ESP BANTU TURUNKAN BACAAN GULA UNTUK MASALAH DIABETES & GDM

"LEPAS AKAK MINUM ESP HARI-HARI, DOKTOR DAH TAK BISING". Saya ingat sangat kisah salah seorang downline saya masa dia hamil dulu. Katanya, gula dia naik tinggi sampai tahap berbulan-bulan kena duduk kat wad sebab doktor nak pantau. Hari-hari kena cucuk insulin. "Sakit Da, cucuk insulin tu." Itulah aduannya selalu pada saya.

Sampai satu masa, saya macam 'paksa' dia ambil ESP. Sebab sebelum tu dia ragu-ragu nak ambil ESP sebab 'soya ni boleh bawak kanser' kata orang. Hehehe.. Tapi lepas dah konsistem minum ESP hari-hari masa kat wad tu, dia pulak cakap kat saya masa saya lawat dia tu;

"Ko tau Da, kawan katil sebelah-sebelah ni pun GDM juga. Nak control gula punya pasal, kononnya makan biskut high-fiber je. Kurang gula katanya. Tapi akak tak caya. Akak minum je ESP hari-hari. Tup-tup ko tau, bacaan gula diorang makin naik! Akak je makin turun!" Allahu.. seronoknyaaaa saya dengar masa tu. Rasa nak melompat! Hahaha..

Eh, tapi betul ke ESP Shaklee ni boleh bantu kawal & turunkan bacaan paras gula dalam darah? Apa mekanismenya? Haaa... meh Kakak Cantik nak cerita hari ni.

Diabetes ni ada 2 jenis tau.

DIABETES TYPE 1:
===============
Diabetes Type 1 biasanya dihidapi oleh seseorang sejak lahir lagi. Ia berlaku disebabkan oleh pankreas yg telah rosak atau tidak berfungsi. Maka, pankreas mereka tidak boleh menghasilkan insulin. So, mereka yg menghidapi Diabetes Type 1 perlu mengambil injection ataupun orang kita panggil 'cucuk insulin' untuk membekalkan insulin dalam badan mereka.

DIABETES TYPE 2:
===============
Diabetes Type 2 ni biasanya terjadi akibat keturunan ataupun gaya hidup yg tidak sihat. Pankreas pesakit Diabetes Type 2 mampu untuk menghasilkan insulin. Tetapi, sel & sistem badan mereka tidak mampu bertindak balas dengan baik terhadap insulin tersebut.

Jap, apa benda INSULIN ni?

Insulin adalah sejenis hormon yg dirembeskan oleh pankreas. Insulin membolehkan tubuh kita menggunakan gula (glukos) dari karbohidrat yg diserap dari makanan untuk ditukarkan menjadi tenaga untuk digunakan oleh tubuh pada masa kini atau masa hadapan. Insulin membantu mengawal paras gula dalam darah dari menjadi terlalu tinggi (hyperglisemia) atau menjadi terlalu rendah (hypoglisemia). Apabila gula diterima secara berlebihan berbanding tenaga yg diperlukan oleh badan, insulin akan membantu 'menyimpan' gula berlebihan tersebut di dalam hati (liver) untuk bekalan kegunaan tubuh pada masa hadapan. (Nota: manakala apabila jumlah gula yg diterima oleh tubuh terlalu berlebihan, ia akan disimpan di dalam tubuh sebagai lemak pula).

Insulin adalah 'kunci' utama yg membolehkan sel tubuh menyerap gula pada kadar yg sepatutnya. Sel badan kita memerlukan gula untuk bertenaga; tetapi tidak boleh diserap dalam kadar yg berlebihan. Dalam kes pesakit Diabetes Type 2, sel badan pesakit kebiasaannya sudah tidak sensitif ataupun tidak lagi bertindak balas dengan baik dengan insulin. Membran sel yg berada di sekeliling sel tidak mampu untuk 'mengenal pasti' insulin yg telah dirembeskan oleh pankreas. Akibatnya, sel mungkin akan menyerap gula secara berlebihan ataupun langsung tidak menyerap gula untuk bekalan tenaga yg sepatutnya.

Jadi, bagaimana ESP boleh membantu pesakit Diabetes Type 2?

ESP Shaklee adalah supplemen shake protein yg lengkap dengan 20 asid amino essential & non-essential yg diperlukan oleh tubuh kita. Ini termasuklah asid amino yg dikenali sebagai ARGININE ataupun L-arginine. Arginine adalah asid amino semi-essential yg amat membantu untuk memelihara membran sel agar sentiasa sensitif tentang kewujudan atau perembesan insulin oleh pankreas. Membran sel yg elok/cukup sensitif akan membolehkan sel bertindak balas dengan insulin dan seterusnya kadar gula yg diserap oleh badan adalah dalam kuantiti yg terkawal.

Selain itu, protein yg dibekalkan oleh ESP amat penting bagi memastikan tubuh kita dapat menyerap kesemua nutrisi yg diperlukan oleh tubuh badan kita. ESP juga merupakan shake yg rendah Indeks Glisemiknya (GI). Di mana, badan pesakit Diabetes Type 2 yg tidak lagi mampu menukarkan gula dari karbohidrat secara efisien, amat amat memerlukan sumber makanan yg rendah GI nya sebagai sumber tenaga & nutrisi harian.

So, nak elak & nak kawal Diabetes Type 2? Jom ESP! Whatsapp saya untuk order:

IRDA
014-984 0240

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...