TIPS BUANG SELULIT

Aduh, tension sungguh bila tengok selulitkan? kaum wanita lebih mudah dapat selulit daripada kaum lelaki. Selulit adalah lebihan lemak yang muncul pada bahagian kulit yang berkedut. Dan jangan tak percaya, ia bukan sahaja menyerang wanita yang berisi, malahan wanita kurus juga mengalaminya.

Obviously, selulit musuh utama wanita selain jeragat, jerawat, kelumumur, kulit kering, kedutan dan lain-lain lain. Jika masalah kulit kita boleh atasi dengan ambil Set Kulit Cantik Euphoria yang mengandungi Vitamin E, vitamin C, B Compleks. Kalau selulit macam mana ya?
Pakar kulit Hollywood, Dr. Horward Murad MD menyatakan bahawa selulit bukan masalah lemak tapi ia sebenarnya masalah kulit.Lemak punca selulit tak sama dengan lemak yang menggemukkan badan kerana lemak ini tersimpan jauh alam kulit dan tak boleh dibakar oleh tubuh badan menjadi tenaga.

BAGAIMANA MAHU HAPUSKAN SELULIT?

1. KRIM DAN LOSYEN SELULIT~ ia bertindak dengan melancarkan dan merangsang pengaliran sel, memecahkan lemak dan menyingkirkan toksin keluar daripada badan.

2. DIET SELULIT~ Jika proses berdiet tak mungkin membantu, tapi diet yang memberi 'makan' pada kulit boleh membantu menurut Dr. Murad. Makanan yang kaya dengan khasiat seperti LECITHIN, asid lemak penting, asid amio dan antioksida mengurangkan radang selular, mengurangkan cecair dan meningkatkan pengaliran didalam sel kulit paling dalam. Semua ini menguatkan membran sel dan menghalang selulit muncul di permukaan kulit.


3. PENGGUNAAN CAHAYA~ ia berfungsi mencairkan selulit dan pada masa yang sama menguut secara mekanikal. FDA meluluskan 2 teknik penggunaan cahaya, 'Triactive' dan Laser.

4. URUTAN~ dikenali sebagai 'endermologie!. Namun pakar mengatakan sungguhpun ia memberikan kesan yang ketara kepada kulit, kesannya hanya sementara waktu sahaja.

5. Mesotheraphy~ ia dicipta di Perancis dan prosedurnya melibatkan suntikan dalam sesi 30 minit ke 60 minit. Tujuan rawatan adalah untuk memecahkan sel lemak dan melupuskan pita ' septa' punca selulit yang degil. Namun menurut pengamal rawatan ini menegaskan ke berkesanannya hanya nampak selepas 10 sesi rawatan.


So, semoga info di atas membantu.

* artikel di atas di ekstrak dan dirumus semula oleh Redcomelmall bersumberkan artikel dari Majalah Rapi: PERANGI SELULIT! BAGAIMANA CARA PALING MUDAH?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...