8 MINIT 'SIMPLE YOGA' UNTUK TIDUR YG LENA & BERKUALITI SEPERTI BAYI

Bila kali terakhir anda tidur lena selena-lenanya seperti seorang bayi? Adakah kebiasaannya anda akan terus terlena sewaktu badan anda masih berada dalam keadaan kepenatan atau terlalu letih akibat aktiviti seharian? Tahukah anda bahawa TERTIDUR atau TERLENA akibat terlalu kepenatan TIDAK AKAN MEMBERIKAN ANDA REHAT YG BERKUALITI pada waktu malam. Malah, anda akan dapati keesokan paginya anda bangun dengan saki-baki keletihan & stress pada hari sebelumnya di seluruh tubuh anda. Jom, saya kongsi 5 gerakan yoga yg amat mudah ataupun 'simple yoga' untuk membantu anda mendapatkan tidur yg lena & berkualiti. Dan ia hanya mengambil masa 8 minit sahaja sebelum anda melelapkan mata! (^_^)


LANGKAH 1 (Minit 0.00 - 2.00)
========================
relaxing yoga

Cara melakukannya:

  • Dekatkan punggung anda ke dinding sehingga jarak sekitar 5 inci.
  • Tegak & luruskan kaki anda ke atas dalam keadaan rapat ke dinding.
  • Rasakan regangan pada sekitar pangkal peha, peha & betis.
  • Jika kurang rasa atau kaki kurang selesa, rapatkan lagi punggung anda ke dinding.


LANGKAH 2 (Minit 2.00 hingga 3.00)
=============================
relaxing yoga

Cara melakukannya:

  • Duduk bersila dalam keadaan selesa.
  • Letakkan tapak tanga kanan pada lutut kiri dan tangan kiri di belakang tulang pinggul anda.
  • Perlahan-lahan pusingkan badan anda ke kiri. Begitu juga dengan kepala & arah pandangan anda.
  • Kekal di posisi ini untuk 20-30 saat dan bernafaslah dengan relaks.
  • Perlahan-lahan ulang gerakan yg sama ke arah kanan pula.


LANGKAH 3 (Minit 3.00 hingga 5.00)
=============================
pengedar shaklee jb

Cara melakukannya:

  • Baring secara terlentang & relaks.
  • Bengkokkan kedua-dua lutut serta kepakkan kaki anda ke kanan & ke kiri sehingga kedua-dua tapak kaki anda bertemu rapat.
  • Letakkan lengan anda secara mendepa di sisi kanan & kiri.
  • Bernafas dengan relaks & rasakan regangan di pangkal peha serta peha anda.
  • Jika bukaan kaki menyebabkan anda berasa sakit, letakkan bantal di bawah kedua-dua peha untuk menampung.


LANGKAH 4 (Minit 5.00 hingga 7.00)
=============================
yourhealthshoppe

Cara melakukannya:

  • Bengkokkan kaki anda dan duduk di atas tapak kaki anda (seperti posisi duduk antara 2 sujud).
  • Perlahan-lahan tundukkan badan & kepala anda ke depan sehingga dada anda mencecah lutut serta dahi anda menyentuh tilam.
  • Luruskan tangan anda ke hadapan & letakkan di atas tilam secara relaks.
  • Bernafas dengan perlahan & relaks dalam posisi ini.


LANGKAH 5 (Minit 7.00 hingga 8.00)
=============================
shaklee utm skudai

Cara melakukannya:

  • Baring secara terlentang.
  • Angkat kaki, bengkokkan lutut & peluk kaki anda sehingga rapat ke perut. Silangkan kedua-dua tapak kaki di pergelangannya.
  • Cuba angkat badan & kepala anda seolah-olah anda ingin bangun dari perbaringan ke posisi duduk. Gunakan tangan anda untuk menarik berat badan anda merapat ke kaki.
  • Sewaktu badan ditarik & kepala menghampiri lutut, tarik nafas. Apabila anda kembali ke posisi berbaring, lepaskan nafas.
  • Ulang beberapa kali secara perlahan dalam tempoh 1-2 minit.


Mudah kan? Tak perlu hadir ke mana-mana kelas yoga pun. Dan tak perlu upah mana-mana trainer yoga pun anda boleh melakukan simple yoga ni kan? Boleh diamalkan seberapa kerap yg anda mahu demi mendapatkan tidur yg lena & berkualiti di waktu malam.

SELAMAT MENCUBA & SELAMAT TIDUR LENA! <3 b="">


Irda - 909714
SMS/Whatsapp: 014-984 0240
SID Pro Anda.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...