JADI SURIRUMAH PUN KENA CANTIK SUPAYA SUAMI TAK CARI LAIN

Hari ni belek-belek album lama; zaman sekolah & zaman universiti dulu. Siap ada 1 album gambar tu semuanya gambar saya & Incik Husband masa zaman bercinta dulu. Hehehe.. Ala, bukan gambar dating pun, hampir semuanya gambar masa pegi site visit & program jabatan kat FAB UTM. Ada kat JB, Penang, Melaka, Sarawak & kat studio/fakulti. Rasa nak gelakkan diri sendiri pun ada. Sebab? Masa dulu tu rasa dah confident diri tu dah comel habis dah. Rupanya bila tengok balik, comot je. Ditimpa perasaan sungguh!! 😂😂

Lepas kawen muda, kami hidup berdua lama. Lepas 5 tahun kawen baru dapat anak sulung. Masa tu lah badan naik bagai di pam pam. Waktu makan & kerja tak menentu. Pastu suka snacking. Bila keluar makan, makan ikut suka je. Tengok wayang atau nonton drama kat rumah, macam-macam kudapan ada. Pastu yg paling sadis masa tu, kulit muka saya memang berbelak-belak tau. Terutamanya kat area pelipis yg terpisah antara bahagian bertudung dengan yg terdedah kepada cahaya matahari. Kulit saya memang SANGAT MUDAH SUNBURN & LAMBAT PULIH. 😭😭 Dah la selalu kena pegi site & travel sana-sini. Kadang tak sanggup nak tengok 'line' kat tepi muka tu tau.

Saya pulak cerewet pasal skincare. Kalau orang selalu excited dengan macam-macam skincare kat iklan tv ke majalah tu, saya pulak jenis skeptik. Saya paaaaling takut kulit rosak. Sebab tu jugak seumur hidup ni saya tak pernah pegi facial spa! Sebab takut! 🙈🙈

Sampailah saya mula kenal Shaklee masa bersalin anak kedua (Iman.) Masa tu, rasa sangat perbezaan dengan masa berpantang Ihsan. Badan memang rasa cergas, tak lesu, tak stress, luka czer cepat pulih, susu badan banyak & paling best, kulit muka tu tak pasal-pasal jadi berseri! Tak pucat pun sepanjang berpantang tau. Tambah pulak bila sambung dengan set menyusu masa dah masuk kerja balik tu, berat badan senang je turun sampai 9kg!! Waaaa... tak tergambar happy dia bila baju-baju semua jadi makin longgar! 💃💃

Tak lama lepas tu, saya beranikan diri cuba skincare dari Shaklee Jepun - Nutriwhite. Masa tu ramai cakap Nutriwhite ni boleh hilangkan pigmentasi & sunburn. Woww! Ini adalah 2 masalah utama saya! Dan kebanyakan wanita Asia berkulit cerah pun kerap ada masalah ni tau. Memang tak kawan dengan uv matahari ni. Hahaha..

Allahuakbar. Tak tergambar rasanya bila kulit mula nampak perubahan. Bila pegi site atau aktiviti luar, dah TAK MUDAH 'TERBAKAR' atau sunburn lagi. Kalau kena sekalipun sebab baru lepas survey kat site lama-lama ke, mesti KEJAP JE DAH PULIH sunburn tu. Bonus pointnya lagi bila guna Nutriwhite ni, muka saya dah tak jadi berminyak sangat dah. Rasa moist kat kulit tu seimbang je. Pegang pun lembutttt je. Haha.. Vavavavaaaa.. memang sangat happy!

Sampai hari ni, walaupun saya cuma seorang surirumah, saya masih maintain guna Nutriwhite punya Gentle Makeup Remover, Gentle Deep Cleanser, Soothing Radiance Softener & Ultimate Whitening Protection Lotion. Kulit memang terlindung dari uv matahari yg semakin bahaya sekarang ni. Dan siapa kata surirumah TAK PERLU CANTIK? WAJIB woooo... Suami kita kat luar tu bekerja & berjumpa dengan macam-macam wanita yg bergaya & melawa. Takkan balik rumah dia nak tengok isteri selebet & kusam tak bermaya je kan? Dah la bau bawang pulak tu. Sedihhhhh.. hahaha. So, kena la melawa juga walaupun kerja duduk rumah je. Dan sebab tu juga kena ada income sendiri. Supaya boleh spend untuk melawa! 😘

Setuju ke setuju??

IRDA
014-984 0240
Shaklee Business Leader & Mentor

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...