Asthma

Salam.

Kebelakangan ini ramai pula kawan-kawan saya yang mengadu yang anak mereka mengidap asthma.Saya sendiri pernah mengidap lelah masa saya di UPM dulu  sampaikan kakak senior kena bawa saya ke klinik tengah malam untuk ambil gas. Tapi alhamdulillah, dah lama tak kena. Jadi saya nak kongsikan info tentang penyakit asma, jadi kita sama-sama manfaat daripadanya.

Penyakit Asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk bersenam.


Asthma terjadi apabila laluan pernafasan pada peparu (bronchial tubes) membengkak dan terjerut. Otot-otot pada laluan pernafasan menegang dan menghasilkan lebihan lendir atau lebih di kenali sebagai hingus(mucous) yang boleh menghalang laluan pernafasan anda. Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi,paru-paru akan berkurangan udara. Akibatnya, pesakit boleh pengsan.

Asthma di kalangan kanak-kanak
Menurut kajian, jumlah kanak-kanak diserang penyakit asma adalah 10 hingga 20 peratus. Selalunya, penyakit ini tidak boleh diubati. Tapi, biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia meningkat.
Bagi kanak-kanak yang menghidapi asma sederhana, serangan ini akan hilang apabila mencapai usia lingkungan 12 hingga 13 tahun.
Manakala, 50 hingga 60 peratus akan sembuh apabila mencapai usia 20 hingga 25 tahun. Sementara, 20 peratus lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya sebilangan kecil saja yang akan sembuh.


Simptom-simptom
  1. Seringkali pesakit akan mengalami sesak nafas dan selalunya ia berlaku disebabkan rangsangan luar. Sekiranya ia berlaku kepada bayi, anda akan lihat pernafasannya menjadi pantas.
  2. Sesak nafas juga sering disusuli dengan sejenis bunyi yang digelar‘wheezing’. Ia merupakan bunyi seperti wisel yang berada di anak tekak dan selalunya berlaku apabila mereka menghembuskan nafas berbanding menarik nafas.
  3. Pada waktu malam, mereka akan sering batuk-batuk. Cuaca yang sejuk merangsang batuk tersebut. Batuk tersebut digambarkan batuk yang berkahak.
  4. Kadang-kadang mereka juga akan mengadu sakit dada akibat kesukaran untuk bernafas.

Simptom-simptom asthma boleh dikawal. Pengurusan termasuklah menjauhi dan mengesan punca yang boleh menyebabkan diserang asthma.

PUNCA-PUNCA ASTHMA


  • alahan pada objek yg berada di udara, seperti debunga, mold(sejenis parasit),lipas,hama dan habuk-habuk.

  • jangkitan pernafasan sperti selsema

  • aktiviti fizikal

  • pencemaran udara seperti asap rokok

  • sesetengah ubatan, termasuk B blocker, aspirin, dan NSAID(ubat anti-radang bukan steroid)

  • cuaca yang sejuk

  • gangguan emosi dan stress

  • bahan ber'sulfite', bahan pengawet

  • GERD(gastroesophageal reflux disease) yang mana keadaannya apabila pengaliran semula acid dari dalam perut naik ke saluran makanan (esophagus)

  • putaran haid bagi sesetengah perempuan

  • alahan kepada makanan seperti kekacang dan makanan laut.

  • LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...