BAGAIMANA DVT BOLEH BERLAKU?
DVT berlaku disebabkan oleh ibu yg hamil mengalami masalah pengaliran darah yg terganggu di bahagian betis. Ia berpunca daripada kehamilan itu sendiri. Apabila berat badan ibu bertambah ketika hamil, maka risiko terjadinya DVT juga semakin meningkat. Semasa hamil, bahagian abdomen ke bawah ibu akan membesar. Ini boleh menyebabkan pengaliran darah dari bahagian kaki ke jantung menjadi sukar; mungkin disebabkan oleh graviti dan faktor salur darah pada kawasan rahim yg terhimpit. Keadaan ini lama-kelamaan akan membentuk darah beku.
Selain itu, kehadiran hormon-hormon lain ketiga hamil juga menyumbang kepada terjadinya DVT ini kerana darah ibu menjadi pekat. Risiko ini lebih tinggi terjadi ke atas ibu hamil yg kurang melakukan pergerakan tubuh dalam masa yg lama seperti berdiri, duduk, berbaring & sebagainya.
SIAPAKAH YG BERISIKO MENDAPAT DEEP VEIN THROMBOSIS?
- Ibu hamil yg berusia 35 tahun ke atas.
- Berat badan melebihi 80kg.
- Ibu yg menghidap kencing manis & darah tinggi.
- Ibu yg menghidap pre-eklampsia di mana terdapat edema (pembengkakan dalam salur darah) pada kaki & tangan.
- Ibu yg mengalami vericose vein.
- Ibu yg mempunyai penyakit auto-immune seperti Systemic Lupus Erythematosus (SLE) dan Autophospholipid Syndrome (APS).
- Ibu yg mengalami masalah polihidramnios.
- Ibu yg hamil kandungan kembar.
- Ibu yg bekerja dalam posisi badan tertentu dalam jangka masa yg lama seperti berdiri di kaunter, duduk di kerusi pejabat & sebagainya.
- Ibu yg merokok.
- Ibu yg menghidap kanser.
- Ibu yg melalui pembedahan major (mengambil masa melebihi 2 jam) pada bahagian kaki, perut atau badan.
APAKAH SIMPTOM BERLAKUNYA DVT?
DVT lazimnya terjadi pada kaki sebelah kiri sahaj. Ia akan menyebabkan rasa sakit dan berat pada kaki (seolah-olah seperti otot kaki ditarik-tarik). Ia juga bermula dengan tanda munculnya bahagian lembut & rasa panas pada kaki terutama sekali pada bahagian peha atau pinggul & ia membengkak. Keadaan ini lebih berbahaya sekiranya ia dibiarkan kerana ia boleh menyebabkan ketulan darah tersebut sampai ke paru-paru & menyebabkan pulmonary embolism yg boleh mengakibatkan kematian.
BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENGELAKKAN DVT DARI BERLAKU?
- Ibu yg hamil 28 minggu ke atas disarankan tidur mengiring ke kanan untuk mengelakkan terbentuknya darah beku di bahagian betis. Letakkan bantal atau kusyen antara kedua-dua belah kaki. Pastikan kaki tidak dibengkokkan.
- Melakukan senaman seperti berjalan kaki atau membuat pergerakan sekurang-kurangnya setiap dua jam sekali; terutamanya ketika berada di dalam kenderaan sewaktu perjalanan yg jauh ataupun sewaktu bekerja di pejabat.
- Semasa duduk, letakkan kaki pada bangku kecil yg tingi sedikit dari tempat duduk agak kaki berada pada kedudukan tinggi sedikit & sekaligus memudahkan aliran darah.
- Memakai stokin khas yg boleh mengurangkan terjadinya darah beku pada kaki.
- Seorang pakar Obstetrik & Gynaecology; Dr. Dharmini Veerakumaran menekankan agar ibu-ibu yg mengalami tanda-tanda awal DVT untuk mendapatkan rawatan daripada doktor secepat mungkin bagi mengelakkan perkara-perkara buruk berlaku dan rawatan awal dapat diberikan.
- Ibu hamil juga sebaiknya mengamalkan supplemen kalsium, Vitamin D & magnesium seperti Ostematrix Shaklee yg boleh membantu melegakan kesakitan pada otot betis serta memberikan kesan rileks kepada ibu terutamanya sewaktu sedang tidur.
- Supplemen Omega-3 seperti Omega Guard juga amat baik untuk diamalkan oleh ibu hamil untuk mengurangkan inflamasi pada otot serta sekaligus membantu melancarkan aliran darah bagi mengelakkan darah beku terbentuk.
Jika anda hamil dan mempunyai tanda-tanda awal DVT, ambil langkah pencegahan dengan segera sebelum ia melarat. Jika mahu mendapatkan supplemen terbaik bagi mengurangkan risiko ini, Whatsapp saya di 014-984 0240 (Irda) untuk order & sebarang pertanyaan. Konsultasi eksklusif akan diberikan kepada pelanggan saya.