MOVIE DATE - TIPS ROMANTIK MENGEKALKAN KEMESRAAN SUAMI ISTERI

Suami isteri adalah suatu hubungan yg amat istimewa. Tidak kiralah sama ada di sisi agama mahupun di dalam mana-mana kelompok sosial. Suami/isteri adalah pasangan hidup ataupun boleh dikatakan satu-satunya manusia yg kita pilih atau memilih kita kita untuk sama-sama mengharungi setiap suka-duka, pahit & manis kehidupan kita setiap hari. Namun, banyak pasangan suami isteri yg semakin 'hilang' keistimewaan hubungan antara keduanya akibat kesibukan kerja serta ditambah dengan tugasan yg lebih menimbul iaitu menjadi IBU BAPA. Sehinggakan, segelintir suami/isteri hampir 'terlupa' bahawa mereka juga adalah seseorang yg amat penting untuk kebahagiaan seorang yg lain; iaitu pasangan hidup mereka.


tips romantik suami isteri

Ada yg pernah bertanyakan saya; "tak bosan ko mengadap suami ko dekat 24 jam sehari? Dah la dari zaman belajar dulu satu kelas, kerja pun satu pejabat, balik duduk serumah, tidur sekatil lagi?"

Itu antara soalan yg agak sering orang tanyakan pada saya sewaktu saya masih bekerja satu pejabat (malah duduk sebilik di pejabat) dengan suami saya. Jawapan saya "TIDAK". Malah, saya rasa hidup saya tak lengkap jika terpaksa berjauhan dengan suami; walaupun sehari. (Sebab tu saya berhenti kerja.. sebab tak nak kena pergi outstation.. hehe..). Tambahan pula, kami selalu dilihat seolah-olah 'bertekak' tentang banyak perkara; terutamanya tentang perkara kerja. Sehingga ramai yg hairan dengan kami. "Dah kahwin lama pun masih 'bercakaran' macam budak-budak". Lepas 'bertekak' tu boleh pulak bekerja & bercakap macam biasa.. Hehehe.. Tapi semua ni ada "rahsia" di sebaliknya. Sebab, kebahagiaan takkan jadi milik kita jika kita tak berusaha untuk memperolehi & mengekalkannya. (^_^)

Ya. Salah satunya adalah - movie date. Kami selalu pegi movie date. Biasanya sebulan sekali. Sekarang saya WAHM; so tak perlulah nak mintak cuti. So, suami saya akan ambil 1 hari cuti dalam sebulan; khas untuk kami menghabiskan masa berdua. Dan yg pastinya adalah pada hari anak-anak ke sekolah lah. Seawal pagi, lepas hantar anak-anak ke taska & tadika, kami akan balik untuk bersarapan bersama-sama. Kemudian kami akan beli tiket wayang (cerita yg terkini & dipersetujui bersama la of course kan.. walaupun basically minat kami berbeza-beza) melalui online. Beli online ni mudah. Tak payah nak penat-penat berbaris kat kaunter nanti. Bayar pun guna debit card je. Sampai sana nanti, just tunjuk je bar code tiket yg dah dimuat turun dalam telefon.


Movie jenis macam MI ni biasanya kami sama-sama suka. Action yg tak berat sangat.
Sebenarnya saya lebih kepada nak tengok Tom Cruise & Jeremy Renner je.. kihkihkih..

Biasanya kami ambil showtime yg terawal; dalam pukul 11am camtu. So, lepas movie habis dalam pukul 2pm, kami akan pegi lunch & solat dalam/dekat area mall tu juga. Lepas tu kadang-kadang kami pegi pulak shopping barang-barang rumah/dapur yg dah habis. (Shopping time anak-anak takde ni senang sket. Kurang sket nak layan karenah. Hehehe..) Selesai semua, dalam pukul 4 ke 5pm tu kami terus ambil anak-anak on the way balik tu. Malam, dinner kat rumah. Romantik, kan? Hehehehe...

Owh, satu lagi cara movie date ni, lagi mudah. Ni especially untuk suami isteri yg mungkin susah nak dapat cuti ke atau mungkin takde 'can' nak hantar anak-anak ke mana-mana untuk 'mengelat' untuk dating. Caranya, buat movie date kat rumah. Contohnya, sediakanlah snek-snek ringan macam pop corn ke, chips ke, maruku ke atau apa sahaja untuk 'mengonyel' bersama. Pilih satu lewat malam (biasanya malam minggu la senang), pastikan anak-anak dah tidur awal, lepas tu, bersama-sama suami/isteri, pilihlah satu movie untuk ditonton bersama-sama sambil bergesel-gesel & melentok-lentok di sofa/katil. Mungkin boleh beli DVD ke, langgan Astro First ke, Astro Best ke atau download pun boleh. Ooooopppsss!! Hehehehehe...

Mudah kan nak beromantik-romantik dengan suami/isteri? Haaa... jangan pandang remeh tau langkah-langkah untuk berprivasi dengan pasangan ni. Sebab, inilah caranya untuk kita nak pastikan bahawa pasangan kita sentiasa rasa dekat, disayangi & dihargai oleh kita. Percayalah; walaupun cuma satu hari/malam kita luangkan dalam sebulan, impaknya PASTI akan terasa & kekal di hati sampai bila-bila. Apalah sangat berbanding dengan lagi 29 hari/malam yg kita sibuk dengan urusan/tanggungjawab lain tu. Semata-mata untuk insan yg paling istimewa dalam hidup kita.


menonton wayang




TIPS BERPUASA UNTUK IBU MENYUSU SUPAYA TAK LEMBIK & SUSU BERKURANGAN

Ibu menyusu sememangnya diberikan rukhsah ataupun kelonggaran dalam berpuasa di bulan Ramadhan. Ini sama ada bagi yg risaukan kesihatan diri ibu itu sendiri ataupun ada yg risau tentang kesihatan bayi yg masih kecil; terutamanya yg berpuasa penuh. Ramai yg risau takut si ibu pengsan akibat kurang tenaga kerana tidak makan, ataupun ramai ibu yg risau kuantiti & kualiti susu merudum akibat si ibu yg kurang makan jika berpuasa. Tapi, di sini saya kongsikan beberapa tips khas untuk ibu menyusu di luar sana agar boleh berpuasa sepanjang bulan Ramadhan tanpa rasa lesu dan tanpa menjejaskan kualiti susu yg dihasilkan untuk bayi.

cara tambah susu di bulan puasa



Merbahayakah Jika Saya Terus Berpuasa Sambil Menyusukan Bayi?

TIDAK. Berpuasa sebenarnya tidak menjejaskan keselamatan ibu & bayi yg normal. Malah, jika ibu berpuasa selama 24jam sekalipun, badan ibu masih boleh menghasilkan susu yg mencukupi untuk bayi.

Namun, ramai ibu menyusu; terutamanya yg menyusukan bayi secara penuh (full breastfeed) beranggapan bahawa berpuasa boleh menjejaskan proses penyusuan bayi. Ini kerana sebenarnya kebanyakan ibu:


  • Mempunyai mindset yg 'terjejas' dengan memikirkan bahawa jika dia berpuasa, maka susu akan berkurangan kerana kurang makan.
  • Merasakan susu akan berkurangan jika mengepam susu dengan kerap sewaktu masa bekerja.
  • Berasa mudah lapar & 'tak larat' kerana kononnya banyak kalori & lemak diperlukan untuk menghasilkan susu yg cukup.
  • Menganggap bayi yg menangis & meragam di bulan puasa adalah disebabkan oleh 'tak cukup susu'. Sedangkan banyak lagi faktor lain yg boleh menjadi penyebabnya.
  • Beranggapan bayi tak kenyang bila menyusu di bulan puasa jika dia berpuasa kerana susu menjadi 'cair' kerana ibu kurang makan.


Hakikatnya, berpuasa tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk semua itu. Berpuasa seharusnya menjadikan seorang umat Islam menjadi lebih kuat; bukan semakin lemah.


Apa yg Perlu Saya Lakukan Untuk Mengelakkan Kerisauan?

Anda perlu tahu fakta ini - susu ibu tidak terjejas hanya kerana anda berpuasa. Ya, anda mungkin akan berasa sangat haus ketika berpuasa. Namun, itu juga sepatutnya tidak menjejaskan kualiti & kuantiti susu anda.

Apa yg paling penting adalah sebenarnya MINDSET anda. Anda perlu yakin bahawa berpuasa tidak sekali-kali menjejaskan anda & bayi anda. DENGAN SYARAT; anda perlu ambil berat apa yg anda makan & mengambil kuantiti air yg secukupnya terutamanya di antara waktu berbuka sehingga sahur. Jika anda bekerja, jadual mengepam anda juga sepatutnya diteruskan seperti biasa. Kerana semakin kerap kita menyusukan (feeding) anak kita, atau semakin kerap kita mengepam, otak kita akan terus-menerus menghantar signal kepada kelenjar susu kita untuk menghasilkan susu.


Adakah Tips Lain yg Boleh Membantu?

Pn. Salwa Saleh, seorang ibu yg sudah 7 tahun berpengalaman hamil, atau menyusukan bayi atau kedua-duanya sekali tanpa henti, tidak pernah sesekali pun menjadikan bulan puasa sebagai alasan yg menjejaskan proses penyusuan & kehamilannya.

Dalam video pendek ini, beliau kongsikan 4 tips paling penting tentang bagaimana beliau berjaya menjalani ibadah puasa dengan lancar sambil hamil & menyusukan bayi. Memang tak lembik langsung! Dan bayi beliau pun kenyang & tidur lena sahaja tak meragam!





Set Ibu Menyusu Lengkap Shaklee atau dikenali sebagai Set 3M telah berjaya membantu ramai ibu menyusu berpuasa dengan lancar & bertenaga sepanjang Ramadhan. Memang tak lagi rasa lemah, lembik atau tak larat menunggu waktu berbuka. Malah, bayi pun tak meragam & tidur lena di waktu malam.

Jika anda adalah ibu menyusu yg sering merasakan berpuasa adalah meletihkan sehingga menjejaskan penyusuan bayi, SMS/Whatsapp saya di 014-984 0240 sekarang! Masih belum terlambat. Konsultasi & tips-tips terperinci juga akan saya kongsikan bersama anda setiap masa!

Irda
Mentor Penyusuan Dengan Shaklee.


CARA MENGATASI KULIT BERMINYAK DENGAN MUDAH & BERKESAN

Masalah kulit berminyak adalah sesuatu yg amat mengganggu bagi seorang wanita. Apatah lagi jika ia disertai dengan masalah jerawat ataupun kulit kusam. Malah, bagi yg tidada masalah sampingan lain juga, masalah kulit berminyak menyebabkan seorang wanita sukar untuk bertahan kelihatan cantik seharian di tempat kerja kerana alat solek yg digunakan mudah terjejas! Untuk mengatasi masalah kulit berminyak ini dengan mudah, kita seharusnya mengetahui punca mengapa kulit kita menjadi berminyak atau terlalu berminyak. Di samping itu, pengambilan Vitamin & produk penjagaan kulit yg betul adalah sangat-sangat perlu sebagai cara mengatasi masalah kulit berminyak secara mudah & berkesan.


punca kulit berminyak



APAKAH PUNCA KULIT BERMINYAK?

Secara asasnya, terdapat 9 punca kulit seseorang itu menjadi berminyak atau terlalu berminyak iaitu:

1. GENETIK/KETURUNAN - jika terdapat di kalangan kaum keluarga anda yg mempunyai masalah kulit berminyak, maka anda juga berisiko untuk mempunyai masalah kulit berminyak.

2. PENGGUNAAN KOSMETIK SECARA BERLEBIHAN - penggunaan bedak asas, foundation, BB cream serta alat solek dengan berlebihan ataupun terlalu kerap boleh menyumbat liang-liang pori pada muka. Apabila tersumbat, ia memberi siganl kepada kulit untuk mengeluarkan cecair (minyak) dengan lebih banyak lagi.

3. PERUBAHAN CUACA/MUSIM - biasanya kulit akan menjadi lebih berminyak sewaktu cuaca panas terik. Ini kerana liang pori lebih mudah terbuka dan kulit mengeluarkan lebig cecair (minyak) untuk melindungi muka dari ancaman terik matahari.

4. PENGAMBILAN UBAT-UBATAN - ini terutamanya apabila ubat-ubatan tersebut berkait rapat dengan hormon seperti ubat kesuburan. Perubahan hormon menyebabkan perubahan pada kulit juga.

5. KESILAPAN MEMILIH/MENGGUNAKAN PRODUK PENJAGAAN KULIT - contohnya, apabila seseorang itu menggunakan pencuci muka untuk kulit berminyak, tetapi sebenarnya dia mempunyai jenis kulit kombinasi, maka kulit secara automatik akan mengeluarkan cecair (minyak) berlebihan untuk 'melindungi' kulit dari ancaman/perubahan.

6. PERUBAHAN HORMON - apabila hormon berubah; terutamanya sewaktu datang haid, mengandung atau menyusukan anak, maka kulit kita juga turut terkesan.



vitamin untuk wanita stress

7. BERASA STRESS - apabila kita berada dalam keadaan stress, badan kita secara automatik akan mengeluarkan lebih banyak hormon androgen yg menyebabkan penghasilan minyak yg lebih pada kulit.

8. PENGGUNAAN ALATAN PENJAGAAN MUKA YG TIDAK PERLU - contohnya menggosok (scrub) muka dengan kain, membersihkan muka dengan berus, span, sarung tangan dan sebagainya adalah tidak perlu. ia bukan sahaja merosakkan kulit, malah menggalakkan pengeluaran minyak berlebihan.

9. BERJEMUR DENGAN SENGAJA (SUN TANNING) - walaupun pada awalnya mungkin kulit anda akan menjadi kering, namun tindakbalas selepas anda pulang ke rumah adalah penghasilan minyak yg berlebihan di kulit muka anda.



BAGAIMANA CARA MENGATASI KULIT BERMINYAK DENGAN MUDAH?

Secara asasnya, anda perlu mengetahui apakah punca yg menjadikan kulit anda berminyak ataupun sangat berminyak berdasarkan faktor-faktor yg telah dijelaskan di atas. Namun, beberapa langkah dari luaran khususnya juga perlu anda lakukan untuk menyelesaikan masalah kulit berminyak dengan mudah.

Berikut adalah 9 cara untuk mengatasi kulit berminyak dengan mudah:

1. Gunakan pencuci muka dari jenis 'Gentle Facial Cleanser' sebanyak 2 kali sehari. Pencuci muka juga seharusnya mempunyai nilai pH yg seimbang dan tidak terlalu beralkali. Pencuci muka yg mengandungi sabun mengandungi nilai alkali yg tinggi; dan ini boleh merosakkan kulit. Sebaiknya gunakan air suam (bukannya panas) untuk membersihkan muka.

2. Gunakan penyegar (toner) yg bebas alkohol. Pakar dermatologi berpendapat bahawa penggunaan toner sebenarnya boleh mencemarkan kulit; jadi adalah disarankan agar toner hanya perlu disapu pada kawasan yg berminyak sahaja dengan menggunakan kapas yg bersih.

3. Lembabkan (moisturize) kulit anda. Jangan salah faham - lembab & berminyak adalah 2 perkara yg berbeza! Kulit berminyak juga kadang-kala boleh menjadi sangat kering sebenarnya. Jadi, gunakan pelembab (moisturizer) yg ringan (tidak pekat/tebal) strukturnya serta bukan berasaskan minyak (oil-free).

4. Gunakan kertas/tisu penyerap minyak muka (blotting paper) untuk mengurangkan jumlah minyak di muka. Namun, elakkan menyapu/mengesat tisu tersebut merata-rata di seluruh muka. Sebaliknya, hanya lekapkan selama 15-20 saat sahaja pada tiap-tiap titik (spot) yg berminyak untuk diserap. Ini bagi mengelakkan kotoran pada kulit terserak ke seluruh bahagian muka.

5. Gunakan clay mask (masker tanah liat) seminggu sekali. Masker jenis ini membantu menyerap kotoran & mengeringkan minyak pada muka.



vitamin kulit berminyak
6. Jika ingin mengenakan mekap sewaktu bekerja atau keluar dari rumah, gunakan alat mekap yg berasaskan serbuk (powder); bukannya berasaskan minyak. Pastikan anda baca dahulu keterangan serta bahan-bahan yg ditulis di setiap alat mekap/kosmetik yg ingin dibeli. Elakkan juga mengenakan mekap yg terlalu tebal kerana ia boleh menyumbat liang pori pada muka anda dan menyebabkan muka anda menjadi semakin berminyak.

7. Pilih produk penjagaan kulit yg berasaskan bahan semulajadi. Pastikan setiap produk sama ada pencuci, penyegar ataupun pelembab adalah bebas alkohol serta tidak mengandungi bahan kimia yg berbahaya. Elakkan juga pencuci yg berasaskan sabun.

vitamin untuk kulit berminyak


8. Elakkan membasuh muka dengan terlalu kerap. Cukuplah dengan mencuci dengan menggunakan air dan pencucui muka sebanyak dua kali sehari. Bagi yg beragama Islam, selebihnya biarlah hanya pada waktu berwudhuk sahaja.

9. Jangan gunakan kapas yg sama berulang kali. Elakkan menggunakan tuala yg sama dengan tuala untuk mengelap badan. Sebaiknya tukar juga tuala muka yg digunakan setiap hari. Ini bagi mengelakkan kotoran tersebar di seluruh kawasan muka dan menyebabkan iritasi.


Dengan Shaklee, masalah kulit berminyak dan berjerawat telah banyak dapat diselesaikan dengan penggunaan Set Enfuselle SkinCare untuk kulit berminyak serta pengambilan Sustained Release Vita C Plus sebagai makanan tambahan. Penjagaan kulit sememangnya memerlukan perhatian dari luaran & dalaman untuk memastikan kesan yg paling optimum dapat dirasakan dengan cepat & mudah.

produk untuk kulit berminyak
HARGA RETAIL SET INI: RM303.75
*Daftar ahli dengan pembelian pertama & dapatkan diskaun 30% berserta VITALEA PERCUMA!
*Sehingga Oktober 2015 sahaja.

testimoni enfuselle shaklee

So, kalau anda juga mengalami masalah kulit berminyak, sensitif atau berjerawat, dan nakkkk sangat hilangkan masalah tu, JOM ORDER SET NI DARI SAYA SEKARANG. Nak order Vitamin C je dulu? Boleh... tapi saya tak jaminlah kesannya akan secepat customer yg dah berjaya nih.. hehehe.. Boleh Whatsapp saya di: 014-984 0240 (Irda).

Irda
Mentor Kulit Cantik Anda.


PELUANG MENJADI ENTERPRENEUR DENGAN PROJEK USAHAWAN MUDA BERSAMA SHAKLEE

Ramai generasi muda masakini sangat sukakan cabaran. Ramai yg memilih untuk menjalankan pelbagai jenis perniagaan terutamanya secara online. Ini kerana ia mudah & mempunyai potensi capaian prospek & pelanggan yg sangat luas dari seluruh pelusuk dunia. Namun, ramai yg kecundang di tengah jalan. Mengapa? Mungkin akibat kekurangan ilmu ataupun akibat tersalah memilih produk yg didagangkan. Justeru, bersama-sama Program YES (Young Enterpreneur System) oleh Shaklee, saya membuka seluas-luasnya peluang perniagaan untuk generasi muda yg sangat berminat untuk menceburi bidang perniagaan untuk bersama-sama membina kerjaya bersama Shaklee di bawah naungan The Warriors Empire saya.

cara join shaklee


Saya mencari 30 orang yg berminat untuk membina empayar bisnes jangka panjang bersama produk Shaklee. Ini bukan 'skim cepat kaya' ataupun bisnes berbentuk 'head-hunting'. Pendapatan yg bakal diperolehi 100% berdasarkan jualan produk yg dibuat serta bonus kepimpinan berdasarkan rank anda.

Bimbingan, modul marketing & alat bantu niaga asas disediakan. Coaching boleh dijalankan secara online & offline; mengikut kesesuaian anda.


Apakah Syarat-syarat Menyertai Projek Usahawan Muda Ini?

Syarat-syarat untuk menyertai Projek Usahawan Muda Bersama Shaklee ini adalah:

Mempunyai impian hidup yg jelas.
■ Sabar.
■ Berjiwa kental.
■ Bersedia untuk mempelajari ilmu baru tentang nutrisi.
■ Rajin & bersungguh-sungguh.
■ Boleh berhubung melalui Whatsapp.
Sukakan bonus yg lumayan.

Jika anda berusia antara 18-45 tahun dan memenuhi syarat-syarat dinyatakan, hubungi saya melalui Whatsapp di: 014-984 0240 (Irda). Peserta yg berjaya akan saya masukkan ke dalam group Whatsapp khas untuk projek ini.


Apa Yg Akan Anda Perolehi dari Bisnes Ini?

  • Menjana income bulanan 3, 4, 5 malah 6 angka; mengikut seberapa banyak yg anda impikan. Harus diingatkan; pendapatan diperolehi berdasarkan jualan produk serta bonus kepimpinan (mengikut rank) hasil pembangunan empayar bisnes anda.
  • Car Bonus (dalam bentuk tunai) yg boleh anda gunakan untuk membeli/membayar kereta idaman anda setiap bulan. Semakin tinggi rank anda, semakin besar empayar bisnes anda, maka semakin tinggi jumlah bonus yg bakal diterima.
  • Percutian bertaraf 6 bintang yg ditaja sepenuhnya oleh Shaklee ke negara-negara maju seluruh dunia. Bagi yg beragama Islam, juga boleh mendapat tajaan pakej umrah bertaraf 6 bintang untuk anda & ahli keluarga. Juga peluang untuk menyertai Shaklee International Conference di USA setiap 2 tahun sekali.
  • Anugerah Star Achiever Awards atas kecemerlangan usaha anda di National Conference Shaklee setiap tahun.
  • Kebebasan masa & kewangan! Anda boleh menjana pendapatan di mana-mana sahaja walaupun sedang bercuti! Tidak mustahil, kerana bisnes anda boleh dijalankan secara online.
  • Masa yg lebih banyak & berkualiti bersama keluarga & orang tersayang - kerana tak perlu bekerja mengikut hari & masa yg tetap.

cara join bisnes shaklee


Peluang terhad! Whatsapp "PROJEK USAHAWAN" SEKARANG kepada saya di 014-984 0240 (Irda) supaya tempat anda tak diisi oleh orang lain!


Irda
Mentor Bisnes Shaklee Anda.
The Warriors Empire.

KHAS UNTUK YG NAK SELESAIKAN MASALAH KULIT DENGAN MUDAH - PROMOSI JUN 2015!

Jun adalah Bulan Kecantikan Kulit! Jika anda mengalami apa sahaja masalah kulit seperti masalah jerawat batu, jerawat pasir, jerawat hormon, kulit kering, kulit menggelupas, kulit bersisik, kulit terlalu berminyak,kulit kusam, mudah sunburn, sukar untuk pulih semula selepas sunburn dan 1001 lagi masalah kulit, Jun adalah waktunya untuk anda ubah semua itu! Mengapa? Sebab 2 Vitamin terbaik untuk kulit anda ditawarkan dengan tawaran yg sangat-sangat hebat bulan ini. Hanya di Yourhealthshoppe!


cara hilangkan jerawat

So, apa yg BEST SANGAT tentang 2 produk ni??

Secara umumnya, persamaan & kelebihan 2 produk ini adalah:

  • Diperbuat 100% daripada bahan semulajadi. Tiada tambahan bahan kimia yg merbahaya. Bebas merkuri, hidroquinon dan apa sahaja bahan sintetik.
  • Dijamin halal, selamat digunakan & selamat daripada sebarang kesan sampingan seperti pengelupasan, penipisan kulit, alergik dan sebagainya.
  • Mudah meresap ke dalam tubuh & kulit. Jadi, ia amat berkesan dengan cepat dan dapat dilihat dalam masa yg singkat.
  • Berkesan & SANGAT BERKESAN.

Apakah Manfaat Utama Vita E Complex?

vitamin untuk jerawat


  • Anti Penuaan - Amalan mengambil 1 biji Vitamin E setiap hari akan mengurangkan garisan kedut, parut & jerawat yg teruk.
  • Antioksidan yg kuat - Vitamin E; disertai dengan selenium organik di dalamnya adalah anti kanser yg sangat berkesan. Ia juga menghalang tumor ataupun sebarang ketumbuhan asing di mana-mana bahagian tubuh kita. Jadi, jika anda berisiko menghidap kanser, mempunyai tumor, cyst ataupun fibroid, Vitamin E adalah WAJIB untuk anda ambil.
  • Memudarkan parut - sama ada parut jerawat mahupun parut akibat luka lain, Vitamin E sangat membantu untuk memudarkannya dengan cepat & berkesan.
  • Menghalang keguguran janin - Vitamin E turut membantu untuk menguatkan rahim, sistem dalaman & sekaligus mengelakkan keguguran janin.
  • Meningkatkan kesuburan - ini terutamanya bagi lelaki. Vitamin E menjadikan sperma lelaki lebih sempurna sifatnya dan lebih mudah mensenyawakan ovum isteri. Ia juga meningkatkan tenaga seksual lelaki & wanita secara semulajadi.
  • Membantu pesakit arthritis - Vitamin E membantu melancarkan aliran darah, membantu kekejangan bahu, buasir serta sakit sendi.


Apakah Manfaat Utama Sustained Release Vita C Plus?

vitamin untuk kulit


  • Mencantikkan kulit - Pengambilan Vitamin C yg cukup setiap hari (2000mg) akan menjadikan kulit kita cerah sekata; tidak kusam.
  • Membentuk kolagen - sehingga ia mendapat jolokan 'kolagen murah'! Ya. Vitamin C merangsang pembentukan kolagen dalam kulit supaya sentiasa tegang, tanpa garis kedutan halus.
  • Meningkatkan sistem imun - jika kita jatuh sakit, maka kulit juga akan cepat rosak! Mengapa? Sebab pengambilan ubat-ubatan mengandungi dadah boleh mengganggu sistem badan kita.
  • Memperbaiki simptom pendarahan - kekurangan Vitamin C menyebabkan masalah seperti gusi berdarah, lebam (bruises), kulit kering & kasar, luka lambat kering serta ruam alergik.
  • Memerangi kanser & ketumbuhan - Vitamin C adalah antioksidan yg sangat mampu milik. Ia harus diamalkan oleh setiap orang untuk mengelakkan pelbagai penyakit kronik akibat ketumbuhan & sel kanser.
  • Mengelakkan insomnia - sukar tidur malam adalah punca kulit cepat tua & punca pelbagai jenis penyakit. Jadi, pengambilan Vitamin C yg secukupnya adalah penting untuk mendapat tidur yg lena.


Berapa harga set ini?

Harga retail sebotol bagi kedua-dua ini adalah:

Vita E Complex (120 biji): RM149
SR Vita C Plus (180 bii): RM92.50

Tapi TUNGGU!


Mulai Mei 2015 sehingga Oktober 2015, anda boleh membeli kedua-dua vitamin in PADA HARGA AHLI melalui promosi berikut:

vitamin untuk kulit

Nak dapatkan SET KULIT CANTIK YG SANGAT BERKESAN & BERBALOI ni? SMS/Whatsapp saya di 014-984 0240 (Irda) segera! Jangan terlambat.. Takut tak sempat nampak perubahan masa Hari Raya nanti... Jangan salahkan sesiapa.. hehehe..


Irda

Mentor Kulit Cantik & Awet Muda Anda!

AWAS! CIRI-CIRI PRODUK KOSMETIK YG MENGANDUNGI MERKURI BERBAHAYA!

Wanita dan kecantikan memang tak boleh dipisahkan. Pantang ada produk kecantikan terkini yg menjadi fenomena di pasaran, memang lajuuu je ramai yg nak mencuba. Apatah lagi bila disertakan testimoni-testimoni 'menggoda' yg menjanjikan kesan yg pantas seperti "Cerah dalam 3 Hari Sahaja!" atau "Jerawat & parut hilang dalam 2 Hari!" ataupun "Kulit Tegang & Flawless dalam 4 Hari!". Haaaa.. memang makin lajuuulah orang perempuan beli. TANPA MEMIKIRKAN apakah 'bahan rahsia' dalam kosmetik/krim tersebut yg kononnya boleh menjadikan kesannya begitu 'hebat' sekali dalam masa yg singkat. AWAS YE!! Kerana produk-produk yg menjanjikan 'kesan hebat segera' seperti ini biasanya PASTI mengandungi bahan terlarang yg dikenali sebagai MERKURI. Dan, merkuri dalam produk kosmetik atau krim kecantikan ini adalah AMAT BERBAHAYA ke atas kulit kita untuk kesan jangka panjang!


bahaya produk ada merkuri


APAKAH KELEBIHAN MERKURI?

Merkuri adalah sejenis bahan logam (raksa) yg boleh ditemui secara semulajadi di dalam batu-batuan serta beberapa sumber semulajadi yg lain. Sifat semulajadi merkuri adalah berwarna kekelabuan, tidak berbau, tidak larut dalam air serta mempunyai ciri alkohol.

Pada asalnya, pada zaman dahulu kala, merkuri digunakan untuk memutihkan kulit dari sejak zaman Mesir kuno lagi. Namun, lama-kelamaan industri kecantikan telah mula menyalahgunakan fungsi merkuri ini dengan memasukkan jumlah merkuri yg berlebihan dalam produk kosmetik bagi menjadikan produk yg dijual kononnya lebih cepat menampakkan kesan dan sekaligus meningkatkan jualan! Ketamakan & salah guna inilah yg akhirnya menjadikan wanita yg terlalu terdesak ingin menjadi cantik 'kelabu mata' lantas terpengaruh dengan kempen/promosi 'hebat' produk seumpama ini.


KESAN MENGGUNAKAN PRODUK YG MENGANDUNGI MERKURI

Produk kosmetik seperti krim siang/malam yg mengandungi merkuri sememangnya diakui akan memberikan kesan yg amat memuaskan dalam jangka waktu yg singkat. Namun sebenarnya, penggunaan merkuri berlebihan terutamanya yg terkandung di dalam produk kosmetik adalah amat berbahaya; terutamanya bagi jangka masa panjang. Kesan buruk akibat penggunaan merkuri ini dipanggil sebagai 'keracunan merkuri'. Antara kesan buruk penggunaan kosmetik yg mengandungi merkuri adalah:


  • Kulit menjadi semakin rosak (gatal-gatal atau timbul bintik-bintik) jika anda berhenti menggunakan produk tersebut.
  • Kulit menjadi kusam dan kehitam-hitaman seperti lebam; lebih teruk dari sebelumnya jika berhenti menggunakan produk.
  • Menyebabkan kanser kulit.
  • Kegagalan buah pinggang - kerana walaupun bukan dimakan, namun merkuri mudah meresap ke dalam kulit dan masuk ke dalam sistem aliran darah manusia.
  • Meningkatkan potensi hilang daya ingatan.
  • Merencatkan pertumbuhan janin bagi ibu mengandung.
  • Emosi yg tidak stabil.
  • Mengakibatkan kerosakan saraf.
  • Perpeluhan luar biasa, degupan jantung semakin laju & tekanan darah tinggi.



APAKAH CIRI-CIRI PRODUK YG MENGANDUNGI MERKURI?

Secara asasnya, anda sepatutnya membaca & memeriksa terlebih dahulu setiap bahan yg terkandung di dalam setiap produk kosmetik anda. Anda perlu memastikan bahawa tiada sebarang bahan yg melibatkan alkohol, merkuri serta bahan kimia lain yg terkandung di dalam kosmetik anda. Sebaiknya, pilihlah produk yg benar-benar berasaskan bahan semulajadi. Walaupun sedikit mahal, namun ia takkan mendatangkan risiko buruk kepada anda di kemudian hari.

Selain dari membaca & mengkaji bahan-bahan yg disenaraikan, anda juga boleh memeriksa sendiri 9 perkara ini ke atas produk anda gunakan:


  1. Melekit-lekit. Krim/produk tersebut sukar untuk diratakan pada kulit.
  2. Tidak homogen. Bila ia dibiarkanlama sedikit, terdapat lapisan minyak terpisah daripada lapisan yg padat.
  3. Kulit anda menjadi putih/cerah segera selepas menggunakannya. Putih/cerah yg lain macam - seakan pucat.
  4. Tiada langsung jerawat tumbuh walaupun kecil. Ini petanda menunjukkan bahawa lapisan epidermis anda telah rosak. Bakteria/kuman pun tak sudi nak hidup di kawasan yg telah rosak!
  5. Bau logam yg kuat. Ataupun terlalu wangi akibat penambahan pewangi berlebihan bagi melindungi bau logam.
  6. Biasanya krim/produk berwarna putih kekuningan.
  7. Berkilau/'bling-bling' bila disapukan pada kulit. Sebab ia adalah logam!
  8. Bila berhenti menggunakan produk tersebut, kulit menjadi gatal, bintik-bintik atau menjadi kusam kehitaman seperti lebam.
  9. Kulit menjadi sensitif dengan cahaya matahari. Akan menjadi kemerahan & pedih seperti rasa terbakar/melecur.



kesan merkuri dalam produk kecantikan
Krim mengandungi merkuri akan kelihatan berkilau/bling-bling bila disapu pada kulit

Kesimpulannya, berhati-hatilah dalam memilih produk kecantikan. Jangan terpengaruh dengan 'janji-janji manis' yg diberikan oleh para peniaga semata-mata. Kaji betul-betul bahan yg ada di dalam setiap produk yg ingin dibeli.


Kecantikan itu penting. Tapi muka kita lebih berharga. Sebab kita hanya ada 1 MUKA SAHAJA sampai bila-bila.

Bagi saya pula, saya lebih selesa menjaga kecantikan dari dalam dengan mengambil supplemen yg baik untuk kulit & kesihatan keseluruhan. Untuk penjagaan luaran pula, Nutriwhite SkinCare adalah set TERBAIK untuk kulit normal/kombinasi seperti saya. Kesemua yg saya gunakan dijamin halal, selamat & berkesan tanpa kesan sampingan. Malah ia telah diuji & disahkan secara klinikal oleh pakar nutrisi & pakar kulit. Dan anda boleh tiru macam saya dengan mendapatkan semua yg terbaik untuk kecantikan kulit anda di sini. Atau ceritakan terus kepada saya masalah kulit anda melalui SMS/Whatsapp ke: 014-984 0240 (Irda). Dan saya akan bantu anda sebaiknya!

Irda
Mentor Masalah Kulit Anda.

TERBUKTI! VITAMIN E COMPLEX BOLEH MENINGKATKAN KESUBURAN LELAKI

Menimang cahaya mata adalah sesuatu yang amat diinginkan oleh setiap pasangan yang telah berkahwin. Cuma, ada yang ingin terus mendapatkan cahaya mata, tetapi ada pula yang merancang untuk melewatkannya atas sebab masing-masing. Namun, bagi pasangan yang terus menginginkan cahaya mata, tetapi masih belum memperolehinya selepas setahun berkahwin, pelbagai kerisauan akan mula melanda fikiran sama ada suami mahupun isteri.. Dan tahukah anda bahawa salah satu punca kelewatan mendapat zuriat bagi sesetengah pasangan adalah disebabkan oleh masalah ketidaksuburan lelaki?

cara mudah hamil



Tahukah anda, bahawa hampir 40% daripada kes kesukaran mendapat cahaya mata adalah disebabkan oleh lelaki? Ia terjadi akibat ketidaksuburan lelaki yang berpunca daripada kualiti sperma yang rendah serta bilangan sperma yang tidak mencukupi untuk 'berusaha' menembusi dinding ovum wanita. Titisan air mani yang sihat HARUS mengandungi 40juta sperma yang sihat untuk mampu menjadikan seorang wanita itu mengandung.

Antara punca yang merosakkan kualiti sperma lelaki adalah:

  • Merokok
  • Tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang & sihat
  • Tidak rajin bersenam
  • Gemar meminum arak
  • Tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat
  • Amat jarang melakukan hubungan intim dengan isteri

Terdapat 6 cara yang disarankan bagi mengatasi masalah ketidaksuburan lelaki ini iaitu:

  • Tingkatkan pengambilan makanan kaya dengan unsur zat besi (zinc). Contoh makanan yang tinggi kandungan zinc ialah tiram. Selain itu banyakkan memakan daging kambing, lembu, kekacang dan majerin sunflower. Satu lagi jenis makanan yang tidak kurang pentingnya juga ialah tomato. Tomato mengandungi unsur lycopene yang mampu meningkatkan bilangan sperma.
  • Amalkan pemakanan vitamin dan herba yang boleh meningkatkan penghasilan sperma. Contohnya seperti vitamin C dan E di mana ianya mampu meningkatkan keupayaan sperma untuk berenang dan bergerak. Bagi herba pula anda boleh pergi ke kedai farmasi dan cari suplemen yang kaya dengan maca, ginkgo biloba, muira puama atau horny goat weed (epimedium).
  • Lakukan Senaman Kegel. Senaman Kegel ialah senaman bagi mengemut otot PC anda (otot ketika anda tahan kecing). Ianya mampu bukan sahaja menambahkan isipadu pancutan sperma malah dapat juga memberi kemampuan anda menahan dan mengawal pancutan ari mani anda ketika bersama isteri.
  • Pastikan anda setiasa terhidrasi. Maksudnya, banyakkan meminum air kosong bagi mengelakkan sel-sel dalam badan anda kering. Minumlah sekurang-kurangnya 6 gelas air kosong sehari. Elakkan meminum kopi yang banyak kerana ianya akan membuatkan sel-sel sperma anda ter-dehidrasi iaitu kehilangan air dalam sel.
  • Kerapkan lakukan hubungan intim bersama isteri anda. Ya, memang apa yang anda baca ini benar. Anda perlulah banyakkan hubungan intim bersama isteri anda untuk meningkatkan lagi kebarangkalian agar persenyawaan sperma anda dan ovum isteri anda boleh berlaku. Sel sperma hanya mampu bertahan dan subur setiap 24-36 jam sekali. Selepas tempoh masa tersebut, sel-sel sperma akan ‘dikitar semula’ dan akan menghasilkan semula sel-sel sperma yang baru di mana ianya akan mencapai tahap kematangan 24-36 jam seterusnya.
  • Rajin bersenam. Tak perlu anda menjadi seperti seorang atlet atau pemain bola sepak bertaraf dunia. Hanya sekadar berjogging pun sudah memadai. Senaman mampu meningkatkan kadar pengaliran darah ke bahagian zakar anda serta meningkatkan tahap testosterone. Apa yang pastinya, senaman ialah baik untuk kesihatan seks anda.


Vitamin E Complex Shaklee merupakan salah satu supplement vitamin Shaklee yang disarankan untuk diambil oleh para suami yang telah sekian lama mencuba untuk memperolehi zuriat. Ini kerana Vitamin E Complex ini mengandungi bahan-bahan yang mampu membantu meningkatkan tahap kesuburan lelaki; dari aspek meningkatkan kualiti serta bilangan sperma. Antara kandungan Vitamin E Complex ini adalah:

  1. Vitamin E semulajadi - Vitamin E merupakan sumber yang kuat untuk imuniti dan kulit & mata yang sihat. Ia juga bertindak sebagai anti oksidant bagi badan manusia. Ia mampu melindungi sel-sel badan manusia daripada rosak.
  2. Selenium - Selenium memainkan peranan penting dalam meningkatkan metabolisme serta mencegah kanser prostat pada lelaki. Antara sumber makanan yang mengandungi tinggi selenium adalah kekacang, ikan tuna, ikan kod, daging serta bijirin.
  3. Ekstrak biji anggur - Ia berasal daripada biji anggur merah yang diekstrak minyaknya. Ia amat berkesan dalam melancarkan sistem peredaran darah, mengurangkan kadar kolesterol jahat (LDL), mengurangkan bengkak disebabkan kecederaan serta bertindak sebagai anti oksidant. Ia juga dipercayai mampu mengurangkan risiko kanser.

Justeru, kepada mereka yang telah sekian lama berusaha untuk mendapatkan cahaya mata, pengambilan Vitamin E Complex ini boleh menjadi satu lagi ikhtiar untuk mendapatkan si comel yang amat diidamkan selama ini! Insya Allah, dengan iringan doa & tawakkal, ia akan membuahkan hasil suatu hari nanti.. (^_^)


Suami anda merokok? Risau dengan kualiti sperma suami sebab dah lama sangat tak dapat anak? Jom ikhtiar dengan cara yg sihat! Saya consult anda.


Harga retail sebotol (120biji): RM149
*Sebotol untuk kegunaan/pengambilan 4 bulan.

Beli SEKARANG! Hanya klik button ini.


SMS/Whatsapp: 014-984 0240
COD: Sekitar Johor Bahru, Nusajaya, Skudai & Kulaijaya.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...