MOVIE DATE - TIPS ROMANTIK MENGEKALKAN KEMESRAAN SUAMI ISTERI

Suami isteri adalah suatu hubungan yg amat istimewa. Tidak kiralah sama ada di sisi agama mahupun di dalam mana-mana kelompok sosial. Suami/isteri adalah pasangan hidup ataupun boleh dikatakan satu-satunya manusia yg kita pilih atau memilih kita kita untuk sama-sama mengharungi setiap suka-duka, pahit & manis kehidupan kita setiap hari. Namun, banyak pasangan suami isteri yg semakin 'hilang' keistimewaan hubungan antara keduanya akibat kesibukan kerja serta ditambah dengan tugasan yg lebih menimbul iaitu menjadi IBU BAPA. Sehinggakan, segelintir suami/isteri hampir 'terlupa' bahawa mereka juga adalah seseorang yg amat penting untuk kebahagiaan seorang yg lain; iaitu pasangan hidup mereka.


tips romantik suami isteri

Ada yg pernah bertanyakan saya; "tak bosan ko mengadap suami ko dekat 24 jam sehari? Dah la dari zaman belajar dulu satu kelas, kerja pun satu pejabat, balik duduk serumah, tidur sekatil lagi?"

Itu antara soalan yg agak sering orang tanyakan pada saya sewaktu saya masih bekerja satu pejabat (malah duduk sebilik di pejabat) dengan suami saya. Jawapan saya "TIDAK". Malah, saya rasa hidup saya tak lengkap jika terpaksa berjauhan dengan suami; walaupun sehari. (Sebab tu saya berhenti kerja.. sebab tak nak kena pergi outstation.. hehe..). Tambahan pula, kami selalu dilihat seolah-olah 'bertekak' tentang banyak perkara; terutamanya tentang perkara kerja. Sehingga ramai yg hairan dengan kami. "Dah kahwin lama pun masih 'bercakaran' macam budak-budak". Lepas 'bertekak' tu boleh pulak bekerja & bercakap macam biasa.. Hehehe.. Tapi semua ni ada "rahsia" di sebaliknya. Sebab, kebahagiaan takkan jadi milik kita jika kita tak berusaha untuk memperolehi & mengekalkannya. (^_^)

Ya. Salah satunya adalah - movie date. Kami selalu pegi movie date. Biasanya sebulan sekali. Sekarang saya WAHM; so tak perlulah nak mintak cuti. So, suami saya akan ambil 1 hari cuti dalam sebulan; khas untuk kami menghabiskan masa berdua. Dan yg pastinya adalah pada hari anak-anak ke sekolah lah. Seawal pagi, lepas hantar anak-anak ke taska & tadika, kami akan balik untuk bersarapan bersama-sama. Kemudian kami akan beli tiket wayang (cerita yg terkini & dipersetujui bersama la of course kan.. walaupun basically minat kami berbeza-beza) melalui online. Beli online ni mudah. Tak payah nak penat-penat berbaris kat kaunter nanti. Bayar pun guna debit card je. Sampai sana nanti, just tunjuk je bar code tiket yg dah dimuat turun dalam telefon.


Movie jenis macam MI ni biasanya kami sama-sama suka. Action yg tak berat sangat.
Sebenarnya saya lebih kepada nak tengok Tom Cruise & Jeremy Renner je.. kihkihkih..

Biasanya kami ambil showtime yg terawal; dalam pukul 11am camtu. So, lepas movie habis dalam pukul 2pm, kami akan pegi lunch & solat dalam/dekat area mall tu juga. Lepas tu kadang-kadang kami pegi pulak shopping barang-barang rumah/dapur yg dah habis. (Shopping time anak-anak takde ni senang sket. Kurang sket nak layan karenah. Hehehe..) Selesai semua, dalam pukul 4 ke 5pm tu kami terus ambil anak-anak on the way balik tu. Malam, dinner kat rumah. Romantik, kan? Hehehehe...

Owh, satu lagi cara movie date ni, lagi mudah. Ni especially untuk suami isteri yg mungkin susah nak dapat cuti ke atau mungkin takde 'can' nak hantar anak-anak ke mana-mana untuk 'mengelat' untuk dating. Caranya, buat movie date kat rumah. Contohnya, sediakanlah snek-snek ringan macam pop corn ke, chips ke, maruku ke atau apa sahaja untuk 'mengonyel' bersama. Pilih satu lewat malam (biasanya malam minggu la senang), pastikan anak-anak dah tidur awal, lepas tu, bersama-sama suami/isteri, pilihlah satu movie untuk ditonton bersama-sama sambil bergesel-gesel & melentok-lentok di sofa/katil. Mungkin boleh beli DVD ke, langgan Astro First ke, Astro Best ke atau download pun boleh. Ooooopppsss!! Hehehehehe...

Mudah kan nak beromantik-romantik dengan suami/isteri? Haaa... jangan pandang remeh tau langkah-langkah untuk berprivasi dengan pasangan ni. Sebab, inilah caranya untuk kita nak pastikan bahawa pasangan kita sentiasa rasa dekat, disayangi & dihargai oleh kita. Percayalah; walaupun cuma satu hari/malam kita luangkan dalam sebulan, impaknya PASTI akan terasa & kekal di hati sampai bila-bila. Apalah sangat berbanding dengan lagi 29 hari/malam yg kita sibuk dengan urusan/tanggungjawab lain tu. Semata-mata untuk insan yg paling istimewa dalam hidup kita.


menonton wayang




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...