Showing posts with label Set Kurus. Show all posts
Showing posts with label Set Kurus. Show all posts

KESAN DIET TANPA NASI DI KALANGAN RAKYAT MALAYSIA

Nasi sudah menjadi makanan rutin kepada hampir seluruh rakyat Malaysia. Dari kecil pun majoriti kita dididik dengan corak pemakanan/diet yg melibatkan nasi. Sampaikan, ada yg merasakan, kalau sehari tak makan nasi, rasa tak puas atau tak kenyang betul. Ibu kita pun selalu je berpesan supaya kita makan nasi setiap hari, supaya tak kelaparan. Namun, yg tak bestnya, terdapat segelintir golongan yg nak menurunkan berat badan dengan terdesak lalu membuat keputusan untuk mengamalkan 'diet tanpa nasi'. Adakah corak diet tanpa nasi ini selamat & berkesan?

diet atkins

KESAN KURANG MENGAMBIL NASI

Apabila semenjak kecil kita sudah terbiasa dengan sesuatu corak (pattern) diet itu, badan akan menjadi terkejut jika kita menghentikan corak tersebut secara tiba-tiba. Contohnya, kita dah terbiasa makan nasi 2 kali sehari pada waktu tengahari & malam. Tiba-tiba, bila kita rasa nak menurunkan berat badan dengan kadar segera, kita terus tidak mengambil langsung nasi. Alasannya, sebab nasi tinggi kandungan karbohidrat. Dan karbohidrat akan membuatkan kita gemuk. Apatah lagi jika ada rakan-rakan yg asyik menegur seolah-olah badan kita dah nampak 'naik', berisi atau gemuk.

Style ini dikenali sebagai 'crash diet'. Crash diet terlalu banyak kesan sampingan buruknya. Antaranya:

  • Permulaannya kita berasa ok, tetapi selepas 2-3 hari kebiasaannya kita akan menjadi terlalu lapar. Pada waktu itu, kita yg merasakan berat badan telah berjaya turun sebanyak 2-3kg, lantas dengan tanpa rasa bersalah kita akan 'terlebih makan' pula. Alasannya "takpe, dah 3 hari aku tak makan." Akibatnya, kita akan cenderung untuk makan melebihi dari kuantiti yg sepatutnya!
  • Mengalami fasa 'bounce back' yg lebih dahsyat dari sebelum diet. Apabila kita mula nak 'cover makan' bagi beberapa hari yg kita telah kurangkan makan, ia sebenarnya memberikan kesan bounce back pada berat badan yg lebih dahsyat & mendadak. Malah, berat badan anda akan menjadi bertambah lebih banyak lagi berbanding sebelum anda berdiet! Apabila berat meningkat semula, maka semangat kita pun jadi pudar & hilang.
  • Badan menjadi lemah akibat kekurangan nutrisi secara tiba-tiba. Bayangkan sebatang pokok yg asalnya setiap hari menerima cahaya matahari & air hujan, tiba-tiba kita halang ia dari mendapat bekalan tersebut selama beberapa hari. Apa jadi? Tentu pokok akan mejadi layu bukan? Begitu juga badan kita. Malah, lebih teruk lagi, kita mungkin akan diserang gastrik & mudah jatuh sakit seperti demam, batuk & selsema akibat sistem imun yg semakin lemah.
  • Keinginan meningkat pada makanan tinggi gula. Apabila kurang karbohidrat, kita berisiko untuk mendapat hypoglycemia; iaitu bacaan paras gula yg rendah dalam badan. Apabila terlalu rendah, selain menjadi lemah, kita juga akan mula jadi mengidam (craving) kepada makanan yg tinggi gula seperti coklat, kek, biskut, minuman berkarbonat & sebagainya. Mengapa? Kerana badan kita kekurangan tenaga & sel badan kita telah menjadi tidak sihat.
  • Risiko penyakit kwashiorkor. Ia adalah penyakit rentetan dari kekurangan nutrisi dalam badan. Kesan penyakit ini termasuklah terlalu kurus, penurunan berat secara mendadak, lemah badan, rambut gugur, hilang selera makan & lebih teruk lagi pembengkakan hati.



BOLEHKAH GANTIKAN NASI DENGAN MAKANAN LAIN?

Ada pula sesetengah kita yg cuba menggantikan nasi dengan sumber makanan mengenyangkan yg lain seperti mihun, pasta, mee kuning, oat, granola & sebagainya. Namun hakikatnya, kebanyakan makanan pengganti nasi mengandungi kalori yg jauh lebih tinggi daripada nasi! Akibatnya, ia sebenarnya semakin menggemukkan!

Lihat perbandingan berikut antara nasi dengan penggantinya yg popular dalam kalangan kita:




bahaya diet tak seimbang
Contoh pengganti nasi yg lebih selamat



NASI TAK BERSALAH

Hakikatnya sebenarnya, nasi tidak bersalah pun sekiranya berat badan kita semakin bertambah. Makan nasi setiap hari bukannya satu kesalahan ataupun PUNCA berat badan kita meningkat. Yg bersalah adalah KUANTITI NASI yg kita ambil serta nisbahnya dengan lauk-pauk yg kita ambil bersamanya.

Sedangkan, jika kita ambil nasi 3 senduk dengan nasi 1 senduk pun sudah jauh beza jumlah kalorinya; inikan pula jika kita bertambah-tambah makan nasi sehingga berpinggan-pinggan jadinya! Itu belum kira lagi kalori kuah masalemak cili api, atau asam pedas, atau rendang pajeri yg dicurah ke atas nasi! Ikan atau ayam pula kita lebih suka yg bergoreng berbanding yg dibakar/panggang. Sayur pula, biasanya kuantiti yg diambil sekadar 'cukup syarat' bersayur di pinggan sahaja. Itupun sudah lunyai dimasak!

Tak salah sebenarnya makan nasi setiap hari walaupun kita sedang dalam usaha untuk menurunkan berat badan. Cuma yg perlu kita jaga adalah KUANTITI, NISBAH & JENIS MASAKAN yg diambil.

Dari segi kuantiti, setiap kali makan, kita seharusnya mengamalkan nisbah "suku-suku-separuh" di dalam setiap hidangan. Di mana,
-Suku 1: Karbohidrat (nasi)
-Suku 2: Protein (ayam, ikan, telur atau daging)
-Separuh: Sayur-sayuran (yg tidak lunyai dimasak)

nisbah pemakanan sihat

rajah pinggan sihat


Dari segi jenis masakan, seeloknya:
  • Pilihlah beras perang berbanding beras putih kerana beras perang mengandungi serat yg lebih tinggi tetapi kanji yg kurang.
  • Pilih lauk ayam/ikan/telur/daging yg direbus atau dibakar atau dipanggang berbanding yg digoreng atau dimasak dalam kuah berlemak.
  • Elakkan kuah 'banjir'. Siramkan sedikit sahaja sekadar untuk memberi rasa kepada nasi. Elakkan juga kuah yg berlemak & berperasa tinggi seperti masak lemak cili api, asam pedas, rendang, pajeri & kicap/sos. Selain tinggi lemak, gula & garam, kuah-kuah seperti ini merangsang selera kita untuk makan lebih banyak.
  • Kurangkan garam, gula & bahan perasa dalam makanan. Paling penting, elakkan perisa tambahan seperti monosodium glutamate ataupun ajinomoto.
  • Lebihkan sayuran segar seperti ulam-ulaman berbanding yg telah dimasak. Masakan hanya menyebabkan nutrisi sayuran menjadi berkurang ataupun hilang terus!


pemakanan sihat

Sebagai tambahan, pastikan kita elakkan kudap-kudapan kurang sihat seperti makanan ringan, keropok, biskut, cekodok, goreng pisang, kek & sebagainya. Sebagai ganti di waktu senggang antara hidangan utama, ambil buah-buahan yg tinggi serat ataupun kekacang yg dipanggang tanpa garam.

Paling penting, jangan lupa untuk pastikan pengambilan air kosong yg mencukupi sesuai dengan berat badan kita. Setiap 25kg berat badan kita, memerlukan 1liter air kosong. Serta, pastikan kita elakkan minuman manis seperti minuman dalam tin, minuman dalam kotak, minuman bersusu pekat manis serta jus buah yg tinggi gula.

Ambil juga sedikit masa antara 10-15 minit sekurang-kurangnya 3 kali seminggu untuk melakukan aktiviti fizikal seperti berjogging, senaman aerobik, zumba atau berjalan 10,000 langkah.

Jangan sekali-kali bergantung harap pada supplemen atau sembarangan 'ubat kurus' semata-mata. Pengambilan supplemen yg betul hanya membantu menggalakkan penurunan berat badan yg sihat serta cara untuk badan kita kekal menerima jumlah nutrisi yg secukupnya sewaktu berdiet. Namun bukanlah kunci utama penurunan berat badan anda.

P/s: Jika anda perlukan Set Slimming Shaklee yg membantu mempercepatkan pembakaran lemak, pembuangan toksin & menjadikan bentuk badan lebih cantik tanpa menggeleber, boleh Whatsapp saya di 014-984 0240 (Irda). Saya akan beri konsultasi eksklusif tentang penurunan berat badan secara sihat kepada anda.

*Kedit ilmu, info & sebahagian gambar kepada Instagram Coach Syuhada Amran & Coach Fridajeb.



WOW! WANITA INI BERJAYA TURUN 10KG DALAM 10 MINGGU!

Menjadi gemuk bukanlah sesuatu yg menggembirakan bagi setiap wanita. Saiz badan wanita biasanya amat berkait rapat dengan tahap keyakinan diri seseorang itu. Kebiasannya, wanita yg mempunyai bentuk badan langsing akan tampil dengan lebih yakin di khalayak ramai. Malah, ramai sebenarnya wanita bersaiz montel, 'gebu' ataupun gemuk yg memilih untuk menjadi anti-sosial akibat rasa keyakinan diri yg amat rendah. Mereka malu untuk berkawan. Mereka takut diejek sama ada secara terang-terangan mahupun sekadar melalui pandangan mata yg menjengkelkan. Kebiasaannya wanita akan melakukan pelbagai cara untuk mengurangkan berat badan ataupun 'nak kurus'. Tetapi kebanyakannya kecundang di tengah jalan akibat tak sabar menantikan keputusan yg dimahukan.

Namun, berbeza dengan wanita ini. Beliau nekad merubah cara pemakanan & gaya hidup demi untuk tidak kelihatan gemuk lagi.

Jom kita ikuti kisah penuh inspirasi oleh NURUL HIDAYAH BT ZAKARIA ini tentang 'kehilangan' berat badannya dalam masa yg agak singkat ini!

[ HILANG 10KG DALAM 10 MINGGU ]

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua.

Saya merupakan ibu kepada 2 orang anak. Umur saya baru mencecah 31 tahun dan saya adalah seorang yang gemar kepada makanan.

Badan saya mula naik bagai dipam-pam sejak pertengahan tahun 2015. Masa tu anak kedua saya, sudah semakin kurang menyusu badan. Saya dapat rasakan perubahan yang ketara pada diri saya. Saya makin kuat makan dan selera makan saya semakin membuak-buak. Setiap kali tiba waktu makan, saya pasti akan makan nasi bertambah.

Akibat daripada corak pemakanan yang tidak terurus dan tiada aktiviti senaman yang dibuat, berat badan saya semakin bertambah dah kemuncaknya pada Bulan Februari. Pada waktu itu, anak kedua saya dah pun wean off. Berat badan saya mencecah 97kg. Masa tu, keadaan diri saya sangatlah tidak selesa. Saya selalu rasa letih dan penat. Sukar nak bangun awal pagi. Badan selalu sakit-sakit. Nak solat pun susah. Selalu sakit kepala akibat tekanan darah meningkat dan selalu sangat mengah walaupun buat kerja ringan.

Selain daripada itu juga, baju-baju saya banyak yang dah tak boleh pakai. Saya terpaksa membeli baju baru dengan size XXXL. Sedih sangat. Baju-baju lama saya, semua terpaksa disimpan dalam almari buat perhiasan je. Kalau pakai jugak, memang tersembul-sembul keluar lemak perut..

Namun, pada pertengahan bulan Februari, saya mula nekad dan belajar cara pemakanan yang lebih sihat. Saya amalkan cara pengambilan makanan yang betul serta mengikut keperluan diri saya yang sepatutnya.. Saya belajar cara buat detox.. Saya mula konsisten mengamalkan Set Kurus Shaklee.. Dan mula bersemangat melakukan senaman.

4 perkara UTAMA yang saya buat sepanjang 10 minggu ialah :-

1- Saya amalkan cara pemakanan yang sihat dan seimbang. Saya kawal makanan yang masuk ke dalam badan saya. Saya jaga kuantiti makanan yang saya makan dan saya masak makanan yang lebih sihat dari segi penyediaannya.

2- Saya mula membuat detox. Saya mulakan dengan detox parasit selama 2 bulan (Feb&Mac). Kemudian saya sambung dengan detox cara Shaklee (April). Kedua-dua jenis detox ini saya menggunakan produk Shaklee. Produk detox yang saya gunakan ialah Vivix, DTX Complex, Alfalfa Complex, Garlic Complex, Herb-Lax, Peppermint Ginger & Nutriferon.

3- Saya mengamalkan Set Kurus Shaklee dengan konsisten dan dengan cara pengambilan yang betul. Tidak skip dan makan ikut dos yang sepatutnya. Antara suplemen yang saya amalkan ialah Cinch Shake, Cinch Tea Mix, Omega Guard & Lecithin.

4- Saya juga melakukan senaman seminggu 3 kali dengan konsisten. Antara senaman yang saya lakukan ialah, jogging, burpees, squats, plank dan aerobik.

Selepas melakukan keempat-empat perkara ni dengan konsisten dan istiqomah, berat saya mula turun dengan mudah sebanyak 10kg dalam masa 10 minggu.

Dan apa yang paling menggembirakan saya, banyak berlaku penurunan inci pada ukuran badan saya. Terutama di bahagian perut. Kalau dulu macam orang mengandung 8 bulan, sekarang dah kurang. Pakai baju pun dah tak nampak perut buncit. Malah saya dah boleh pakai semula baju saya bersaiz XL. Saya happy sangat-sangat. Gembira tak terkata.

Berat saya yang terkini adalah 87kg. Dan saya masih dalam misi menurunkan 20kg berat saya.

Doakan saya berjaya mencapai misi saya membuang 30kg berat badan keseluruhan.. Dan saya kongsikan cerita saya agar dapat memberi inspirasi kepada anda semua yang memerlukan.

Akhir kata daripada saya, apa pun yang kita lakukan,lakukan dengan bersungguh-sungguh. Nak kuruskan badan, mesti buat  apa yang daya kongsikan tu supaya kita dapat hasil yang menakjubkan!

"GEMUK IS NOT AWESOME. HIDUP DENGAN SIHAT, JADI LEBIH SIHAT DENGAN SHAKLEE."

Anda juga 'dah penat gemuk'?
Dah puas mencuba pelbagai produk & cara tapi tidak berjaya? Jom Whatsapp "SAYA NAK KURUS" ke 014-984 0240 sekarang! Saya akan bantu anda menjadi seperti wanita hebat ini!

TESTIMONI JADI SLIM MENAWAN HILANG 12KG DENGAN SET KURUS SHAKLEE

Ramai yang tanya saya, berkesan ke Set Kurus Shaklee ni? Haaaa... jom tengok salah satu testimoni pengguna yg telah berjaya menurunkan berat badannya dan sekaligus memperolehi bentuk badan yg semakin menarik selepas mengamalkan Set Kurus Shaklee ni selama beberapa bulan. Bukan sahaja makin slim, malah wajah pun makin berseri-seri tau.. hehehe..

set kurus shaklee

Rahsianya?? Tentulah Set Kurus Shaklee yg mengandungi setiap elemen yg diperlukan oleh tubuh badan kita untuk mendapatkan berat badan yg sihat & bentuk tubuh badan yg anjal & menarik.. (^_^)

Untuk pelanggan ini, beliau telah mengamalkan Set Kurus Shaklee yg mengandungi:

1. ESP - Antara kebaikan shake berasaskan non-GMO soya ni adalah:

  • ‘ENERGY BOOSTER’ bagi ibu hamil, menyusukan anak serta mereka yang ingin menurunkan berat badan
  • Menganjalkan badan menggeleber ibu lepas bersalin
  • Mengembalikan kepejalan otot; membentuk bentuk badan yang cantik
  • Membantu ibu yang ingin re-laktasi
  • Memperbaiki kesan ‘stretch mark’ & parut
  • Menjadikan kulit gebu & licin
  • Mengekalkan rasa kenyang berpanjangan bagi yg ingin menurunkan berat badan
  • Memelihara kestabilan hormon wanita
  • Menegang & menganjalkan payudara

2. VITA-LEA - membekalkan vitamin & mineral yg diperlukan oleh badan untuk kekal cergas. Ketika sibuk 'berdiet', biasanya kita lebih cenderung untuk mengurangkan kuantiti makanan. Tanpa kita sedari, nutrisi makanan yg masuk ke dalam badan juga adalah berkurangan. Akibatnya badan akan menjadi lemah atau cepat merasa letih. Jadi, multivitamin Vita-lea mampu menampung lohong-lohong kekurangan nutirisi tersebut. Menjadikan badan kekal cergas walaupun kurang makan.


3. LECITHIN - membantu membakar lemak di dalam badan serta lemak di dalam pembuluh darah. Ia membantu melancarkan peredaran darah & mengurangkan tekanan darah.


4. ALFALFA COMPLEX - 'Raja Segala Tumbuhan' yang membantu membuang toksin di dalam badan agar badan mampu menyerap segala vitamin & mineral dari makanan yang diambil secara optimum. Toksin yg banyak di dalam tubuh kita boleh menyebabkan kegemukan akibat penyrapan nutrisi yg tidak betul oleh tubuh badan kita. Ia juga membantu melancarkan sistem perkumuhan & melawaskan pembuangan najis.


Jom! Apa tunggu lagi?? Jangan habiskan wang anda pada produk lain yg belum dijamin berkesan!

Dapatkan Set Kurus Shaklee anda SEKARANG dengan HARGA SUPER ISTIMEWA! Penjimatan sehingga 10%!! Dan penghantaran percuma!

(Harga Retail Normal bagi Set Seumpama Ini: RM345)

Hubungi:
Irda
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...