Terima kasih kerana menyokong blog ini dan saya banyak menerima email dan pm di Facebook bertanyakan supplemen yang sesuai untuk kehidupan di era millenium yang serba pantas dan mencabar ini. Saya ingin kongsikan satu isu kesihatan yang paling biasa tapi tak boleh di ambil remeh.
Email yang saya terima berbunyi begini:
Soalan: Saya seorang lelaki yang berusia lewat 30-an. Saya ingin bertanya mengapa saya selalu berasa letih dan lesu, sering merasa keletihan melampau dan tak bermaya.Apakah puncanya sedangkan saya makan seperti biasa dan aktiviti yang saya lalui adalah rutin sehari-hari. Boleh saya tahu supplemen Shaklee yang mana boleh saya ambil supaya saya dapat perbaiki keadaan ini.
Ini adalah gambar hiasan, bukan gambar pengirim email. |
Jawapan:
Encik yang di hormati, " Fatigue" atau rasa penat yang selalu di alami oleh sebahagian daripada kita telah di anggap sebagai salah satu fenomena yang biasa. Keadaan letih lesu yang sudah mencapai tahap kronik selalunya diikuti dengan sakit kepala,sakit tulang belakang,makanan yang kurang hadam,dan selsema. Ia juga faktor penyebab yang membuat kita cepat marah dan sensitif.
Penyebab badan lemah dan lesu:
- Pemakanan yang tidak sihat
- Tekanan dan stress
- Kegemukan
- Pekerjaan yang memenatkan
- Insomnia
- Darah rendah/anemia
- Perokok tegar
- Mengambil kafein secara berlebihan
- Pengambilan makanan segera dan makanan rapu yang berlebihan
- Tidak melakukan senaman
- Pengambilan ubat-ubatan
- Kekurangan air
- Kehamilan
Anemia atau kekurangan sel darah merah dalam darah merupakan satu sebab kenapa kita cepat letih. Anemia berpunca daripada keadaan di mana darah kekurangan sel darah merah yang sihat yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh badan.Setiap kelompok usia memiliki nilai normal hemoglobin dalam tubuh. Menurut WHO, anak usia kurang dari enam tahun lelaki 13g/dL.
Punca Anemia
1. Kekurangan Zat Besi
2. Kekurangan Vitamin B12
3. Kekurangan Zat Mineral yang lain seperti asid folik,Vitamin B6 dan lain-lain
4. Ketidakseimbangan Hormon
5 Sakit Kronik
6. Kehilangan darah
No 1 hingga 3 merupakan punca yang paling lazim dan sebab paling UTAMA yang menjadi penyumbang pada keadaan letih lesu ini.
Adakah Vitamin Shaklee dapat memperbaiki keadaan keletihan ini?
Jika mengalami masalah ini, saya mencadangkan supplemen Vitalea, B Complex, Vitamin C dan ESP .
Vita-Lea Iron Formula
Mengandungi zat besi yang membantu mereka yang menghadapi masalah kekurangan zat ini. Kebiasaannya mereka yang mengalami anemia jenis ini ialah dari kalangan kanak-kanak di bawah 2 tahun, remaja perempuan (yang sudah datang haid), wanita hamil dan warga emas.Faktor yang menyebabkan kekurangan zat besi ialah kurangnya pengambilan zat besi dalam diet harian, atau badan kurang berupaya menyerap zat besi kerana diet yang tidak betul.
Vita-C 500mg Sustained Released
Vitamin C membantu tubuh menyerap zat besi.Kajian menunjukkan vitamin C membantu penyerapan zat besi sehingga 2 kali lebih banyak.Vitamin C sustained released dilepaskan secara perlahan-lahan untuk membekalkan vitamin C yang secukupnya kepada tubuh. Ini kerana Vitamin C tidak dapat disimpan oleh tubuh. Tubuh manusia normal memerlukan 500mg vitamun C setiap hari yang bersamaan dengan 7 biji oren
B Complex
Asid folik membantu mengawal dan mengelakkan anemia yang disebabkan oleh kekurangan asid folik.Vitamin B12 mengelakkan anemia yang disebabkan oleh kekurangan Vitamin B12.
Vitamin B5 dan B6 membantu dalam penghasilan sel darah merah.
ESP