10 TIPS MUDAH UNTUK BANTU KANAK-KANAK GEMUK/OBESITI

Kanak-kanak montel sering dikatakan comel. Tapi, kalau dah sampai terlebih berat badan yg terlampau sehingga masuk ke kategori obesiti, ia adalah sesuatu yg sangat patut dirisaukan oleh ibu bapa! Ibu bapa seharusnya tidak boleh mengikut 100% apa sahaja selera makan anak-anak. Ini kerana, semestinya kanak-kanak akan lebih memilih rasa yg sedap berbanding khasiat yg ada pada makanan tersebut. "Ikut rasa binasa". Itulah pepatah yg tepat. Nak turutkan selera anak, akhirnya mereka menjadi kanak-kanak yg gemuk atau lebih teruk lagi kanak-kanak obesiti!


vitamin untuk anak gemuk

Kanak-kanak yg obesiti menghadapi pelbagai risiko merbahaya dalam hidup mereka terutamanya dalam aspek kesihatan. Namun yg paling merbahaya adalah; kanak-kanak obesiti amat cenderung untuk menjadi dewasa yg juga mempunyai masalah kesihatan yg berat seperti darah tinggi, kencing manis, kolesterol tinggi, asthma, lemah jantung & obesiti yg semakin teruk!

Pelbagai langkah boleh dilakukan untuk mengelakkan anak-anak kita daripada menjadi terlebih berat ataupun obesiti. Tetapi, jika anak anda telahpun mempunyai seorang anak yg mula menunjukkan tanda-tanda kegemukan atau obesiti, JANGAN RISAU. Masih ada cara untuk anda memperbetulkan keadaan tersebut.

10 tips berikut boleh membantu ibu bapa yg mempunyai anak yg gemuk ataupun obesiti.


1. SEDIAKAN SARAPAN YG BERKHASIAT SETIAP PAGI

Sarapan yg berkhasiat adalah amat penting bagi memastikan anak kita mendapat bekalan tenaga yg mencukupi untuknya menghadapi hari yg panjang. Sarapan anak-anak tidak seharusnya mengandungi lemak dan kalori yg berlebihan. Lemak & kalori yg berlebihan hanya akan memberikan tenaga untuk jangka pendek sahaja. Belum sampai waktu makan tengahari pun nanti, mereka sudah berasa amat lapar kembali!

Antara sarapan yg disarankan untuk kanak-kanak adalah:

  • Makanan berprotein tinggi seperti daging ayam, makanan laut seperti ikan, putih telur hancur, keju rendah lemak dan susu.
  • Makanan yg mengandungi karbohidrat mudah seperti wholemeal pasta, buah-buahan, kentang, roti bijirin penuh, keledek serta kekacang.
  • Makanan yg mengandungi lemak yg rendah seperti keju rendah lemak, minyak zaitun, kekacang serta mentega kacang.


2. ELAKKAN MINUMAN BERKALORI TINGGI

Kalori kebiasaannya mudah diperolehi daripada gula. Jadi, elakkan minuman yg mempunyai kandungan gula yg tinggi seperti minuman dalam kotak, jus buah dalam kotak/botol ataupun minuman berkarbonat. Anak-anak yg obesiti juga amat digalakkan untuk mengambil susu dari jenis rendah lemak.


3. BERIKAN MEREKA SNEK

Cara pemakanan yg sihat adalah makan dengan kerap tetapi dalam kuantiti yg sedikit. Malah, snek mereka juga haruslah terdiri daripada snek yg sihat. Contoh snek sihat yg boleh diberi adalah bijirin penuh & rendah lemak, roti bijirin penuh, buah-buahan serta stick keju rendah lemak.


4. SEDIAKAN BUAH-BUAHAN BEKU SEBAGAI SNEK


aiskrim buah-buahan beku


Jika anak anda gemarkan snek beku seperti aiskrim, apa kata jadikan buah-buahan sebagai snek beku mereka! Anda boleh membekukan anggur, berries, pisang, tembikai susu dan sebagainya untuk mereka. Mungkin buah-buahan tersebut boleh dipotong mengikut saiz-saiz kecil yg comel ataupun mengikut bentuk-bentuk menarik bagi 'menggoda' anak anda. Anda juga boleh mencelup & membekukan buah-buahan tersebut bersama beberapa bahan lain yg menarik seperti dark chocolate yg kurang manis, jeli rendah lemak ataupun puding coklat rendah lemak.


5. HADKAN PENGAMBILAN MAKANAN RINGAN

Seboleh-bolehnya jangan simpan apa-apa stok makanan ringan (ataupun orang Melayu panggil jajan) di rumah. Sebaiknya sediakan snek yg berkhasiat seperti buah-buahan pada tempat yg mudah dilihat & dicapai oleh anak-anak anda. Contohnya, di atas meja makan ataupun di kabinet dapur yg mudah dicapai oleh mereka.


6. LETAKKAN MAKANAN BERKHASIAT DI BAHAGIAN HADAPAN

Sama seperti di kebanyakan pasaraya; letaklah makanan yg berkhasiat di bahagian hadapan susunan stok makanan anda. Contohnya di dalam peti sejuk. Letakkan buah-buahan sejuk beku di bahagian hadapan berhampiran pintu berbanding aiskrim yg lain. Jika di dalam rak dapur pula, letakkan bijirin sarapan yg berkhasiat di bahagian hadapan berbanding stok makanan lain yg kurang berkhasiat. Jadi, anak-anak anda akan lebih cenderung untuk mencapai makanan atau snek yg lebih berkhasiat.


7. BUAH-BUAHAN DALAM BEKAS MUDAH CAPAI

Letaklah buah-buahan yg telah sedia sipotong kecil di dalam mangkuk ataupun bekas yg mudah diambil dan dipegang oleh anak-anak anda. mereka mungkin mahu membawanya ke ruang tamu untuk dikunyah sewaktu menonton televisyen.


8. MAKAN DI RUMAH

Makanan terbaik adalah yg disediakan sendiri di rumah oleh si ibu. Makanan yg dimasak di restoran ataupun di gerai kebiasaannya mengandungi bahan penambah perisa, garam & gula yg banyak. Ini adalah penyumbang utama kegemukan! Masakan yg dimasak sendiri di rumah adalah lebih selamat & lebih teliti penyediaannya. Malah, kita mempunyai pilihan sendiri untuk memasukkan apa-apa bahan ke dalamnya.


9. JANGAN PAKSA MEREKA MELICINKAN PINGGAN!

Jangan biasakan memaksa anak-anak menghabiskan kesemua makanan yg ada di atas pinggan mereka. Jika mereka mahu berhenti disebabkan mereka telah berasa kenyang, maka jangan paksa mereka untuk terus makan. Bagi mengelakkan pembaziran, anda boleh mula dengan meletakkan makanan dalam kuantiti yg tidak terlalu banyak di dalam pinggan mereka.


10. BERMAINLAH DI LUAR


vitamin untuk anak


Jangan biarkan anak anda kerap terperap di dalam rumah. Hadkan masa mereka bermain permainan video, melayari internet dan menonton televisyen. Terutamanya pada waktu siang serta waktu cuti sekolah, galakkan mereka bermain di luar. Lebih elok lagi jika anda turut bermain bersama mereka. Antara aktiviti yg boleh ibu bapa lakukan bersama anak-anak adalah seperti bermain bola sepak, bermain layang-layang, berbasikal, berjongging, jungle tracking dan sebagainya.


Sebagai tambahan, jika anak anda gemuk atau obesiti, anda boleh memberikannya Chewable Vitalea for Kids iaitu multivitamin terbaik yg amat membantu memenuhi lohong-lohong nutrisi anak anda dan sekaligus menjadikannya lebih sihat. Selain itu, anda juga boleh memberikan mereka Omega Guard; iaitu minyak ikan terbaik yg kaya dengan EPA & DHA untuk kesihatan jantung & otak yg bijak.

Jom berikan yg terbaik untuk anak kita! Kerana mereka adalah amanah terbesar yg dikurniakan oleh Allah S.W.T untuk kita sebagai ibu bapa. Elakkan obesiti & kegemukan pada kanak-kanak; kerana dewasa yg sakit akibat zaman kanak-kanak yg teruk adalah disebabkan ibu bapa yg kurang prihatin terhadap tanggungjawab kita.

Hubungi saya SEGERA jika anda mengalami apa-apa masalah berkaitan kesihatan anak-anak anda. Saya bantu anda selesaikannya sebelum melarat; dengan cara semulajadi yg sihat tanpa dadah.

Irda
SMS/Whatsapp: 014-984 0240
SID Pro Anda.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...