APA ITU JAUNDIS? MENGAPA JAUNDIS TERJADI? ADAKAH JAUNDIS MERBAHAYA?

Jaundis; ataupun 'kuning' di kalangan bayi yg baru lahir seolah-olah semakin kerap berlaku di kalangan bayi baru lahir sejak akhir-akhir ini. Apa itu Jaundis sebenarnya? Jaundis berlaku apabila kandungan bilirubin di dalam darah meningkat akibat daripada hemolisis ataupun pemecahan sel-sel darah merah yg telah matang. Jaundis sebenarnya adalah normal dan selalunya berlaku dalam jangka masa tiga hingga empat bulan pertama bayi; mengikut jangka hayat sel-sel darah merah di dalam badan manusia.



Selalunya, penghasilan bilirubin tidak menyebabkan jaundis kerana hati akan dapat memetabolismakannya dan ia dikumuhkan dalam sistem pencernaan. Bagi bayi yg baru lahir, mereka selalunya akan mengalami jaundis secara fisiologi bermula hari kedua selepas kelahiran kerana enzim-enzim hati untuk memetabolismakannya masih lagi pramatang untuk berfungsi secara efisien. Dianggarkan 60% daripada bayi yg lahir cukup bulan & 80% daripada bayi pramatang yg mengalami jaundis.

Selain itu, bayi yg baru lahir mempunyai jumlah sel darah merah yg lebih banyak berbanding orang dewasa dan jangka hayat sel-sel tersebut adalah lebih pendek. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan jumlah bilirubin yg dihasilkan oleh bayi sewaktu baru dilahirkan adalah lebih banyak daripada biasa.


Apakah simptom bayi yg mengalami jaundis?

Ada beberapa simptom yg ketara untuk menunjukkan bayi yg baru dilahirkan mengalami jaundis iaitu:


  • Kulit & mata bayi kelihatan berwarna kekuningan. Ia akan mula kelihatan selepas 1-4 hari kelahiran bayi.
  • Bayi lebih cenderung untuk tidur.
  • Bayi kerap meragam seolah-olah tidak selesa.
  • Dalam kes yg lebih serius, bayi akan mengalami demam panas.

Siapa yg berisiko untuk mendapat jaundis?

Sebenarnya, punca utama secara tepat mengapa & bagaimana jaundis boleh berlaku tidak dapat dikenal pasti. Namun, ada beberapa faktor yg boleh dipertimbangkan sebagai langkah berhati-hati seperti:


  • Bayi yg lahir sebelum usia 37 minggu.
  • Bayi yg lahir dengan berat kurang dari 2.5kg.
  • Adik-beradik bayi yg lahir sebelumnya mempunyai sejarah jaundis.
  • Darah bayi yg berlainan jenis dari ibunya.

Bayi yg menyusu ibu sepenuhnya kebiasaannya lebih berisiko untuk mendapat jaundis. Malah, sesetengah bayi akan mengalami 'prolonged jaundice'; iaitu jaundis yg agak panjang sehingga tempoh 2-4 bulan selepas kelahiran. Namun, itu tidak bermakna penyusuan susu ibu adalah faktor penyebab jaundis.


Adakah jaundis merbahaya? Apakah risiko jika jaundis tidak diatasi/dirawat?

Jaundis secara normalnya adalah tidak merbahaya. Namun, jika ia tidak dipantau & diatasi, ia boleh menyebabkan risiko berikut:


  • Bayi susut berat badan.
  • Bayi mengalami dehidrasi.
  • Bayi hilang keinginan untuk menyusu.
  • Jika bacaan bilirubin tidak dipantau sehingga menjadi terlalu tinggi, ia boleh menyebabkan masalah yg lebih serius seperti sawan, masalah pendengaran serta kerosakan pada saraf otak yg dikenali sebagai cerebral palsy.

Dalam kes yg lebih serius, jaundis juga merupakan simptom kegagalan fungsi hati pada bayi. Oleh sebab itu, pemantauan, pemeriksaan & rawatan amat penting untuk mengatasi jaundis.


Bagaimanakah cara mengatasi jaundis?

Jika bayi yg telah dilahirkan didapati mempunyai jaundis, ada beberapa kaedah yg perlu dilakukan untuk mengawal, mengatasi & merawat jaundis iaitu:


  • Mengambil sampel darah secara berkala untuk memantau bacaan bilirubin bayi.
  • Meletakkan bayi di bawah lampu fototerapi.
  • Meneruskan penyusuan susu ibu secara eksklusif.
  • Ibu berusaha untuk memastikan jumlah pengeluaran susu mencukupi dengan keperluan bayi.
  • Ibu memastikan susu badannya kaya dengan nutrisi lengkap agar bayi juga mendapat nutrisi yg sepatutnya.

Apakah beza antara 'breast milk jaundice' dengan 'breastfeeding jaundice'?

Breast Milk Jaundice:
=================
  • Jumlah susu ibu yg dihasilkan cukup untuk keperluan bayi.
  • Ia berkemungkinan disebabkan oleh sesuatu unsur di dalam susu ibu (kemungkinan besar akibat pemakanan ibu) yg menyebabkan jumlah bilirubin bayi meningkat. Contohnya jika ibu mengambil jamu sewaktu berpantang. Jamu boleh menyebabkan bacaan bilirubin bayi meningkat. Atau mungkin bayi sensitif kepada sesetengah makanan yg diambil oleh ibu.
  • Bayi kerap membuang air besar seperti normal & air kencing bayi berwarna kejernihan.
  • Ada kalanya boleh terjadi berlarutan sehingga bayi berusi 2-4 bulan.
  • Tidak merbahaya walaupun bayi perlu diletakkan di bawah lampu fototerapi untuk jangka yg lama.
  • Penyusuan susu ibu TIDAK sepatutnya dihentikan. Malah ia seharusnya diteruskan tanpa perlu memberi bayi tambahan susu formula.


Breastfeeding Jaundice:
====================

  • Berlaku disebabkan antara 3 faktor ini:
        => Jumlah pengeluaran susu ibu tidak mencukupi untuk bayi. Bayi menjadi dehidrasi.
        => Bayi lambat mula diberikan susu ibu sebaik selepas dilahirkan. Bayi sepatutnya 
terus disusukan oleh ibu dalam tempoh 1 jam selepas kelahirannya.
        => Bayi telah mula diberi susu formula, air kosong atau glukos sebelum diberi susu ibu sebaik selepas kelahirannya.
  • Ibu seharusnya berusaha untuk meningkatkan jumlah pengeluaran susu badan supaya mencukupi dengan keperluan bayi.
  • Ibu juga perlu meningkatkan pengambilan nutrisi pemakanan supaya susu yg dihasilkan dapat mengurangkan bacaan jaundis bayi.
  • Ibu perlu terus berusaha untuk meneruskan penyusuan susu ibu.
  • Bagi kedua-dua kes jaundis, sesetengah doktor mungkin akan menyarankan pemberian susu formula sebagai penyelesaian segera jaundice. Namun, susu ibu tetap merupakan MAKANAN TERBAIK yg diciptakan untuk bayi yg baru dilahirkan. Susu ibu adalah hak bayi yg perlu diberikan oleh si ibu. Penyusuan penuh selama sekurang-kurangnya selama 6 bulan adalah amat penting dalam memastikan keberlangsungan hidup bayi yg lebih sihat di masa hadapan.

Secara keseluruhannya, ibu tidak perlu berasa terlalu panik, risau ataupun stress sekiranya bayi comel yg diharapkan membawa kegembiraan bertukar menjadi kerisauan akibat mengalami jaundis. Jaundis adalah normal. Ia boleh dikatakan suatu fasa peralihan yg perlu dilalui oleh bayi dari dunia di dalam rahim ke alam dunia sebenar.

Ibu perlu sentiasa tenang menghadapi apa jua situasi selepas kelahiran bayi terutamanya bagi memastikan pengeluaran susu badan yg amat diperlukan oleh si comel tidak terjejas. Gali ilmu yg secukupnya tentang jaundis, kelahiran bayi serta penyusuan susu ibu sejak dari fasa kehamilan lagi agar lebih bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.


Irda
Shaklee Independent Distributor.

6 BARANG YANG TIDAK PERLU DIBELI UNTUK PERSEDIAAN BAYI BARU LAHIR

Dalam keterujaan untuk menyambut si comel yg bakal dilahirkan ke dunia, kebanyakan ibu bapa; terutamanya yg bakal menyambut kelahiran anak pertama, akan mula membeli & menyediakan keperluan yg lengkap & terbaik untuk si comel. Kadang kala, dengan hanya melayari laman media sosial artis terkenal, mereka akan mula menginginkan persediaan yg sama sepertimana yg dilihat. Sedangkan hakikatnya, tidak semua barangan yg disediakan oleh ibu bapa lain itu akan berguna untuk bayi yg baru lahir.

senarai keperluan bayi baru lahir


Terdapat 6 barangan yg sebenarnya kita tak perlu sediakan di peringkat awal kelahiran bayi iaitu:

1. AKSESORI KATIL BAYI YG BERLEBIHAN

katil bayi


American Academy of Pediatrics (AAP) di dalam garis panduannya menyatakan bahawa apa-apa jua jenis aksesori tidak sepatutnya diletakkan di dalam katil bayi. Tidak kiralah sama ada bantal, selimut mahupun alatan permainan lembut atau keras. Cadangan ini dibuat bagi memastikan bayi tidur dengan selamat serta dapat mengelak risiko kematian bayi secara mengejut (SIDS). Ia sebenarnya dikhuatiri jika aksesori-aksesori tersebut jatuh menghempap fizikal bayi yg masih belum kuat; terutamanya pada waktu yg tidak disedari oleh orang dewasa.


2. PELBAGAI JENIS BANTAL

aksesori katil bayi


Sudah menjadi amalan dalam masyarakat kita untuk meletakkan 'bantal golek' di kiri & kanan bayi supaya kononnya untuk menghangatkan & menjadikan bayi selesa; seolah-olah ada seseorang yg sedang menemani tidur di sebelahnya. Namun, pakar kanak-kanak di barat sebenarnya mengesyorkan agar ibu bapa tidak meletakkan apa-apa bantal di sekitar berhampiran bayi berusia satu tahun ke bawah terutamanya ketika ia tidur. Ini bagi mengelakkan kemungkinan bayi dihempap bantal atau tertoleh/tergolek sehingga bantal menutupi hidung & mulut bayi sehingga menyebabkan ia tidak boleh bernafas. Keadaan itu boleh meningkatkan risiko kematian bayi.


3. MAINAN LEMBUT

permainan bayi

Bayi seawal usia 6 bulan ke bawah masih belum dapat melihat dengan jelas serta belum pandai bermain dengan apa jua jenis permainan. Ia lebih memerlukan ransangan dalam bentuk sentuhan daripada ibu, bapa & orang di sekelilingnya. Maka, apa jua bentuk mainan; walaupun dari jenis yg lembut, tidak dapat digunakan oleh bayi. Tambahan pula jika mainan lembut tersebut dari jenis yg berbulu. Bulu dari mainan tersebut mungkin boleh merangsang alergik pada bayi anda.


4. BIB

senarai keperluan bayi


Bayi anda belum bersedia untuk makan makanan pejal selagi ia belum mencapai usia 6 bulan. Jadi, anda tak perlu tergesa-gesa untuk membeli bib sebagai alas makanannya di peringkat awal kelahiran atau sebelum kelahirannya. Namun, jika anda merasakan ia diperlukan sewaktu proses penyusuan, pastikan bib tersebut diperbuat daripada kain kapas (cotton) yg lembut.


5. KASUT BAYI

kasut bayi


Pakar podopediatrik percaya bahawa memakai kasut pada usia yg terlalu muda boleh menjejaskan perkembangan kaki si comel. Malah, dengan berjalan berkaki ayam, ia akan dapat menguatkan otot & ligamen kaki, meningkatkan kekuatan kaki serta memperbaiki postur tubuh yg lebih baik.


6. WALKER BAYI

walker baby


Ramai ibu bapa yg tersalah anggap tentang penggunaan baby walker. Ramai menyangka bahawa penggunaan walker boleh merangsang bayi agar dapat cepat berjalan. Hakikatnya, penggunaan walker sebenarnya adalah amat tidak digalakkan oleh para doktor pakar. Ia meningkatkan risiko kemalangan & kecederaan ke atas bayi. Ini kerana ia mampu memberi kelajuan & ketinggian tambahan kepada bayi sehingga bayi gagal mengawalnya serta mampu mencapai barangan pada ketinggian yg tidak sepatutnya seperti lapik meja, periuk, pinggan mangkuk, suis elektrik & sebagainya. Penggunaan walker juga sebenarnya semakin melambatkan kemampuan anak untuk berjalan kerana ia 'mengajar' bayi untuk bergantung harap pada walker untuk berdiri & bergerak; bukannya atas kemampuan kaki sendiri.


Irda
Shaklee Independent Distributor.

KESAN DIET TANPA NASI DI KALANGAN RAKYAT MALAYSIA

Nasi sudah menjadi makanan rutin kepada hampir seluruh rakyat Malaysia. Dari kecil pun majoriti kita dididik dengan corak pemakanan/diet yg melibatkan nasi. Sampaikan, ada yg merasakan, kalau sehari tak makan nasi, rasa tak puas atau tak kenyang betul. Ibu kita pun selalu je berpesan supaya kita makan nasi setiap hari, supaya tak kelaparan. Namun, yg tak bestnya, terdapat segelintir golongan yg nak menurunkan berat badan dengan terdesak lalu membuat keputusan untuk mengamalkan 'diet tanpa nasi'. Adakah corak diet tanpa nasi ini selamat & berkesan?

diet atkins

KESAN KURANG MENGAMBIL NASI

Apabila semenjak kecil kita sudah terbiasa dengan sesuatu corak (pattern) diet itu, badan akan menjadi terkejut jika kita menghentikan corak tersebut secara tiba-tiba. Contohnya, kita dah terbiasa makan nasi 2 kali sehari pada waktu tengahari & malam. Tiba-tiba, bila kita rasa nak menurunkan berat badan dengan kadar segera, kita terus tidak mengambil langsung nasi. Alasannya, sebab nasi tinggi kandungan karbohidrat. Dan karbohidrat akan membuatkan kita gemuk. Apatah lagi jika ada rakan-rakan yg asyik menegur seolah-olah badan kita dah nampak 'naik', berisi atau gemuk.

Style ini dikenali sebagai 'crash diet'. Crash diet terlalu banyak kesan sampingan buruknya. Antaranya:

  • Permulaannya kita berasa ok, tetapi selepas 2-3 hari kebiasaannya kita akan menjadi terlalu lapar. Pada waktu itu, kita yg merasakan berat badan telah berjaya turun sebanyak 2-3kg, lantas dengan tanpa rasa bersalah kita akan 'terlebih makan' pula. Alasannya "takpe, dah 3 hari aku tak makan." Akibatnya, kita akan cenderung untuk makan melebihi dari kuantiti yg sepatutnya!
  • Mengalami fasa 'bounce back' yg lebih dahsyat dari sebelum diet. Apabila kita mula nak 'cover makan' bagi beberapa hari yg kita telah kurangkan makan, ia sebenarnya memberikan kesan bounce back pada berat badan yg lebih dahsyat & mendadak. Malah, berat badan anda akan menjadi bertambah lebih banyak lagi berbanding sebelum anda berdiet! Apabila berat meningkat semula, maka semangat kita pun jadi pudar & hilang.
  • Badan menjadi lemah akibat kekurangan nutrisi secara tiba-tiba. Bayangkan sebatang pokok yg asalnya setiap hari menerima cahaya matahari & air hujan, tiba-tiba kita halang ia dari mendapat bekalan tersebut selama beberapa hari. Apa jadi? Tentu pokok akan mejadi layu bukan? Begitu juga badan kita. Malah, lebih teruk lagi, kita mungkin akan diserang gastrik & mudah jatuh sakit seperti demam, batuk & selsema akibat sistem imun yg semakin lemah.
  • Keinginan meningkat pada makanan tinggi gula. Apabila kurang karbohidrat, kita berisiko untuk mendapat hypoglycemia; iaitu bacaan paras gula yg rendah dalam badan. Apabila terlalu rendah, selain menjadi lemah, kita juga akan mula jadi mengidam (craving) kepada makanan yg tinggi gula seperti coklat, kek, biskut, minuman berkarbonat & sebagainya. Mengapa? Kerana badan kita kekurangan tenaga & sel badan kita telah menjadi tidak sihat.
  • Risiko penyakit kwashiorkor. Ia adalah penyakit rentetan dari kekurangan nutrisi dalam badan. Kesan penyakit ini termasuklah terlalu kurus, penurunan berat secara mendadak, lemah badan, rambut gugur, hilang selera makan & lebih teruk lagi pembengkakan hati.



BOLEHKAH GANTIKAN NASI DENGAN MAKANAN LAIN?

Ada pula sesetengah kita yg cuba menggantikan nasi dengan sumber makanan mengenyangkan yg lain seperti mihun, pasta, mee kuning, oat, granola & sebagainya. Namun hakikatnya, kebanyakan makanan pengganti nasi mengandungi kalori yg jauh lebih tinggi daripada nasi! Akibatnya, ia sebenarnya semakin menggemukkan!

Lihat perbandingan berikut antara nasi dengan penggantinya yg popular dalam kalangan kita:




bahaya diet tak seimbang
Contoh pengganti nasi yg lebih selamat



NASI TAK BERSALAH

Hakikatnya sebenarnya, nasi tidak bersalah pun sekiranya berat badan kita semakin bertambah. Makan nasi setiap hari bukannya satu kesalahan ataupun PUNCA berat badan kita meningkat. Yg bersalah adalah KUANTITI NASI yg kita ambil serta nisbahnya dengan lauk-pauk yg kita ambil bersamanya.

Sedangkan, jika kita ambil nasi 3 senduk dengan nasi 1 senduk pun sudah jauh beza jumlah kalorinya; inikan pula jika kita bertambah-tambah makan nasi sehingga berpinggan-pinggan jadinya! Itu belum kira lagi kalori kuah masalemak cili api, atau asam pedas, atau rendang pajeri yg dicurah ke atas nasi! Ikan atau ayam pula kita lebih suka yg bergoreng berbanding yg dibakar/panggang. Sayur pula, biasanya kuantiti yg diambil sekadar 'cukup syarat' bersayur di pinggan sahaja. Itupun sudah lunyai dimasak!

Tak salah sebenarnya makan nasi setiap hari walaupun kita sedang dalam usaha untuk menurunkan berat badan. Cuma yg perlu kita jaga adalah KUANTITI, NISBAH & JENIS MASAKAN yg diambil.

Dari segi kuantiti, setiap kali makan, kita seharusnya mengamalkan nisbah "suku-suku-separuh" di dalam setiap hidangan. Di mana,
-Suku 1: Karbohidrat (nasi)
-Suku 2: Protein (ayam, ikan, telur atau daging)
-Separuh: Sayur-sayuran (yg tidak lunyai dimasak)

nisbah pemakanan sihat

rajah pinggan sihat


Dari segi jenis masakan, seeloknya:
  • Pilihlah beras perang berbanding beras putih kerana beras perang mengandungi serat yg lebih tinggi tetapi kanji yg kurang.
  • Pilih lauk ayam/ikan/telur/daging yg direbus atau dibakar atau dipanggang berbanding yg digoreng atau dimasak dalam kuah berlemak.
  • Elakkan kuah 'banjir'. Siramkan sedikit sahaja sekadar untuk memberi rasa kepada nasi. Elakkan juga kuah yg berlemak & berperasa tinggi seperti masak lemak cili api, asam pedas, rendang, pajeri & kicap/sos. Selain tinggi lemak, gula & garam, kuah-kuah seperti ini merangsang selera kita untuk makan lebih banyak.
  • Kurangkan garam, gula & bahan perasa dalam makanan. Paling penting, elakkan perisa tambahan seperti monosodium glutamate ataupun ajinomoto.
  • Lebihkan sayuran segar seperti ulam-ulaman berbanding yg telah dimasak. Masakan hanya menyebabkan nutrisi sayuran menjadi berkurang ataupun hilang terus!


pemakanan sihat

Sebagai tambahan, pastikan kita elakkan kudap-kudapan kurang sihat seperti makanan ringan, keropok, biskut, cekodok, goreng pisang, kek & sebagainya. Sebagai ganti di waktu senggang antara hidangan utama, ambil buah-buahan yg tinggi serat ataupun kekacang yg dipanggang tanpa garam.

Paling penting, jangan lupa untuk pastikan pengambilan air kosong yg mencukupi sesuai dengan berat badan kita. Setiap 25kg berat badan kita, memerlukan 1liter air kosong. Serta, pastikan kita elakkan minuman manis seperti minuman dalam tin, minuman dalam kotak, minuman bersusu pekat manis serta jus buah yg tinggi gula.

Ambil juga sedikit masa antara 10-15 minit sekurang-kurangnya 3 kali seminggu untuk melakukan aktiviti fizikal seperti berjogging, senaman aerobik, zumba atau berjalan 10,000 langkah.

Jangan sekali-kali bergantung harap pada supplemen atau sembarangan 'ubat kurus' semata-mata. Pengambilan supplemen yg betul hanya membantu menggalakkan penurunan berat badan yg sihat serta cara untuk badan kita kekal menerima jumlah nutrisi yg secukupnya sewaktu berdiet. Namun bukanlah kunci utama penurunan berat badan anda.

P/s: Jika anda perlukan Set Slimming Shaklee yg membantu mempercepatkan pembakaran lemak, pembuangan toksin & menjadikan bentuk badan lebih cantik tanpa menggeleber, boleh Whatsapp saya di 014-984 0240 (Irda). Saya akan beri konsultasi eksklusif tentang penurunan berat badan secara sihat kepada anda.

*Kedit ilmu, info & sebahagian gambar kepada Instagram Coach Syuhada Amran & Coach Fridajeb.



KULIT MAKIN CANTIK & AWET MUDA DENGAN VIVIX SHAKLEE

Bila selalu nampak testimoni Vivix ni banyak membantu orang yg dah ada penyakit kronik macam kencing manis, stroke & sebagainya, ramai yg ingat Vivix ni hanya untuk orang yg sakit je. Silap sebenarnya. Vivix ni sepatutnya diamalkan masa kita masih sihat lagi. Ia sepatutnya menjadi langkah pencegahan dari gangguan/masalah kesihatan. Malah, kalau yg nak kekal awet muda & maintain cantik 25 tahun dari umur asal pun, Vivix la supplemen yg paling sesuai.

KENAPA VIVIX MAMPU MELEWATKAN PENUAAN & KITA JADI AWET MUDA?

Vivix merupakan minuman botanikal dengan fungsi antioksida yg sangat baik untuk kesihatan keseluruhan kita. Ia bertindak dalam badan kita di peringkat sel melalui 4 fungsi utamanya:

✔ Memberi tenaga kepada mitochondria (enjin) sel agar sentiasa sihat & bertenaga.
✔ Memperbaiki sel & DNA dari kerosakan akibat pencemaran, gaya hidup tidak sihat & oxidative stress.
✔ Membantu pembentukan sel-sel baru yg lebih elok.
✔ Melambatkan pengumpulan protein AGE yg menyebabkan penuaan.

BOLEH KE VIVIX JADI SUPPLEMEN UNTUK MENCANTIKKAN KULIT?

Bolehhh sangat-sangat!
Malah, dah ramai pun yg berjaya mendapat kesan yg marvellous lepas amalkan Vivix ni. Antara masalah kulit yg sangat disarankan ambil Vivix adalah:

✔ Jeragat.
✔ Jerawat teruk.
✔ Kedutan pada kulit.
✔ Kulit kusam.
✔ Bintik hitam/penuaan.

Paling best, ramai tau makcik yg dah berusia 50-60 tahun yg dah amalkan Vivix bertahun-tahun, tak kelihatan macam usia sebenar pun! Masing-masing nampak macam awal 40-an je. Mana yg ada anak dara umur 20-an tu, siap orang ingat mereka adik-beradik tau. Haaaa.. gitu sekali penangan Vivix!

Tak percaya? Meh tengok testimoni-testimoni mereka yg dah cantik & awet muda dengan Vivix ni. Haaa... kalau nak order terus, boleh Whatsapp saya di 014-984 0240 (Irda) ye. ❤

VITAMIN UNTUK HAID & HORMON WANITA - GLA COMPLEX SHAKLEE

Wanita & keseimbangan hormon memang tak dapat dipisahkan. Ketidakseimbangan hormon pada wanita boleh memberikan impak yg pelbagai; dari sekecil-kecil jerawat hinggalah kepada sebesar-besar masalah seperti kesukaran untuk hamil.

masalah haid tak teratur


APAKAH HORMON PENTING PADA WANITA?

Terdapat 3 hormon yg amat penting pada seorang wanita iaitu:

1. Estrogen Estrogen adalah hormon sex wanita yg dihasilkan oleh ovari, kelenjar adrenal (kelenjar berbentuk segitiga yg terletak di atas buah pinggang) & lemak badan (body fat). Fungsi utama hormon estrogen adalah membantu mengekalkan kalsium di dalam tulang, menseimbangkan paras HDL & LDL kolesterol dalam darah, menseimbangkan paras gula dalam darah, menguatkan memori serta menstabilkan emosi wanita.

2. Progesteron Progesteron adalah hormon sex wanita yg dihasilkan paling banyak sewaktu selepas fasa ovulasi yg mana ia sekaligus penting dalam pemyediaan rahim yg optimum untuk pelekatan ovum yg telah disenyawakan oleh sperma untuk membentuk janin. Progesteron juga membantu mengurangkan lemak pada badan, memberi kesan relax & tenang kepada wanita serta menggalakkan pertumbuhan rambut yg sihat.

3. Testosteron Testosteron adalah 'hormon kelelakian' yg juga perlu ada pada seorang wanita; namun dalam kuantiti yg sedikit sahaja. Ia juga dihasilkan oleh ovari & kelenjar adrenal. Hormon ini penting untuk mengekalkan tahap kesihatan secara keseluruhan seorang wanita. Ia mempengaruhi libido, mood, emosi, tenaga & lemak badan seorang wanita. Fungsi utama testosteron adalah melindungi wanita dari masalah osteoporosis ataupun tulang rapuh.


APAKAH KESAN KETIDAKSEIMBANGAN ATAU GANGGUAN HORMON PADA WANITA?

Antara kesan utama ketidakseimbangan hormon pada wanita adalah:

  • Berat badan mudah naik.
  • Senggugut.
  • Kitaran haid tak tetap.
  • Jerawat teruk.
  • Sakit pada buah dada.
  • Migraine.
  • Selulit degil.
  • Menopaus awal.
  • Rasa panas pada badan.
  • Gangguan selera makan.
  • Bentuk badan tidak cantik.
  • Emosi tidak menentu.
  • Mudah marah.
  • Cyst & fibroid.
  • Sukar untuk hamil.
  • Keguguran berulang.



ADAKAH SUPPLEMEN ATAU VITAMIN YG BOLEH MEMBANTU KESEIMBANGAN HORMON WANITA?

Ya ada.
Di Shaklee, ada satu produk yg amat sinonim & menjadi kesayangan beribu wanita; terutamanya di Malaysia - GLA Complex. GLA Complex yg dibuat daripada minyak bunga Borage; kaya dengan asid lemak Omega-6 yg amat baik untuk membantu keseimbangan hormon wanita.

vitamin untuk kesuburan

Minyak bunga Borage adalah sumber yg mempunyai kandungan Omega-6 paling tinggi berbanding bunga Evening Primerose yg kebiasaannya menjadi bahan asas supplemen untuk hormon wanita jenama lain di pasaran. Ia mengandungi antara 17-25% kandungan Omega-6 di dalamnya.


ADA BUKTI ATAU TESTIMONI?

Alhamdulillah, di kalangan customers saya sendiri pun sudah ramai yg asalnya mempunyai masalah seperti kitaran haid tak teratur serta sukar hamil, akhirnya telah berjaya diselesaikan. Malah, ad antara mereka yg begitu inginkan cahaya mata selama bertahun-tahun, akhirnya berjaya hamil & memperolehi cahaya mata yg diidamkan!

Ini adalah sebahagian testimoni mereka yg telah berjaya:







Anda mempunyai masalah kitaran haid, jerawat teruk atau sukar hamil? Set dengan GLA Complex adalah ikhtiar TERBAIK yg boleh saya cadangkan untuk anda. Whatsapp saya di 014-984 0240  (Irda) untuk pertanyaan, order & konsultasi eksklusif. Saya sedia membantu anda.

DARAH TINGGI, SAKIT TUMIT & KELETIHAN TIADA LAGI DENGAN VIVIX SHAKLEE

Siapa yg tidak gembira apabila usaha & ikhtiar yg dicuba untuk ibu bapa tersayang berhasil kan? Ibu bapa adalah orang yg telah bersusah payah membesarkan kita sehingga menjadi insan yg berjaya. Apabila ibu atau bapa disahkan mempunyai masalah kesihatan yg membahayakan, siapalah yg tidak gundah. Begitulah juga dengan seorang anak yg telah berikhtiar menghadiahkan Vivix untuk ibunya yg mempunyai masalah darah tinggi, sering sakit tumit & keletihan akibat aktiviti harian.

testimoni vivix sakit tumit

Jom kita ikuti kisah kegembiraan yg diceritakan sendiri oleh si ibu yg terlalu gembira apabila Vivix yg dihadiahkan oleh anaknya berjaya mengurangkan kesakitan yg ditanggung selama ini akibat tekanan darah tinggi, sakit tumit & keletihan.


[SAKIT TUMIT SEMBUH & BACAAN DARAH TINGGI MENURUN SELEPAS AMALKAN VIVIX]

Assalamualaikum..
Nama saya Arbayiah Binti Mohd Noh dan berumur 53 tahun. Saya seorang suri rumah dan kini menetap di Selangor serta mempunyai 5 orang anak. Saya ingin berkongsi pengalaman saya mengamalkan Vivix kerana masalah darah tinggi, sakit tumit dan cepat penat.

Saya pernah mencuba pelbagai suplemen, berjumpa doktor dan membeli produk lain seperti Jus Nus**tara, Jus dari produk Zhu**an dan macam-macam lagi. Doktor juga membekalkan ubat-ubatan setiap kali selepas check up.

Saya mula mengenali Shaklee melalui phamplet yang dibawa pulang oleh anak saya, Nurliyana. Beliau merupakan seorang pengedar Shaklee. Saya juga turut membuat pembacaan di Internet untuk mengetahui kandungan Vivix serta membaca testimoni-testimoni di Internet.

Saya mengambil 1 sudu teh Vivix setiap pagi. Selain Vivix, saya turun mengambil Ostematrix setiap hari. Selepas 5 bulan mengamalkan kedua-kedua produk ini secara konsisten, bacaan darah tinggi saya telah menurun dan dulu setiap 1-2 bulan saya perlu pergi ke klinik untuk check up, kini cuma 6 bulan sekali sahaja. Saya juga telah menghabiskan 2 botol Vivix dalam tempoh 5 bulan ini.

Saranan anda saya untuk pembaca yang mempunyai masalah seperti saya, minumlah Vivix untuk kesihatan yang menyeluruh. Saya berasa sangat gembira kerana bacaan darah tinggi saya telah berkurang bacaannya. Saya juga sangat berpuas hati sebab dengan Vivix ini saya tidak lagi perlu mengambil ubat-ubat lain. Ianya memudahkan saya yang tak suka sangat makan ubat ini.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anak saya kerana memperkenalkan Vivix kepada saya. Selama 4 tahun saya menghidap darah tinggi ini, akhirnya saya bebas. Malah berat badan saya juga turun dengan banyak selepas mengamalkan Vivix.
Terima kasih Vivix! Saya sayang Vivix!


Anda juga menghadiahkan kebahagiaan & kesihatan seperti ini kepada ibu bapa anda? Jom dapatkan Vivix segera daripada saya. Whatsapp saya di 014-984 0240 (Irda) untuk pertanyaan, order & konsultasi eksklusif.

APA YG BISNES SHAKLEE DAH UBAH PADA SAYA?

Bila dah 5 tahun saya setia dengan bisnes Shaklee ni, ada yg tertanya-tanya; 'apa laa yg dia tu taksub sangat dengan Shaklee tu? Nak jual barang, jual je la.. tak payah sampai taksub sangat. Sampai hari-hari nak cakap pasal Shaklee.' Huhu.. Agak berlebihan perkataan taksub tu sebenarnya. Takde taksub pun. Cuma kami bangga dah menjadikan Shaklee ni sebahagian besar dari hidup kami. Sebab? Banyak yg Shaklee dah buat dalam pelbagai sudut dalam hidup saya & keluarga.


1. BUKAN PRODUK SUPPLEMEN SEMBARANGAN

Dulu, memang saya tak percaya pada supplemen. Pada saya semua produk supplemen sama je. Pengedar nak jual barang sebab nak cari duit. So, pada saya Shaklee ni sama je dengan mana-mana produk yg keluar kat iklan televisyen ke, majalah ke, surat khabar ke atau pamplet yg diedarkan dari rumah ke rumah.

Perspektif saya mula berubah sikit untuk mencuba Shaklee bila saya tengok kawan-kawan sekolah yg sebaya saya mula amalkan Shaklee. Makin lama makin ramai. Dan yg penting, saya tengok diorang makin lama makin sihat & cantik. Eh eh eh.. perempuan kan.. mana boleh kawan lagi cantik! Hahaha..

So saya mula study pasal jenama Shaklee. Katanya produk Shaklee ni 100% dibuat dari bahan semulajadi, terbukti secara saintifik & dijamin berkesan. Wow! Berani ek claim macam tu sekali. So, why not i give a try. Kebetulan memang nak berpantang & menyusukan anak kedua masa tu. Kalau betul, produk ni hebat, MESTI akan rasa berbeza dari pengalaman berpantang anak pertama.

Allahuakbar. Ternyata MEMANG BERBEZA! Badan saya rasa lebih cergas, takde rasa lemau, takde rasa stress, muka tak pucat lesi & yg penting susu badan saya cukup sangat untuk baby. Malah, saya berjaya susukan anak kedua saya secara penuh sehingga hampir 2 tahun! Sebab? Sebab walaupun letih bekerja & dah mula haid setiap bulan, tapi badan tetap rasa cergas & mampu untuk menghasilkan susu secukupnya.


2. MENGAJAR ERTI GAYA HIDUP SIHAT

Dari masa ke masa, makin banyak produk Shaklee saya amalkan. Bermula dari menyusu, saya mula nak cantikkan kulit & bentuk badan pula. Eh, macam ketagih pulak. Ye la, sebab dah berkesan kan.. hehehe..

So bila dah berkesan, kita akan makin sayang diri kita tau. Dari makan produk untuk pecahkan lemak & kawal kolesterol, kita mula pula elakkan makanan berproses, elakkan makanan berminyak, elakkan gula berlebihan, kurangkan garam dalam makanan & mula sukakan sayur-sayuran & buah-buahan.

Sebab, kalau kita betul-betul kenal Shaklee, syarikat Shaklee itu sendiri pun bukan sekadar menggalakkan pengambilan supplemennya yg berasaskan bahan semulajadi; tetapi juga turut menggalakkan kita mengamalkan gaya hidup sihat. Ini termasuklah mengawal pemakanan & mengamalkan senaman. Free motivation. Best kan?


3. KELUARGA LEBIH SIHAT

Dari mengamalkan untuk diri sendiri sahaja, saya ajak pula suami, anak-anak & ibu bapa saya amalkan produk Shaklee. Saya belikan produk yg sesuai untuk mereka. Ye la, kata sayang kan?

Hasilnya? Kami jarang jatuh sakit & jadi 'pelawat setia' klinik/hospital. Dan, kami dah tak jadi 'penagih Panadol' dah. Kalau dulu, mudah sangat demam. Pastu makan Panadol. Tak berkesan juga, pergi la klinik. Ambil ubatan berdadah.

Bukan anti ubat; tapi kesian badan kita kalau setiap bulan nak kena makan ubat berdadah kan? Semua tu ada effect pada sistem imun badan & fungsi organ tau. Bila dah terbiasa makan ubat, badan jadi 'lali' dengan keberkesanan ubat tu. So, makin lama makin kena up lagi dosage ubat tu. Ish...


4. DAPAT JANA INCOME SAMBIL BANTU ORANG JADI MAKIN SIHAT

Orang kata, kalau nak berniaga, biarlah berniaga barang yg memberi manfaat kepada orang dengan cara yg betul. Bukan sekadar 'nak cari duit poket sendiri' semata-mata. Betul kan? Takkan kita nak jual produk yg membahayakan nyawa orang. Berkat ke duit hasil usaha sebegitu?

Shaklee beri saya peluang ini dengan sangat luas. Keseronokan sebenar dalam bisnes ni adalah bila kita dapat bantu orang jadi lebih sihat hasil dari produk yg kita sarankan pada mereka.

Ada yg susah hamil, jadi beranak-pinak. Ada yg berjerawat teruk, jadi cantik berseri. Ada yg gemuk, jadi slim disayangi suami. Ada suami perokok, jadi hensem & wangi. Ada yg terbaring lemah, jadi mampu berjalan.
Tak seronok ke?


5. DAPAT CAPAI ONE OF MY ULTIMATE DREAMS

Apa impian teragung saya tu?
Saya nak duduk rumah melihat anak-anak membesar. Saya nak mereka makan minum dari air tangan saya setiap hari. Saya nak mereka lihat saya ada bersama mereka setiap hari ketika mereka membesar. Saya nak jadi ibu dalam erti kata sebenar. Tapi dalam masa yg sama saya mahu ada pendapatan sendiri. Bukan kerana suami tak mampu; tapi kerana saya MAHU.

Shaklee beri saya peluang ini. Dari seorang ibu bekerja yg sangat kurang masa bersama anak, menjadi seorang surirumah berpendapatan (WAHM) yg sentiasa ada di sisi anak saya. Malah, suami juga sangat-sangat gembira dengan 'jawatan' saya sekarang.
Allahuakbar.

Maka, nikmat Allah yg mana lagi yg mahu saya dustakan?


Irda
014-984 0240
Shaklee Independent Distributor yg sedia menbantu anda.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...