Pemakanan bayi adalah susu. Penyusuan ibu sahaja sudah cukup untuk membekalkan nutrien yang diperlukan oleh anak. Pemakanan paling sihat adalah susu ibu dan banyak kebaikan yang diperolehi oleh baby dan ibu. Susu ibu terhasil dan zat di dalamnya terdiri daripada pemakanan yang di amalkan oleh ibu.
Pentingkah menjaga pemakanan wahai ibu-ibu? Nampak remeh tapi membawa impak besar pada golongan yang bergelar ibu, lebih-lebih lagi yang sedang menyusukan bayi. Penting menjaga pengambilan makanan kerana:
- Ibu-ibu perlu membekalkan diet yang lengkap dan sempurna serta cukup nutrient bagi menggantikan simpanan tenaga yang berkurang semasa menyusu bayi.
- Menggalakkan supply dan demand susu badan, susu yang cukup akan memastikan perkembangan yang sempurna bagi bayi.
- Pemakanan yang sempurna juga boleh mengembalikan berat badan idaman ( masa mengandung ramai yang naik berat badan kan?)
Makanla mengikut piramid makanan yang di cadangkan. |
Bukan piramid makanan yang ini tau! |
Pemilihan makanan yang bernutrient tinggi penting bagi memastikan anak kita mendapat manfaat daripada penyusuan badan yang diberikan. Pelbagaikan makanan yang kita ambil, ikut portion yang betul dan imbangkan aktiviti fizikal seperti bersenam dan beriadah dengan intake food yang dia ambil agar tidak berlaku lebihan kalori.
Apa yang penting, ibu harus meminum air yang banyak, yang di sarankan adalah 8-10 gelas sehari kerana 87% daripada susu ibu adalah air.
Tips: Minum segelas air setiap kali sebelum meyusukan bayi atau mengepam, ini akan menghasilkan lebih banyak susu dan meminum air masak juga sangat membantu menurunkan berat badan.