APAKAH KEPENTINGAN MAKANAN RENDAH INDEKS GLISEMIK (GI)?

Ramai yg ragu-ragu bila saya cadangkan ESP untuk menggantikan sarapan harian mereka. Terutamanya bila saya kata ESP sangat sesuai untuk mereka yg nak turunkan berat badan, untuk beri tenaga berpanjangan pada ibu menyusu, menurunkan paras kolesterol & juga membantu pesakit kencing manis untuk menurunkan bacaan paras gula dalam darah. Betul ke semua kebaikan ESP tu?

Meh tengok carta & jadual ni. Ini adalah perbandingan antara makanan yg mempunyai nilai indeks glisemik yg rendah dan tinggi.

indeks glisemik rendah
Perbandingan kesan pengambilan makanan GI tinggi dan rendah


kebaikan esp shaklee
Perbandingan jumlah gula dalam darah antara campuran soya segera, ESP Shaklee serta makanan berkarbohidrat semata-mata


Di mana, berdasarkan kedua-dua carta di atas, dapat kita lihat bahawa:

  • Makanan yg mempunyai GI yg tinggi akan memberikan tenaga yg tinggi pada awalnya, tetapi ia akan mudah musnah.
  • Sistem penghadaman anda perlu bekerja keras untuk memproses makanan tersebut. Akibatnya, tenaga mudah habis dan anda akan cepat berasa lapar semula, mudah mengantuk dan juga lesu.
  • Contoh sarapan pagi yg mempunyai GI tinggi adalah: semua hidangan nasi, roti putih & kentang.

Manakala;

  • Makanan yg mempunyai GI yg rendah akan tetap memberikan tenaga kepada anda; tetapi ia akan bertahan bertahan dengan lebih lama kerana ia tidak memerlukan tenaga yg banyak untuk diproses & dihadam oleh badan kita.
  • Kesannya, kita kekal bertenaga lebih lama, tidak mudah lapar, tidak terdorong untuk kerap makan, tidak cenderung untuk mengambil makanan dalam kuantiti yg banyak dalam satu-satu masa terutamanya waktu lunch serta tidak membebankan badan kita dengan terlalu banyak kalori ataupun gula.
  • Contoh sarapan pagi yg rendah GI adalah oat, pisang, segelas susu rendah lemak, yogurt dan semestinya KACANG SOYA!

makanan rendah GI
Contoh makanan mengikut kelas indeks glisemik (GI)

Jadi, siapa yg nak bertenaga lebih lama, tak nak mengantuk atau 'lemau' bila buat kerja di ofis, ada masalah diabetes ataupun kolesterol tinggi, 1-2 sudu ESP yg dibancuh bersama-sama dengan segelas susu rendah lemak adalah pilihan sarapan pagi YG TERBAIK untuk anda!

Untuk mengetahui lain-lain kelebihan ESP yg sangat universal ni, jom baca di sini.

Untuk ORDER SEKARANG, jom hubungi saya segera!

Irda
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)

Pengedar ESP Prihatin Anda.

SET BERPANTANG SHAKLEE YG MULA BUAT SAYA JATUH CINTA

Dulu saya adalah seorang yg tidak percayakan supplemen. Bagi saya, badan kita akan menerima 'overdose' vitamin apabila mengambil supplemen dan buah pinggang kita akan terjejas. Tetapi semua itu berubah apabila saya mula hamil anak kedua. Nekad dan keinginan saya untuk menyusukan anak saya secara eksklusif dan penuh sehingga berusia 2 tahun, mengubah pendirian saya. Saya mula menggali segala ilmu berkaitan kehamilan & penyusuan. Dan akhirnya, saya mengambil keputusan untuk menjadi ibu yg sihat; bermula dengan Set Berpantang Shaklee ni. Penyudahnya, sampai sekarang saya 'keep on falling' for Shaklee each & every day! Hehehehe...


set bersalin shaklee
Set Berpantang Shaklee lengkap yg membuatkan saya mula 'jatuh cinta' dengan Sahklee (^_^)

BAGAIMANA IA BUAT SAYA JATUH CINTA?

Saya bersalin anak pertama secara cesarean. So, jamu-jamu tradisional yg parents saya sediakan semuanya sia-sia sahaja. Lepas sebulan macam tu, baru boleh mula ambil. Masa tu, semangat berpantang dah kurang dah.. sebab banyak benda dah boleh makan.. hehehe...

Masa tu, saya sangat kurang ilmu penyusuan bayi. Saya sangkakan penyusuan bayi ni sesuatu yg semulajadi dan mudah. Rupanya Allah Maha Besar. Dia kurniakan saya anak yg 'cranky'. Tak mahu menyusu badan, refuse untuk latching, kuat meragam, colic dan sukar tidur malam. Saya jadi stress. Susu pun merudum sangat-sangat. Dalam usianya sebulan, saya dah beri susu formula. Pulak tu, dia lactose-intolerance. Dahhh kena cuba macam-macam susu sebelum tau yg dia cuma boleh minum susu soya!

Bila hamil anak kedua, saya nekad nak menyusukan dia sampai dia berumur 2 tahun. Nak buat stok EBM banyak-banyak. Plus, saya risau saya kena cesar lagi sekali. So, rugi la kalau beli jamu lagi kan.. So, saya beli Trial Pack Set Berpantang ni. Satu set trial tu tahan untuk 40 hari berpantang. Orang tak percaya supplemen la katakan... tu yg beli trial pack je.. hehehe... Dan alhamdulillah, rezeki saya kena cesar lagi.. huhu.. So, memang kena ambil vitamin la jawabnya kan...

Hari pertama lepas sedar dari pembedahan, saya terus ambil set ni. Anak saya pula Paed tahan sebab bacaan jaundicenya 8. Sepatutnya kalau bawah 10 boleh balik.. tapi kenapa ntah Paed tu tahan juga. So, 3 hari jugalah saya duduk kat wad VVIP tu dengan layanan yg macam tuan puteri.. hehehe...

Sepanjang tempoh itu sahaja pun saya boleh rasa kesan Set Berpantang ni. Walaupun baby saya meragam setiap malam sebab tak suka duduk bawah lampu biru tu, saya tabah & cergas je menemankan & menyusukan dia dengan kerap. Setiap jam dia menyusu. Sampai husband saya yg risau tengok saya tak tidur siang malam. Hehehe... tapi, guess what?? Saya ok je! Dan susu badan saya pun makin banyak!


MAKIN JATUH CINTA!


Hari demi hari saya berpantang di rumah parents tanpa pembantu. Parents saya masih bekerja. Anak yg sulung parents saya hantarkan ke rumah pengasuh sementara. Saya mandi sendiri, mandikan baby sendiri, masak nasik sendiri (lauk mak saya masakkan awal pagi), kemas bilik, kemas rumah sikit-sikit & pam susu. And again, guess what?? Saya rasa sihat & cergas je tau! Fuhhh.. dahsyat 'penangan' Shaklee ni!

Anak saya jenis berjaga tiap jam setiap malam. Masuk pukul 8.30 pagi baru dia nak lena. Huhu.. tapi saya rasa sangat happy dan tak lesu pun melayan jadual dia. Tambah pula dengan si sulung yg pulang ke rumah sekitar jam 2 petang. Laaagi macam-macam perangai budak baru dapat adik nih... hehehe...


TERUS JATUH CINTA!

Lepas berpantang 60 hari, saya mula bekerja. Masa ni saya mula ambil Set Menyusu pula. Haa.. ni citer kat entry lain ek.. hehehe...

Tapi yg penting, sekarang ni, SELEPAS 2 TAHUN lebih, saya masih mengamalkan supplemen Shaklee! Macam-macam saya ambil. Terutamanya untuk kecergasan & kecantikan kulit. Dannnnnn... anak saya masih menyusu secara kasual tau! Saya pulak, dah jadi WAHM sepenuh masa yg menjalankan bisnes Shaklee hanya dari rumah sambil menguruskan anak-anak! Dahsyat kan 'kisah cinta' & 'penangan' Shaklee pada saya!! Hehehe... Dan saya ingin berkongsikan rasa itu dengan anda semua! Dan jika anda berisiko untuk bersalin secara cesarean atau mempunyai sejarah anak terdahulu mendapat jaundice/kuning, buatlah persediaan awal. Hubungi saya di 014-984 0240 (SMS/Whatsapp), dan ambillah Set Berpantang Shaklee ini juga. Ia sememangnya amat-amat membantu anda menjadi cergas demi menguruskan bayi & anak-anak dalam tempoh berpantang.

JOM SIHAT DENGAN SHAKLEE!

Irda
Mentor Berpantang Secara Cesarean.


MULTIVITAMIN UNTUK ELAKKAN KELETIHAN & SERANGAN JANTUNG

Tahukah anda? Kajian menunjukkan bahawa mereka yg mengambil 1 biji Vitalea Shaklee setiap pagi selama setahun boleh mengurangkan sebanyak 65% risiko daripada mendapat serangan jantung. Ini kerana Vitalea Shaklee merupakan multivitamin yg membekalkan vitamin & mineral yg secukupnya untuk badan kita agar sentiasa berada pada tahap kesihatan & kecergasan yg optimum setiap hari.

vitamin untuk letih



"A multivitamin a day keeps the doctor away".

But make sure it comes from natural sources, okay. Macam Vitalea Shaklee! (^_^)

*Nota:

  • Vitalea Shaklee merupakan multi-vitamin dan mineral pertama dicipta di dunia.
  • Pada asalnya ia dikenali sebagai "Vitalize-Mineral" dan disingkatkan kepada sebutan "Vita-min". Jadi, perkataan "vitamin" yg digunakan pada hari ini adalah berasal daripada Shaklee tau..
  • Setiap tablet Vitalea mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yg diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sepertimana yg disarankan oleh RDA USA.
  • Vitalea amat membantu mereka yg mempunyai masalah anemia ataupun kekurangan sel darah merah. Ini kerana ia mengandungi iron yg membantumembentuk haemoglobin & mengelakkan keletihan.
  • Vitalea mengandungi medigo sativa; justeru ia tidak sesuai diambil oleh penghidap SLE & Thalassemia.

multivitamin shaklee


So, sesiapa yg selalu rasa mudah penat atau terlalu letih & lesu selepas seharian bekerja tu, ambillah 1 biji Vitalea setiap pagi.

Hubungi saya untuk memesan Vitalea anda!

Irda
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)

VITAMIN SHAKLEE UNTUK SAKIT OTOT

Sakit otot boleh terjadi dengan mudah ke atas golongan dewasa & warga emas. Bergantung kepada tabiat pemakanan, faktor usia & juga tahap keaktifan seseorang dalam bersukan, terdapat beberapa faktor yg boleh menyebabkan seseorang itu mengalami sakit otot.


vitamin untuk sakit otot
Sakit otot biasanya berlaku apabila otot mengecut secara tiba-tiba ataupun menerima tekanan secara mengejut serta beban berat yg terpaksa ditanggung melebihi kemampuannya. Sakit otot biasanya amat mudah terjadi ke atas kawasan sekitar bahu, tengkuk, tulang belakang, pinggang, peha & betis.


vitamin untuk sakit otot


Antara punca utama berlakunya sakit otot adalah:
  • Mengangkat barang atau benda berat dengan posisi yg tidak betul atau tidak stabil.
  • Aktiviti sukan yg berat, lasak atau dalam jangkama yg terlalu lama.
  • Posisi atau postur duduk yg tidak betul atau terlalu lama.
  • Kekuatan otot & tulang yg semakin lemah - terutamanya bagi warga emas.
  • Tidur di atas tilam yg tidak lembut atau tidur di atas lantai.
  • Berdiri terlalu lama.
  • Kurang pengambilan kalsium, magnesium & Vitamin D.


Sekiranya anda mengalami sakit otot, terdapat beberapa langkah yg boleh anda ambil bagi mengurangkan kesakitan yg dialami. Antaranya adalah:
  • Berehat seketika dengan melunjurkan kaki (jika kesakitan di kawasan kaki).
  • berbaring secara lurus dan bernafas secara relaks (jika kesakitan di kawasan belakang badan)
  • Menyapu minyak panas pada bahagian yg sakit.
  • Meletakkan bungkusan ketulan ais pada bahagian yg sakit.
  • Menukar posisi duduk/berdiri dengan kerap.
  • Jika sakit akibat duduk terlalu lama, bergeraklah dalam tempoh sela masa tertentu contohnya setiap 30 minit.
  • Memperbanyakkan pengambilan kalsium.
  • mengambil supplemen yg boleh membantu mengurangkan kesakitan (jika terlalu kerap mengalaminya) serta memelihara agar kesakitan tidak mudah berulang kembali.


Jika anda terlalu kerap mengalami sakit otot, anda boleh mengurangkannya serta mengelakkan ia daipada berulang kembali dengan pengambilan Set Vitamin Sakit Otot daripada Shaklee ini.


vitamin shaklee untuk otot


Set Vitamin Sakit Otot Shaklee ini terdiri daripada:

ESP (Energizing Soy Protein) - Ia merupakan shake tinggi protein yg membantu memelihara kekuatan & kepejalan otot. Otot yg sihat tidak akan mudah tercedera ataupun merasa sakit akibat aktiviti seharian yg berterusan.

Advanced Joint Health Tablet - AJHT berfungsi terutamanya untuk meningkatkan fleksibiliti & fungsi sendi & otot, meningkatkan keselesaan sendi seawal 5 hari serta meningkatkan kemampuan sendi & otot untuk melakukan aktiviti seharian.

B Complex - Membantu memastikan kesihatan fungsi saraf, mengurangkan tekanan serta mengelakkan tubuh dari mudah berasa penat.

Ostematrix - Sediaan unik yg turut mengandungi Magnesium & Vitamin D ini membantu menguatkan tulang, memperbaiki kekejangan atau kebas-kebas otot serta Magnesium memberikan kesan relaks kepada otot, sendi & tulang.



Set Vitamin Sakit Otot ini amat sesuai diambil oleh mana-mana golongan dewasa & warga emas yg sering mengalami sakit otot, keradangan otot, sendi & tulang serta mereka yg sering mengalami 'rasa mencucuk' di kawasan-kawasan sendi seperti pergelangan kaki, lutut & bahu. Ia dijamin berkesan seawal 5 hari sahaja untuk menghilangkan kesakitan sedia ada & amalan pengambilannya boleh membantu mengelakkan kesakitan tersebut daripada berulang semula.

ORDER SEKARANG!
Untuk anda atau ibu bapa tersayang!
Dan dapatkan HARGA ISTIMEWA hanya dari saya!

Hubungi:
Irda
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)
Pengedar Shaklee Prihatin Anda.


CARA BANCUH MEALSHAKES SHAKLEE UNTUK ANAK-ANAK

Hari tu salah seorang family Shaklee saya pergi Opening Shaklee HQ. Masa tu Shaklee ada sediakan Meal Shakes dan ESP, bancuh dengan plain water je. 


mealshakes shaklee

Subhanallah.
Ada yang dari tak minat Meal Shakes ni pun, terus jatuh cinta tau!

Then kawan saya ni pun tanya la akak yg bancuh tu: "U letak berapa air dan berapa sudu Meal Shakes?"

Then dia terus buka "rahsia bancuhannya" sambil dia tunjuk kat blender :

30 oz air masak (hampir 1 liter)
5-6 scoop Meal Shakes (Guna scoop Cinch)
 

Kemudian blend menggunakan blender. Lepas blend, tambah beberapa ice cube. 

cara bancuh mealshakes shaklee

Alhamdulillah kawan saya test buat di rumah dah buat memamg jadi tau! Siap anak-anaknya berebut nak minum! Hehehehe...

Mungkin sebab rasa macam aiskrim. Kalau nak sedap lagi, letak la ice banyak-banyak lagi! 

Jom cuba!!

Yang belum ada Meal Shakes, ORDER SEKARANG untuk anak-anak!

Irda
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)

PUNCA PENYAKIT DIABETES DI KALANGAN RAKYAT MALAYSIA

Tahukah anda bahawa diabetes bukan sahaja boleh dihidapi oleh warga emas sahaja? Malah, statistik masa kini menunjukkan semakin ramai golongan dewasa seawal usia 20an & 30an telah mempunyai simptom diabetes akibat gaya hidup yg tidak sihat.

vitamin untuk diabetes


Antara punca utama diabetes di kalangan rakyat Malaysia adalah gaya hidup tidak sihat yg diamalkan. Antaranya adalah seperti:
  • Gemar mengambil minuman tinggi kandungan gula seperti teh tarik, minuman berkarbonat, minuman dalam kotak serta minuman bancuhan segera 3 dalam 1.
  • Gemar mengambil kuih-muih sebagai kudapan.
  • Gemar mengambil makanan segera atau berproses seperti burger, sosej dan sebagainya.
  • Amat kurang meminum air masak/kosong.
  • Stress atau tertekan akibat bebanan kerja atau rutin kehidupan.
  • Tidak gemar bersenam.



Apa yg paling membimbangkan adalah diabetes merupakan penyakit yg boleh diturunkan melalui keturunan. Ini disebabkan gaya hidup tidak sihat yg sama-sama diamalkan oleh ibu bapa & anak-anak.

Cegah diabetes sebelum terlambat. Selamatkan generasi akan datang. Antara tips yg boelh diamalkan adalah seperti:
  • Makanlah secara sihat & seimbang. Perbanyakkan mengambil sayuran & buah-buahan.
  • Kurangkan pengambilan gula dalam makanan & minuman.
  • Kurangkan pengambilan makanan segera. Sebaiknya masaklah sendiri di rumah.
  • Rajinlah melakukan senaman secara berkala - 20 minit setiap hari.
  • Perbanyakkan meminum air masak/air kosong. Sekurang-kurangnya 2 liter setiap hari. Setiap 25kg berat badan kita memerlukan 1 liter air kosong setiap hari.

Nota:
Jika anda menghidap diabetes/kencing manis, serta ingin mengawal simptom-simptom negatif kesan diabetes ke atas diri anda, supplemen Shaklee boleh membantu anda. Untuk mengetahui dengan lanjut, sila klik di sini.

Ataupun, jika anda inginkan kesan perubahan positif yg PANTAS & BERKESAN dalam menurunkan bacaan paras gula anda, anda AMAT DIGALAKKAN untuk mengambil VIVIX Shaklee. Vivix telah TERBUKTI BERKESAN mampu menurunkan paras gula pesakit diabetes seawal 2 minggu sahaja!


ORDER SEKARANG!
Dan dapatkan KONSULTASI PERCUMA seumur hidup dari saya sehingga anda menjadi sihat!

Hubungi saya:
Irda
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)

PENGALAMAN BERSALIN SECARA PEMBEDAHAN CESAREAN

Naluri semulajadi wanita kebiasaannya pasti ingin melahirkan bayi secara normal. Walaupun sakitnya pasti, tetapi itulah impian setiap wanita; iaitu melhirkan zuriatnya sendiri secara normal atau semulajadi sepertimana sepatutnya. Namun, tidak semua wanita bertuah. Sesetengah wanita perlu melalui proses bersalin secara pembedahan cesarean; sama ada secara elektif ataupun 'pembedahan kecemasan' (emergency cesarean). Dan saya dalah salah seorang wanita yg telah 2 kali terpaksa melalui proses pembedahan cesarean secara kecemasan itu. (^_^)

bersalin secara pembedahan cesarean
Situasi sewaktu pembedahan cesarean dilakukan

Apakah punca seseorang ibu itu perlu melahirkan bayi secara pembedahan cesarean?

Ada 2 jenis pembedahan cesarean iaitu secara pilihan (elective cesarean) ataupun secara kecemasan (emergency cesarean).

a)  Antara sebab pembedahan pilihan (elective cesarean) adalah:
  • Bayi dalam keadaan songsang (kaki di bawah) ataupun melintang.
  • Placenta Previa - rahim berada di kedudukan bawah bayi sehingga menghalang laluan bayi keluar.
  • Kandungan kembar.
  • Bayi terlalu besar dan ibu bersaiz kecil.
  • Ibu mengalami darah tinggi yg serius - dikhuatiri kontraksi akan menyebabkan rahim pecah.
  • Mempunyai sejarah komplikasi sewaktu kelahiran sebelumnya.
  • Telah melalui proses melahirkan secara pembedahan cesarean beberapa kali.
  • Ibu mempunyai saiz pinggul yg kecil - ada ujian tertentu yg boleh dilakukan.

b)  Antara sebab ibu perlu melalui pembedahan secara kecemasan (emergency cesarean):
  • Bukaan serviks tidak memadai (tidak sampai 9-10cm) ataupun terlalu lambat; setelah berjam-jam kontraksi - ini kes saya bagi kedua-dua kelahiran.. huhu..
  • Baby distress - degupan jantung bayi semakin perlahan kerana tidak tahan tekanan akibat kontraksi.
  • Bayi telah buang air besar di dalam amniotic sac.
  • Kedudukan bayi berpusing sehingga menyebabkan tali pusat melingkari bayi & membahayakan nyawa bayi - contohnya menjerut leher bayi.

PENGALAMAN SAYA DENGAN 2 KALI EMERGENCY CESAREAN

Kandungan pertama
Kandungan saya normal di sepanjang tempoh kehamilan. Namun, setelah genap 40 minggu, masih belum ada tanda-tanda baby saya nak 'keluar'. Bukaan serviks hanya 1cm; tapi ada satu masalah iaitu tekanan darah saya berada pada paras 'border line'. Saya memilih untuk bersalin di hospital pakar swasta. Jadi, pakar O&G yg bertanggungjawab ke atas saya memberi pilihan sekiranya saya ingin melahirkan secara pembedahan terus tanpa mengambil risiko menunggu lama.

Tapi saya berkeras nak cuba kelahiran normal. Doktor bersetuju. Tapi, saya diberi masa selama 3 hari sahaja. Jika sampai hari ketiga saya di situ pun saya masih belum bersalin secara semulajadi, maka doktor akan 'paksa' saya bersalin. Wuuuuuuu.. takut tak? Huhu..

So, doktor pun mengarahkan jururawat bidan 'masukkan' sejenis ubat ke dalam vagina saya. Katanya itu adalah 'ubat bukak jalan'. Saya dijangka bersalin keesokan harinya. Malangnya, sehingga lewat petang, kontraksi saya semakin kerap. Tapi, bukaan serviks masih terlalu kecil iaitu sekitar 2.5cm. Lantas saya diberi pain killer untuk mengurangkan kesakitan.

Keesokan harinya, sekali lagi saya diberikan ubat induce untuk 'bukak jalan'. Kali ini secara suntikan pula. Selang beberapa jam bukaan serviks saya diperiksa. Tapi masih terlalu kecil. Tengahari itu, saya dah mula 'turun tanda'. Mucus plug rahim saya dah keluar. Saya sangat happy waktu tu. Terasa semakin cerah harapan saya untuk bersalin secara normal.

Hari ketiga, seawal jam 6 pagi saya dikejutkan untuk bersarapan pagi. Kata jururawat, doktor mengarahkan saya masuk ke labor room pada jam 7 pagi. Seriously, saya sangat teruja pada waktu tu! Yeay! Nak beranak normal dah.. hehehe...

Tapi, rezeki tak berpihak pada saya.
Doktor memasukkan ubat induce untuk 'memaksa' baby keluar seawal jam 8.00pagi. Air ketuban saya telah pecah dengan sendirinya pada jam 11pagi. Waktu itu bukaan serviks saya adalah 4 cm. Namun, waktu berlalu jam demi jam, jururawat pun sampai bertukar syif.. Sehingga jam 3.30pm bukaan serviks saya hanya 6cm sahaja. Jika sebelum itu hanya bidan yg memeriksa bukaan serviks saya, tapi kali ini doktor sendiri yg memeriksa saya. Lepas pemeriksaan, doktor dengan lemah datang ke sisi saya & suami & berkata:

"Minta maaf dik, kita tak boleh tunggu dah.. jalan tak bukak.. dah lebih 8 jam tunggu.. awak pun dah kehabisan tenaga.. so, kita terpaksa cesar ye.."

ALLAHUAKBAR! Hancur luluh perasaan saya waktu tu. Masa tu memang fikiran dah tak rasional. Sedih, perit & kesal bercampur-baur dalam hati. Terasa saya tak setaraf dengan wanita lain yg mampu bersaiz normal. Malah mereka berbadan jauh lebih kecil dari saya.

Maka lewat petang itu, tepat jam 5.02petang, bayi lelaki saya telah berjaya dikeluarkan. Bayi yg saya & suami tunggu selama 5 tahun lamanya. Setelah pelbagai ikhtiar kami lakukan. -yg ni saya cerita kat entry lain ek.. 


Kandungan Kedua (selepas 2 tahun 6 bulan)
Setelah ujian UPT yg saya buat sendiri di rumah menunjukkan tanda positif, saya terus berjumpa dengan doktor pakar yg sama dengan kehamilan pertama. Antara soalan awal yg saya tanyakan pada beliau:

"Doktor, kali ni saya boleh try untuk bersalin normal tak?"

Kata beliau: "Boleh. Sebab you takde apa-apa komplikasi masa pembedahan yg terdahulu. Luka cesar awak pun dah pulih sepenuhnya. Tapi, kalau ada kes darah tinggi atau baby terlalu besar, kita kena cesar".

Haaa... nampak tak degilnya saya? Hehehe... Kalau ikut suami saya, dia nak suruh cesar terus je.. Sebab katanya tak sanggup tengok saya sakit berhari-hari lagi.. -dia pulak trauma lebih..

So, saya bernekad untuk menjaga kesihatan bersungguh-sungguh sepanjang kehamilan supaya tekanan darah saya normal sehingga ke akhirnya & supaya saiz baby saya tak terlalu besar. Saya disiplin ambil vitamin. Saya tak makan ikut nafsu. Dan alhamdulillah saya bukan jenis yg mengidam macam-macam benda..

Alhamdulillah, kehamilan saya sihat sehingga ke akhirnya. Sehingga doktor izinkan saya sedikit overdue dari EDD. Tapi, sehari lepas EDD saya dah mula rasa kontraksi yg kuat. Bermula dari malam sebelumnya, saya sakit setiap 2 jam. Kemudian setiap 1 jam. Saya sempat lipat 2 bakul kain pagi tu. Sehingga saya mula sakit setiap 30 minit waktu selepas Zohor. Saya beritahu suami minta alert. Lepas Asar perlu gerak ke hospital. Anak yg sulung perlu dihantar ke rumah mertua yg terletak berhampiran.

Sampai di hospital lewat petang, saya terus dimasukkan ke labor room. Bukaan serviks saya baru 2cm waktu tu. Kontraksi dah setiap 10 minit. Jam 8.30malam doktor sampai. Bukaan serviks 3cm. Katanya kelihatan progress yg baik. So, dia izinkan & ajarkan saya apa persediaan yg perlu untuk bersalin secara normal.

Lepas solat Isya' saya diminta menukar pakaian ke sut bersalin. Waktu tu saya terasa seperti nak ke tandas. Alhamdulillah, mucus plug saya keluar pada waktu tu. Dan air ketuban saya pecah pada jam 11malam. Waktu tu, bukaan serviks saya 4 cm. Kontraksi pun semakin kuat & kerap.

Jam 12 tengah malam bukaan serviks saya 6cm. Saya telefon ibu saya yg dalam perjalanan dari Selangor. Katanya, kalau macam tu, insya Allah dalam pukul 4pagi mesti saya akan selamat bersalin. Positif sungguh ibu saya! (^_^)

Jam 2.30pagi ibu bapa saya sampai. Bukaan serviks saya masih 6cm. Jururawat dah menggelisah. Apatah lagi suami saya yg sentiasa di sisi. Traumanya datang kembali melihatkan saya semakin mengerang dan asyik 'diseluk' oleh jururawat.

Jam 4.30pagi bukaan serviks saya tetap 6cm. Saya dengar sayup-sayup jururawat yg ada bercakap sesama mereka. Dan kemudiannya saya dengar dengan jelas ketua jururawat di situ menelefon doktor saya. Katanya: "patient doktor ni bad progress. Still 6cm until now." Selebihnya saya tak menumpukan perhatian. Suami saya hanya mampu senyum tawar. Seolah faham kekecewaan yg bakal saya lalui sekali lagi.

Dan seperti yg dijangka, sekali lagi saya perlu melalui kelahiran melalui pembedahan cesarean. Tapi kali ini saya perlu menunggu sehingga jam 8pagi; iaitu apabila doktor mula masuk bertugas. Emergency yg tak berapa emergency la kiranya.. Sebab saya tak mengalami apa-apa komplikasi. Sakitnya hanya Allah yg tahu..

Keesokan harinya, tepat jam 8.40pagi, bayi perempuan saya selamat dikeluarkan. Tapi kali ini kesedihan saya tidak seteruk dulu. Saya lebih redha. Saya tahu, inilah apa YG TERBAIK yg telah Allah tentukan untuk saya. Dan saya tak mahu bersedih lagi waktu tu, sebab saya ada MISI YG LEBIH BESAR LAGI iaitu MENYUSUKAN BAYI SAYA!



Kesimpulannya; bersalin secara pembedahan cesarean tidak mengurangkan sedikit pun sifat & ciri keibuan seorang wanita. Kalau orang kata pahala ibu bersalin normal tu lebih sebab perlu merasai kesakitan sewaktu bersalin normal, apalah kurangnya si ibu yg dipotong/dibelah perut & rahimnya demi mengeluarkan zuriat yg suci di dalamnya. Tidak kurang sedikit pun pahala bagi keduanya. Malah, risiko kematian tetap perlu dihadapi oleh kedua-duanya walau apa cara kelahiran sekalipun. 

So, jangan takut kalau kena cesarean tau wahai ibu-ibu sekalian. Yakinlah bahawa itulah apa YG TERBAIK dari Allah untuk kita. (^_^)

Irda
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)
Pengedar Shaklee Prihatin Anda.

VITAMIN UNTUK ANAK ASTHMA

Ramai yg tidak tahu bahawa ASTHMA sebenarnya bukanlah sejenis penyakit yg boleh sembuh. Ia merupakan suatu "lifetime disorder" yg boleh hilang secara sementara, tetapi akan kembali 'menghantui' & menyerang penghidapnya atas sebab tertentu. Oleh kerana ia kebiasaanya disebabkan oleh keturunan, maka anak-anak seawal usia bayi lagi sudah boleh mempunyai simptom yg menunjukkan ia menghidap asthma. Jika anak anda menghidap ASTHMA, berilah ia Omega Guard ni.

supplemen untuk asthma


Kenapa?

Sebab ia mengandungi Omega-3 yg mempunyai fungsi anti-inflammasi yg mengurangkan risiko serangan asthma serta meningkatkan sistem imun badan kanak-kanak yg mempunyai asthma.

Buktinya? Anak saya sendiri yg kedua. Dia juga menghidap asthma (mild) seperti anak saya yg sulung. Tetapi dia amat sukar terkena serangan asthma dan mudah sembuh apabila diserang demam, batuk atau selsema. Sebab dia sangat rajin mengambil Omega Guard setiap hari; sedangkan abangnya tidak.

DHA & EPA dia dalam Omega Guard mengurangkan kebarangkalian pesakit asthma untuk mendapat serangan. Ia juga membantu meningkatkan sistem imun badan seorang kanak-kanak yg menghidap asthma agar ia tidak mudah terkena serangan atau dijangkiti penyakit kebiasaan (common diseases) seperti demam, batuk & selsema.

vitamin untuk asthma

Bantu anak kita. Mereka juga layak untuk cergas & bergembira seperti kanak-kanak normal yg lain. (^_^)

Hubungi saya untuk mendapatkan OMEGA GUARD untuk anak anda:

Irda
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)

VITAMIN UNTUK DIABETES ATAU KENCING MANIS

Assalammualaikum dan hi Semua.

Alhamdulillah kita masih dikurniakan kesihatan yang baik. Hari ini ada kelapangan saya nak kongsikan tentang Diabetes ataupun Kencing Manis.

makanan manis


So, anda suka makan makanan manis?  Macam saya sangat craving Big Epal Donut, Kek Cheese Oreo dan segala atuk nenek pemanis mulut ni.  Amalan yang sangatla tak elok, sebab terlampau banyak makan makanan manis will lead to Diabetes Mellitus. Jadi suami saya akan bising-bising bila tengok saya makan benda-benda manis ni, sungguhpun saya suka masih terkawal sebab ada orang yang kawal. [ Tapi dia juga yang selalu belikan Big Apple Donut ^^ Sayang punya pasal ] Sekali sekala, makan sebulan sekali je ye.


Diabetes Mellitus ataupun Kencing Manis terbahagi kepada dua:

1. Insulin Dependent- banyak terjadi pada golongan muda 10- 16 tahun, tidaberkaitan dengan kegemukan, ianyanya berlaku kerana insulin yang dikeluarkan dari pankreas terlampau cepat musnah.


2. Non Insulin Dependent- Ini paling banyak dihidapi oleh mereka yang dewasa, berumur 35 tahun dan ke atas.Biasanya dikaitkan dengan kegemukan, dan biasanya dihidapi secara senyap dan hanya diketahui setelah berlaku komplikasi.

Petunjuk yang baik untuk menentukan atau mengesahkan anda menghidapi penyakit diabetes ialah apabila paras glukosa melebihi 140gm/ml (7.8mmol/L) pada 2 kali pengambilan yang betbeza( berpuasa) ataupun keputusan yang di ambil dalam keadaan tak berpuasa menunjukkan paras glukosa melebihi 200mg/ml ( 11.2 mmol/L) . 


TERLAMPAU BANYAK GULA BAHAYA!


Ini ingatan untuk diri saya dan semua readers.  Sebenarnya gula yang asli berwarna coklat keperangan, tetapi setelah diproses dan ditambah sakarin, yang membuatkan gula menjadi putih; penggunaan sakarin inilah yang merosakkan pankreas yang berfungsi untuk menghasilkan insulin yang mengimbangi kandungan gula dalam darah.

punca diabetes


Apakah Simptom-simptom Diabetes?

1)Dahaga yang terlampau dan cepat berasa lapar
2)Kerap membuang air kecil
3)Keletihan melampau
4)Penglihatan kabur dan boleh menjadi buta
5)Penurunan berat badan
6)Luka lambat sembuh

Adakah Set Vitamin Shaklee yang boleh membantu?

1. GLA COMPLEX
  • Membantu membaiki simptom berkaitan masalah kencing manis seperti peningkatan sensitiviti terhadap kesakitan dan menghilangkan kebas pada bahagian bawah badan.
  • Kajian membuktikan pengambilan 480mg setiap hari GLA boleh mencegah kemerosotan dan mengurangkan masalah kencing manis dengan membaiki kadar insulin dan kolesterol.
2. Alfalfa 
  • Memastikan badan memperoleh serat yang mencukupi untuk mengawal tahap glukosa darah, mengurangkan tahap kolesterol dan trigliserida
3. Vitalea
  • Di dalam multivitamin Vitalea terdapat trace mineral Chromium, yang bekerja dengan insulin mengimbangi kandungan gula dalam badan.
4. Zink
  • Zink sangat penting untuk penyembuhan luka. Apabila pesakit kencing manis kronik mengalami kecederaan, amat sukar sembuh. Jadi Zink membantu mempercepatkan penyembuhan luka dan pesakit boleh mengelakkan amputasi berlaku.
5. Vitamin C
  • Mengapakah pesakit diabetes memerlukan vitamin C ya? Ini kerana glukos dan vitamin C melalui laluan yang sama menuju ke sel. Apabila glukos berlebihan, vitamin C tidak akan dapat masuk ke sel. vitamin C sangat penting kerana Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap kencing manis dan darah tinggi amat digalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.

Okay, kalau anda atau ibu bapa anda mempunyai masalah diabetes atau kencing manis, jom ORDER SEKARANG! Sebelum segalanya terlambat.


Hubungi saya:
Irda
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)
Pengedar Shaklee Prihatin Anda

PELUANG BEKERJA & BUAT BISNES DARI RUMAH

Zaman sekarang ni wanita perlu lebih kuat demi keluarga & terutamanya demi anak-anak. Pelbagai kes penderaan, penyakit serta kanak-kanak meninggal sewaktu berada dalam jagaan taska, pusat asuhan ataupun pengasuh semakin berleluasa. Ini menyebabkan seolah-olah anak-anak sudah tidak selamat lagi untuk dijaga oleh pihak lain selain dari si ibu itu sendiri. Apatah lagi jika ibu yg bekerja itu sukar untuk mendapatkan cuti apabila si anak jatuh sakit atau demam. Justeru, lahirlah istilah WAHM sejak akhir-akhir ini. Di mana, WAHM adalah PILIHAN TERBAIK baik seorang ibu yg ingin mempunyai sumber pendapatan sambil menjaga & menguruskan sendiri anak-anak di rumah.

jadi ahli shaklee


Sehubungan itu, saya mencari:
=> Wanita berkerjaya yg ingin mencari pendapatan sampingan.
=> Ibu yg sering stress akibat tekanan bekerja di pejabat sehingga tidak mampu mengurus anak-anak & rumahtangga dengan baik.
=> Ibu yg ingin terus bekerja & mempunyai pendapatan lumayan tanpa perlu meninggalkan anak pada pengasuh atau taska.
=> Surirumah yg ingin mempunyai sumber pendapatan.
=> Wanita yg ingin membina empayar perniagaannya sendiri tanpa memerlukan modal yg tinggi. (Modal permulaan hanya RM75/RM85 sahaja iaitu bagi pendaftaran ahli).
=> Isteri yg diminta oleh suami untuk duduk di rumah & menguruskan anak-anak serta rumahtangga; namun masih merasakan perlu mempunyai sumber pendapatan yg boleh membantu ekonomi keluarga.




Bersama Shaklee, telah ramai surirumah, isteri & ibu yg telah berjaya menjadi 'Working At Home Mom' (WAHM) dengan pendapatan yg berkali ganda berbanding gaji yg diterima sewaktu bekerja di pejabat. Rahsianya?? Hanya dua; iaitu RAJIN & FOKUS.

Kami tidak menjajikan income beribu ringgit dalam jangka masa singkat. Kami juga tidak meminta anda untuk mencari 'ahli di bawah anda' secara head-hunting untuk melayakkan anda mendapat income yg anda mahukan.

Tetapi bisnes Shaklee adalah bisnes yg perlu dibina dalam jangka masa yg anda sendiri tentukan. Jika tahap RAJIN & FOKUS anda tinggi, maka anda boleh mencapai pendapatan setinggi 6 angka dalam masa tak sampai 2 tahun sahaja!

Tidak ada bisnes/pekerjaan yg menjanjikan kebebasan kewangan dengan cara bersenang-lenang. Jika ada pun, anda perlu SELIDIK status pendapatan anda tersebut; adakah ia mematuhi atau menyalahi syarak khususnya bagi yg beragama Islam.

SERTAI RANGKAIAN SAYA SEKARANG!

Dan dapatkan bimbingan sepenuhnya sehingga anda berjaya mencapai TARGET jumlah pendapatan yg anda mahukan!

Ketahui juga setiap faedah yg bakal anda perolehi dari Shaklee di sini!

JANGAN LEPASKAN PELUANG INI!


~SHAKLEE BUKAN SEKADAR SUATU FENOMENA BIASA~


Irda
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)

Mentor Shaklee Prihatin Anda

CoQ HEALTH PLUS - VITAMIN SHAKLEE TERBAIK UNTUK JANTUNG ANDA!

Jantung manusia merupakan organ terpenting dalam tubuh manusia. Jantung yg sihat memerlukan tenaga yg mencukupi untuk mengepam dengan kuat dan baik. Kelemahan jantung mengepam boleh menyebabkan masalah seperti lemah jantung, serangan jantung (heart attack), kelesuan, stress, pengsan dan sebagainya. Bagi anda yg telah memasuki usia 30-an, tenaga jantung akan berkurangan secara semulajadi. Justeru, anda memerlukan vitamin yg mempunyai fungsi untuk menguatkan jantung anda bagi membolehkan anda melakukan aktiviti seharian dengan lancar.

vitamin untuk jantung

vitamin untuk jantung


TAHUKAH ANDA BAGAIMANA JANTUNG MENDAPAT TENAGA UNTUK BERDEGUP?

Tenaga untuk jantung manusia berdegup diperolehi daripada koenzim yg dipanggil Q10 ataupun dinamakan sebagai CoQ10. CoQ10 juga berfungsi untk membantu kesihatan salur darah di dalam tubuh kita.

CoQ10 dihasilakn semulajadi oleh tubuh dan ia boleh diperolehi daripada sumber pemakanan seharian kita. MALANGNYA, ia TIDAK MENCUKUPI! Ini ditambah pula apabila kita tidak mengamalkan diet yg seimbang serta tidak mengamalkan gaya hidup yg sihat seperti merokok dan sebagainya. Radikal bebas yg lebih banyak 'diundang' dari pemakanan dan gaya hidup seharian akan mempercepatkan lagi kehilangan CoQ10 dalam tubuh kita!

Pengambilan sesetengah ubat secara berterusan juga boleh mempercepatkan kehilangan CoQ10 dalam tubuh kita. Inilah yg menjadi punca jantung kita menjadi semakin lemah & kita mudah berasa lesu.


BAGAIMANA MENGEKALKAN BEKALAN TENAGA & KESIHATAN JANTUNG?

Tanpa sebarang penyakit pun, jantung kita akan menjadi semakin lemah disebabkan oleh faktor usia. justeru, kita perlu mengambil bekalan CoQ10 secukupnya bagi memastikan jantung sentiasa berdegup pada kadar yg sihat. Persoalannya BAGAIMANA?? Kerana makanan seharian sahaja tidak mencukupi untuk membekalkan CoQ10 untuk memastikan jantung terus berdegup sihat.

Jawapannya, ambillah supplemen/vitamin untuk jantung anda. Dan CoQ Health Plus Shaklee adalah supplemen yg terbaik untuk jantung anda!

vitamin untuk jantung


MENGAPA CoQ HEALTH PLUS?

Makanan seharian hanya membekalkan kurang daripada 10mg CoQ10 setiap hari. Tetapi CoQ Health Plus mampu membekalkan 100mg CoQ10 dalam setiap kapsulnya. Selain itu, ia juga mengandungi resveratrol yg bertindak sebagai antioksidan untuk menyahkan radikal bebas yg menyebabkan pelbagai masalah kesihatan kepada tubuh kita.

Antara fungsi & kebaikan lain CoQ Health Plus Shaklee adalah:

  • Penghasilan tenaga untuk mengepam jantung.
  • Melindungi arteri dari kolesterol jahat.
  • Mengurangkan tekanan darah.
  • Mengelakkan kolesterol jahat dari terkumpul.
  • Merangsang sel-sel otak serta mengelakkan migraine.
  • Meningkatkan peredaran darah serta membekalkan oksigen yg mencukupi kepada tisu & sel kulit agar kulit kelihatan cantik.
  • Meningkatkan mutu sperma & ovum.
  • Resveratrol boleh membantu merehatkan salur darah.
  • Mengurangkan risiko serangan jantung.
  • Mengurangkan sakit kepala.
  • Membantu pesakit Parkinson terutamanya di peringkat awal penyakit dikesan.
  • Memperbaiki sistem imun pesakit HIV/AIDS.
  • Memperbaiki kerosakan otot (muscular dystrophy).

Jika anda berusia 30an serta sering atau mudah berasa letih & lesu akibat pekerjaan atau aktiviti seharian anda, tetapi anda disahkan tidak mempunyai sebarang penyakit kronik, itulah tandanya JANTUNG ANDA SEMAKIN KEKURANGAN TENAGA! Dan CoQ Health Plus PASTI boleh membantu anda!

Bertindak sebelum terlambat. Kuatkan jantung anda sebelum penyakit datang menyerang!

vitamin shaklee untuk jantung
CoQ Health Plus
Harga Retail Normal: RM124 (30biji)
*Hubungi saya untuk HARGA ISTIMEWA!


ORDER CoQ HEALTH PLUS ANDA SEKARANG!

Irda
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)
Pengedar Shaklee Prihatin Anda

TESTIMONI CARA MUDAH BERHENTI MEROKOK DAN TAK PERLU TERSEKSA DENGAN VIVIX SHAKLEE




Rasanya begitu ramai para isteri di luar sana yg hampir kecewa dengan 'janji-janji manis' si suami yg hendak berhenti merokok kan? Ada yg janji nak berhenti lepas kawen la.. ada yg janji nak berenti lepas dapat anak laa.. dan macam-macam lagi... Tapi, akhirnya semua janji hanya tinggal janji... Anak dah berderet pun masih tak juga berhenti merokok, kan?



Apa puncanya sebenarnya?

Kebiasaannya, alasan yg diberikan oleh lelaki adalah 'TAK TAHAN'. Mereka merasakan rokok yg disedut setiap hari sudah menjadi sebahgaian daripada kehidupan atau rutin mereka. Dan lumrah lelaki; selagi tidak ada sesuatu keadaan atau sebab yg MEMAKSA mereka untuk berhenti dari melakukan sesuatu, maka mereka takkan berhenti. Sama lah juga dengan merokok.

VIVIX SHAKLEE memberikan satu kesan unik ke atas diri & sistem dalaman perokok yg boleh membuatkan mereka berhenti merokok dalam jangka masa yg singkat. Vivix mampu menjadikan perokok merasakan bahawa asap & rasa rokok itu SANGAT PAHIT sehingga bukan sahaja tekak, malah seluruh sistem tubuh mereka MENOLAK ROKOK 100%!


vivix shaklee untuk berhenti merokok


BAGAIMANA VIVIX BOLEH MELAKUKAN SEMUA INI?

Mudah sahaja.

Badan perokok; terutamanya perokok tegar telah dipenuhi dengan NIKOTIN. Nikotin yg telah diserap sekian lama di dalam tubuh ini menjadikan sel & DNA perokok itu menjadi ROSAK.

Apabila si perokok mula mengambil Vivix, sel & DNA mereka dipulihkan menjadi keadaan asal di mana sel & DNA masih elok sepertimana keadaan semulajadi manusia yg sepatutnya. Justeru, apabila perokok cuba untuk menyedut nikotin semula daripada rokok, badan akan secara automatik MENOLAK bahan berbahaya yg mengancam kesihatan tubuh ini.

Ini selaras dengan FUNGSI VIVIX sebagai antioksidan yg sangat baik. Ia menyahkan radikal bebas yg dibawa masuk oleh nikotin ke dalam badan, memperbaiki DNA serta tubuh manusia secara keseluruhannya di peringkat selular (sel).


ADA KESAN SAMPINGAN (SIDE EFFECT) TAK?

Setiap produk Shaklee diperbuat daripada 100% bahan semulajadi. Maka, tidak ada sebarang kesan sampingan buruk yg boleh terjadi ke atas pengamalnya.

Walau bagaimanapun, seseorang pengguna yg baru mula mengambil Vivix; terutamanya perokok mungkin mengalami sedikit "healing crisis" kesan berhenti merokok secara tiba-tiba.

Antara kesan sampingan yg mungkin dihadapi oleh bekas perokok adalah:
  • Mudah berasa dahaga - pengamal supplemen sememangnya dinasihatkan agar mengambil sekurang-kurangnya 2 liter air kosong/masak dalam sehari. Ia membantu melarutkan supplemen dengan lebih baik dalam badan serta membantu sistem badan berjalan dengan lancar secara keseluruhannya.
  • Kulit semakin kurang berkedut - Vivix Shaklee adalah antioksidan TERBAIK yg boleh menjadikan anda 25 tahun lebih sihat & muda. Wajah anda akan semakin berseri & kelihatan lebih muda berbanding sewaktu mengamalkan rokok.
  • Penjimatan perbelanjaan - anda akan kurang jatuh sakit. Ini kerana radikal bebas telah dinyahkan dari tubuh anda; maka sistem imun anda secara tidak lamgsung juga menjadi semakin baik. Justeru, anda tidak akan kerap dijangkiti common deseases seperti demam, selsema & batuk.

PERLUKAH TERUSKAN PENGAMBILAN JIKA SUDAH BERHENTI MEROKOK?

Tiada jawapan yg tepat kerana ia bergantung kepada mekanisma sistem tubuh badan seseorang.

Namun, kebanyakan bekas perokok yg telah mengambil Vivix untuk berhenti merokok memilih untuk terus berhenti dari merokok setelah merasakan kesan-kesan yg sangat positif setelah mengamalkan Vivix Shaklee!


Khas untuk para isteri;
BANTU SUAMI ANDA BERHENTI MEROKOK SEKARANG!
Sokongan anda AMAT bermakna dalam usaha beliau untuk berhenti merokok!


ORDER VIVIX SEKARANG!
Dan dapatkan HARGA ISTIMEWA hanya dari saya!


Irda
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)
Pengedar Shaklee Prihatin Anda

VITAMIN UNTUK IBU HAMIL

Anak yg sihat & bijak bermula dari bekalan nutrisi yg betul & mencukupi sejak dari dalam kandungan ibu lagi. Bagaimana caranya?
vitamin untuk anak



Ya. Melalui pengambilan makanan seimbang serta nutrisi yg mencukupi oleh ibu yg hamil. Ini kerana setiap nutrisi yg diambil oleh si ibu akan turut disalurkan kepada bayi yg dikandung untuk membantunya membesar dengan sihat & sempurna sepanjang tempoh kandungan sehingga ia dilahirkan.


Di Shaklee, 3 supplemen utama yg dikenali sebagai 'vitamin untuk ibu hamil' ini amat digalakkan untuk diambil sebagai bekalan nutrisi penting untuk ibu & anak:

vitamin shaklee untuk ibu hamil



☆ ESP
Bekalan protein untuk ibu & anak. Protein menjadikan ibu sentiasa bertenaga & tidak mudah berasa lapar. Protein juga membantu pertumbuhan otot & tulang bayi yg sihat.

☆ Vitamin C
Demam, batuk & selsema boleh menggaggu keselesaan ibu hamil. Malah ia akan menjadikan ibu berasa lemah & terlalu letih. Vitamin C membantu menguatkan sistem imun si ibu agar sentiasa sihat dan tidak mudah jatuh sakit.

☆ Omega Guard
Minyak ikan yg kaya dengan Omega-3 & DHA sangat membantu dalam perkembangan otak & jantung bayi. Jantung yg kuat menjadikan bayi sihat terutamanya sebaik ia dilahirkan ke dunia. Jantung bayi akan lebih responsive terhadap udara luar yg bakal diterimanya. Malah, ia membantu menjadikan otak bayi dibangunkan secara optimum; menjadikan ia lebih bijak & fokus untuk belajar.

ORDER SEKARANG!

Dan lahirkanlah bayi dari generasi yg bijak & mampu bersaing di dunia yg serba mencabar ini.

Irda
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...