STIGMA PENIPUAN MLM DALAM BISNES SHAKLEE

Masih ramai sebenarnya yg skeptik dengan modul bisnes Shaklee ni. Terutamanya yg berpandangan "alaa, Shaklee ni MLM kan? Semua MLM sama je. Kerja menipu duit orang. Modal ribu-ribu. Pastu upline sapu duit downline. Tu yg upline makin kaya. Yg awal-awal join tu la yg kaya." Masih ramai yg beranggapan semua MLM (multilevel marketing) ni sama sahaja. Tak habis-habis menipu duit orang beribu-ribu untuk modal permulaan bisnes.

BETUL KE PERLU ADA UPLINE-DOWNLINE NI DALAM BISNES SHAKLEE?

Betul. Dalam bisnes MLM macam Shaklee ni networking itu penting. Sesiapa yg nak daftar jadi ahli perlu ada 'Sponsor'; iaitu Pengedar Sah Bebas (SID) sedia ada yg tolong daftarkan anda di bawah rangkaiannya. Inilah yg kita panggil 'upline & downline'; di mana SID yg menjadi 'Sponsor' itu adalah UPLINE & ahli baru yg didaftarkan itu adalah DOWNLINE.

JADI BETULLAH UPLINE AKAN JADI KAYA BILA DIA LAGI RAMAI DOWNLINE? SEBAB LAGI RAMAI DOWNLINE, LAGI BANYAKLAH DUIT DAPAT?

Konsep/modul asal bisnes Shaklee yg ditetapkan sepertimana P&R Shaklee Malaysia adalah disahkan patuh syariah. Di mana, TIADA UNSUR SYUBHAH ATAU PENIPUAN atau 'untung atas angin' yg akan upline perolehi atas pendaftaran mana-mana downline. Yuran pendaftaran keahlian sebanyak RM68.90 (termasuk GST) adalah dibayar sepenuhnya kepada pihak Shaklee Malaysia. Sebagai timbal-balik, ahli akan mendapat sebuah beg starter kit yg berisi dengan Buku Panduan Produk, Buku Latar Belakang Syarikat, Buku Business Manual, Buku P&R Syarikat, flyers tentang National/International Trip Reward, buku resit rasmi & booklet senarai harga & uv setiap produk. Kesemuanya cetakan berwarna; di mana nilainya berbaloi/setimpal dengan bayaran pendaftaran keahlian. Malah, sebagai keistimewaan sebagai ahli, setiap ahli boleh membeli mana-mana produk Shaklee dengan harga ahli istimewa yg puratanya 15-20% lebih rendah berbanding harga retail untuk bukan ahli. Sponsor ataupun upline TIDAK MENERIMA sebarang komisyen/bayaran daripada yuran keahlian ahli baru di bawah rangkaiannya.

KALAU MACAM TU, DARI MANA SID DAPAT UNTUNG DALAM BISNES SHAKLEE NI?

Modul bisnes yg patuh syariah adalah bisnes yg adil - siapa yg berusaha, maka dia yg akan merasa hasilnya. Kebanyakan pengguna Shaklee berdaftar sebagai ahli hanya untuk mendapatkan harga ahli bagi produk yg dibeli setiap bulan. Upline tidak mendapat untung retail daripada belian ahli dalam rangkaiannya. Namun, uv belian downline yg tidak mencapai jumlah minimum untuk melayakkannya mendapat bonus akan termasuk di dalam kiraan uv upline untuk tujuan pembayaran bonus bulanan. Ia dikira sebagai 'upah' di atas servis yg diberikan kepada downline tersebut. Namun, jika downline membeli produk; walaupun untuk kegunaan sendiri sahaja pun telah mencapai jumlah uv yg melayakkannya untuk mendapat bonus bulanan, maka upline TIDAK akan menerima apa-apa bonus dari jumlah uv downline tersebut. Tak untung? Sabar. Upline juga perlu membuat jualan persendirian juga untuk bonus persendiriannya. Cash bonus asas & untung retail masih boleh diperolehi melalui jualan produk kepada customer bukan ahli. Sebagai tambahan, apabila anda mencapai tahap 'Leader' dalam bisnes Shaklee, syarikat akan membayar anda Bonus Kepimpinan sebagai menghargai anda. Malah, Leader juga berpeluang untuk mendapat Car Bonus (dalam bentuk cash) & National/International Trip Reward apabila memenuhi syarat kelayakan!

BERAPA MODAL UNTUK BUAT BISNES SHAKLEE? MESTI KENA BELI STOK RIBU-RIBU KAN? BARU DAPAT BONUS.

Modul asal bisnes Shaklee TIDAK PERNAH MEWAJIBKAN ahlinya membeli stok modal beribu-ribu ringgit untuk memulakan bisnes Shaklee. Namun, lumrah manusia; ada pelbagai cara mahu mencapai apa yg mereka mahukan melalui modul bisnes MLM macam Shaklee ni. Ada yg mahu cepat bergelar 'Leader' kerana mahukan bonus bulanan yg mencecah 4-5-6 angka. Ya. Shaklee adalah syarikat MLM yg membayar bonus tertinggi di Malaysia kepada pengedarnya. Oleh kerana itu, ramai yg berebut-rebut mahu bergelar 'Leader' dalam bisnes Shaklee.

Atas sebab itulah pentingnya ANDA MEMILIH SUPPORT TEAM/GROUP yg betul apabila berkeputusan untuk menyertai bisnes Shaklee. Dalam team besar iReach yg saya sertai, kami TIDAK PERNAH menggalakkan atau meminta anda melaburkan sejumlah modal yg besar untuk membeli stok bagi melayakkan anda mendapat cash bonus bulanan. Sebaliknya, kami galakkan anda bermula dari sekecil-kecil modal iaitu bayaran pendaftaran ahli SAHAJA. Ya. Modal permulaan bisnes Shaklee bersama team iReach HANYA RM68.90 SAHAJA.

KALAU TAK SIMPAN STOK, MACAM MANA NAK HANTAR BARANG KALAU CUSTOMER ORDER?

Zaman sekarang semuanya di hujung jari. Sepertimana kami di dalam team iReach menggalakkan untuk menjalankan bisnes Shaklee secara online, maka seperti itu jugalah hebatnya sistem online yg disediakan oleh pihak Shaklee Malaysia. Setelah bayaran diterima dari customer yg memesan barang, SID hanya perlu order barang yg dibeli oleh customer di portal/website khas di shaklee2u.com.my sahaja, buat bayaran secara online menggunakan kad debit/kredit, kemudian pihak Shaklee Malaysia sendiri akan menguruskan penghantaran barang kepada customer melalui perkhidmatan kurier. Mudah bukan? Sesiapa pun boleh melalukannya pada bila-bila masa & di mana-mana sahaja; asalkan mempunyai talian internet. Bagi yg tinggal berhampiran dengan cawangan Shaklee di Johor Bahru, Sri Rampai, Kota Bharu, Pulau Pinang, Ipoh & Kota Kinabalu, boleh juga membeli produk yg dipesan di kaunter cawangan.

LEBIH KURANG MACAM DROPSHIP LA. KALAU MACAM TU, MUDAH & MURAH SANGATLAH BUAT BISNES SHAKLEE NI.

Ya. Memang sangat murah modalnya & mudah pengurusannya. Semuanya boleh dibuat melalui hujung jari & di hadapan skrin smartphone/laptop sahaja. Modal TERBESAR dalam bisnes Shaklee adalah sama sahaja seperti mana-mana bisnes pun; iaitu RAJIN, KESABARAN HATI & KECEKALAN MENTAL. Kerana tiada kejayaan yg mudah untuk dicapai dalam hidup ini. Namun, jika kita TAK KENAL ERTI MENGALAH, kemanisan itu PASTI menunggu di akhir destinasi perjuangan kita. 😊

Ada sebarang pertanyaan tentang bisnes Shaklee? Boleh hubungi saya melalui PM di Facebook ataupun Whatsapp di:

014-984 0240 (Irda)
SHAKLEE BUSINESS LEADER & MENTOR.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...