5 SEBAB KENAPA SAYA HANTAR ANAK-ANAK KE TASKA; BUKANNYA PENGASUH PERSENDIRIAN

Isu penjagaan anak ni biasanya suami isteri dan membincangkannya sejak si isteri mula-mula mengandung lagi. Antara persoalan yg biasa berlegar-legar di kepala adalah; "nak hantar kat pengasuh ke kat taska/pusat jagaan ye?".. "selamat ke kalau nak suruh orang jaga ni ye?".. "mahal tak kalau hantar taska ye?".. "kalau hantar kat pengasuh, dia jaga elok-elok tak ye".. dan pelbagai persoalan lagi. Tambahan pula, sekarang ni macam-macam kes berkaitan penjagaan budak yg berlaku kan.. tak kiralah sama ada yg dijaga oleh pengasuh persendirian mahupun dijaga oleh taska/pusat penjagaan. Tapi, bagi saya, saya tetap memilih untuk menghantar anak-anak saya ke taska sejak hari ke-61 hidupnya lagi; iaitu setelah saya habis berpantang dan mula bekerja semula (dahulu). Dan saya mempunyai alasan saya yg tersendiri mengapa saya pilih untuk menghantar anak-anak saya ke taska berbanding pengasuh persendirian.


So, ada 5 sebab kenapa saya & suami memilih untuk hantar anak-anak ke taska; bukannya pengasuh persendirian?
1. SUSAH NAK PERCAYA ORANG LAIN
===============================

Saya dan suami memang jenis susah nak percayakan orang. Apatah lagi orang yg kami baru kenal. Tambahan pula nak serahkan 'permata hati' kami yg kami tunggu punya la bertahun-tahun lamanya (boleh baca kisah saya lewat hamil di sini) tu untuk duduk dalam jagaan dia hampir sehari suntuk, kan? Sebab kami pun takde mana-mana saudara terdekat atau kenalan yg menjaga budak berhampiran dengan tempat tinggal kami. Jadi, kami memilih untuk mencari taska yg mempunyai reputasi & sistematik untuk memudahkan urusan di kemudian hari; terutamanya sekiranya berlaku apa-apa masalah.


2. MENGENALI TASKA BERASASKAN ISLAMIK, BEREPUTASI BAIK & BERSISTEMATIK
==============================================

Kebetulan, kakak ipar saya pernah menghantar anaknya ke sebuah taska yg agak berhampiran juga dengan tempat tinggal kami. Hasil dari soal selidik yg dibuat, kakak ipar saya amat berpuas hati dengan servis yg diberikan oleh taska tersebut. Yg penting, dan yg amat menarik minat kami adalah taska ini mempunyai sistem & syllabus yg berasaskan keIslaman. Maksudnya, sedari usia 1 tahun lagi anak-anak akan diajar perkara-perkara asas fardhu ain dalam Islam. Oooppss.. ni bukan PASTI ye.. hehe..

So, berdasarkan maklumat oleh kakak ipar tu, kami pun pergi untuk melihat sendiri dengan mata kami tentang taska tersebut sewaktu saya masih hamil lagi. Kami periksa sendiri keadaan sekitaran & dalamannya, kelengkapan belajar & fasilitinya serta cara guru-guru (dipanggil Teacher) melayan & mengajar anak-anak kecil sewaktu di dalam & diluar kelas. Owh, lupa nak bagitau.. taska ni menjaga anak dari seusia 61 hari (lepas pantang) sehinggalah anak-anak seusia 4 tahun.

Dan kami memang dapati taska ni bersistematik & teratur; iaitu:

  • Seorang Teacher hanya dibenarkan menjaga tidak lebih dari 3 orang bayi (2-12 bulan) dalam satu masa. Maksimum jumlah bayi yg diambil dalam satu-satu masa adalah 10 orang.
  • Teacher yg ditugaskan menjaga bayi terdiri daripada Teacher yg berpengalaman. Jika ada guru baru pun, hanya bertugas di kelas-kelas toddler atau pra sahaja.
  • Seorang bayi akan berada dalam kelas kategori 'Bayi' sehingga berusia 12 bulan ataupun sehingga ia pandai berjalan (jika jenis lewat berjalan macam anak-anak saya).
  • Setiap kelas kategori toddler & pra juga tidak melebihi 10 orang anak.
  • Ada penilaian perkembangan anak yg dibuat setiap 3 bulan. Di mana, ibu bapa akan dipanggil bertemu dengan Teacher yg bertanggungjawab menjaga anak kita, dan mereka akan jelaskan perkembangan anak kita sewaktu di taska.
  • Ajaran & teknik penjagaan yg berteraskan Islamik - penjagaan aurat (Teacher pun majoriti bertudung labuh. Selebihnya, bertudung & berpakaian sangat sopan setiap hari) di kalangan anak-anak & guru, pengasingan anak lelaki & perempuan (terutamanya bilik persalinan & tandas), bacaan doa harian berserta terjemahan seperti doa penerang hati, doa sebelum/selepas makan, doa masuk/keluar tandas, doa sebelum/bangun dari tidur, doa untuk ibu bapa, bacaan zikir-zikir lazim yg dijadikan amalan 'penghibur hati' & mengisi masa lapang, sesi mengaji & solat bersama-sama, cara wudhuk, bersalaman sebagai tanda hormat pada orang tua dan pelbagai perkara asas kehidupan yg lain.
  • Teacher yg ramah, baik hati & jujur. Selain menulis di dalam Buku Catatan Harian tentang aktiviti harian anak-anak kita, mereka juga akan bercerita serba sedikit tentang anak kita sewaktu kita menjemput anak-anak pulang pada waktu petang.
  • Kemudahan buku, alat bantu mengajar serta perabot yg lengkap - peti ais, rak kasut, almari baju, tikar, papan menulis, kerusi meja dan lain-lain.
  • Set buku latihan yg lengkap.
  • Keadaan persekitaran yg kemas & bersih - termasuk tandas.


ciri-ciri taska yang baik
Contoh taska yg mempunyai kelengkapan yg baik


3. FAKTOR UNDANG-UNDANG & KESELAMATAN
=======================================

Taska yg bersistematik amat mementingkan faktor undang-undang & keselamatan. Jadi, pada fikiran kami, SEKIRANYA apa-apa kejadian yg tidak diingini berlaku pada anak-anak kami, kami mempunyai asas yg kukuh untuk mengambil apa-apa tindakan ke atas pihak taska. Kerana, sekiranya mereka benar-benar mengikut sistem yg telah ditetapkan (contohnya kaedah menidurkan bayi, jenis pemakanan yg diberi dll), pastinya tidak akan ada apa-apa perkara yg tidak diingini boleh berlaku. Berbanding pengasuh persendirian, agak sukar untuk kita mengambil apa-apa tindakan perundangan ke atasnya melainkan dengan bukti yg sangat kukuh.

4. BERBALOI DENGAN YURAN YG PERLU DIBAYAR
=========================================

Zaman sekarang ni, hantar taska ke atau hantar pengasuh ke, yuran atau bayarannya hampir sama sahaja mahalnya. Kalau berbeza pun, hanya puluhan ringgit sahaja. Tujuan kita menghantar anak kepada orang lain sewaktu kita keluar bekerja adalah supaya ada orang/pihak lain yg boleh membantu kita menguruskan anak kita, bukan? Dan seboleh-bolehnya kita nak lah menghantar & mengambil mereka dalam keadaan yg amat memuaskan hati; dan bukannya dalam keadaan tidak terurus, kan?

Biasanya waktu pagi kita dah kelam-kabut bersiap untuk pergi ke pejabat; dan tak sempat nak mandikan bayi/anak kan? Waktu petang pula, selepas penat seharian bekerja, mesti sebolehnya kita nak anak kita dah wangi & elok supaya kita boleh terus bermain & meluangkan masa dengannya kan? So, ini adalah apa yg kami boleh dapat dari taska yg elok. Anak-anak kita akan dimandikan, diberi makan & dipersiapkan mengikut jadual yg teratur. Hasilnya, anak kita akan sentiasa wangi dan kemas je.. So, balik kerja boleh la terus golek-golek dengan mereka kat rumah kan? hehehe...


5. TAK PERLU TERLIBAT DENGAN MASALAH PERIBADI
=============================================

Ada sesetengah kawan-kawan kami yg kadang-kadang terpaksa ambil cuti secara tiba-tiba atas alasan "pengasuh balik kampung la".. atau "pengasuh jaga cucu dia kat hospital la".. tak pun "pengasuh nak buat kenduri kahwin anak dia.. so, dia nak cuti 4-5 hari"... Tak pun, tiba-tiba je pengasuh tu nak 'letak jawatan'.. nak berpindah ke, apa ke... dah satu keje kita kena cari pengganti..

Haaaaa... Naya je gitu kan? Tak pasal-pasal kita pun kena cuti. Dah la cuti tahun sikit je! Huhuhu.. Kalau kat taska, dah sah-sah takkan la semua Teacher nak cuti serentak kan? Paling-paling pun, taska hanya akan tutup pada hujung minggu & cuti umum je kan? Di mana, waktu tu, kita pun memang free-free cuti dari bekerja kan? Hehehe..

So, those are my reasons kenapa saya hantar anak-anak saya ke taska. Dan alhamdulillah, 5 tahun lamanya saya hantara anak saya yg sulung tu ke taska tersebut; dan hampir 3 tahun saya hantar anak kedua saya juga ke taska yg sama. And THE BEST part is, banyaaaakkk asas-asas fardhu ain yg anak-anak saya dah tahu. Dan, anak-anak saya sangat-sangat suka pergi ke taska setiap hari! Belum pernah sehari pun mereka menangis atau merengek tak nak pergi ke taska. (^_^)

Irda
SID Pro Anda.

3 comments:

  1. Boleh saya tahu taska yg puan maksudkan tu kat mana ya? Kot2 kalau dekat, boleh lah saya hantarkan anak saya kat sana juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau di kawasan perak saya tahu...tempat yang selamat untuk kanak²...dan saya telah meluangkan masa ketika mereka berorentasi

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...