APA ITU ARTHRITIS, OSTEOARTHRITIS & RHEUMATOID ARTHRITIS?

Orang selalu cakap, "mak saya dah tua.. tak boleh gerak sangat.. sakit sendi.." ataupun "ayah saya kalau bergerak lutut dia berbunyi macam berkeriukk camtu.. kenapa ye?" Itulah namanya ARTHRITIS ataupun RADANG SENDI namanya..

Apa itu ARTHRITIS?

Artiritis adalah keradangan pada sendi-sendi. Terdapat pelbagai jenis artritis. Golongan tua dan muda boleh mendapat artritis. Artiritis yang paling lazim ialah artritis reumatoid dan osteoarthritis.



Apa pula itu OSTEOARTHRITIS?

Osteoartritis ialah keadaan di mana terdapat kemusnahan pada rawan yag menyelaputi sendi-sendi. Ia lebih biasa didapati pada usia yang lanjut dan pada mereka-mereka yang menegangkan sendi mereka, contohnya pada mereka-mereka yang bekerja keras dan mereka-meraka yang terlampau gemuk. Sendi-sendi yang selalu terlibat adalah sendi pinggang, lutut dan tulang belakang.

Osteoarthritic spine

Osteoarthristic Finger


Tanda-tanda dan Gejala-gejala Osteoarthritis:
v Sakit dan pembengkakkan di bahagian sendi-sendi seperti di pinggang, lutut, tulang
    belakang, siku dan pada wanita, juga pada sendi-sendi di hujung jari.

v Terdapat sakit yang sela-menyela dan dilegai dengan berehat.
v Pergerakan yang terhad apabila penyakit semakin melarut disebabkan oleh kehilangan
    rawan.

Apa itu RHEUMATOID ARTHRITIS (RA)?

Rheumatoid Artritis ialah penyakit kronik yang merujuk kepada keradangan pada tisu pengalas atau sinovia sendi. Ia boleh mengakibatkan kerosakan sendi pada jangka masa panjang dan menyebabkan sakit kronik, hilang upaya dan kecacatan.



Rheumatoid Artritis menular dalam 3 peringkat. Peringkat pertama ialah bengkak pada lapisan tisu sinovia yang menyebabkan kesakitan, kepanasan, kekejangan, kemerahan dan bengkak di sekeliling sendi. Peringkat kedua ialah pembesaran dan pembahagian sel yang pantas mengakibatkan cecair sinovia menjadi pekat. Dalamperingkat ketiga, sel yang meradang akan mengeluarkan enzim yang mungkin memakan tulang dan rawan, mengakibatkan sendi yang terlibat hilang bentuk dan kesejajarannya, lebih kesakitan dan kehilangan daya pergerakan.


Disebabkan ia adalah penyakit kronik, RA akan kerap menimbulkan masalah dan tidak akan hilang begitu sahaja. Aktiviti penyakit juga akan kerap berlaku. RA ialah penyakit yang sistemik, di mana ia boleh menjejaskan bahagian tubuh yang lain. Adalah penting untuk mendapatkan diagnosis dan rawatan awal untuk RA jika anda ingin teruskan kehidupan yang produktif. Kajian menunjukkan rawatan awal RA yang agresif dapat mengawal kerosakan sendi, lantas mengurangkan masalah kehilangan pergerakan, meningkatkan keupayaan untuk bekerja, mengurangkan kos perubatan dan menurunkan keperluan pembedahan.

Adakah supplement Shaklee yang boleh membantu Arthritis, Osteoarthritis & Rheumatoid Arthritis?

ADA. Ia adalah Advanced Joint Health Tablet!

Shaklee Advanced Joint Health Tablet (AJHT) ialah satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendisendi. 

Shaklee Advanced Joint Health Tablet mengandungi ekstrak unique Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak Jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral, Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formula sayur-sayuran 100%.

Untuk pesanan vitamin anda dan konsultasi secara percuma, hubungi saya:
SHAKLEE Independent Distributor (Irda - ID 909714)
Email: irda2104@yahoo.com
Call/SMS/Whatsapp: 014-984 0240
COD: Sekitar Johor Bahru, Nusajaya, Skudai & Kulaijaya.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

2 comments:

  1. http://annislovelyanis.blogspot.com/2014/08/omega-guard.html

    ReplyDelete
  2. saya juga baru baca di apa itu rheumatoid arthritis ternyata gak ada obatnya yaa :(

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...