5 TIPS PENTING PILIH BISNES APA NAK BUAT

Zaman sekarang semakin ramai yg berlumba-lumba nak buat bisnes kan? Almaklumlah zaman sekarang kehidupan harian sangat mencabar. Terutamanya bila kos minyak mula diapungkan mengikut harga pasaran dunia, bila kos minyak meningkat, kos barangan lain pun meningkat. Tapi bila kos minyak turun semula, takde pulak yg lain menurun. Maka, berlumba-lumbalah orang nak buat bisnes untuk tambah pendapatan keluarga. Tapi apa ciri-ciri bisnes yg bagus dibuat ye? Ini saya senaraikan 5 ciri bisnes yg perlu anda ambil kira dalam memilih bisnes yg ingin anda jalankan.

bagaimana nak pilih bisnes yg baik


Tidak kira sama ada secara part time ataupun full time, pastikan anda telah mempertimbangkan 5 faktor penting ini dalam memilih bisnes yg ingin anda lakukan:

1. Modal Permulaan Yg Rendah

Bila anda mula membuka hati nak buat bisnes, biasanya akan ramai rakan yg akan mula 'cucuk jarum' ataupun mengajak anda membuat bisnes sepertimana bisnes yg mungkin mereka sedang jalankan ataupun mereka pernah dengar yg mendatangkan keuntungan. Berhati-hati memilih pada ketika ini. Jangan terpengaruh dengan satu-satu bisnes semata-mata kerana 'ikut kawan'. Keindahan keuntungan yg mereka gambarkan tidak sedikit pun menggambarkan cabaran & kesukaran yg bakal anda lalui dalam menjalankan bisnes itu kelak.

Pertamanya, jika bisnes yg ingin anda lakukan itu memerlukan sejumlah modal yg tinggi, terus elakkan ia sebagai pilihan. Apatah lagi jika ia memerlukan anda sehingga perlu membuat pinjaman bank ataupun pinjaman peribadi. Terutamanya bagi yg pertama kali mahu berjinak-jinak membuat bisnes, pastikan modal permulaan yg diperlukan berada dalam tahap kemampuan wang lebihan anda. Bermaksud; jangan sampai ia membebankan atau mengganggu urusan bayaran komitmen anda yg lain ataupun sehingga memerlukan anda melaburkan kesemua wang simpanan anda!

Sebaik-baik bisnes adalah yg paling rendah modal permulaannya. Mulakan dengan tahap kemampuan sedia ada. Jangan bergolok bergadai demi sebuah bisnes yg kedengaran menjanjikan pulangan 'bulan & bintang'.


2. Produk Dengan Jenama Yg Dipercayai

Trend masa kini di Malaysia, ramai yg berasa gah apabila dapat memulakan bisnes dengan produk yg diletakkan jenama sendiri. Mana tidaknya, memang ada syarikat yg mengambil kesempatan untuk menarik golongan sebegini melabur pada bahan asas produk secara pukal; kemudian dengan sejumlah modal, anda boleh meletakkan jenama anda sendiri selepas membuat pembungkusan semula ke atas produk pukal tersebut! Hakikatnya, kualiti produk tersebut tidak dijamin pun! Malah, ia mungkin mendatangkan bahaya kepada pengguna produk anda kelak.

Tidak ada salahnya anda memulakan bisnes dengan menjual produk dari jenama lain. Apa yg penting, produk yg anda jual sebaiknya terjamin kualiti & keberkesanannya. Ini memudahkan anda untuk membina reputasi kerana apa yg anda jualkan sudah tentu akan memberi kesan positif kepada bakal pelanggan anda. Anda juga pasti mudah mendapatkan sokongan testimoni keberkesanan produk tersebut dari ramai pengguna yg pernah mengamalkan produk tersebut.


3. Modal Berkala Yg Tidak Membebankan

Memiliki kedai, butik atau outlet sendiri; apatah lagi di kawasan 'high class' seperti KLCC, Bukit Bintang, Pavillion & pusat membeli-belah ternama semestinya mampu menunjukkan reputasi yg tinggi bagi bisnes anda. Tetapi, tahukah anda bahawa bisnes seperti itu memerlukan modal berkala setinggi ribuan ringgit setiap bulan? Melainkan anda mempunyai sejumlah modal yg sangat besar, anda mungkin mampu meneruskan bisnes sebegitu.


Namun, dalam membina empayar bisnes yg diharapkan berpanjangan, bukan 'reputation boost' sebegitu yg kita perlukan. Jangan berhabisan menampung modal sedangkan beberapa bulan pertama bisnes adalah waktu yg sangat pasti anda takkan mendapat pulangan keuntungan yg tinggi sehingga mampu menampung kos modal yg tinggi tersebut.
Pilihlah perniagaan yg paling rendah risiko modalnya seperti bisnes online ataupun dropship. Kedua-dua jenis bisnes ini tidak memerlukan modal berkala seperti sewaan kedai, bil-bil elektrik, air & telekomunikasi yg tinggi, pengubahsuaian kedai & lain-lain kos kontigensi. Apa yg anda perlukan biasanya hanya sebuah laptop/komputer atau smartphone serta talian internet yg stabil. Mudah bukan? Hanya di hujung jari sahaja. Malah, jika bukan kerana nak menjalankan bisnes pun, anda sememangnya memerlukan smartphone & talian internet di zaman sekarang.


4. Mempunyai Mentor & Kumpulan Sokongan

Nak berjaya, kita WAJIB ada mentor yg boleh membimbing kita. Mentor sebaik-baiknya adalah orang yg berpengalaman dalam bisnes yg ingin kita lakukan itu. Dengan itu, beliau akan memberikan tunjuk ajar yg khusus berkaitan dengan bisnes yg ingin kita jalankan. Mentor amat penting untuk membantu kita dalam memastikan kita tidak tersasar jauh dari pada yg kita impikan & tujuan asal kita melakukan bisnes tersebut.

Mentor seharusnya menjadi teman baik kita yg boleh memberi hala tuju serta 'menarik kita balik' ke landasan sekiranya kita tersasar. Mentor juga seharusnya menjadi seseorang kita boleh ikut jalan yg telah direntisnya sebelum ini walaupun tanpa dia menyuruh kita melakukannya.

Bisnes yg baik juga seharusnya mempunyai kumpulan sokongan yg terdiri daripada rakan-rakan bisnes yg menjalankan bisnes yg sama tetapi terdiri dari mereka yg positif. Walaupun mereka ini kelihatannya seperti saingan dalam kita menjalankan bisnes, tetapi seharusnya mereka ini jugalah yg akan membantu memberikan sokongan & motivasi sekiranya kita 'down' atau mengalami masalah. Mereka di dalam kumpulan sokongan ini sebaiknya sudi berkongsi pengalaman, sama-sama memberi motivasi serta saling menyokong walaupun menjalankan bisnes yg sama. Konsep utama yg seharusnya menjadi pegangan setiap ahli kumpulan adalah - buat bisnes yg sama, tetapi rezeki setiap kita telah ditentukan oleh-Nya. Jadi, tidak akan wujud hasad dengki di kalangan ahli kumpulan.


5. Skim Pulangan Keuntungan Yg Optimum & Adil

Sebelum anda melaburkan sejumlah modal permulaan pada mana-mana bisnes, kaji betul-betul terlebih dahulu marketing plan ataupun modul bisnes tersebut. Bagaimana plan keuntungan diperolehi dari bisnes tersebut? Adakah dengan cara yg adil ataupun ada unsur penindasan ke atas orang lain?


Jika anda menceburi bisnes jenis dropship, kaji berapa peratusan keuntungan yg  bakal anda perolehi berbanding modal yg perlu dilaburkan. Adakah stokis akan memperolehi keuntungan 'atas angin' dari jualan yg anda buat? Adakah reputasi stokis cukup bagus? Pernahkan stokis 'delay' dalam membekalkan produk jualan? Bagaimanakah urusan pembayaran dari pelanggan dibuat? Adakah anda mendapat untung yg setimpal dengan usaha jualan anda?

Jika anda ingin mencaburi bisnes multilevel marketing (MLM) juga tidak salah. Namun, kaji pelan pemasarannya. Adakah 'upline' akan mendapat komisyen 'atas angin' sekiranya anda membuat jualan? Adakah komisyen/bonus diberikan berdasarkan jualan produk ataupun pendaftaran/pengumpulan ahli/downline semata-mata? Bagi yg beragama Islam, adakah pelan pemasaran syarikat tersebut mematuhi syariah Islam? Ini penting bagi memastikan pendapatan yg diperolehi dari hasil bisnes kita adalah halal & diberkati oleh-Nya.



*Jika anda masih mencari-cari bisnes yg sesuai & menepati 5 ciri di atas, bisnes Shaklee adalah antara yg patut anda pertimbangkan. Saya juga sedang mencari mereka yg inginkan peluang untuk menjalankan bisnes sama ada secara part time ataupun full time. Boleh Whatsapp saya di 014-984 0240 (Irda) untuk maklumat lanjut.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...