6 BARANG YANG TIDAK PERLU DIBELI UNTUK PERSEDIAAN BAYI BARU LAHIR

Dalam keterujaan untuk menyambut si comel yg bakal dilahirkan ke dunia, kebanyakan ibu bapa; terutamanya yg bakal menyambut kelahiran anak pertama, akan mula membeli & menyediakan keperluan yg lengkap & terbaik untuk si comel. Kadang kala, dengan hanya melayari laman media sosial artis terkenal, mereka akan mula menginginkan persediaan yg sama sepertimana yg dilihat. Sedangkan hakikatnya, tidak semua barangan yg disediakan oleh ibu bapa lain itu akan berguna untuk bayi yg baru lahir.

senarai keperluan bayi baru lahir


Terdapat 6 barangan yg sebenarnya kita tak perlu sediakan di peringkat awal kelahiran bayi iaitu:

1. AKSESORI KATIL BAYI YG BERLEBIHAN

katil bayi


American Academy of Pediatrics (AAP) di dalam garis panduannya menyatakan bahawa apa-apa jua jenis aksesori tidak sepatutnya diletakkan di dalam katil bayi. Tidak kiralah sama ada bantal, selimut mahupun alatan permainan lembut atau keras. Cadangan ini dibuat bagi memastikan bayi tidur dengan selamat serta dapat mengelak risiko kematian bayi secara mengejut (SIDS). Ia sebenarnya dikhuatiri jika aksesori-aksesori tersebut jatuh menghempap fizikal bayi yg masih belum kuat; terutamanya pada waktu yg tidak disedari oleh orang dewasa.


2. PELBAGAI JENIS BANTAL

aksesori katil bayi


Sudah menjadi amalan dalam masyarakat kita untuk meletakkan 'bantal golek' di kiri & kanan bayi supaya kononnya untuk menghangatkan & menjadikan bayi selesa; seolah-olah ada seseorang yg sedang menemani tidur di sebelahnya. Namun, pakar kanak-kanak di barat sebenarnya mengesyorkan agar ibu bapa tidak meletakkan apa-apa bantal di sekitar berhampiran bayi berusia satu tahun ke bawah terutamanya ketika ia tidur. Ini bagi mengelakkan kemungkinan bayi dihempap bantal atau tertoleh/tergolek sehingga bantal menutupi hidung & mulut bayi sehingga menyebabkan ia tidak boleh bernafas. Keadaan itu boleh meningkatkan risiko kematian bayi.


3. MAINAN LEMBUT

permainan bayi

Bayi seawal usia 6 bulan ke bawah masih belum dapat melihat dengan jelas serta belum pandai bermain dengan apa jua jenis permainan. Ia lebih memerlukan ransangan dalam bentuk sentuhan daripada ibu, bapa & orang di sekelilingnya. Maka, apa jua bentuk mainan; walaupun dari jenis yg lembut, tidak dapat digunakan oleh bayi. Tambahan pula jika mainan lembut tersebut dari jenis yg berbulu. Bulu dari mainan tersebut mungkin boleh merangsang alergik pada bayi anda.


4. BIB

senarai keperluan bayi


Bayi anda belum bersedia untuk makan makanan pejal selagi ia belum mencapai usia 6 bulan. Jadi, anda tak perlu tergesa-gesa untuk membeli bib sebagai alas makanannya di peringkat awal kelahiran atau sebelum kelahirannya. Namun, jika anda merasakan ia diperlukan sewaktu proses penyusuan, pastikan bib tersebut diperbuat daripada kain kapas (cotton) yg lembut.


5. KASUT BAYI

kasut bayi


Pakar podopediatrik percaya bahawa memakai kasut pada usia yg terlalu muda boleh menjejaskan perkembangan kaki si comel. Malah, dengan berjalan berkaki ayam, ia akan dapat menguatkan otot & ligamen kaki, meningkatkan kekuatan kaki serta memperbaiki postur tubuh yg lebih baik.


6. WALKER BAYI

walker baby


Ramai ibu bapa yg tersalah anggap tentang penggunaan baby walker. Ramai menyangka bahawa penggunaan walker boleh merangsang bayi agar dapat cepat berjalan. Hakikatnya, penggunaan walker sebenarnya adalah amat tidak digalakkan oleh para doktor pakar. Ia meningkatkan risiko kemalangan & kecederaan ke atas bayi. Ini kerana ia mampu memberi kelajuan & ketinggian tambahan kepada bayi sehingga bayi gagal mengawalnya serta mampu mencapai barangan pada ketinggian yg tidak sepatutnya seperti lapik meja, periuk, pinggan mangkuk, suis elektrik & sebagainya. Penggunaan walker juga sebenarnya semakin melambatkan kemampuan anak untuk berjalan kerana ia 'mengajar' bayi untuk bergantung harap pada walker untuk berdiri & bergerak; bukannya atas kemampuan kaki sendiri.


Irda
Shaklee Independent Distributor.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...