KELEBIHAN BERSAHUR APABILA BERPUASA

Siapa tak suka bangun sahur? Siapa pula yg mesti kena bangun sahur? Apa menu sahur pilihan anda?

Kepada mereka yang beragama Islam, Rasulullah s.a.w telah bersabda di dalam satu hadith yang maksudnya: "Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan."

Pengajaran daripada hadith ini adalah:

» Waktu bersahur ialah bermula pada pertengahan malam hingga terbit fajar. Namun adalah disunatkan untuk mengakhirkan waktu bersahur iaitu kira-kira 10 atau 15 minit sebelum bilal melaungkan azan Subuh. Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran.

» Mengantuk dan letih tidak boleh dijadikan alasan untuk enggan bersahur kerana sahur dapat membantu menguatkan badan orang yang berpuasa untuk mengerjakan ibadat puasa pada sebelah siangnya, di samping sahur itu sendiri adalah satu amalan sunat yang berkat. Menurut Ibnu Hajar Al-Asqalani, yang dimaksud dengan berkat (barakah) itu ialah akan mendapat ganjaran dan pahala di mana Allah akan merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat juga akan mendoakannya.

» Pengambilan makanan sahur adalah titik yang membezakan antara puasa penganut agama lain dengan puasa kaum muslimin kerana penganut lain tidak bersahur sebelum berpuasa.

» Waktu sahur adalah waktu yang paling mustajab untuk berdoa kepada Allah S.W.T.). Sahur itu boleh dilakukan dengan sedikit makan walaupun cuma seteguk air. Namun tidak digalakkan untuk mengambil terlalu sedikit atau terlalu banyak makanan pada waktu sahur. Memadai dalam anggaran yang secukupnya bagi membantu untuk mengerjakan puasa pada keesokan harinya kerana pengambilan makanan yang terlalu banyak atau terlalu sedikit pasti akan mengganggu kesihatan.

Pssst: jangan lupa juga bahawa waktu sahur adalah waktu terbaik untuk pengambilan supplement kesihatan anda untuk bekalan sepanjang hari berpuasa tau.. Antara supplement Shaklee yg bagus diambil pada waktu sahur adalah:

» Vita-lea
» B Complex
» Vitamin C
» Cinch Shake (untuk mengekalkan rasa kenyang lebih panjang)
» ESP (untuk energy booster)
» Omega Guard
» Nutriferon

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...