BF Mommies dan Preggers? Senarai Bahan Kosmetik Yang Harus Di Elakkan.



Walaupun wanita yang mengandung atau yang masih menyusukan anak tidak mudah mengalami allergik akibat bahan kimia yang terdapat dalam kosmetik penjagaan wajah yang di gunakan, ibu-ibu haruslah mengambil perhatian terhadap bahan kimia yang berkemungkinan membahayakan bayi sewaktu mengandung atau yang masih menyusukan anak. Menurut laporan doktor di BabyandPregnancy.co.uk , bahan kimia daripada produk penjagaan kulit boleh menyusup masuk ke salur darah dan berkemungkinan menyebabkan kecederaan janin, menjadi punca allergi dan menjejaskan susu ibu. Sebelum menggunakan sesuatu produk penjagaan kulit, baca label dan pastikan tidak mengandungi bahan-bahan yang saya senaraikan di bawah.


PETROLEUM
Ibu yang menyusukan bayi mesti mengelakkan produk yang berasaskan petroleum, sebab bahan ini akan memyebabkan kulit bayi yang sensitif merengsa. Nama bahan yang diperbuat daripada petroleum adalah seperti propylene glycol, mineral oil, paraffin, petrolatum dan  isopropyl alcohol.


FORMALDEHYDE
Formaldehyde adalah bahan yang biasa digunakan untuk memanjangkan usia  sesuatu kosmetik . . Formaldehyde boleh menyebabkan  allergies dan  reaksi allergik yang serius kepada bayi yang menyusu jika ibunya memakai kosmetik yang mengandungi bahan ini. Nama-nama teknikal yang digunakan untuk menunjukkan  formaldehyde terdapat dalam kosmetik tersebut iaitu  hydroxymethylglycinate, DMDM-hydantoin dan methenesmine.


PARABENS
Paraben merupakan 'nyawa' kebanyakkan kosmetik dan paling banyak digunakan dalam kebanyakkan kosmetik. Meskipun kandungannya rendah, namun pemakaian yang berterusan akan menyebabkan bahan ini berkumpul dalam badan dan kandungan yang tinggi akan menjejaskan system endoktrin bayi yang sensitif terhadap Paraben. Ia dikenali dengan nama isopropylparaben or methylparaben. 


RETINOIDS
Retinoids digunakan untuk mengurangkan kedutan pada wajah dan sangat popular. . Retinoids mengurangkan kedutan  dengan mempercepatkan penghasilan vitamin A, menghalang kemusnahan kolagen dan mempercepatkan penghasilan sel baru.Menurut laporan BabyCenter.com, retinoids yang dipakai secara luaran menyebabkan kecacatan janin dan tidak boleh digunakan oleh ibu yang menyusukan anaknya.   Retinoids terdapat dalam banyak nama seperti Retin-A, differin, tazorac, retinol atau retinyl.

SALICYCLIC ACIDSalicyclic acid adalah bahan yang digunakan didalam krim anti jerawat dan krim pupur. Ia juga banyak digunakan dalam pencuci wajah dan dikenali dengan nama BHA, beta hydroxy acid dan salicyclic acid. Bahan kimia ini akan menyerap jauh kedalam liang-liang kulit. Walaupun menurut kajian penggunaan yang sedikit tidak membahayakan bayi yang menyusukan, namun  salicyclic acidyang terdapat dalan topeng muka dan krim pencerah badan lebih  toksik kerana dibiarkan lebih lama di wajah dan salicyclic asidnya tinggi kepekatannya dalam topeng muka tersebut.


Untuk pesanan vitamin anda dan konsultasi secara percuma, hubungi saya:
SHAKLEE Independent Distributor (Irda - ID 909714)
Email: irda2104@yahoo.com
Call/SMS/Whatsapp: 014-984 0240

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...