APAKAH KELEBIHAN MERKURI?
Merkuri adalah sejenis bahan logam (raksa) yg boleh ditemui secara semulajadi di dalam batu-batuan serta beberapa sumber semulajadi yg lain. Sifat semulajadi merkuri adalah berwarna kekelabuan, tidak berbau, tidak larut dalam air serta mempunyai ciri alkohol.
Pada asalnya, pada zaman dahulu kala, merkuri digunakan untuk memutihkan kulit dari sejak zaman Mesir kuno lagi. Namun, lama-kelamaan industri kecantikan telah mula menyalahgunakan fungsi merkuri ini dengan memasukkan jumlah merkuri yg berlebihan dalam produk kosmetik bagi menjadikan produk yg dijual kononnya lebih cepat menampakkan kesan dan sekaligus meningkatkan jualan! Ketamakan & salah guna inilah yg akhirnya menjadikan wanita yg terlalu terdesak ingin menjadi cantik 'kelabu mata' lantas terpengaruh dengan kempen/promosi 'hebat' produk seumpama ini.
KESAN MENGGUNAKAN PRODUK YG MENGANDUNGI MERKURI
Produk kosmetik seperti krim siang/malam yg mengandungi merkuri sememangnya diakui akan memberikan kesan yg amat memuaskan dalam jangka waktu yg singkat. Namun sebenarnya, penggunaan merkuri berlebihan terutamanya yg terkandung di dalam produk kosmetik adalah amat berbahaya; terutamanya bagi jangka masa panjang. Kesan buruk akibat penggunaan merkuri ini dipanggil sebagai 'keracunan merkuri'. Antara kesan buruk penggunaan kosmetik yg mengandungi merkuri adalah:
- Kulit menjadi semakin rosak (gatal-gatal atau timbul bintik-bintik) jika anda berhenti menggunakan produk tersebut.
- Kulit menjadi kusam dan kehitam-hitaman seperti lebam; lebih teruk dari sebelumnya jika berhenti menggunakan produk.
- Menyebabkan kanser kulit.
- Kegagalan buah pinggang - kerana walaupun bukan dimakan, namun merkuri mudah meresap ke dalam kulit dan masuk ke dalam sistem aliran darah manusia.
- Meningkatkan potensi hilang daya ingatan.
- Merencatkan pertumbuhan janin bagi ibu mengandung.
- Emosi yg tidak stabil.
- Mengakibatkan kerosakan saraf.
- Perpeluhan luar biasa, degupan jantung semakin laju & tekanan darah tinggi.
APAKAH CIRI-CIRI PRODUK YG MENGANDUNGI MERKURI?
Secara asasnya, anda sepatutnya membaca & memeriksa terlebih dahulu setiap bahan yg terkandung di dalam setiap produk kosmetik anda. Anda perlu memastikan bahawa tiada sebarang bahan yg melibatkan alkohol, merkuri serta bahan kimia lain yg terkandung di dalam kosmetik anda. Sebaiknya, pilihlah produk yg benar-benar berasaskan bahan semulajadi. Walaupun sedikit mahal, namun ia takkan mendatangkan risiko buruk kepada anda di kemudian hari.
Selain dari membaca & mengkaji bahan-bahan yg disenaraikan, anda juga boleh memeriksa sendiri 9 perkara ini ke atas produk anda gunakan:
- Melekit-lekit. Krim/produk tersebut sukar untuk diratakan pada kulit.
- Tidak homogen. Bila ia dibiarkanlama sedikit, terdapat lapisan minyak terpisah daripada lapisan yg padat.
- Kulit anda menjadi putih/cerah segera selepas menggunakannya. Putih/cerah yg lain macam - seakan pucat.
- Tiada langsung jerawat tumbuh walaupun kecil. Ini petanda menunjukkan bahawa lapisan epidermis anda telah rosak. Bakteria/kuman pun tak sudi nak hidup di kawasan yg telah rosak!
- Bau logam yg kuat. Ataupun terlalu wangi akibat penambahan pewangi berlebihan bagi melindungi bau logam.
- Biasanya krim/produk berwarna putih kekuningan.
- Berkilau/'bling-bling' bila disapukan pada kulit. Sebab ia adalah logam!
- Bila berhenti menggunakan produk tersebut, kulit menjadi gatal, bintik-bintik atau menjadi kusam kehitaman seperti lebam.
- Kulit menjadi sensitif dengan cahaya matahari. Akan menjadi kemerahan & pedih seperti rasa terbakar/melecur.
Krim mengandungi merkuri akan kelihatan berkilau/bling-bling bila disapu pada kulit |
Kesimpulannya, berhati-hatilah dalam memilih produk kecantikan. Jangan terpengaruh dengan 'janji-janji manis' yg diberikan oleh para peniaga semata-mata. Kaji betul-betul bahan yg ada di dalam setiap produk yg ingin dibeli.
Kecantikan itu penting. Tapi muka kita lebih berharga. Sebab kita hanya ada 1 MUKA SAHAJA sampai bila-bila.
Bagi saya pula, saya lebih selesa menjaga kecantikan dari dalam dengan mengambil supplemen yg baik untuk kulit & kesihatan keseluruhan. Untuk penjagaan luaran pula, Nutriwhite SkinCare adalah set TERBAIK untuk kulit normal/kombinasi seperti saya. Kesemua yg saya gunakan dijamin halal, selamat & berkesan tanpa kesan sampingan. Malah ia telah diuji & disahkan secara klinikal oleh pakar nutrisi & pakar kulit. Dan anda boleh tiru macam saya dengan mendapatkan semua yg terbaik untuk kecantikan kulit anda di sini. Atau ceritakan terus kepada saya masalah kulit anda melalui SMS/Whatsapp ke: 014-984 0240 (Irda). Dan saya akan bantu anda sebaiknya!
Irda
Mentor Masalah Kulit Anda.