BOLEHKAH IBU HAMIL MINUM KOPI?

Pernah dengar tak orang cakap, bila kita mula hamil je, tak boleh minum kopi dah. Tak elok untuk bayi dalam kandungan katanya. Benarkah fakta ini? Atau mungkin cakap-cakap kosong sahaja?



APA SALAH KOPI?

Sebenarnya yg boleh mendatangkan kesan kepada kehamilan tu BUKAN KOPI. Sebaliknya adalah kafein yg biasanya terkandung di dalam kopi. Ada juga kopi yg telah dinyahkafein (decaff) sebenarnya. Malah, hakikatnya dalam variasi minuman seharian kita ni, bukan kopi sahaja yg mengandungi kafein. Teh (tak kiralah hijau ke, coklat ke hitam), coklat, soda & kola (seperti Coke/Pepsi) juga mengandungi kafein. Beberapa ubat yg dijual di kaunter farmasi (biasanya yg digunakan untuk melegakan sakit kepala) juga mengandungi kafein sebenarnya.


APAKAH KESAN PENGAMBILAN KAFEIN KEPADA IBU HAMIL?

Kafein boleh menyebabkan beberapa kesan kepada ibu hamil iaitu:

✔ Peningkatan bacaan tekanan darah.
✔ Detak jantung menjadi lebih laju.
✔ Menjadikan kerap rasa nak buang air kecil.
✔ Boleh menyebabkan dehidrasi badan.
✔ Mengurangkan kadar kalsium di dalam tulang.
✔ Mengganggu penyerapan nutrisi oleh badan.

Kafein juga boleh 'melepasi' sistem penghadaman ibu & placenta/uri bayi untuk terus 'pergi' bayi. Maka, kafein boleh memberi kesan langsung kepada bayi. Antara kesan kafein kepada bayi adalah menggangu atau mengurangkan kadar keaktifan bayi bergerak. Ibu hamil yg kerap mengambil kafein serta mengambil dalam kuantiti yg banyak akan dapat merasakan pengurangan pergerakan ini. Kafein juga sebenarnya boleh mengganggu kadar metabolisme bayi.

Ada mitos yg mengatakan bahawa ibu hamil yg mengambil kafein dengan terlalu kerap & banyak, boleh menyebabkan risiko kelahiran pramatang serta kecacatan kepada bayi; selain melahirkan bayi yg tidak cukup berat. Namun, tidak ada sebarang kajian yg membuktikan perkara ini berisiko untuk terjadi kepada manusia. Kajian hanya pernah dibuat ke atas haiwan sahaja dan sememangnya terbukti ia benar.


BERAPA BANYAK KAFEIN BOLEH DIAMBIL OLEH IBU HAMIL?

Kajian oleh para pakar berkaitan menyatakan bahawa jumlah kafein yg berpatutan ataupun rendah tidak akan memberikan kesan negatif sama ada kepada ibu yg sedag hamil mahupun bayi di dalam kandungan. Ibu hamil boleh mengambil sekitar 150mg hingga 300mg kafein dalam sehari. Ia bersamaan sekitar 1-2 cawan kopi sehari sahaja; bergantung kepada jumlah kafein dia dalam biji kopi yg digunakan.

Jika seorang ibu hamil mengambil minuman berkafein seperti kopi sekadar untuk minuman kasual, ia biasanya tidak mendatangkan sebarang masalah. Namun, jika anda merasakan anda jenis yg 'ketagih' untuk meminum kopi setiap hari sehingga boleh menyebabkan kesan seperti moody, berasa lemah atau gangguan fikiran, maka anda PERLU berbuat sesuatu untuk mengatasinya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...