WAHM - Suatu Cita-cita yang Perlu Kecekalan

Salam.

Saya nak kongsikan sedikit tentang realiti bekerja dari rumah. Saya petik dari wall rakan Facebook saya Kak Norashikin Ekin Wellness yang juga seorang peniaga internet yang berjaya.

Tips Bisnes Dari Rumah - Irfan Khairi

Menjalankan perniagaan dari rumah, banyak dugaannya. Katil sedang memanggil, sofa sedang memujuk dan TV mengsajikan rancangan-rancangan menarik! Memulakan perniagaan akan menjadikan anda majikan atau boss! Anda adalah majikan anda. Dan ini memerlukan disiplin yang amat tinggi. Tanpa disiplin, pastinya kita akan terleka dengan kemudahan yang ada di rumah.

Kini anda tidak lagi bekerja 9 hingga 5 petang. Oleh itu, waktu tersebut sudah menjadi waktu kerja baru anda. Walaupun dari rumah, hasilkan jadual yang terperinci dan tepat untuk anda ikuti- tetapkan masa rehat, makan, minum, solat seperti mana anda lakukan di tempat kerja. Hasilkan jadual seperti di sekolah dulu, di mana waktu tertentu digunakan untuk melakukan
aktiviti perniagaan tertentu.

Tanpa disiplin yang tegar, pastinya bekerja dari rumah hanya menjadi mimpi- terutamanya bila katil memanggil! ;)
...............................................


Benar kata Irfan Khairi. Bekerja dari Rumah memerlukan disiplin tinggi. Jika belum pernah ada pengalaman dan baru mahu cuba lagi susah kalau tak cekal dan takde semangat tinggi lupakan ajelah niat tu. Saya sendiri pun tengah mencari kekuatan untuk jadi WAHM (Working At Home Mother) yang cekal & berjaya tu.. hehe.. Sifu-sifu saya dalam SHAKLEE ni dah ramai yang berjaya jadi WAHM ni tau.. Bisnes meletop-letop.. pastu dengan senang hati je menambah bilangan anak... saya yang keje pejabat + bisnes part time ni pulak yang belum mampu nak beranak banyak-banyak.. hehe..

Apa-apa pun, KITA ADALAH APA YANG KITA PERCAYA.

Hakikatnya ini mmg betul. Peminta sedekah terus jadi peminta sedekah sbb dia pecaya dia hanya layak jd peminta sedekah.

Orang berjaya boleh berjaya sebab dia percaya dia boleh berjaya.Saya percaya saya boleh berjaya dengan SHAKLEE walaupun saya bermula dengan part time je! Saya percaya satu hari nanti saya mampu untuk menjadi WAHM yang berjaya! Dan saya PERCAYA saya boleh berjaya dalam SHAKLEE, mencapai Masters Coordinator dan dapat menolong lebih ramai wanita di luar sana atau sesiapa saja yang mahu BERJAYA. Insya Allah..

Saya tak kisah orang perli-perli Super Euphoria ke apa ke.. Jual MLM ke.. ^^ I'm honoured sebab mereka menyedari kehadiran group kami yang cemerlang. Thanks^^

After all cakap-cakap orang pun salah satu dugaan jadi WAHM. huhu.. Chaiyyokk!!

Tips Diet : Makan Malam + Vitamin Shaklee

Assalamualaikum semua!!

Hari ni nak buat short post / sharing je.. short & sweet.. Tips ni khas untuk mereka yang tengah diet / jaga makan / nak kuruskan badan / maintain berat badan.. Tips pengambilan makan malam + vitamin Shaklee untuk membakar lemak & menyahkan toksin dalam badan..

Siapa kata orang diet tak boleh ambil makan malam?? Boleh... Tapi ada syaratnya:

  • Makan SEBELUM JAM 8pm
  • Ambil makanan dalam kuantiti yang SEDIKIT TETAPI BERKHASIAT
  • Ambil makanan yangRENDAH KARBOHIDRAT & KALORI, supaya badan kita tidak perlu 'bekerja keras' untuk mencerna & membakar kalori
  • Elakkan minuman berais & manis; seeloknya MINUMLAH AIR SUAM
  • Jarakkan pengambilan air selepas makan, seeloknya 30 minit selepas makan
  • Elakkan terus tidur selepas makan
  • Susuli makan malam dengan pengambilan vitamin Shaklee: LECITHIN & ALFALFA COMPLEX; sebab:

» LECITHIN berfungsi untuk membakar lemak dalam badan!
» ALFALFA membantu memudahkan sistem penghadaman & pencernaan serta membuang toksin dalam badan!
» Gabungan LECITHIN & ALFALFA mampu melawaskan & membantu kita membuang air dengan lebih mudah pada keesokan harinya!


So, boleh makan malam.. tapi kena berjaga-jaga juga ye... jangan 'main hentam sajalah'... hehehe.. nak lagi bagus, ambil dengan vitamin Shaklee sekali!! (^_*)


Untuk pesanan vitamin anda dan konsultasi secara percuma, hubungi saya:
SHAKLEE Independent Distributor (Irda - ID 909714)
Email: irda2104@yahoo.com
Call/SMS/Whatsapp: 014-984 0240

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

SET KEHAMILAN SHAKLEE UNTUK IBU SIHAT & BAYI BIJAK

Assalamualaikum semua! (^_^)

Tahun ni saya sangat gembira bila dapat contact balik ramai kawan-kawan seperjuangan saya masa di sekolah dulu.. Walaupun cuma berjumpa di alam maya, tapi dengan pelbagai topik yang dibincangkan, ditambah dengan gurau senda & ketawa, ia mampu membantu saya meredakan tekanan kerja & aktiviti harian.. Dan ia membuatkan saya terfikir tentang Set Kehamilan Shaklee yg telah berjaya membantu ramai ibu hamil di luar sana untuk jadi lebih sihat & bayi pun lebih bijak! ^^

Tapi apa yang paling mengujakan adalah; hampir 10 orang daripada rakan-rakan saya tu sedang HAMIL!! wahhhh!!! bertambah-tambah rezeki ye di tahun 2013 nih... ada yg mengandung anak sulung, ada yang anak ke-3, yang anak ke-5 pun ada!! wahhhh lagi!! hehehe... saya?? cukuplah dulu dgn seorang putera & seorang puteri tu dulu... nak tumpu kat bisnes vitamin Shaklee di dulu.. hehe..

So, sementelah ramai orang keliling saya yang sedang hamil nih, apa kata saya kongsi sket tentang vitamin Shaklee yang paling best untuk wanita yang sedang hamil...

Haaa... ramai orang 'pandai' beri nasihat; "orang mengandung kena makan lebih.. sebab makan untuk 2 orang"... tak pun, orang 'pandai' tu cakap pulak; "sikitnya ko makan.. mana cukup... baby dalam perut pun nak makan jugak" hahaha!! saya gelak je kalau ada orang cakap kat saya macam tu...

Sebab, SALAH TANGGAPAN tu sebenarnya! apa yang perlu digandakan HANYALAH KHASIAT, VITAMIN & MINERAL DARIPADA MAKANAN yang diambil oleh si ibu.. bukan bermaksud, daripada makan nasi sepinggan berlauk sayur & ikan seekor ditambah menjadi nasi berpinggan-pinggan, lauk pula menjadi seekor ikan, seketul ayam, telur goreng, kari daging dan sebagainya! huhuhu... (*_~)

Jadi, atas rasa keperluan khasiat yang berganda oleh ibu & bayi di dalam kandungan inilah, saya ingin berkongsi & mengesyorkan ibu-ibu hamil mengambil SET KEHAMILAN SHAKLEE ni.

Jom kita tengok apa yang ada dalam SET KEHAMILAN SHAKLEE ni:

> Vita-Lea - Multivitamin yg membantu badan menyerap vitamin & mineral dgn lebih mudah.

> Omega Guard - berasaskan minyak ikan kod yang terbaik di dunia. Mampu melancarkan peredaran darah si ibu; sekaligus mengawal tahap tekanan darah serta kolesterol si ibu. Juga membekalkan DHA untuk perkembangan otak bayi secara sihat.

> Ostematrix - Membekalkan keperluan kalsium yg diperlukan oleh ibu serta membantu bayi di dalam kandungan untuk membentuk tulang yang kuat serta gusi & oto yang sihat.

> ESP - Sumber protein berasaskan non-GMO soya yang mampu mengekalkan rasa kenyang dengan lebih lama. Secara tidak langsung mampu mengelakkan ibu daripada mengambil kudapan yang kurang sihat.

Jadi, tunggu apa lagi.. JOM HAMIL DENGAN LEBIH SIHAT! Demi membentuk generasi masa depan yang lebih sihat, cergas & pintar!


vitamin ibu mengandung shaklee


ORDER SEKARANG!

Irda
SMS/Whatsapp: 014-984 0240

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Tips Penyusuan Susu Ibu Berjaya

Assalamualaikum semua!!

Dulu masa saya bersalin anak first; Ihsan, saya tak berjaya melaksanakan penyusuan susu ibu.. Sebab? kurang ilmu.. ditambah pulak saya dapat baby yang refuse/menolak habis untuk dilekapkan pada breast (cik B ye.. ala-ala sopan sikit gitu kannn... hehe ^^)..

Masa tu saya bingung, Mama saya yang tolong saya jaga pantang pun bingung.. Mama saya pulak tak pernah berhadapan dengan mana-mana anaknya yang tak mahu langsung menyusu badan.. sudahnya, baru 2 minggu sahaja saya dah campurkan susu Ihsan dengan susu formula.. waaaaaa... kalau laa dapat saya ulang semula saat mengandung dan melahirkan Ihsan... pasti saya akan gali ilmu penyusuan badan ni dalam-dalam... Masa tu saya ingat penyusuan susu ibu ni adalah sesuatu yang natural/semulajadi.. so, benda semula jadi, tak payah la nak kaji dalam-dalam kan? rupanya saya silap... baaaaanyak sebenarnya perkara & persediaan yang perlu kita buat dari aspek mental & fizikal untuk melaksanakan penyusuan susu ibu yang berjaya ni...

So, mengandung anak yang kedua; Iman, saya dah pasang niat, nekad, azam & semangat! walau apa pun yang terjadi, saya tetap akan melaksanakan penyusuan susu ibu sepenuhnya untuk Iman! seboleh-bolehnya untuk 2 tahun! Tak kiralah kalau kali ni saya kena cesear lagi pun, saya akan mintak bayi saya dalam masa sejam lepas operation! (owh, saya melahirkan Ihsan melalui pembedahan cesear ye... Iman juga! hehe..)

Alhamdulillah, dengan nekad & azam yang kuat, saya berjaya memulakan penyusuan selepas 1jam 1/2 selepas pembedahan.. itu pun sebab takde staf yang nak tolak stretcher saya dari operating theater ke wad.. huhu.. dan alhamdulillah, Iman sangat pandai melekapkan mulut pada cik B...

Dan sehingga kini, alhamdulillah sudah lebih 8 bulan saya melaksanakan penyusuan susu ibu secara penuh untuk Iman.. walaupun stok perahan saya cuma kais-kais sahaja (pam hari ni untuk esok/lusa), tapi alhamdulillah ia masih mencukupi untuk bekalan harian Iman ke taska..

So, meh saya share sket tips yang ringkas dan padat; ikhlas dari saya tentang macam mana nak melaksanakan penyusuan susu ibu yang berjaya:



© NIAT
- Sewaktu mula-mula mengandung lagi, sentiasa memasang niat untuk menjayakan penyusuan ibu sepenuhnya seboleh-bolehnya sehingga bayi berusia 2 tahun.

© ILMU
- Gunakan segala kemudahan yang ada khususnya internet & pelbagai buku di pasaran untuk ‘menggali’ ilmu tentang penyusuan ibu. Pelajarilah teknik penyusuan yang betul, kaedah memulakan penyusuan seawall selepas kelahiran serta cabaran-cabaran yang mungkin dihadapi serta kaedah menanganinya.

© AZAM, NEKAD & SEMANGAT
- Tanamkan azam yang kuat di dalam hati, bernekad dengan penuh semangat untuk tetap akan cuba melaksanakan penyusuan ibu walau apa pun cabaran mendatang.

© SOKONGAN ORANG TERSAYANG
- Sokongan yang paling diperlukan adalah daripada suami. Seboleh-bolehnya minta suami sentiasa memberikan kata-kata pendorong/perangsang untuk meneruskan penyusuan ibu khususnya jika ada yang menentang.

© YAKIN
- Yakinlah dengan diri sendiri bahawa anda boleh melakukannya! Yakinlah bahawa ALLAH S.W.T telah menetapkan rezeki (susu) yang mencukupi dengan keperluan bayi.

© TIDAK MUDAH PUTUS ASA
- Jangan mudah putus asa sekiranya kuantiti susu anda tidak sebanyak ibu-ibu lain. Jangan mudah mengalah dan terus memberikan bayi anda susu formula sekiranya ia terus menangis walaupun selepas penyusuan. Jangan panik. Jangan mudah terpengaruh dengan kata-kata negatif orang di sekeliling anda. Anda sebagai ibu adalah orang yang paling tahu apa yang terbaik untuk bayi anda.

© ISTIQAMAH
- Berterusanlah dalam apa jua usaha yang anda lakukan sama ada untuk menambah kuantiti susu, membuat stok EBM mahupun dalam menyusukan bayi anda hamper setiap jam. Pastikan penyusuan terus (direct feeding) sentiasa dilakukan, serta sesi mengepam dibuat mengikut jadual dan sela masa yang sepatutnya.

© DOA YANG BERTERUSAN
- Sentiasa berdoa kepada ALLAH S.W.T supaya dikurniakan kuantiti susu yang mencukupi untuk bayi anda, supaya dipermudahkan perjalanan penyusuan anda sehingga tempoh 2 tahun serta supaya anda sentiasa kuat semangat & tidak putus asa untuk menjayakan penyusuan ibu untuk tempoh yang maksimum!

Untuk pesanan vitamin anda dan konsultasi secara percuma, hubungi saya:
SHAKLEE Independent Distributor (Irda - ID 909714)
Email: irda2104@yahoo.com
Call/SMS/Whatsapp: 014-984 0240

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

BAHAYA AIR MASAK KEPADA BAYI BAWAH 6 BULAN

Assalammualaikum dan Hi Semua..

Sebenarnya artikel ni dah agak lama saya jumpa.. masa saya belum berkecimpung dengan SHAKLEE lagi.. waktu tu saya cuma share dgn kawan2 di ofis je.. so, now dah makin luas friend market n prospek saya, meh saya share kat blog pulak ye... ^_^


Walaupun dah berkali2 di ingatkan jgn beri bayi bawah 6 bulan minum air masak, namun masih ada ibu bapa yg masih amalkan beri air masak pd bayi mereka. Antara sbb desakan orang tua, nak kasi kuning si anak cepat baik, bilas tekak anak lepas minum susu, supaya anak senang buang air etc.

Kajian ini khas untuk bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya & yang menyusu formula.

Semoga info2 ini dapat menyedarkan ibu bapa kenapa pemberian air masak tidak digalakkan kepada bayi berumur 6 bulan ke bawah.

Merencatkan Tumbesaran
Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.

Merencatkan Akal
Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang dierang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan ‘kernicterus’ iaitu Terencat Akal’. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.

Mengancam Nyawa

Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.

Mengakibatkan Sawan Tarik
Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil ‘Oral Water intoxication’.

Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses tersebut. Oleh itu..beri bayi anda susu ibu sekerapnya ye.. (^_^)


credit: Islamic Articles


Untuk pesanan vitamin anda dan konsultasi secara percuma, hubungi saya:
SHAKLEE Independent Distributor (Irda - ID 909714)
Email: irda2104@yahoo.com
Call/SMS/Whatsapp: 014-984 0240

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...