MASALAH RAMBUT GUGUR SELEPAS BERSALIN??

Siapa pernah bersalin, angkat tangan! SAYA!! (^_^)/

Siapa pernah gugur banyak rambut lepas bersalin! SAYA!! SAYA!! (^_^)/


Masalah rambut gugur di kalangan wanita lepas bersalin bukan satu perkara aneh. Kata orang tua apabila anak mula pandai buat ‘buih', rambut si ibu akan banyak gugur. Mungkin itu sekadar mitos kerana terdapat faktor tertentu kenapa masalah kerap berlaku kepada ibu-ibu yang baru melahirkan bayi. Jika dulu rambut panjang mengurai dan mudah disikat tetapi kini menjadi semakin nipis dan kusut akibat rambut yang banyak gugur. -Majalah Pa&Ma


Kenapa semuanya berlaku selepas melahirkan si kecil??

Relaks... Tenang... it's not the end of the world orang Jawa kata.. hehe.. (*_^)


Ada 9 perkara yang perlu anda tahu tentang rambut gugur selepas bersalin ni:


  1. Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu yang baru bersalin boleh hilang antara 50-100 urat rambut setiap hari.
  2. Anda harus faham, hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut.
  3. Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, anda tidak perlu panik kerana anda tidak akan menjadi botak. Sebaliknya ia akan kembali normal sebaik bayi menyambut ulang tahun pertama.
  4. Biasanya, lebih kurang 5% hingga 15% berada dalam peringkat berehat.
  5. Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur. Biasanya ketika anda menyikat atau bersyampu. Ia akan diganti dengan rambut baru. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari.
  6. Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.
  7. Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat.
  8. Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6-12 bulan selepas bersalin.
  9. Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah ini berlaku kepada mereka.


Apa yang boleh ibu-ibu lakukan??



  • Mengambil makanan yang berkhasiat dan kaya dengan protein dan zat besi selain daripada vitamin pra-natal anda.
  • Elakkan membuat rawatan rambut menggunakan bahan kimia seperti mengeriting, mewarna, melurus sehingga rambut kembali normal. 
  • Penggunaan wig (rambut palsu) harus dihindarkan kerana ia membuatkan kulit kepala tidak dapat bernafas dengan baik serta merosakkan folikel rambut. 
  • Berjumpa doktor sekiranya keguguran rambut sangat serius terutama jika terdapat gejala lain kerana ia mungkin petanda penyakit postpartum thyroiditis.


Apakah makanan yang boleh mencegah keguguran rambut??

  • Telur & daging ayam
  • Gandum
  • Taugeh
  • Sayuran hijau
  • Buah-buahan seperti tembikai, epal, pisang & oren
  • Makanan laut bercengkerang seperti kerang, udang, tiram dll
  • Ikan salmon
  • Kunyit & Jintan
  • Air masak


Adakah vitamin SHAKLEE yang boleh membantu mengurangkan rambut gugur??

Adaaaaa.... (^_^)



Kebaikan Zinc Complex Shaklee:

  • Meningkatkan sistem imunisasi
  • Membentuk tindak balas enzim untuk pelbagai aktiviti bikimia badan
  • Unsur zinc yang mampu mengurangkan keguguran rambut (bukan disebabkan keturunan)


Untuk pesanan vitamin anda dan konsultasi secara percuma, hubungi saya:
SHAKLEE Independent Distributor (Irda - ID 909714)
Email: irda2104@yahoo.com
Call/SMS/Whatsapp: 014-984 0240

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...