Pesakit Kencing Manis perlukan lebih Vitamin C

Assalammualaikum dan Hi semua.

        Dr. Linus Pauling, seorang penerima hadiah nobel, mengatakan bahawa Vitamin C merupakan penyembuh kepada selsema dan batuk. Vitamin  C juga merupakan antioksidan yang larut air. Vitamin C tidak boleh di hasilkan oleh badan manusia dan harus di perolehi melalui makanan ataupun supplemen tambahan. Vitamin C adalah sangat penting untuk sistem imun manusia. Satu kajian University California mendapati mereka yang mengamalkan suplemen hidup lebih lama dan lebih sihat berbanding mereka yang tidak mengambil supplemen Vitamin C.

FUNGSI-FUNGSI VITAMIN C


1.  Membantu tumbesaran  kanak – kanak. 
2.  Memelihara kesihatan   kulit, gigi dan gusi. 
3.  Membantu penyerapan  ferum. 
4.  Pembinaan tius  perantaraan ( kolagen),  pembentukan  hemoglobin dan  endapan ferum dalam  
    hati.

5.  Menguatkan dinding  saluran darah. 
6.  Menguatkan sistem  pertahanan tubuh dan  mempercepatkan  pemulihan luka serta  serangan penyakit. 
7.  Antioksidan yang sangat baik untuk sistem imun dan mencegah penyakit kronik.

KESAN KEKURANGAN VITAMIN C


1.  Penyakit skurvi.
2.  Kulit kering,   kasar, gigi   longgar dan  gusi berdarah. 
3.  Kapilari darah di  bawah kulit  pecah. 
4.  Luka, lebam dan  penyakit kulit lambat sembuh. 

5.  Kurang daya  tahan. 
6. Wajah nampak lebih tua berbanding usia
7. Mudah tertekan
8.Mudah mendapat demam dan selsema





 Mengapakah Pesakit Kencing Manis Perlukan Lebih Vitamin C?

Ini kerana glukos dan Vitamin C memasuki sel melalui saluran yang sama, ia memberikan implikasi yang besar pada pesakit kencing manis. Apabila kandungan glukos yang tinggi dalam darah, glukos dan vitamin terpaksa bersaing untuk memasuki sel dan glukos akan menang kerana kandungannya yang banyak dalam darah. Ini akan menjadikan sel kekurangan vitamin C dan apabila proses ini berulang dan berterusan, ini akan mengakibatkan penyakit-penyakit yang berpunca daripada kekurangan Vitamin C muncul. Hati-hati, apabila luka tidak boleh sembuh ini menyebabkan bahagian itu  terpaksa di potong.



Amputasi berlaku apabila luka yang dihidapi oleh pesakit kencing manis susah sembuh, ini mengakibatkan bahagian anggota badan itu terpaksa di potong.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...