KITARAN HAID TAK TETAP: BOLEHKAH HAMIL?

Assalamualaikum semua.. (^_^)

Sejak akhir-akhir ni ramai juga yg pm/SMS/Whatsapp saya bertanyakan tentang supplement yg boleh membantu masalah kitaran haid tak tetap dan supplemen untuk ingin hamil.. macam-macam juga 'soalan cepumas' yg diorang tanya kat saya.. hehe..

Ada yg bertanya pada saya;

"Kalau kitaran period tak ok (tak teratur), memang tak boleh pregnant ke?"

Jawapan saya;

"Boleh.. Cuma peratus kemungkinannya kecil."

Mengapa pula?

Sebab kedatangan haid/period menunjukkan bahawa ovari kita menghasilkan telur/ovum tetapi ia tidak disenyawakan pada waktu/bulan tersebut. Jadi, apabila haid datang secara teratur setiap bulan, itu bermakna ovari kita menghasilkan telur setiap bulan. Sekaligus, kemungkinan persenyawaan berlaku adalah tinggi untuk berlaku setiap bulan.


Kitaran haid normal adalah sekitar 28-32 hari. Ia dikira bermula dari hari pertama darah haid keluar. Darah haid biasanya akan keluar pada hari 1 hingga hari ke-7. Manakala fasa 'hari subur' biasanya dijangka berlaku sekitar hari ke-11 hingga hari ke-16. Di mana, pada waktu ini ovum berada pada fasa paling optimum untuk disenyawakan. Sekiranya persenyawaan berlaku, haid tidak akan datang selepas hari terakhir kitaran normal anda. Kebiasaannya, kelewatan haid secepat 5 hari sahaja pun memungkinkan urine pregnancy test (UPT) menunjukkan garis positif bahawa anda telah hamil.

Jika haid anda tidak teratur, proses ini akan menjadi sukar. Anda akan sukar untuk menentukan hari subur anda. Malah semakin sukar untuk mengetahui sama ada anda sememangnya hamil atau sekadar lewat datang haid lagi atau sememangnya haid anda tidak akan datang pada bulan seterusnya.

GLA Complex Shaklee; alhamdulillah telah membantu ramai wanita mendapatkan kitaran haid yg teratur & normal. Namun, pengambilan yg konsisten selama sekurang-kurangnya 3 bulan adalah diperlukan bagi memastikan GLA Complex ini boleh membantu 'memperbaiki' hormon & sistem badan anda.



Anda ada masalah kitaran haid? Jom saya bantu!

Irda
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...