Tips Penyusuan Susu Ibu Berjaya

Assalamualaikum semua!!

Dulu masa saya bersalin anak first; Ihsan, saya tak berjaya melaksanakan penyusuan susu ibu.. Sebab? kurang ilmu.. ditambah pulak saya dapat baby yang refuse/menolak habis untuk dilekapkan pada breast (cik B ye.. ala-ala sopan sikit gitu kannn... hehe ^^)..

Masa tu saya bingung, Mama saya yang tolong saya jaga pantang pun bingung.. Mama saya pulak tak pernah berhadapan dengan mana-mana anaknya yang tak mahu langsung menyusu badan.. sudahnya, baru 2 minggu sahaja saya dah campurkan susu Ihsan dengan susu formula.. waaaaaa... kalau laa dapat saya ulang semula saat mengandung dan melahirkan Ihsan... pasti saya akan gali ilmu penyusuan badan ni dalam-dalam... Masa tu saya ingat penyusuan susu ibu ni adalah sesuatu yang natural/semulajadi.. so, benda semula jadi, tak payah la nak kaji dalam-dalam kan? rupanya saya silap... baaaaanyak sebenarnya perkara & persediaan yang perlu kita buat dari aspek mental & fizikal untuk melaksanakan penyusuan susu ibu yang berjaya ni...

So, mengandung anak yang kedua; Iman, saya dah pasang niat, nekad, azam & semangat! walau apa pun yang terjadi, saya tetap akan melaksanakan penyusuan susu ibu sepenuhnya untuk Iman! seboleh-bolehnya untuk 2 tahun! Tak kiralah kalau kali ni saya kena cesear lagi pun, saya akan mintak bayi saya dalam masa sejam lepas operation! (owh, saya melahirkan Ihsan melalui pembedahan cesear ye... Iman juga! hehe..)

Alhamdulillah, dengan nekad & azam yang kuat, saya berjaya memulakan penyusuan selepas 1jam 1/2 selepas pembedahan.. itu pun sebab takde staf yang nak tolak stretcher saya dari operating theater ke wad.. huhu.. dan alhamdulillah, Iman sangat pandai melekapkan mulut pada cik B...

Dan sehingga kini, alhamdulillah sudah lebih 8 bulan saya melaksanakan penyusuan susu ibu secara penuh untuk Iman.. walaupun stok perahan saya cuma kais-kais sahaja (pam hari ni untuk esok/lusa), tapi alhamdulillah ia masih mencukupi untuk bekalan harian Iman ke taska..

So, meh saya share sket tips yang ringkas dan padat; ikhlas dari saya tentang macam mana nak melaksanakan penyusuan susu ibu yang berjaya:



© NIAT
- Sewaktu mula-mula mengandung lagi, sentiasa memasang niat untuk menjayakan penyusuan ibu sepenuhnya seboleh-bolehnya sehingga bayi berusia 2 tahun.

© ILMU
- Gunakan segala kemudahan yang ada khususnya internet & pelbagai buku di pasaran untuk ‘menggali’ ilmu tentang penyusuan ibu. Pelajarilah teknik penyusuan yang betul, kaedah memulakan penyusuan seawall selepas kelahiran serta cabaran-cabaran yang mungkin dihadapi serta kaedah menanganinya.

© AZAM, NEKAD & SEMANGAT
- Tanamkan azam yang kuat di dalam hati, bernekad dengan penuh semangat untuk tetap akan cuba melaksanakan penyusuan ibu walau apa pun cabaran mendatang.

© SOKONGAN ORANG TERSAYANG
- Sokongan yang paling diperlukan adalah daripada suami. Seboleh-bolehnya minta suami sentiasa memberikan kata-kata pendorong/perangsang untuk meneruskan penyusuan ibu khususnya jika ada yang menentang.

© YAKIN
- Yakinlah dengan diri sendiri bahawa anda boleh melakukannya! Yakinlah bahawa ALLAH S.W.T telah menetapkan rezeki (susu) yang mencukupi dengan keperluan bayi.

© TIDAK MUDAH PUTUS ASA
- Jangan mudah putus asa sekiranya kuantiti susu anda tidak sebanyak ibu-ibu lain. Jangan mudah mengalah dan terus memberikan bayi anda susu formula sekiranya ia terus menangis walaupun selepas penyusuan. Jangan panik. Jangan mudah terpengaruh dengan kata-kata negatif orang di sekeliling anda. Anda sebagai ibu adalah orang yang paling tahu apa yang terbaik untuk bayi anda.

© ISTIQAMAH
- Berterusanlah dalam apa jua usaha yang anda lakukan sama ada untuk menambah kuantiti susu, membuat stok EBM mahupun dalam menyusukan bayi anda hamper setiap jam. Pastikan penyusuan terus (direct feeding) sentiasa dilakukan, serta sesi mengepam dibuat mengikut jadual dan sela masa yang sepatutnya.

© DOA YANG BERTERUSAN
- Sentiasa berdoa kepada ALLAH S.W.T supaya dikurniakan kuantiti susu yang mencukupi untuk bayi anda, supaya dipermudahkan perjalanan penyusuan anda sehingga tempoh 2 tahun serta supaya anda sentiasa kuat semangat & tidak putus asa untuk menjayakan penyusuan ibu untuk tempoh yang maksimum!

Untuk pesanan vitamin anda dan konsultasi secara percuma, hubungi saya:
SHAKLEE Independent Distributor (Irda - ID 909714)
Email: irda2104@yahoo.com
Call/SMS/Whatsapp: 014-984 0240

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...