KENAPA BISNES ONLINE LEBIH BAIK BERBANDING BISNES KONVENSIONAL?

Siapa pernah baca tentang kejayaan si cantik manis Neelofa dengan bisnes Naelofar Hijabnya yg berjaya membuat keuntungan sehingga RM50juta pada tahun 2015? Berbekalkan 'hati yg terluka', beliau telah memulakan perniagaan Naelofar Hijab (NH) pada sekitar 2014 melalui kaedah online sahaja. Satu demi satu design dikeluarkan oleh NH sejak itu. Kebanyakannya menjadi kegilaan ramai; mungkin kerana jenama atau mungkin juga kerana design hijabnya yg mudah untuk disarungkan serta materialnya yg selesa; sesuai dengan harga yg berpatutan. Namun, tak kurang juga ada design yg gagal mendapat sambutan akui Lofa. Kutukan, sindiran & tohmahan juga tak kurang diterima oleh beliau. Tapi, itu semua tak pernah melunturkan semangat juang wanita yg terkenal dengan jolokan "beauty with brain" ni. Hebat sangatkah Neelofa? Atau dia sekadar bertuah kerana dia punya kecantikan, nama yg gah serta kemampuan dari segi modal untuk memulakan perniagaan?

Jawapannya TIDAK. Mungkin kecantikan & populariti itu sedikit sebanyak menjadi 'good luck' yg menyebelahi Lofa. Tapi, yakinlah bahawa usaha gigih, komitmen, kesungguhan & kecekalan wanita muda ini yg menjadi tunjang keberjayaannya. Dan, medium 'bisnes online' yg dipilih olehnya adalah satu langkah bijak yg telah diambilnya untuk memulakan platform perniagaannya.

Kenapa perlu pilih bisnes online berbanding bisnes konvensional? Ini pandangan saya:

MODAL PERMULAAN YG LEBIH RENDAH
====================================
Tak perlu cari lot kedai/booth untuk dibeli atau disewa. Nak sewa lot kedai bukannya murah. Tambahan pula, bila baru mula nak sewa, mesti pemilik lot akan meminta sejumlah deposit yg banyak; biasanya 1-3 bulan sewa ke hadapan. Ye lah, pemilik lot nak 'secure' bisnes sewaan dia juga kan? Nak beli lot sendiri? 1 lot rumah kedai sahaja pun di kawasan bandar dah mencecah harga jutaan ringgit. Mana nak cari modal nak bayar deposit kalau perniagaan kita belum bermula pun? Itu pun kalau lokasi biasa-biasa sahaja. Agak-agaknya kalau di pusat perniagaan terkenal macam di Bandar Baru Bangi, Setia Alam, Shah Alam atau Kota Damansara tu, berapalah agaknya minimum modal yg diperlukan ye? Itu belum kira kos pengubahsuaian hiasan dalaman kedai lagi.

Bisnes online mudah. Tak perlu nak cari lot perniagaan bagai. Malah, dari ruang tamu atau meja makan rumah sendiri pun kita boleh memulakan perniagaan. Yg penting, perlu ada smartphone atau laptop serta talian internet sahaja. Tak payah keluar modal ribuan ringgit.

TAK PERLU MODAL BULANAN YG TINGGI
====================================
Bila dah ada lot kedai, mestilah kena bayar installment/sewa bulanan kan? Mana ada bayaran bulanan yg cuma puluhan/ratusan ringgit zaman sekarang ni. Semuanya mencecah ribuan ringgit. Itu belum termasuk kos bil-bil berkaitan seperti bil elektrik, bil air, bil telefon, bil pembentungan & kos bayaran gaji pekerja. Tak lupa juga kos-kos kontigensi untuk masa-masa kecemasan. Contohnya aircond rosak ke, mentol lampu chandelier meletup ke, pintu kedai dipecah perompak ke dan sebagainya. Nak sewa lori angkut stok, khemah & pembesar suara untuk waktu jualan murah, pembelian mesin cashier & lain-lain lagi.

Bila buat bisnes online; khususnya dari rumah, modal bulanan yg perlu dikeluarkan tentunya amat minimum. Kos bil-bil adalah hanya untuk yg perlu (compulsory) untuk meneruskan kehidupan seharian di rumah sahaja. Sewa internet pun paling mahal cuma sekitar RM200+ sebulan. Dah laju sangat dah tu khidmat internet yg diperolehi.

TAK PERLU BERDEPAN DENGAN RISIKO CUACA
=====================================
Pernah tengok makcik jual nasi lemak di gerai pinggir jalan? Atau penjaja yg berniaga ni pasar malam? Saya pernah terbaca luahan seorang peniaga yg berniaga Kimbab di pasar mingguan. Pada suatu hari, hujan lebat & angin kuat melanda kawasan jualannya. Waktu itu, dia telah menyediakan 200 pack Kimbab untuk jualan. Baru sahaja jual 10 pack, hujan lebat mula turun. Dari petang sampai ke maghrib. Sudahnya, terpaksa tutup gerai sebab cuaca sangat tak mengizinkan. Ye lah, hujan & ribut, mana ada pelanggan nak pergi pasar pun kan? Dalam pada dia sedang kesedihan, datang seorang makcik dari gerai bersebelahan. Makcik tersebut mengatakan, hasil jualannya pada hari itu baru 2 ringgit sahaja! Dahh hujan lebat pula. Allahuakbar.. Runtun hati saya membacanya.

Bisnes online dari rumah tak perlu kisah panas, hujan & ribut. Selagi ada line internet, selagi itu promosi & sharing produk boleh dibuat. Selagi itu juga pelanggan boleh menghubungi kita untuk membuat urusan jual beli. Nak pos barang/order pun mudah sebab sekarang dah ada macam-macam syarikat perkhidmatan courier. Nak yg datang pickup di rumah pun boleh.

CAPAIAN PROSPEK YG MELUAS
============================
Bila kita buka kedai, kebarangkalian prospek pelanggan yg singgah hanyalah yg berada di sekitar kawasan tersebut sahaja. Jika bernasib baik & jenama kita dah terkenal, barulah ada pengunjung yg datang dari kawasan jauh sedikit. Itu pun, dalam 10 orang yg masuk kedai, belum tentu lebih dari 5 orang yg membeli. Silap-silap, seorang sahaja beli. Yg lain sekadar 'window shopping'. Lagi-lagi kalau kedai kita terletak di dalam mall macam PKNS Shah Alam tu kan?

Melalui online, pelbagai medium kita boleh gunakan untuk mencapai prospek pelanggan di seluruh negara; malah dunia. Kita boleh guna website, blog, Instagram, Facebook, Twitter, WeChat, Whatsapp & macam-macam lagi media sosial yg tumbuh bagai cendawan pada masa kini. Segalanya hanya di hujung jari. Orang kata, 'klik klik je dah untung'.

Persoalannya, KENAPA PERLU MULA BISNES ONLINE SEKARANG?

Zaman sekarang orang berlumba-lumba menjana pendapatan. Sehinggakan ada yg berpendapat 'ijazah universiti tu sekadar buat cukup syarat ada kelulusan sahaja. Hakikatnya, dah tak laku dah di pasaran pekerjaan'. Begitu sekali persaingan dalam bidang pekerjaan sekarang. Itu yg punya kelulusan. Bagaimana yg kurang bernasib baik di zaman persekolahan? Adakah tiada langsung peluang untuk mereka memajukan diri? Belum kira lagi golongan para ibu bekerja yg tertekan dengan rutin harian yg mendesak. Keluar pergi kerja waktu matahari belum timbul, balik selepas matahari terbenam. Bila masanya nak bersama anak-anak? Bila pulak nak memasak, mengemas rumah & sebagainya? Perlukah hanya pihak suami yg terus tertekan menjana pendapatan untuk keluarga sekiranya si isteri mahu berhenti kerja & menjadi surirumah sepenuh masa?

Zaman ini nilai wang itu terlalu kecil. Tetapi tuntutan harian yg memerlukan wang itu semakin tinggi. Gaji bulanan sahaja TIDAK CUKUP untuk menampung keperluan perbelanjaan harian keluarga. Itu baru keluarga sendiri. Bagaimana dengan ibu bapa kita di kampung? Bagaimana dengan adik-adik kita yg masih perlu menyambung pelajaran? Bagaimana dengan kemahuan anak-anak untuk pergi bercuti & berseronok? Jika gaji bulanan pun tak mencukupi, bagaimana kita nak kumpul modal untuk memulakan bisnes konvensional? Nak buat pinjaman bank? Menambah beban bayaran bulanan lagi ada lah.

Maka, bisnes online adalah alternatif pilihan yg TERBAIK. Mulakanlah secara part time tanpa menjejaskan kerja hakiki. Bisnes online tiada had sempadan masa, lokasi & taraf pendidikan. Sesiapa sahaja boleh memulakan pada bila-bila masa. Apa yg penting adalah KEMAHUAN untuk memajukan diri, KOMITMEN yg tinggi, KECEKALAN HATI serta PERANCANGAN yg jelas tentang arah tuju & impian hidup yg mahu digapai.

Nak bisnes online TAK PERLU ADA PRODUK JENAMA SENDIRI macam Neelofa pun. Banyak produk lain yg boleh kita pasarkan secara dropship ataupun stokis. Tinggal kita nak pilih. Macam saya? Saya pilih Shaklee. Satu jenama produk supplemen kesihatan yg sudah 60 tahun berada di muka bumi ini. Malah, kesemua produknya disahkan selamat & berkesan oleh para saintis serta mempunyai jurnal saintifik sokongan. Dan bisnes Shaklee jugalah yg telah mengubah saya dari seorang ibu yg bekerja pejabat kepada seorang surirumah sepenuh masa yg menjalankan perniagaan online hanya dari rumah. Insya Allah, ada beberapa lagi perniagaan online yg masih dalam perancangan masa hadapan saya & suami. 😊

Irda
014-984 0240
Shaklee Business Leader & Mentor

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...