11 FAKTOR KENAPA PERLU BERSALIN SECARA CESAREAN (C-SECTION)

Setiap wanita mengimpikan proses kehamilan & kelahiran yg normal tanpa sebarang masalah atau komplikasi. Namun, tidak semua wanita dapat merasakannya. Beberapa perkara yg tidak terduga boleh terjadi sama ada sebelum atau semasa saat kehamilan/kelahiran yg menyebabkan proses bersalin secara normal tidak dapat dilalui. Ada sesetengah ibu hamil yg akhirnya terpaksa melalui kaedah kelahiran melalui pembedahan cesarean; sama ada secara terancang ataupun tidak terancang.

APAKAH PUNCA YG MENJADIKAN SEORANG IBU BERISIKO UNTUK MELAHIRKAN BAYI SECARA CESAREAN?

Ada 2 jenis kaedah kelahiran melalui pembedahan cesarean; iaitu sama ada secara terancang ataupun tidak terancang.

Pembedahan cesarean secara tidak terancang biasanya lebih dikenali sebagai 'emergency cesarean'. Ia biasanya berlaku disebabkan 3 faktor berikut:

1. Serviks tidak lagi menunjukkan perkembangan/pertambahan bukaan seperti yg sepatutnya. Ada sesetengah ibu yg serviksnya hanya mampu terbuka sehingga 1cm, 4cm atau 6cm sahaja. Bukaan ini tidak mampu memuatkan bayi untuk diteran keluar. Kes sebegini dikenali sebagai 'bad progress'.
2. Bayi berhenti dari 'menujahkan' dirinya keluar dari rahim melalui serviks ibu.
3. Bayi stress & degupan jantung bayi menjadi perlahan akibat kontraksi yg kuat & terlalu lama atau proses kelahiran yg terlalu panjang.

Seorang ibu yg melahirkan bayi pertama kali melalui kaedah cesarean tidak terancang tanpa sebarang komplikasi merbahaya sewaktu kelahiran, kebiasaannya dibenarkan untuk mencuba kelahiran secara normal pada kelahiran seterusnya. Ia dikenali sebagai Vaginal Birth After Cesarean (VBAC); tentunya  dengan nasihat & pemantauan oleh doktor O&G anda.

Bagi kelahiran melalui kaedah cesarean secara terancang (scheduled cesarean), ada 8 faktor yg boleh menyebabkan ia berlaku iaitu:

1. Pernah melalui pembedahan 'classic cesarean' dengan pemotongan secara menegak di perut. Ataupun pernah melalui kelahiran secara cesarean pada kelahiran terdahulu.
2. Pernah melalui pembedahan lain di kawasan rahim seperti membuang fibroid atau cyst.
3. Hamil bayi kembar yg tidak boleh dilahirkan secara normal atas sebab tertentu.
4. Saiz bayi terlalu besar (macrosomia).
5. Bayi berkedudukan songsang.
6. Ibu menghadapi masalah 'placenta previa' iaitu kedudukan uri di bahagian bawah rahim sehingga 'menutupi' laluan serviks.
7. Bayi mempunyai masalah kesihatan yg tidak membolehkannya dilahirkan secara normal.
8. Ibu disahkan menghidap HIV atau sebarang jangkitan kuman yg menyebabkan risiko bayi dijangkiti sekiranya dilahirkan secara normal melalui serviks.

Dalam keseluruhan kes kehamilan, biasanya hanya sekitar 30% sahaja yg memerlukan ibu melalui kelahiran secara cesarean. Sekiranya anda merupakan salah seorang ibu yg perlu melalui proses kelahiran secara cesarean, jangan rasa rendah diri. Hakikatnya, ada tetap masih seorang ibu yg baik & dan sama darjatnya dengan mereka yg melahirkan secara normal. 😊

SYOKNYA BUBUR NASI KG BARU, KUALA LUMPUR!

Sekian lama sebenarnya teringin sangat nak makan bubur nasi kat Kg Baru, KL ni. Kali terakhir saya pergi rasanya sekitar tahun 2005 atau 2006. Masa tu kebetulan ada majlis kat sekitar KL. Lepas tu ex-boss ajak makan bubur nasi glamer ni waktu malamnya. So, apa yg best sangat bubur nasi Kg. Baru, KL bi sebenarnya?

Pada saya, yg bestnya sebab kita boleh pilih macam-macam lauk yg kita nak kot untul dimakan bersama-sama dengan bubur nasi tu. Kalau beli bubur ayam Mc Donald's, dah siap-siap ada ayam dalam bubur tu kan? Tapi yg bubur nasi Kg. Baru ni kita boleh pilih apa-apa lauk yg kita nak dari pelbagai pilihan yg ada.

Kat Johor Bahru pun glamer juga bubur nasi berlauk ni. Tapi biasanya memang 1 set bubur nasi akan didatangkan dengan ikan bilis goreng, lobak asin, sambal tumis & kangkung tumis belacan. Memang dah sedap dah. Tapi, yg kat Kg. Baru ni laaaaagi ada macam-macam pilihan lauk.

Masa nak pegi tu, kami Google & Waze je 'bubur nasi Kg. Baru'. Dan masa tu Google & Waze suggest kami ke Kak Mah Tomyam, Kg. Baru. Tapi, bila kami ikut arah jalan & peta tu, tak jumpa pun Kedai Kak Mah Tomyam tu. Lain perginya. Huhu..

Last-last kami buat keputusan nak 'gamble' je pusing kawasan sekitar situ untuk cari kedai yg ada jual bubur nasi. Sudahnya, kami jumpa restoran Mr. Johan ni. Nampak depan kedai ni ada tulis bubur nasi & ada pilihan lauk-lauk untuk bubur tu. So, kami pun order & makanlah di situ.

Kami order bubur nasi untuk hidangan 3 orang, dan pilih lauk:

-ayam halia
-ayam masak kicap
-kangkung tumis belacan
-ikan bilis goreng pedas
-daging salai
-kerang bakar

Air minuman kami order teh o ais 2 gelas, teh o suam 1 cawan & nescafe ais 1 gelas. Total harga kami makan malam tu RM47. Berbaloi kan? Berbaloi-baloi rasanya. Ditambah pula dengan makyong yg dah lamaaaa teringin kan.. hehehe.. Ni pics yg sempat diambil masa tu.

LAGI TESTIMONI KENCING MANIS MENURUN DENGAN VIVIX SHAKLEE!

Siapa yg tak gembira bila insan yg tersayang menjadi semakin pulih dari penyakit yg dihidapi kan? Apatah lagi jika ianya adalah kedua orang tua yg telah sekian lama berbakti membesar, menjaga & mendidik kita sedari kecil lagi. Apatah lagi bila mereka disahkan menghidap penyakit yg agak berat seperti kencing manis, darah tinggi, kolesterol tinggi, stroke & sebagainya. Sudah pastinya kita akan mencari ikhtiar terbaik untuk mereka bukan? Dan salah satu ikhtiar yg terbaik adalah dengan VIVIX SHAKLEE!

testimoni kencing manis vivix shaklee


Jom kita ikuti sebuah lagi kisah testimoni bagi kes kencing manis yg semakin beransur pulih & menurun bacaannya selepas si anak solehah ini membelikan Vivix sebagai ikhtiar untuk kesiahatn ibu tua yg tersayang.


[KADAR KENCING MANIS MENURUN SELEPAS 2 MINGGU AMALKAN VIVIX]

Assalamualaikum. Ini Maksu saya. Adik bongsu mak. Mak kata family mak memang ada kencing manis. Penyakit keturunan. Bila kena kencing manis confirm lah sangkut buah pinggang kan. Seram tahu tak. Hahaha.. kena prevent dari sekarang ni.

Bulan lepas melawat Cu, bila nak balik tu Cu kata nak beli Vivix. Untuk buah pinggang. 26/9/2016 hantar Vivix ke rumah Cu. Lepas explain semua terus gerak pegi kerja sebab dah lambat. 2 minggu lepas tu Whatsapp Cu balik nak followup OK ke tak makan Vivix tapi 25/10 baru Cu reply. Hahaha..

Alhamdulillah terkejut dan bersyukurnya kencing manis Cu turun dari 20 kepada 10. Belum lagi tahap normal but its going there. Syukuuurrr sangat. Itu selepas sebotol Vivix. Bila sendiri dah rasa bagusnya Vivix ni, mesti akan repeat nak Vivix lagi. And yes, Cu repeat her second Vivix! Bila hantar Vivix kat Cu 27/10/2016, Cu pun nampak lebih sihat, muka lebih ceria. Cu kata badan pun rasa sedap sihat. Siap boleh kejar-kejar dengan angsa.

Sejak kebelakangan ni Cu ada masalah untuk bertutur dengan baik. Cu tak sihat and tend to lost her vocabulary at times. Tapi bila jumpa Cu hari tu dah lancar sikit. Lebih baik dari sebelum ni. Sebelum ni baca dan promote Vivix membantu meningkatkan fungsi otak. Tapi sekarang dah nampak sendiri dan semakin yakin dengan Vivix. Dengan izin Allah, what Vivix did worth the price!

Is it my eyes playing trick or she does look younger?



Wahhhhh.. bukan sahaja kencing manis semakin menurun bacaannya, malah ibu beliau juga kelihatan semakin awet muda gittewww!!

*Jika anda mahu mendapatkan Vivix (berharga RM475 sebotol), boleh Whatsapp saya di 014-984 0240 (Irda) untuk pembelian & konsultasi eksklusif daripada saya. Ataupun dapatkan Vivix Twin Pack (2 botol) dengan diskaun 20% + keahlian percuma + pos percuma + cash bonus bernilai RM36! Hubungi saya untuk maklumat lanjut ye.

KEHEBATAN SHAKLEE COLLAGEN POWDER BERBANDING PRODUK KOLAGEN LAIN DI PASARAN

Wanita dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan. Kalau boleh, walaupun usia semakin hari semakin bertambah, wanita mahukan kecantikan & ketegangan kulit yg kekal sama seperti di usia 20 tahun. Wanita sentiasa nak kelihatan cantik & awet muda. Sebolehnya, walaupun sudah berusia 40an, wanita mahu usianya diteka seperti baru pertengahan 20an. Tapi, mampukah perubahan pada kulit muka & tubuh badan menutupi setiap perubahan penuaan pada diri? Adakah awet muda itu mampu diperolehi. Jawapannya, penuaan sememangnya tidak boleh dielakkan; tetapi PENUAAN BOLEH DILAMBATKAN.


KOLAGEN BANTUK WANITA KEKAL AWET MUDA

Salah satu unsur yg semakin berkurangan pada tubuh manusia dalam proses penuaan adalah kadar kolagen di dalam badan. Kolagen adalah unsur yg menjadikan kulit sentiasa kelihatan tegang, anjal & bebas dari kedutan. Tanda awal kekurangan kolagen bermula dengan kewujudan kedutan halus di sekitar mata, hidung & mulut. Bermula dari kedutan halus,lama-kelamaan garis kedutan akan menjadi semakin kasar & jelas.

Ada 4 tanda penuaan yg akan berlaku kepada diri kita akibat pengurangan kadar kolagen dalam badan, iaitu:


  • Garis kedutan halus & kasar pada kulit wajah.
  • Rambut yg semakin banyak gugur & kurang terurus.
  • Kuku yg semakin rapuh & mudah rosak.
  • Sendi yg semakin kerap berasa sakit akibat aktiviti seharian


Jika kadar kolagen tidak ditambah, kesan penuaan ini akan semakin cepat dirasai oleh kita. Dan apabila ia tidak dibendung, ia boleh menjadikan kita kelihatan lebih tua lebih cepat berbanding usia sebenar kita.


ADAKAH PRODUK SUPPLEMEN KOLAGEN TERBAIK YG BOLEH MENYELESAIKAN TANDA PENUAAN INI?

ADA. Jom kita tonton video di bawah ini untuk mendapatkan jawapannya.




*Jika anda mahu mendapatkan Collagen Powder ini, boleh Whatsapp saya di 014-984 0240 (Irda) ataupun boleh klik terus link di bawah untuk membuat pembebalian secara online terus dari Shaklee Malaysia.


Beli sekotak Shaklee Collagen Powder di sini (RM298 sekotak)

KENAPA SAYA RASA MUAL BILA MAKAN VITALEA SHAKLEE?

Agak ramai juga sebenarnya yg bertanyakan soalan ini; terutamanya yg pertama kali mengambil Vitalea Shaklee. Lepas tu terus buat statement;
"Owh.. saya tak sesuai makan Shaklee. Mual & mabuk makin teruk. Sebab bila makan vitamin xxx tak mual pun."

Bagi yg pernah rasa begitu, pernah tak siasat atau buat perbandingan betul-betul kenapa anda mual bila ambil Vitalea tapi tidak dengan jenama xxx tersebut? Betul ke anda alergik dengan Vitalea je. Atau 'alergik' dengan jenama Shaklee? Hehehe..

Memang ada orang akan alami satu atau lebih simptom-simptom ini apabila mengkonsumsi Vitalea Shaklee:

-Rasa mual & loya
-Muntah semakin kerap
-Sakit kepala
-Sembelit
-Najis berubah warna menjadi kehitaman
-Gigi menjadi seperti kekuningan (sementara)
-Pedih ulu hati
-Gangguan penghadaman
-Rasa tak sedap/kurang selesa dalam mulut

Simptom-simptom ini sebenarnya bukan disebabkan oleh 'Vitalea Shaklee' semata-mata. Ia sebenarnya disebabkan oleh kandungan IRON di dalam Vitalea tersebut. Pengambilan iron sama ada dalam bentuk sumber semulajadi mahupun supplemen akan menyebabkan sebahagian pengamalnya mengalami satu atau sebahagian simptom tersebut.

Jika anda kata bahawa supplemen jenama xxx tidak menyebabkan anda mengalami simptom sepertimana ketika mengambil Vitalea Shaklee, semak semula kandungannya. Multivitamin yg tidak mengandungi iron biasanya tidak akan memberi kesan sepertimana Vitalea Shaklee.

Jika anda hamil & mengalami morning sickness yg agak teruk (terutamanya di peringkat awal kehamilan) seperti mabuk, loya, mual, sembelit atau pedih ulu hati, anda tidak digalakkan untuk mula mengambil Vitalea Shaklee. Cukup sekadar pengambilan asid folik. Sebaik sahaja morning sickness mula berlalu pergi, bolehlah mula mengkonsumsi Vitalea Shaklee.

Namun, jika anda mempunyai sejarah bacaan HB rendah pada kehamilan lalu, maka sebaiknya, rajinkanlah diri untuk mengamalkan 2 biji Vitalea setiap hari. Ia amat membantu untuk mendapatkan bacaan HB yg stabil. HB yg stabil amat penting bagi memastikan darah kita mempunyai kandungan oksigen yg secukupnya. Malah, HB yg rendah juga mampu mengancam nyawa janin jika tidak ditangani tau.

*Jika anda mempunyai masalah HB rendah sewaktu kehamilan ataupun anemia, Vitalea Shaklee adalah amat penting & amat membantu anda. Sebotol Vitalea Shaklee berharga HANYA RM93.75 sahaja sebotol (120bj). Ia boleh tahan untuk pengambilan 2-4 bulan. Whatsapp saya di 014-984 0240 (Irda) untuk pertanyaan & order.

APA ITU DEEP VAIN THROMBOSIS @ DARAH BEKU PADA BETIS?

Deep vain thrombosis (DVT) ataupun darah beku pada betis terutamanya bagi wanita hamil terjadi apabila terdapat darah beku yg menyekat perjalanan darah terjadi di bahagian betis. 80% daripada kes DVT terjadi pada kaki sebelah kiri. Jika DVT ini dibiarkan tanpa rawatan boleh menyebabkan ia bergerak ke paru-paru & boleh menyebabkan pulmonary embolism yg seterusnya boleh mengakibatkan maut.

punca darah beku pada betis


BAGAIMANA DVT BOLEH BERLAKU?

DVT berlaku disebabkan oleh ibu yg hamil mengalami masalah pengaliran darah yg terganggu di bahagian betis. Ia berpunca daripada kehamilan itu sendiri. Apabila berat badan ibu bertambah ketika hamil, maka risiko terjadinya DVT juga semakin meningkat. Semasa hamil, bahagian abdomen ke bawah ibu akan membesar. Ini boleh menyebabkan pengaliran darah dari bahagian kaki ke jantung menjadi sukar; mungkin disebabkan oleh graviti dan faktor salur darah pada kawasan rahim yg terhimpit. Keadaan ini lama-kelamaan akan membentuk darah beku.

darah beku pada betis


Selain itu, kehadiran hormon-hormon lain ketiga hamil juga menyumbang kepada terjadinya DVT ini kerana darah ibu menjadi pekat. Risiko ini lebih tinggi terjadi ke atas ibu hamil yg kurang melakukan pergerakan tubuh dalam masa yg lama seperti berdiri, duduk, berbaring & sebagainya.


SIAPAKAH YG BERISIKO MENDAPAT DEEP VEIN THROMBOSIS?


  • Ibu hamil yg berusia 35 tahun ke atas.
  • Berat badan melebihi 80kg.
  • Ibu yg menghidap kencing manis & darah tinggi.
  • Ibu yg menghidap pre-eklampsia di mana terdapat edema (pembengkakan dalam salur darah) pada kaki & tangan.
  • Ibu yg mengalami vericose vein.
  • Ibu yg mempunyai penyakit auto-immune seperti Systemic Lupus Erythematosus (SLE) dan Autophospholipid Syndrome (APS).
  • Ibu yg mengalami masalah polihidramnios.
  • Ibu yg hamil kandungan kembar.
  • Ibu yg bekerja dalam posisi badan tertentu dalam jangka masa yg lama seperti berdiri di kaunter, duduk di kerusi pejabat & sebagainya.
  • Ibu yg merokok.
  • Ibu yg menghidap kanser.
  • Ibu yg melalui pembedahan major (mengambil masa melebihi 2 jam) pada bahagian kaki, perut atau badan.



APAKAH SIMPTOM BERLAKUNYA DVT?

DVT lazimnya terjadi pada kaki sebelah kiri sahaj. Ia akan menyebabkan rasa sakit dan berat pada kaki (seolah-olah seperti otot kaki ditarik-tarik). Ia juga bermula dengan tanda munculnya bahagian lembut & rasa panas pada kaki terutama sekali pada bahagian peha atau pinggul & ia membengkak. Keadaan ini lebih berbahaya sekiranya ia dibiarkan kerana ia boleh menyebabkan ketulan darah tersebut sampai ke paru-paru & menyebabkan pulmonary embolism yg boleh mengakibatkan kematian.

darah beku pada betis



BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENGELAKKAN DVT DARI BERLAKU?


  • Ibu yg hamil 28 minggu ke atas disarankan tidur mengiring ke kanan untuk mengelakkan terbentuknya darah beku di bahagian betis. Letakkan bantal atau kusyen antara kedua-dua belah kaki. Pastikan kaki tidak dibengkokkan.
  • Melakukan senaman seperti berjalan kaki atau membuat pergerakan sekurang-kurangnya setiap dua jam sekali; terutamanya ketika berada di dalam kenderaan sewaktu perjalanan yg jauh ataupun sewaktu bekerja di pejabat.
  • Semasa duduk, letakkan kaki pada bangku kecil yg tingi sedikit dari tempat duduk agak kaki berada pada kedudukan tinggi sedikit & sekaligus memudahkan aliran darah.
  • Memakai stokin khas yg boleh mengurangkan terjadinya darah beku pada kaki.
  • Seorang pakar Obstetrik & Gynaecology; Dr. Dharmini Veerakumaran menekankan agar ibu-ibu yg mengalami tanda-tanda awal DVT untuk mendapatkan rawatan daripada doktor secepat mungkin bagi mengelakkan perkara-perkara buruk berlaku dan rawatan awal dapat diberikan.
  • Ibu hamil juga sebaiknya mengamalkan supplemen kalsium, Vitamin D & magnesium seperti Ostematrix Shaklee yg boleh membantu melegakan kesakitan pada otot betis serta memberikan kesan rileks kepada ibu terutamanya sewaktu sedang tidur.
  • Supplemen Omega-3 seperti Omega Guard juga amat baik untuk diamalkan oleh ibu hamil untuk mengurangkan inflamasi pada otot serta sekaligus membantu melancarkan aliran darah bagi mengelakkan darah beku terbentuk.


Jika anda hamil dan mempunyai tanda-tanda awal DVT, ambil langkah pencegahan dengan segera sebelum ia melarat. Jika mahu mendapatkan supplemen terbaik bagi mengurangkan risiko ini, Whatsapp saya di 014-984 0240 (Irda) untuk order & sebarang pertanyaan. Konsultasi eksklusif akan diberikan kepada pelanggan saya.


BENARKAH VIVIX SHAKLEE MAMPU MERAWAT KANSER?

Bila sebut sahaja KANSER, rasanya itulah nama penyakit yg paling digeruni oleh kita kan? Sehingga ke hari ini sebenarnya ubat atau penawar untuk menyembuhkan kanser 100% masih belum ditemui. Namun, ada yg kata Vivix Shaklee setakat ini telah berjaya membantu ramai pesakit kanser menjadi bertambah sihat & terselamat dari peringkat kanser yg semakin teruk. Benarkah Vivix Shaklee mampu merawat/menyembuhkan kanser?

Kanser terjadi akibat bertambahnya radikal bebas di dalam badan kita. Setiap orang mempunyai sel kanser di dalam badan. Namun, tahap keaktifan sel tersebut berbeza bagi setiap orang. Radikal bebas adalah molekul yg mempunyai 1 atau lebih elektron yg tidak berpasangan. Dalam erti kata lain, radikal bebas adalah sel dalam badan kita yg 'tidak cukup sifat'. Molekul yg rosak ini amat mudah untuk berinteraksi serta merosakkan molekul-molekul sel yg lain. Akibatnya, jika ia tidak dibendung maka radikal bebas ini akan menguasai sel-sel badan kita.

Yg 'jahatnya', radikal bebas yg semakin bertambah ini akan menggalakkan pengaktifan & perebakan sel kanser di dalam badan pesakit. Kesannya, pesakit akan menjadi semakit sakit & lemah jika perebakan ini tidak dibendung.

BAGAIMANA SEBENARNYA VIVIX SHAKLEE MEMBANTU PESAKIT KANSER?

Vivix; dengan gabungan resveratrol & polifenol menjadikan ia minuman botani yg tinggi antioksida, mampu memperbaiki sel-sel yg merosak akibat radikal bebas. Apabila radikal bebas dapat dikurangkan di dalam badan pesakit kanser, maka perebakan sel kanser juga akan dapat dibendung.

Selain itu, Vivix juga mampu memberi tenaga kepada mitochondria (enjin sel) yg mana sekaligus mampu memberikan tenaga kepada pesakit untuk terus aktif & bergerak melakukan aktiviti harian. Vivix juga mampu meningkatkan daya tahan melawan penyakit (sistem immune) badan pesakit; yg mana sekaligus menjadikan pesakit berasa semakin sihat & tidak lemah.

ADAKAH VIVIX SHAKLEE TERBUKTI BERKESAN DALAM MEMBANTU PESAKIT KANSER?

Semakin ramai sebenarnya pesakit kanser yg telah mencuba Vivix. Malah, setelah mengamalkan selama tempoh waktu tertentu, hampir kesemua pesakit menunjukkan perubahan yg amat positif.

Jom kita tengok testimoni dari beberapa pesakit kanser yg telah mencuba & mengamalkan Vivix Shaklee sekaligus telah merasai sendiri perubahan positif pada diri mereka.

Jika anda atau ahli keluarga anda menghidap kanser & mahu berikhtiar dengan Vivix, Whatsapp saya di 014-984 0240 (Irda) untuk order atau sebarang pertanyaan. Konsultasi eksklusif juga akan diberikan kepada setiap pelanggan saya.

5 TIPS PENTING PILIH BISNES APA NAK BUAT

Zaman sekarang semakin ramai yg berlumba-lumba nak buat bisnes kan? Almaklumlah zaman sekarang kehidupan harian sangat mencabar. Terutamanya bila kos minyak mula diapungkan mengikut harga pasaran dunia, bila kos minyak meningkat, kos barangan lain pun meningkat. Tapi bila kos minyak turun semula, takde pulak yg lain menurun. Maka, berlumba-lumbalah orang nak buat bisnes untuk tambah pendapatan keluarga. Tapi apa ciri-ciri bisnes yg bagus dibuat ye? Ini saya senaraikan 5 ciri bisnes yg perlu anda ambil kira dalam memilih bisnes yg ingin anda jalankan.

bagaimana nak pilih bisnes yg baik


Tidak kira sama ada secara part time ataupun full time, pastikan anda telah mempertimbangkan 5 faktor penting ini dalam memilih bisnes yg ingin anda lakukan:

1. Modal Permulaan Yg Rendah

Bila anda mula membuka hati nak buat bisnes, biasanya akan ramai rakan yg akan mula 'cucuk jarum' ataupun mengajak anda membuat bisnes sepertimana bisnes yg mungkin mereka sedang jalankan ataupun mereka pernah dengar yg mendatangkan keuntungan. Berhati-hati memilih pada ketika ini. Jangan terpengaruh dengan satu-satu bisnes semata-mata kerana 'ikut kawan'. Keindahan keuntungan yg mereka gambarkan tidak sedikit pun menggambarkan cabaran & kesukaran yg bakal anda lalui dalam menjalankan bisnes itu kelak.

Pertamanya, jika bisnes yg ingin anda lakukan itu memerlukan sejumlah modal yg tinggi, terus elakkan ia sebagai pilihan. Apatah lagi jika ia memerlukan anda sehingga perlu membuat pinjaman bank ataupun pinjaman peribadi. Terutamanya bagi yg pertama kali mahu berjinak-jinak membuat bisnes, pastikan modal permulaan yg diperlukan berada dalam tahap kemampuan wang lebihan anda. Bermaksud; jangan sampai ia membebankan atau mengganggu urusan bayaran komitmen anda yg lain ataupun sehingga memerlukan anda melaburkan kesemua wang simpanan anda!

Sebaik-baik bisnes adalah yg paling rendah modal permulaannya. Mulakan dengan tahap kemampuan sedia ada. Jangan bergolok bergadai demi sebuah bisnes yg kedengaran menjanjikan pulangan 'bulan & bintang'.


2. Produk Dengan Jenama Yg Dipercayai

Trend masa kini di Malaysia, ramai yg berasa gah apabila dapat memulakan bisnes dengan produk yg diletakkan jenama sendiri. Mana tidaknya, memang ada syarikat yg mengambil kesempatan untuk menarik golongan sebegini melabur pada bahan asas produk secara pukal; kemudian dengan sejumlah modal, anda boleh meletakkan jenama anda sendiri selepas membuat pembungkusan semula ke atas produk pukal tersebut! Hakikatnya, kualiti produk tersebut tidak dijamin pun! Malah, ia mungkin mendatangkan bahaya kepada pengguna produk anda kelak.

Tidak ada salahnya anda memulakan bisnes dengan menjual produk dari jenama lain. Apa yg penting, produk yg anda jual sebaiknya terjamin kualiti & keberkesanannya. Ini memudahkan anda untuk membina reputasi kerana apa yg anda jualkan sudah tentu akan memberi kesan positif kepada bakal pelanggan anda. Anda juga pasti mudah mendapatkan sokongan testimoni keberkesanan produk tersebut dari ramai pengguna yg pernah mengamalkan produk tersebut.


3. Modal Berkala Yg Tidak Membebankan

Memiliki kedai, butik atau outlet sendiri; apatah lagi di kawasan 'high class' seperti KLCC, Bukit Bintang, Pavillion & pusat membeli-belah ternama semestinya mampu menunjukkan reputasi yg tinggi bagi bisnes anda. Tetapi, tahukah anda bahawa bisnes seperti itu memerlukan modal berkala setinggi ribuan ringgit setiap bulan? Melainkan anda mempunyai sejumlah modal yg sangat besar, anda mungkin mampu meneruskan bisnes sebegitu.


Namun, dalam membina empayar bisnes yg diharapkan berpanjangan, bukan 'reputation boost' sebegitu yg kita perlukan. Jangan berhabisan menampung modal sedangkan beberapa bulan pertama bisnes adalah waktu yg sangat pasti anda takkan mendapat pulangan keuntungan yg tinggi sehingga mampu menampung kos modal yg tinggi tersebut.
Pilihlah perniagaan yg paling rendah risiko modalnya seperti bisnes online ataupun dropship. Kedua-dua jenis bisnes ini tidak memerlukan modal berkala seperti sewaan kedai, bil-bil elektrik, air & telekomunikasi yg tinggi, pengubahsuaian kedai & lain-lain kos kontigensi. Apa yg anda perlukan biasanya hanya sebuah laptop/komputer atau smartphone serta talian internet yg stabil. Mudah bukan? Hanya di hujung jari sahaja. Malah, jika bukan kerana nak menjalankan bisnes pun, anda sememangnya memerlukan smartphone & talian internet di zaman sekarang.


4. Mempunyai Mentor & Kumpulan Sokongan

Nak berjaya, kita WAJIB ada mentor yg boleh membimbing kita. Mentor sebaik-baiknya adalah orang yg berpengalaman dalam bisnes yg ingin kita lakukan itu. Dengan itu, beliau akan memberikan tunjuk ajar yg khusus berkaitan dengan bisnes yg ingin kita jalankan. Mentor amat penting untuk membantu kita dalam memastikan kita tidak tersasar jauh dari pada yg kita impikan & tujuan asal kita melakukan bisnes tersebut.

Mentor seharusnya menjadi teman baik kita yg boleh memberi hala tuju serta 'menarik kita balik' ke landasan sekiranya kita tersasar. Mentor juga seharusnya menjadi seseorang kita boleh ikut jalan yg telah direntisnya sebelum ini walaupun tanpa dia menyuruh kita melakukannya.

Bisnes yg baik juga seharusnya mempunyai kumpulan sokongan yg terdiri daripada rakan-rakan bisnes yg menjalankan bisnes yg sama tetapi terdiri dari mereka yg positif. Walaupun mereka ini kelihatannya seperti saingan dalam kita menjalankan bisnes, tetapi seharusnya mereka ini jugalah yg akan membantu memberikan sokongan & motivasi sekiranya kita 'down' atau mengalami masalah. Mereka di dalam kumpulan sokongan ini sebaiknya sudi berkongsi pengalaman, sama-sama memberi motivasi serta saling menyokong walaupun menjalankan bisnes yg sama. Konsep utama yg seharusnya menjadi pegangan setiap ahli kumpulan adalah - buat bisnes yg sama, tetapi rezeki setiap kita telah ditentukan oleh-Nya. Jadi, tidak akan wujud hasad dengki di kalangan ahli kumpulan.


5. Skim Pulangan Keuntungan Yg Optimum & Adil

Sebelum anda melaburkan sejumlah modal permulaan pada mana-mana bisnes, kaji betul-betul terlebih dahulu marketing plan ataupun modul bisnes tersebut. Bagaimana plan keuntungan diperolehi dari bisnes tersebut? Adakah dengan cara yg adil ataupun ada unsur penindasan ke atas orang lain?


Jika anda menceburi bisnes jenis dropship, kaji berapa peratusan keuntungan yg  bakal anda perolehi berbanding modal yg perlu dilaburkan. Adakah stokis akan memperolehi keuntungan 'atas angin' dari jualan yg anda buat? Adakah reputasi stokis cukup bagus? Pernahkan stokis 'delay' dalam membekalkan produk jualan? Bagaimanakah urusan pembayaran dari pelanggan dibuat? Adakah anda mendapat untung yg setimpal dengan usaha jualan anda?

Jika anda ingin mencaburi bisnes multilevel marketing (MLM) juga tidak salah. Namun, kaji pelan pemasarannya. Adakah 'upline' akan mendapat komisyen 'atas angin' sekiranya anda membuat jualan? Adakah komisyen/bonus diberikan berdasarkan jualan produk ataupun pendaftaran/pengumpulan ahli/downline semata-mata? Bagi yg beragama Islam, adakah pelan pemasaran syarikat tersebut mematuhi syariah Islam? Ini penting bagi memastikan pendapatan yg diperolehi dari hasil bisnes kita adalah halal & diberkati oleh-Nya.



*Jika anda masih mencari-cari bisnes yg sesuai & menepati 5 ciri di atas, bisnes Shaklee adalah antara yg patut anda pertimbangkan. Saya juga sedang mencari mereka yg inginkan peluang untuk menjalankan bisnes sama ada secara part time ataupun full time. Boleh Whatsapp saya di 014-984 0240 (Irda) untuk maklumat lanjut.



TIPS BANTU PESAKIT ALZHEIMER'S & MENGELAKKAN ALZHEIMER'S

Apakah punca Alzheimer's? Alzheimer's ataupun yg sering dikenali dalam kalangan masyarakat Melayu sebagai 'nyanyuk' ni disebabkan oleh berkurangnya aktiviti antara neurons di dalam otak manusia. Bagaimanakah kita boleh membantu sekiranya terdapat ahli keluarga kita yg mula menunjukkan simptom mereka mengalami Alzheimer's?

tips untuk pesakit nyanyuk


MERBAHAYAKAH ALZHEIMER'S/NYANYUK?

Alzheimer's merupakan salah satu penyakit di dalam kategori neurodegenerative diseases. Di mana, neurodegenerative diseases ini berkait rapat dengan masalah berkurangnya fungsi neurons di dalam otak.

cara atasi masalah nyanyuk

Di dalam otak manusia, hasil tindak balas antara neurons (sel otak) menghasilkan sejenis protein yg dikenali sebagai beta amyloids. Beta amyloids ini secara asasnya tiada fungsi yg penting kepada sistem tubuh kita.

cara atasi nyanyuk

Dalam otak manusia normal, beta amyloids ini akan terhapus atau dinyahkan begitu sahaja. Namun, bagi individu yg mula menghadapi simptom Alzheimer's, beta amyloids ini akan mula berkumpul dan akhirnya membentuk plak-plak yg 'menduduki' ruang-ruang di antara neurons. Pertambahan plak beta amyloids ini akhirnya akan mengganggu 'perhubungan' ataupun aktiviti sesama neurons.

Ditambah dengan oxidative stress yg menambahkan pembebasan radikal bebas ke dalam otak, maka keadaan pesakit Alzheimer's akan bertambah teruk dengan kadar yg cepat sekiranya tidak dibendung.


APAKAH YG BOLEH DILAKUKAN UNTUK MENGELAKKAN ALZHEIMER'S?

Bagaimana cara menghalang, melambatkan serta membendung Alzheimer's dengan berkesan serta tanpa melibatkan penggunaan dadah?

Ada 2 perkara yg boleh dilakukan:

1. Untuk mengelakkan Alzheimer's, kita perlu sentiasa merangsang sel-sel otak untuk terus berhubung dengan aktif. Caranya? Banyakkan membaca & berfikir supaya sel-sel otak sentiasa terangsang & terstimulasi. Bagi yg beragama Islam, cara paling mudah untuk merangsang sel otak adalah dengan membaca Al-Quran setiap hari.
Amalkan juga pemakanan seimbang serta gaya hidup sihat (bersenam) supaya oxidative stress tidak membebankan sel tubuh. Elakkan stress agar radikal bebas tidak banyak terhasil.

2. Amalkan pengambilan antioksida. Rajinkan diri mengambil buah-buahan yg mengandungi kadar antioksida yg tinggi seperti cranberry, elderberry, anggur, tomato dan seumpamanya. Ini bagi mengelakkan pembentukan radikal bebas yg tinggi.
Apabila pengambilan antioksida mencukupi untuk membantu menghalang oxidative stress, maka neurons akan dapat kekal berfungsi seperti yg sepatutnya. Sekaligus, plak beta amyloids juga tidak akan mempunyai ruang untuk terbentuk.


SIAPA YG BERISIKO MENGHIDAP ALZHEIMER'S ATAU MENJADI NYANYUK?

Apa yg PALING PENTING anda tahu adalah, neurodegenerative diseases seperti Alzheimer's berisiko tinggi untuk DIWARISI MELALUI KETURUNAN. Justeru, jika kita mempunyai sejarah nenek moyang yg menghidapi salah satu neurodegenerative diseases ini, maka kita sewajibnya mengambil langkah pencegahan secara lebih intensif bagi mengelakkan keturunan anak cucu kita bakal berhadapan dengan risiko yg sama.

Alzheimer's juga lebih mudah terjadi kepada mereka yg sering stress dalam kehidupan seharian. Mereka yg sering bersikap malas atau tidak melakukan aktiviti yg melibatkan stimulasi otak juga berisiko tinggi untuk menghidap Alzheimer's atau menjadi nyanyuk.


ADAKAH SUPPLEMEN TERBAIK YG BOLEH MEMBANTU MENGELAKKAN & MENGURANGKAN KESAN ALZHEIMER'S?

Ada ahli keluarga anda yg menghidap Alzheimer's atau sudah mula menunjukkan tanda-tanda pelupa atau bersikap kebudak-budakan? Try Vivix. Vivix merupakan minuman botani yg tinggi antioksidan. Ia mampu mengurangkan simptom tersebut dari menjadi semakin melarat.


Whatsapp saya di: 014-984 0240 (Irda). Konsultasi eksklusif akan saya berikan kepada setiap pelanggan saya.



11 TIPS UNTUK SUAMI SEMASA ISTERI MENGANDUNG

Menjadi seorang suami sememangnya besar tanggungjawab yg perlu digalas. Apatah lagi apabila isteri telah mula hamil dengan cahaya mata pengikat kasih antara suami & isteri. Tempoh kehamilan boleh jadi suatu tempoh yg indah tetapi mencabar bagi seorang isteri. Maka, seorang suami yg baik seharusnya bersama-sama memahami & membantu isteri menghadapi tempoh tersebut supaya ia menjadi kenangan yg indah bagi anda berdua.

tips isteri mengandung


Berikut adalah 10 tips tentang apa yg boleh suami lakukan untuk isteri tercinta sepanjang tempoh kehamilan:


1. Luangkan masa bersama isteri.

Sememangnya menjadi tanggungjawab suami untuk bekerja mencari nafkah bagi menyara keperluan keluarga. Namun, dalam kesibukan kerja di pejabat, jangan pula sampai terabaikan isteri yg sedang hamil di rumah. Apatah lagi jika isteri anda seorang surirumah. Seboleh-bolehnya elakkan bekerja lebih masa serta pulang lewat dari pejabat. Ketahuilah bahawa isteri anda telah seharian menunggu anda di rumah. Pastinya ada pelbagai cerita yg ingin dikongsikan bersama anda. Jika perlu pergi bekerja di luar kawasan, sebolehnya cari peluang untuk bawa isteri bersama. Ataupun jika tidak boleh, janganlah meninggalkan isteri anda untuk tempoh yg lama.


2. Menyediakan pemakanan & nutrisi yg mencukupi.

Pemakanan yg sihat & seimbang adalah amat penting; bukan sahaja untuk kesihatan ibu yg sedang hamil, tetapi juga untuk bayi yg sedang membesar di dalam rahim. Pemakanan ibu hamil seharusnya terdiri daripada sumber semulajadi yg terbaik. Bantulah isteri untuk membeli bahan masakan & makanan yg berkhasiat. Sediakan bekalan buah-buahan sebagai kudapan isteri di waktu senggangnya. Carikan juga bekalan supplemen tambahan yg penting untuk kesihatan ibu & bayi.


3. Bergerak dengan lebih perlahan.

Semakin besar kandungan isteri, maka pergerakan isteri juga akan semakin perlahan. Maka, jika anda menemankan isteri sewaktu beriadah di taman atau berjalan-jalan di shopping mall, jangan sesekali bergerak dengan terlalu laju sehingga menyebabkan isteri anda tercungap-cungap ataupun terus tertinggal di belakang. Sebaiknya, peganglah tangan isteri & ikutlah rentaknya; sekaligus bagi menunjukkan anda prihatin serta sayang kepadanya. Tidak mustahil sifat romantik & prihatin itu nanti akan 'turun' kepada anak anda juga.


4. Membantu kerja-kerja di rumah.


Walaupun isteri anda seorang surirumah & anda perlu bekerja setiap hari, itu tidak bermakna isteri anda perlu dibiarkan berseorangan menguruskan kerja-kerja di rumah. Apatah lagi jika isteri anda seorang yg bekerja. Sebaik pulang dari pejabat, cuba bantu mana-mana kerja yg boleh seperti menyediakan hidangan makan malam, mencuci pinggan mangkuj selepas makan, melipat pakaian yg telah dicuci ataupun mengemop lantai seeaktu hujung minggu. Isteri anda pasti akan sangat menghargai setiap usaha yg anda lakukan.


5. Memahami perubahan isteri.

Perubahan hormon sewaktu hamil mungkin akan menyebabkan isteri andaa berperangai sedikit pelik. Ada kalanya emosinya  menjadi tidak menentu sehingga boleh bersedih atas perkara yg remeh-temeh seperti tidak fokus sewaktu dia sedang bercakap; walaupun cuma topik remeh yg dibualkannya. Justeru, suami harus cuba untuk memahami perubahan isteri terutamanya dari aspek emosi tersebut. Elakkan memarahinya jika isteri anda tiba-tiba menjadi terlebih emosi tentang sesuatu perkara seperti menjadi seorang yg terlalu cemburu.


6. Memanjakan & menyelesakan isteri.


Isteri mana yg tidak suka dibelai & dimanjakan oleh suaminya; apatah lagi sewaktu hamil. Ketidakselesaan seperti lenguh pinggang, sakit belakang & bengkak kaki boleh menjejaskan kegembiraan seorang isteri yg hamil. Sebagai suami yg prihatin, apa salahnya anda menawarkan 'khidmat' urutan ringan atau menggosok-gosok badan isteri sebelum tidur tanpa perlu diminta oleh isteri. Percayalah, bantuan semudah menggosok badan atau mengusap dengan tapak tangan itu sahaja pun sudah mampu mengalirkan aura selesa & gembira buat isteri anda, sekaligus menjadikannya bertbah sayang kepada anda.


7. Bantu jaga anak yg lain.

Kehamilan sulung sahaja pun sudah memenatkan; inikan pula jika isteri anda hamil anak kedua, ketiga & seterusnya. Selain keletihan akibat kandungan yg dibawa, isteri anda juga pastinya letih menguruskan keperluan anak-anak sedia ada. Anda mungkin boleh membantu melayan anak-anak bermain, memandikan anak yg masih kecil, menyediakan pakaian serta menidurkan mereka.


8. Bawa isteri ke mana mahunya.


Ada kalanya isteri akan teringin untuk bersiar-siar atau bercuti ke tempat tertentu. Mungkin dia mahu ke shopping mall untuk makan-makan atau sengaja menghabiskan masa bersama anda. Mungkin juga dia teringin untuk bercuti ke satu-satu destinasi impiannya berdua-duaan dengan anda sebelum anda menyambut 'orang ketiga'. Sediakan tabungan khas bersama-sama, luangkan masa & pergilah bersamanya. Ia pasti akan menjadi kenangan yg manis untuk anda berdua.


9. Bertolak ansur dalam aktiviti seks.

Seks adalah selamat sepanjang kehamilan bagi kehamilan yg normal. Melainkan terdapat komplikasi tertentu, tidak ada masalah untuk isteri anda yg sedang hamil untuk melakukan hubungan intim bersama anda. Namun, anda perlu memahami ketidakselesaan yg dialami isteri; terutamanya apabila kandungan menjadi semakin sarat. Posisi seks yg biasa anda lakukan mungkin tidak lagi memberikan keselesaan kepada isteri anda. Berbincang & bertolak ansurlah tentang posisi yg sesuai & memberi kegembiraan kepada anda berdua.


10. Bantu membuat persiapan kehadiran bayi.

Keterujaan isteri biasanya melebihi keterujaan suami terutamanya apabila mengandungkan anak sulung. Pelbagai barangan bayi biasanya akan ingin dibeli bagi menyambut kehadiran si comel yg amat dinanti. Bantulah isteri anda menyediakan senarai barangan yg ingin disediakan. Sebaiknya temankan isteri anda sewaktu pergi membeli-belah barangan keperluan tersebut. Bantunya memilih & membawa barangan yg ingin dibeli. Jangan lupa, peganglah tangannya ketika berjalan!


11. Banyak bersabar.


Selain perubahan emosi, isteri anda juga mungkin akan menghadapi beberapa kesukaran dan cabaran lain seperti alahan (morning sickness), loya, muntah, hilang selera makan & ada waktunya mengidamkan sesuatu yg mungkin sukar dicari. Kesemua ini memerlukan tahap kesabaran yg lebih tinggi berbanding waktu sebelum isteri anda hamil. Layanlah isteri anda dengan sebaik & sesabarnya kerana yg berada di dalam rahim isteri anda itu bukanlah 'benda' lain; sebaliknya itulah si comel lambang cinta & keberkatan rumah tangga anda berdua.


*Jika anda mencari supplemen Set Kehamilan yg terbaik untuk isteri & bayi anda, boleh Whatsapp saya di 014-984 0240 (Irda). Konsultasi eksklusif juga akan diberikan kepada setiap pelanggan saya.





PRODUK BAYI ORGANIK UNTUK MASALAH KULIT SENSITIF, ALERGIK & ECZEMA

Orang dulu-dulu kata, sayang anak tangan-tangankan. Sekarang kita ubah sikit. Sayang anak kita belai-belaikan guna tangan. Hehehe.. Justeru, Shaklee Malaysia telah melancarkan jualan secara rasmi produk untuk kegunaan harian untuk si comel yg tersayang. Bila kata sayang anak, mestilah kita nak sediakan produk yg terbaik untuk anak kita kan?

produk organik untuk baby


Kecoh haritu tentang satu jenama barangan bayi yg terkemuka; 'J&J' tu yg mana mereka sendiri mengakui bahawa terdapat bahan kimia berbahaya yg boleh menyebabkan kanser kepada bayi. Mulai saat saya membaca tentang isu itu, keraguan saya pada produk jenama lain yg dijual secara komersil juga semakin meningkat. Bayangkan, satu jenama gah yg telah berpuluh tahun berada di pasaran & telah digunakan oleh beberapa generasi pengguna akhirnya mengakui bahawa ia mengandungi bahan kimia yg boleh menyebabkan KANSER -penyakit yg paling ditakuti oleh semua golongan!

Bagi ibu bapa yg pernah mempunyai pengalaman menjaga anak yg mengalami kulit sensitif, mudah alergik pada sesuatu atau mungkin mengalami eczema, semestinya produk penjagaan bayi yg dijual secara komersil telah lama dijauhi. Ini kerana sememamngnya hampir kesemua jenama yg bukan berasaskan bahan organik, pasti akan mengandungi bahan kimia atau sintetik yg boleh memberi kesan buruk kepada kulit bayi.


Apa yg best tentang produk ShakleeBaby ni?

✔ Bebas dari paraben, alkohol serta bahan kimia berbahaya.
✔ Berasaskan 85% bahan semulajadi & organik (kadar tertinggi bahan asas semulajadi mampu disediakan di dalam satu-satu produk).
✔ Telah diuji secara klinikal tahap keselamatan & keberkesanan penggunaannya.
✔ Sangat sesuai untuk bayi & kanak-kanak yg mempunyai masalah kulit sensitif, alergik & eczema.
✔ Kuantiti yg berbaloi dengan harga & kualiti - penggunaan tahan lama.








Berapa harga 1 set ShakleeBaby ni?

Harga retail untuk bukan ahli: RM381 untuk 1 set. Set promo launching didatangkan bersama beg & tuala edisi terhad & eksklusif.

Nak jimat? Boleh daftar terus sebagai ahli & dapatkan terus set ni dengan harga ahli. Daftar sekali, jimat seumur hidup.

Whatsapp saya di 014-984 0240 (Irda) untuk mendapatkan set ini ye. Stok terhad.

VIVIX SHAKLEE BANTU LUKA BERSALIN PULIH CEPAT

Ramai juga yg selalu tertanya-tanya, Vivix Shaklee ni boleh ke diambil oleh ibu yg baru lepas bersalin atau dalam pantang? Sebenarnya, belum pernah ada kajian saintifik yg dibuat untuk mengesahkan sama ada Vivix Shaklee boleh diambil oleh ibu lepas bersalin ataupun tidak. Namun, sudah ramai sebenarnya yg telah merasai kebaikan Vivix Shaklee dalam tempoh berpantang selepas bersalin. Walau bagaimanapun, para ibu tidak digalakkan untuk mengambil Vivix Shakle terlalu awal selepas melahirkan bayi. Ini kerana dikhuatiri apabila Vivix selaku antioksida yg kuat, meresap masuk ke dalam susu ibu yg disedut oleh bayi, ia akan memberikan kesan seperti cirit-birit kepada bayi.

vivix shaklee untuk berpantang


APAKAH KESAN BAIK PENGAMBILAN VIVIX SEMASA BERPANTANG?

Majoriti ibu yg telah mengamalkan Vivix semasa berpantang mengakui bahawa ia banyak memberikan kesan positif terutamanya kepada si ibu. Antaranya adalah:


  • Menjadikan ibu bertenaga, tidak lesu & tidak lemah.
  • Mempercepatkan proses penyembuhan luka sama ada luka bersalin normal mahupun cesarean.
  • Merangsang pengeluaran susu badan.
  • Menguatkan sistem imun ibu; jadi ibu tidak mudah jatuh sakit seperti demam.
  • Memudahkan proses ibu berpantang; terutamanya yg berpantang sendiri tanpa bantuan orang tua.


TESTIMONI IBU BERPANTANG DENGAN VIVIX SHAKLEE

Puan Ainul Fadzillah Mustafa adalah salah seorang ibu yg telah merasakan sendiri kesan positif Vivix Shaklee semasa berpantang anak perempuannya. Jom kita baca kisah beliau!

vivix untuk luka bersalin


Bersalinkan Maryam secara normal dan vacum. 2 hari sakit tak dapat tidur, seminggu di hospital, 2 kali induce.

Sehari balik dari hospital, maryam demam panas dan kuning naik tinggi. Jadi kena masuk nicu.

5 hari dia di NICU, Ainul ulang alik 2-3 kali ke DEMC setiap hari untuk hantar susu.

Jahit kat bawah yang " banyak" belum sembuh.. asyik bergerak ke sana sini sampai 1 tahap ainul nak berjalan pun sakit giler. nak duduk lagi la. sampai dalam kereta menangis dekat husband sebab tak boleh nak duduk pun. nak duduk pun takut. huhuu

Ya ALLAH sakitnya. 

Nak duduk sakit.. 

Nak berjalan lagi la sakit..

Sampai nak duduk menanges.. huhuhu

Last pilihan Ainul makan VIVIX. dulu rasa vivix ni MAHAL la. Tapi bila dah SAKIT , MAHAL dah tak nampak dah. Yang PENTING sakit hilang.

3 Hari konsistent makan setiap hari....

ALHAMDULILLAH.. lega sangat. Dah takde pedih, sakit nak duduk, berjalan. Siap boleh pakai seluar
.

BONUS lagi bila makan vivix semasa berpantang ni:

1. SUSU MERIAH. memang dalam pantang susu memang banyak. tapi kali ni ' lain sangat ' .. sampai demam pulak bengkak susu. Alhamdulillah dapat bayak buat stok ebm untuk anak. 

2. Darah kotor berketul ketul keluar. cerita dekat akak mengurut. dia cakap bagus darah tu keluar. darah tu kalau tak keluar bahaya. bahaya kalau darah nifas ni tak keluar betul betul. keluar habis. pernah baca darah nifas yang tak bersih boleh jadi kanser. 

3. Badan rasa segar, sedap la orang cakap. takde la lemau semacam. badan bertenaga. boleh uruskan anak anak walaupun pantang sendiri. muka pun tak pucat sebab peredaran darah berjalan lancar.

Kalau rasa set berpantang banyak bebenor nak kena telan, ambil je vivix ni je rasanya dah cukup. ALL in 1.

Memang berbaloi makan vivix masa pantang. Sangat puas hati. Next berpantang pun akan pastikan vivix ada pada hari pertama bersalin nanti. baru la luka cepat sembuhkan

Terima kasih kerana hadir dalam hidup saya.

Terima kasih sebab kembalikan senyuman saya.


Jika anda bakal berpantang atau sedang berpantang, inilah masanya untuk anda merasakan sendiri kehebatan Vivix Shaklee. Harga retail sebotol Vivix adalah RM475. Beli 2 botol untuk penjimatan hebat & cash bonus hanya dengan harga RM805.60 sahaja! Anda boleh Whatsapp saya di 014-984 0240 (Irda) untuk pertanyaan atau order. Konsultasi eksklusif akan diberikan kepada setiap pelanggan yg membeli Vivix bersama saya!


Boleh terus dapatkan sebotol Vivix Anda di sini:
Harga: RM475



APA ITU JAUNDIS? MENGAPA JAUNDIS TERJADI? ADAKAH JAUNDIS MERBAHAYA?

Jaundis; ataupun 'kuning' di kalangan bayi yg baru lahir seolah-olah semakin kerap berlaku di kalangan bayi baru lahir sejak akhir-akhir ini. Apa itu Jaundis sebenarnya? Jaundis berlaku apabila kandungan bilirubin di dalam darah meningkat akibat daripada hemolisis ataupun pemecahan sel-sel darah merah yg telah matang. Jaundis sebenarnya adalah normal dan selalunya berlaku dalam jangka masa tiga hingga empat bulan pertama bayi; mengikut jangka hayat sel-sel darah merah di dalam badan manusia.



Selalunya, penghasilan bilirubin tidak menyebabkan jaundis kerana hati akan dapat memetabolismakannya dan ia dikumuhkan dalam sistem pencernaan. Bagi bayi yg baru lahir, mereka selalunya akan mengalami jaundis secara fisiologi bermula hari kedua selepas kelahiran kerana enzim-enzim hati untuk memetabolismakannya masih lagi pramatang untuk berfungsi secara efisien. Dianggarkan 60% daripada bayi yg lahir cukup bulan & 80% daripada bayi pramatang yg mengalami jaundis.

Selain itu, bayi yg baru lahir mempunyai jumlah sel darah merah yg lebih banyak berbanding orang dewasa dan jangka hayat sel-sel tersebut adalah lebih pendek. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan jumlah bilirubin yg dihasilkan oleh bayi sewaktu baru dilahirkan adalah lebih banyak daripada biasa.


Apakah simptom bayi yg mengalami jaundis?

Ada beberapa simptom yg ketara untuk menunjukkan bayi yg baru dilahirkan mengalami jaundis iaitu:


  • Kulit & mata bayi kelihatan berwarna kekuningan. Ia akan mula kelihatan selepas 1-4 hari kelahiran bayi.
  • Bayi lebih cenderung untuk tidur.
  • Bayi kerap meragam seolah-olah tidak selesa.
  • Dalam kes yg lebih serius, bayi akan mengalami demam panas.

Siapa yg berisiko untuk mendapat jaundis?

Sebenarnya, punca utama secara tepat mengapa & bagaimana jaundis boleh berlaku tidak dapat dikenal pasti. Namun, ada beberapa faktor yg boleh dipertimbangkan sebagai langkah berhati-hati seperti:


  • Bayi yg lahir sebelum usia 37 minggu.
  • Bayi yg lahir dengan berat kurang dari 2.5kg.
  • Adik-beradik bayi yg lahir sebelumnya mempunyai sejarah jaundis.
  • Darah bayi yg berlainan jenis dari ibunya.

Bayi yg menyusu ibu sepenuhnya kebiasaannya lebih berisiko untuk mendapat jaundis. Malah, sesetengah bayi akan mengalami 'prolonged jaundice'; iaitu jaundis yg agak panjang sehingga tempoh 2-4 bulan selepas kelahiran. Namun, itu tidak bermakna penyusuan susu ibu adalah faktor penyebab jaundis.


Adakah jaundis merbahaya? Apakah risiko jika jaundis tidak diatasi/dirawat?

Jaundis secara normalnya adalah tidak merbahaya. Namun, jika ia tidak dipantau & diatasi, ia boleh menyebabkan risiko berikut:


  • Bayi susut berat badan.
  • Bayi mengalami dehidrasi.
  • Bayi hilang keinginan untuk menyusu.
  • Jika bacaan bilirubin tidak dipantau sehingga menjadi terlalu tinggi, ia boleh menyebabkan masalah yg lebih serius seperti sawan, masalah pendengaran serta kerosakan pada saraf otak yg dikenali sebagai cerebral palsy.

Dalam kes yg lebih serius, jaundis juga merupakan simptom kegagalan fungsi hati pada bayi. Oleh sebab itu, pemantauan, pemeriksaan & rawatan amat penting untuk mengatasi jaundis.


Bagaimanakah cara mengatasi jaundis?

Jika bayi yg telah dilahirkan didapati mempunyai jaundis, ada beberapa kaedah yg perlu dilakukan untuk mengawal, mengatasi & merawat jaundis iaitu:


  • Mengambil sampel darah secara berkala untuk memantau bacaan bilirubin bayi.
  • Meletakkan bayi di bawah lampu fototerapi.
  • Meneruskan penyusuan susu ibu secara eksklusif.
  • Ibu berusaha untuk memastikan jumlah pengeluaran susu mencukupi dengan keperluan bayi.
  • Ibu memastikan susu badannya kaya dengan nutrisi lengkap agar bayi juga mendapat nutrisi yg sepatutnya.

Apakah beza antara 'breast milk jaundice' dengan 'breastfeeding jaundice'?

Breast Milk Jaundice:
=================
  • Jumlah susu ibu yg dihasilkan cukup untuk keperluan bayi.
  • Ia berkemungkinan disebabkan oleh sesuatu unsur di dalam susu ibu (kemungkinan besar akibat pemakanan ibu) yg menyebabkan jumlah bilirubin bayi meningkat. Contohnya jika ibu mengambil jamu sewaktu berpantang. Jamu boleh menyebabkan bacaan bilirubin bayi meningkat. Atau mungkin bayi sensitif kepada sesetengah makanan yg diambil oleh ibu.
  • Bayi kerap membuang air besar seperti normal & air kencing bayi berwarna kejernihan.
  • Ada kalanya boleh terjadi berlarutan sehingga bayi berusi 2-4 bulan.
  • Tidak merbahaya walaupun bayi perlu diletakkan di bawah lampu fototerapi untuk jangka yg lama.
  • Penyusuan susu ibu TIDAK sepatutnya dihentikan. Malah ia seharusnya diteruskan tanpa perlu memberi bayi tambahan susu formula.


Breastfeeding Jaundice:
====================

  • Berlaku disebabkan antara 3 faktor ini:
        => Jumlah pengeluaran susu ibu tidak mencukupi untuk bayi. Bayi menjadi dehidrasi.
        => Bayi lambat mula diberikan susu ibu sebaik selepas dilahirkan. Bayi sepatutnya 
terus disusukan oleh ibu dalam tempoh 1 jam selepas kelahirannya.
        => Bayi telah mula diberi susu formula, air kosong atau glukos sebelum diberi susu ibu sebaik selepas kelahirannya.
  • Ibu seharusnya berusaha untuk meningkatkan jumlah pengeluaran susu badan supaya mencukupi dengan keperluan bayi.
  • Ibu juga perlu meningkatkan pengambilan nutrisi pemakanan supaya susu yg dihasilkan dapat mengurangkan bacaan jaundis bayi.
  • Ibu perlu terus berusaha untuk meneruskan penyusuan susu ibu.
  • Bagi kedua-dua kes jaundis, sesetengah doktor mungkin akan menyarankan pemberian susu formula sebagai penyelesaian segera jaundice. Namun, susu ibu tetap merupakan MAKANAN TERBAIK yg diciptakan untuk bayi yg baru dilahirkan. Susu ibu adalah hak bayi yg perlu diberikan oleh si ibu. Penyusuan penuh selama sekurang-kurangnya selama 6 bulan adalah amat penting dalam memastikan keberlangsungan hidup bayi yg lebih sihat di masa hadapan.

Secara keseluruhannya, ibu tidak perlu berasa terlalu panik, risau ataupun stress sekiranya bayi comel yg diharapkan membawa kegembiraan bertukar menjadi kerisauan akibat mengalami jaundis. Jaundis adalah normal. Ia boleh dikatakan suatu fasa peralihan yg perlu dilalui oleh bayi dari dunia di dalam rahim ke alam dunia sebenar.

Ibu perlu sentiasa tenang menghadapi apa jua situasi selepas kelahiran bayi terutamanya bagi memastikan pengeluaran susu badan yg amat diperlukan oleh si comel tidak terjejas. Gali ilmu yg secukupnya tentang jaundis, kelahiran bayi serta penyusuan susu ibu sejak dari fasa kehamilan lagi agar lebih bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.


Irda
Shaklee Independent Distributor.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...