60 TIPS UNTUK HIDUP HEBAT LUAR BIASA OLEH ROBIN SHARMA

Pernah dengar tak tentang Robin Sharma? Beliau adalah seorang penulis, pakar motivasi serta pakar dalam bidang 'leadership' ataupun kepimpinan. Beliau sangat terkenal dengan buku-bukunya seperti "The Monk Who Sold His Ferrari" dan "The Leader Who Had No Title". Beliau banyak memberikan tips & panduan dalam memotivasikan orang ramai untuk menjadi seorang pemimpin yg berpengaruh & efektif walaupun seseorang itu tidak mempunyai sebarang gelaran yg terkenal. Dan salah satu senarai tips oleh Robin Sharma ni yg terkenal adalah "60 Tips for Stunningly Great Life" ataupun kalau diterjemahkan, jadilah ia "60 Tips untuk Hidup Hebat Luar Biasa". Nak kenal Robin Sharma & program motivasinya, boleh klik di sini ye: www.robinsharma.com


tips untuk buat bisnes shaklee


So, baru-baru ni mentor saya pun meminta kami untuk menterjemahkan 60 tips yg diberikan oleh Robin Sharma ni ke dalam Bahasa Melayu; dan dengan sedikit penambahan iaitu dengan meletakkan perkataan "Saya" di hadapan setiap ayat tips yg diberikan. Tujuannya? Supaya kami ataupun sesiapa sahaja yg membacanya akan rasa lebih bersemangat apabila membaca tips-tips ini. Jom baca kuat-kuat untuk menaikkan semangat kita sendiri menjadi seorang pemimpin yg hebat!



60 TIPS UNTUK HIDUP HEBAT LUAR BIASA - ROBIN SHARMA

  1. Saya bersenam setiap hari.
  2. Saya serius tentang kesyukuran.
  3. Saya melihat kerja saya sebagai satu kemahiran (craft).
  4. Saya sentiasa mengharapkan yg terbaik & bersedia untuk yg terburuk.
  5. Saya tulis dalam jurnal.
  6. Saya baca "The Autobiography of Benjamin Franklin".
  7. Saya rancang jadual mingguan saya.
  8. Saya kenal pasti 5 keutamaan dalam hidup saya.
  9. Saya hindarkan gangguan.
  10. Saya minum banyak air.
  11. Saya tingkatkan kerja saya setiap hari.
  12. Saya dapatkan seorang mentor.
  13. Saya lantik seorang jurulatih.
  14. Saya bangun 5 pagi setiap hari.
  15. Saya kurangkan pemakanan saya.
  16. Saya cari lebih ramai wira (heroes).
  17. Saya jadi seorang wira kepada seseorang.
  18. Saya senyum kepada orang yg tidak dikenali.
  19. Saya jadikan diri saya sebagai orang yg paling beretika yg pernah saya kenali.
  20. Saya tidak berpuas hati dengan apa-apa yg kurang dari cemerlang.
  21. Saya nikmati keseronokan hidup yg mudah.
  22. Saya simpan 10% daripada pendapatan bulanan saya.
  23. Saya luangkan masa di galeri seni.
  24. Saya berjalan dan beriadah di dalam hutan.
  25. Saya tulis surat terima kasih kepada mereka yg telah membantu saya.
  26. Saya maafkan orang-orang yg pernah melakukan kesalahan & kesilapan terhadap saya.
  27. Saya ingat, kepimpinan adalah mengenai pengaruh & keberkesanan saya; bukan gelaran & penghormatan.
  28. Saya cipta detik-detik indah yg tidak dapat dilupakan dengan mereka yg saya sayang.
  29. Saya mempunyai 5 kawan-kawan yg hebat.
  30. Saya jadikan diri saya sangat bersopan-santun.
  31. Saya tanggalkan plug tv saya.
  32. Saya jual tv saya.
  33. Saya membaca setiap hari.
  34. Saya elakkan berita.
  35. Saya berpuas hati dengan apa yg saya ada.
  36. Saya kejar impian saya.
  37. Saya jadi diri saya sendiri (be authentic).
  38. Saya hidup dengan penuh minat (be passionate).
  39. Saya minta maaf apabila saya perlu meminta maaf.
  40. Saya tidak sekali-kali terlepas peluang untuk meraikan sesuatu detik untuk yg lain.
  41. Saya mempunyai wawasan untuk hidup saya.
  42. Saya ketahui kekuatan saya.
  43. Saya fokus minda saya pada yg baik berbanding fokus pada yg tiada.
  44. Saya bersabar.
  45. Saya tidak putus asa.
  46. Saya selesaikan masalah-masalah saya.
  47. Saya gunakan perkataan yg sempurna.
  48. Saya lebihkan melancong.
  49. Saya baca "As You Think".
  50. Saya hormati ibu bapa saya.
  51. Saya beri tip lebih kepada pemandu teksi.
  52. Saya jadi rakan sepasukan yg hebat.
  53. Saya tidak luangkan tenaga untuk pengkritik.
  54. Saya luangkan masa di pergunungan.
  55. Saya ketahui 5 nilai utama hidup saya.
  56. Saya beralih dari kesibukan kepada pencapaian result.
  57. Saya berinovasi & buat semula.
  58. Saya kurang bercakap, lebih mendengar.
  59. Saya jadikan diri saya sebagai seorang yg terbaik yg pernah saya kenali.
  60. Saya jadikan hidup saya lebih bermakna.

tips untuk berjaya
JOM JADI ORANG CEMERLANG!
KEJAR IMPIAN KITA!


Irda
SMS/Whatsapp: 014-984 0240
SID Pro Anda.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...