VITAMIN SHAKLEE: VITAMIN YANG SEMULAJADI, HALAL & SELAMAT

Assalamualaikum semua.. Sekadar satu reminder/peringatan kecil untuk kita semua.. (^_^)

Sejak akhir-akhir ni saya lihat pelbagai produk 'kecantikan & kesihatan' tumbuh bagai cendawan selepas hujan di internet nih.. Tak kiralah sama ada di Facebook, blog mahupun laman-laman web. Ada produk untuk licinkan kulit, hilangkan jerawat, merawat kesuburan, ubat kuat, dan yang paling laris produk pelansingan badan. Ye lah, siapa tak nak jadi cantik kan? Terutamanya bagi mereka yang sudah melahirkan anak ataupun hendak melangsungkan perkahwinan.

Saya bukan nak bersifat 'membela' produk yang saya jual. Cuma, saya amat berharap agar kepada pembeli-pembeli di luar sana
menyemak & meneliti terlebih dahulu apa-apa produk yang ingin dibeli; khususnya sama ada ia HALAL, SELAMAT dari segi bahan yang digunakan serta MENDAPAT KELULUSAN Kementerian Kesihatan Malaysia.

Bukan susah pun nak periksa, cuma:

1. Lihat logo halal yang tertera pada produk. Jika tiada, dapatkan kepastian daripada pengedar. Jika ada, minta ditunjukkan salinan sijil halal yang dikatakan. Tiada tanda halal JAKIM tidak bermakna tidak halal ye. Sesetengah produk dikeluarkan oleh pengeluar di negara lain. Jadi, minta salinan sijil halal oleh negara berkenaan daripada pengedar anda.

2. Lihat jika produk tersebut ada nombor siri kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia. Label kelulusan serta nombor siri biasanya diletak/dilekat di bahagian belakang botol/bekas; berhampiran kod bar produk.

3. Baca senarai bahan isi kandungan produk tersebut. Jika ada yang meragukan, minta pencerahan daripada pengedar/agen yang menjual. Agen/pengedar yang bagus/baik akan membekalkan anda dengan maklumat-maklumat yang tepat supaya produk yang dijual tidak meragukan serta yakin selamat untuk digunakan.

Ingat ye, "You Are What You Eat". Jangan kerana semata-mata ingin mencapai apa yang dihajati (kurus, kulit licin & sebagainya), kita sanggup memperjudikan kesihatan kita. Mungkin kita lihat dalam jangka pendek sesuatu produk itu berkesan mencapai matlamatnya; tetapi jangan lupa bahawa ada banyak lagi bahan lain yang ia 'tinggalkan' di dalam badan kita. (^_^)



Untuk pesanan vitamin anda dan konsultasi secara percuma, hubungi saya:
SHAKLEE Independent Distributor (Irda - ID 909714)
Email: irda2104@yahoo.com
Call/SMS/Whatsapp: 014-984 0240
COD: Sekitar Johor Bahru, Nusajaya, Skudai & Kulaijaya.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...