Sekian lama sebenarnya teringin sangat nak makan bubur nasi kat Kg Baru, KL ni. Kali terakhir saya pergi rasanya sekitar tahun 2005 atau 2006. Masa tu kebetulan ada majlis kat sekitar KL. Lepas tu ex-boss ajak makan bubur nasi glamer ni waktu malamnya. So, apa yg best sangat bubur nasi Kg. Baru, KL bi sebenarnya?
Pada saya, yg bestnya sebab kita boleh pilih macam-macam lauk yg kita nak kot untul dimakan bersama-sama dengan bubur nasi tu. Kalau beli bubur ayam Mc Donald's, dah siap-siap ada ayam dalam bubur tu kan? Tapi yg bubur nasi Kg. Baru ni kita boleh pilih apa-apa lauk yg kita nak dari pelbagai pilihan yg ada.
Kat Johor Bahru pun glamer juga bubur nasi berlauk ni. Tapi biasanya memang 1 set bubur nasi akan didatangkan dengan ikan bilis goreng, lobak asin, sambal tumis & kangkung tumis belacan. Memang dah sedap dah. Tapi, yg kat Kg. Baru ni laaaaagi ada macam-macam pilihan lauk.
Masa nak pegi tu, kami Google & Waze je 'bubur nasi Kg. Baru'. Dan masa tu Google & Waze suggest kami ke Kak Mah Tomyam, Kg. Baru. Tapi, bila kami ikut arah jalan & peta tu, tak jumpa pun Kedai Kak Mah Tomyam tu. Lain perginya. Huhu..
Last-last kami buat keputusan nak 'gamble' je pusing kawasan sekitar situ untuk cari kedai yg ada jual bubur nasi. Sudahnya, kami jumpa restoran Mr. Johan ni. Nampak depan kedai ni ada tulis bubur nasi & ada pilihan lauk-lauk untuk bubur tu. So, kami pun order & makanlah di situ.
Kami order bubur nasi untuk hidangan 3 orang, dan pilih lauk:
-ayam halia
-ayam masak kicap
-kangkung tumis belacan
-ikan bilis goreng pedas
-daging salai
-kerang bakar
Air minuman kami order teh o ais 2 gelas, teh o suam 1 cawan & nescafe ais 1 gelas. Total harga kami makan malam tu RM47. Berbaloi kan? Berbaloi-baloi rasanya. Ditambah pula dengan makyong yg dah lamaaaa teringin kan.. hehehe.. Ni pics yg sempat diambil masa tu.