesar menjadi bayi & kanak-kanak yg sihat! (^_^)

kebaikan esp shaklee


khasiat esp shaklee


*Sumber protein berasaskan non-GMO soya yg TERBAIK dari Shaklee adalah ESP - Energizing Soy Protein. Setiap canister (850g) boleh tahan sehingga 2 bulan pengambilan. Harga retail normal: RM150.

kelebihan esp shaklee

Nak HARGA SPECIAL & pos percuma?
ORDER DARI SAYA SEKARANG!


Irda
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)

SID Pro Anda.

5 SEBAB KENAPA SAYA HANTAR ANAK-ANAK KE TASKA; BUKANNYA PENGASUH PERSENDIRIAN

Isu penjagaan anak ni biasanya suami isteri dan membincangkannya sejak si isteri mula-mula mengandung lagi. Antara persoalan yg biasa berlegar-legar di kepala adalah; "nak hantar kat pengasuh ke kat taska/pusat jagaan ye?".. "selamat ke kalau nak suruh orang jaga ni ye?".. "mahal tak kalau hantar taska ye?".. "kalau hantar kat pengasuh, dia jaga elok-elok tak ye".. dan pelbagai persoalan lagi. Tambahan pula, sekarang ni macam-macam kes berkaitan penjagaan budak yg berlaku kan.. tak kiralah sama ada yg dijaga oleh pengasuh persendirian mahupun dijaga oleh taska/pusat penjagaan. Tapi, bagi saya, saya tetap memilih untuk menghantar anak-anak saya ke taska sejak hari ke-61 hidupnya lagi; iaitu setelah saya habis berpantang dan mula bekerja semula (dahulu). Dan saya mempunyai alasan saya yg tersendiri mengapa saya pilih untuk menghantar anak-anak saya ke taska berbanding pengasuh persendirian.


So, ada 5 sebab kenapa saya & suami memilih untuk hantar anak-anak ke taska; bukannya pengasuh persendirian?
1. SUSAH NAK PERCAYA ORANG LAIN
===============================

Saya dan suami memang jenis susah nak percayakan orang. Apatah lagi orang yg kami baru kenal. Tambahan pula nak serahkan 'permata hati' kami yg kami tunggu punya la bertahun-tahun lamanya (boleh baca kisah saya lewat hamil di sini) tu untuk duduk dalam jagaan dia hampir sehari suntuk, kan? Sebab kami pun takde mana-mana saudara terdekat atau kenalan yg menjaga budak berhampiran dengan tempat tinggal kami. Jadi, kami memilih untuk mencari taska yg mempunyai reputasi & sistematik untuk memudahkan urusan di kemudian hari; terutamanya sekiranya berlaku apa-apa masalah.


2. MENGENALI TASKA BERASASKAN ISLAMIK, BEREPUTASI BAIK & BERSISTEMATIK
==============================================

Kebetulan, kakak ipar saya pernah menghantar anaknya ke sebuah taska yg agak berhampiran juga dengan tempat tinggal kami. Hasil dari soal selidik yg dibuat, kakak ipar saya amat berpuas hati dengan servis yg diberikan oleh taska tersebut. Yg penting, dan yg amat menarik minat kami adalah taska ini mempunyai sistem & syllabus yg berasaskan keIslaman. Maksudnya, sedari usia 1 tahun lagi anak-anak akan diajar perkara-perkara asas fardhu ain dalam Islam. Oooppss.. ni bukan PASTI ye.. hehe..

So, berdasarkan maklumat oleh kakak ipar tu, kami pun pergi untuk melihat sendiri dengan mata kami tentang taska tersebut sewaktu saya masih hamil lagi. Kami periksa sendiri keadaan sekitaran & dalamannya, kelengkapan belajar & fasilitinya serta cara guru-guru (dipanggil Teacher) melayan & mengajar anak-anak kecil sewaktu di dalam & diluar kelas. Owh, lupa nak bagitau.. taska ni menjaga anak dari seusia 61 hari (lepas pantang) sehinggalah anak-anak seusia 4 tahun.

Dan kami memang dapati taska ni bersistematik & teratur; iaitu:

  • Seorang Teacher hanya dibenarkan menjaga tidak lebih dari 3 orang bayi (2-12 bulan) dalam satu masa. Maksimum jumlah bayi yg diambil dalam satu-satu masa adalah 10 orang.
  • Teacher yg ditugaskan menjaga bayi terdiri daripada Teacher yg berpengalaman. Jika ada guru baru pun, hanya bertugas di kelas-kelas toddler atau pra sahaja.
  • Seorang bayi akan berada dalam kelas kategori 'Bayi' sehingga berusia 12 bulan ataupun sehingga ia pandai berjalan (jika jenis lewat berjalan macam anak-anak saya).
  • Setiap kelas kategori toddler & pra juga tidak melebihi 10 orang anak.
  • Ada penilaian perkembangan anak yg dibuat setiap 3 bulan. Di mana, ibu bapa akan dipanggil bertemu dengan Teacher yg bertanggungjawab menjaga anak kita, dan mereka akan jelaskan perkembangan anak kita sewaktu di taska.
  • Ajaran & teknik penjagaan yg berteraskan Islamik - penjagaan aurat (Teacher pun majoriti bertudung labuh. Selebihnya, bertudung & berpakaian sangat sopan setiap hari) di kalangan anak-anak & guru, pengasingan anak lelaki & perempuan (terutamanya bilik persalinan & tandas), bacaan doa harian berserta terjemahan seperti doa penerang hati, doa sebelum/selepas makan, doa masuk/keluar tandas, doa sebelum/bangun dari tidur, doa untuk ibu bapa, bacaan zikir-zikir lazim yg dijadikan amalan 'penghibur hati' & mengisi masa lapang, sesi mengaji & solat bersama-sama, cara wudhuk, bersalaman sebagai tanda hormat pada orang tua dan pelbagai perkara asas kehidupan yg lain.
  • Teacher yg ramah, baik hati & jujur. Selain menulis di dalam Buku Catatan Harian tentang aktiviti harian anak-anak kita, mereka juga akan bercerita serba sedikit tentang anak kita sewaktu kita menjemput anak-anak pulang pada waktu petang.
  • Kemudahan buku, alat bantu mengajar serta perabot yg lengkap - peti ais, rak kasut, almari baju, tikar, papan menulis, kerusi meja dan lain-lain.
  • Set buku latihan yg lengkap.
  • Keadaan persekitaran yg kemas & bersih - termasuk tandas.


ciri-ciri taska yang baik
Contoh taska yg mempunyai kelengkapan yg baik


3. FAKTOR UNDANG-UNDANG & KESELAMATAN
=======================================

Taska yg bersistematik amat mementingkan faktor undang-undang & keselamatan. Jadi, pada fikiran kami, SEKIRANYA apa-apa kejadian yg tidak diingini berlaku pada anak-anak kami, kami mempunyai asas yg kukuh untuk mengambil apa-apa tindakan ke atas pihak taska. Kerana, sekiranya mereka benar-benar mengikut sistem yg telah ditetapkan (contohnya kaedah menidurkan bayi, jenis pemakanan yg diberi dll), pastinya tidak akan ada apa-apa perkara yg tidak diingini boleh berlaku. Berbanding pengasuh persendirian, agak sukar untuk kita mengambil apa-apa tindakan perundangan ke atasnya melainkan dengan bukti yg sangat kukuh.

4. BERBALOI DENGAN YURAN YG PERLU DIBAYAR
=========================================

Zaman sekarang ni, hantar taska ke atau hantar pengasuh ke, yuran atau bayarannya hampir sama sahaja mahalnya. Kalau berbeza pun, hanya puluhan ringgit sahaja. Tujuan kita menghantar anak kepada orang lain sewaktu kita keluar bekerja adalah supaya ada orang/pihak lain yg boleh membantu kita menguruskan anak kita, bukan? Dan seboleh-bolehnya kita nak lah menghantar & mengambil mereka dalam keadaan yg amat memuaskan hati; dan bukannya dalam keadaan tidak terurus, kan?

Biasanya waktu pagi kita dah kelam-kabut bersiap untuk pergi ke pejabat; dan tak sempat nak mandikan bayi/anak kan? Waktu petang pula, selepas penat seharian bekerja, mesti sebolehnya kita nak anak kita dah wangi & elok supaya kita boleh terus bermain & meluangkan masa dengannya kan? So, ini adalah apa yg kami boleh dapat dari taska yg elok. Anak-anak kita akan dimandikan, diberi makan & dipersiapkan mengikut jadual yg teratur. Hasilnya, anak kita akan sentiasa wangi dan kemas je.. So, balik kerja boleh la terus golek-golek dengan mereka kat rumah kan? hehehe...


5. TAK PERLU TERLIBAT DENGAN MASALAH PERIBADI
=============================================

Ada sesetengah kawan-kawan kami yg kadang-kadang terpaksa ambil cuti secara tiba-tiba atas alasan "pengasuh balik kampung la".. atau "pengasuh jaga cucu dia kat hospital la".. tak pun "pengasuh nak buat kenduri kahwin anak dia.. so, dia nak cuti 4-5 hari"... Tak pun, tiba-tiba je pengasuh tu nak 'letak jawatan'.. nak berpindah ke, apa ke... dah satu keje kita kena cari pengganti..

Haaaaa... Naya je gitu kan? Tak pasal-pasal kita pun kena cuti. Dah la cuti tahun sikit je! Huhuhu.. Kalau kat taska, dah sah-sah takkan la semua Teacher nak cuti serentak kan? Paling-paling pun, taska hanya akan tutup pada hujung minggu & cuti umum je kan? Di mana, waktu tu, kita pun memang free-free cuti dari bekerja kan? Hehehe..

So, those are my reasons kenapa saya hantar anak-anak saya ke taska. Dan alhamdulillah, 5 tahun lamanya saya hantara anak saya yg sulung tu ke taska tersebut; dan hampir 3 tahun saya hantar anak kedua saya juga ke taska yg sama. And THE BEST part is, banyaaaakkk asas-asas fardhu ain yg anak-anak saya dah tahu. Dan, anak-anak saya sangat-sangat suka pergi ke taska setiap hari! Belum pernah sehari pun mereka menangis atau merengek tak nak pergi ke taska. (^_^)

Irda
SID Pro Anda.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...