Fakta tentang Vitamin C Yang Perlu Kita Tahu

1. Tahukah anda  binatang seperti kambing dapat menghasilkan Vitamin C di dalam badan mereka sebanyak 12,000 mg  sehari dan sesetengah haiwan yang lebih besar menghasilkan 20,000 mg Vitamin C dalam tubuh badan mereka. Kita, manusia tidak dapat menghasilkan vitamin C dalam badan kita sendiri dan kita harus memperolehinya daripada pemakanan kita. Masya Allah, hanya DIA yang Maha Mengetahui tentang sesuatu kejadian, dan kita manusia adalah sebaik-baik penciptaanNya. ^_^

2. Mereka yang mengambil supplemen Vitamin C setiap hari mengurangkan risiko  kanser dan penyakit jantung.

3. Vitamin melindungi sel DNA daripada kerosakan radikal bebas.

4. Vitamin C melindungi sperma lelaki daripada rosak akibat radikal bebas. Bagi pasangan yang cuba mendapatkan anak, pastikan anda menggandakan pengambilan Vitamin C setiap hari lebih-lebih lagi jika suami seorang perokok, golongan perokok kehilangan 100mg vitamin C setiap hari.

5. Vitamin C berperanan besar dalam penghasilan kolagen, . Mahu kulit cantik dan sihat? Vitamin C yang perlu anda ambil. ^_^

6. Vitamin C adalah antioksidan yang diperlukan oleh sekurang- kurangnya 300 fungsi metabolik dalam badan, termasuklah penggantian dan pertumbuhan tisu, gusi yang sihat. Vitamin ini juga berfungsi mengeluarkan hormon anti stress dan interferon, sejenis protien sistem imuniti yang penting. Vitamin C sangat penting untuk membina imuniti yang kuat.

7.Tahukah anda racun labah- labah hitam yang berbisa dapat di tawarkan dengan dos vitamin C yang sangat tinggi? ^_^

8. Vitamin C melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat.

9. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari?

10.Vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.

Apakah tanda kekurangan vitamin C yang sangat ketara?

*Mudah tertekan (stress)
*Kulit sangat kering dan bersisik
*Tapak kaki keras dan kasar
*Luka lambat sembuh
*Mudah selesema atau bersin
*Wajah tampak lebih tua berbanding umur (Vitamin C penting untuk pembentukan kolagen)
*Mudah mendapat ulcer
*Mudah demam
*Penyakit skurvi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...