Sejak saya buat bisnes Shaklee setahun setengah yg lalu, alhamdulillah saya dah berjaya bantu banyak pasangan berjaya mendapatkan anak dengan Set Kesuburan Shaklee. Ada yg ambil untuk isteri sahaja, ada yg ambil untuk suami sahaja dan tak kurang juga yg ambil Set Kesuburan lengkap untuk suami isteri.
Saya bantu setiap customer saya dengan sepenuh hati. Bukan sebab saya pernah berjaya hamil dengan Set Kesuburan ni. Tapi sebab saya sendiri pernah lewat mendapat zuriat. 5 TAHUN lamanya saya menunggu untuk mendapat zuriat saya yg sulung; Muhammad Ihsan. Waktu itu saya belum kenal Shaklee. Shaklee pun belum terkenal kat Malaysia pada waktu itu. Jadi, bila ada prospek yg bertanyakan tentang Set Kesuburan atau Set Ingin Hamil Shaklee, saya AMAT FAHAM perasaan mereka. Saya boleh agak apa yg ada di dalam hati mereka. Dan dengan seikhlas hati saya akan berusaha untuk membantu mereka dengan kebaikan Shaklee agar mereka juga dapat merasai kegembiraan menimang cahaya mata.
Saya berkahwin di usia agak muda; 23 tahun. Usai pengajian Sarjana Muda, saya terus bertunang. 6 bulan kemudian saya berkahwin dengan boifren (sekarang suami la) saya yg merupakan rakan sekelas saya di universiti. Cinta kampus la ni.. hehehe.. Pada waktu itu suami saya sudah mula bekerja di satu syarikat konsultan (masih di syarikat yg sama hingga kini). Manakala saya pula menyambung pengajian di peringkat Sarjana. Kami memang sengaja merancang untuk melewatkan kehamilan selama setahun. Kononnya sebab masih muda & saya masih belum ada pendapatan.
Selepas setahun,kami mula berusaha seperti pasangan lain untuk mendapatkan zuriat. Macam-macam yg kami lakukan. Mana tanah tinggi Malaysia yg kami tak jejak? Semuanya sebab ikutkan tips orang.. Hotel berbintang-bintang dah macam-macam kami pergi. ‘Ambil berkat’ tempat sejuk orang kata.. Tapi selepas 2 tahun mencuba; dengan usaha berurut dan pengambilan makanan-makanan yg dikatakan boleh ‘menghamilkan’ seperti habbatussauda, buah delima dan sebagainya; usaha maki masih belum membuahkan hasil. Sedangkan, kitaran haid saya adalah tetap & normal sejak saya berusia 12 tahun. APA YG TAK KENA??
Lantas, pada tahun ke-3 perkahwinan kami, saya dan suami mengambil keputusan untuk berjumpa doktor pakar obstetrik & gynaecology. Jawapan yg tepat diperlukan. Apa punca kami masih tak memperolehi zuriat? Berat sungguh langkah waktu tu. Debarannya tak mampu nak diungkapkan dengan kata-kata. Risau, takut, berdebar semua bercampur menjadi satu. Sehingga saya sanggup berjanji dengan suami:
“Abang.. Kalau memang disahkan I tak boleh mengandung dan tak ada peluang langsung untuk mengandung & melahirkan zuriat You, dan U pula disahkan boleh menjadikan wanita mengandung, I izinkan U berkahwin lain.”
Jangan anggap saya bergurau. Dan jangan anggap IA MUDAH bagi saya melafazkannya. Perempuan mana yg sanggup berkongsi kasih suami yg dicintainya? Tapi apa hak saya untuk menafikan hak suami saya untuk mempunyai zuriat? Lelaki mana yg tak mahu zuriat?
Saya dan suami menjalankan pemeriksaan kesihatan. Dan hanya dengan satu ujian sahaja, suami saya disahkan normal & mampu menjadikan wanita hamil! Saya pula? Perlu melalui beberapa proses pemeriksaan lagi untuk membuktikan saya boleh hamil! Allahuakbar..
Ovari & rahim saya diperiksa. Doktor mengesahkan saya menghidap PCOS (Polisystic Ovarian Syndrom); di mana pintu ovari saya sempit dan itu menyebabkan ovum saya tidak keluar dalam bentuk yg sempurna setiap bulan. Haid yg datang setiap bulan hanyalah terdiri daripada serpihan ovum yg tidak sempurna yg tidak boleh disenyawakan oleh sperma. Secara teorinya saya boleh hamil, tetapi ovari yg sumbat perlu ‘dibersihkan’ terlebih dahulu. Dan ovum yg keluar selepas itu nanti perlu distimulasikan agar ia berbentuk sempurna untuk disenyawakan.
Tapi ada 1 lagi ujian yg perlu saya jalani. Ujian untuk menentukan sama ada tiub falopio saya tersumbat ataupun tidak. Jika tersumbat, maka sperma sememangnya tidak boleh bertemu ovum dan yg pastinya, SAYA TIDAK AKAN BOLEH HAMIL! Siapa yg tahu bagaimana ujian ni perlu dijalankan, pasti tahu betapa malunya yg perlu ditanggung; apatah lagi jika doktor yg memeriksa itu adalah lelaki! Sebab pemeriksaan yg satu ini dilakukan oleh pakar x-ray. Dan agak sukar untuk kita memilih pakar x-ray lelaki atau perempuan. Jika ada pun, memerlukan masa lain untuk menempah temujanji.
Alhamdulillah.. tiub falopio saya tidak tersumbat. Dan saya disahkan BOLEH HAMIL oleh pakar O&G saya. Satu kegembiraan yg memang tak tergambar! Dan yg paling penting, suami saya tak perlu berkahwin lain!! Hehehehehe..
Saya seterusnya menjalani rawatan untuk membersihkan ovari. Serpihan ovum yg tersumbat di sekitar pintu ovari perlu dibersihkan. Dan pada bulan itu kami tidak dibenarkan mencuba untuk hamil kerana bimbang risiko sperma suami mungkin akan mensenyawakan beberapa ovum serentak. Jika iai berlaku, tiub faloppio boleh pecah dan saya tidak akan boleh hamil lagi.
Bulan seterusnya, pada hari ke-10 kitaran haid, ovum saya diperiksa. Ia bagi memastikan ovum saya bersifat sempurna untuk disenyawakan. Bulan depannya, tanggal 3/8/2008 saya sepatutnya datang haid. Tetapi saya telah lewat. Dan dek kerana ketidaksabaran yg menggunung, setelah hanya 5 hari lewat datang haid, pada 8/8/2008 saya telah membuat UPT sendiri di rumah. Dan keputusannya adalah POSITIF!! Alhamdulillah... kegembiraannya hanya Allah yg Maha Mengetahui. Suami saya pun tercengang-cengang bila saya menunjukkan keputusan UPT tu sebelum kami menunaikan solat Subuh pagi itu. Hehehehe..
Dan akhirnya, pada bulan ulangtahun perkahwinan kami yg ke-5; iaitu Mei 2009, kami dikurniakan zuriat sulung lelaki kami yg amat dinantikan terutamanya oleh suami saya yg terlalu inginkan seorang anak lelaki. Kami namakannya MUHAMMAD IHSAN. Nama yg simple. Tidak moden. Tetapi cukup memberikan 1001 kegembiraan & kebaikan kepada kami; seiring maksudnya: IHSAN – KEBAIKAN & KESUNGGUHAN SEOLAH-OLAH MELIHAT ALLAH DI DEPAN MATA.
Semoga Ihsan menjadi insan & khalifah dari keturunan menunaikan solat, soleh, bijaksana serta berjaya di dunia & akhirat. Mummy & Daddy sayang Ihsan hingga ke syurga. Amiiin... <3 br="">
Nota:
Set Kesuburan suami isteri telah berjaya membantu banyak pasangan mendapatkan zuriat yg diingini dengan izin Allah S.W.T. Jika anda juga ingin berikhtiar dengan Set Kesuburan Suami Isteri Shaklee, sila KLIK DI SINI.
Irda
Shaklee Independent Distributor
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)3>