KELEBIHAN BUAT BISNES ONLINE

Bukan sekali dua, tapi dah banyak kali sebenarnya bila orang yg ambil nombor saya kat blog ke, FB page ke Instagram ke, tanya saya "Kedai awak kat mana ye? Hari ni bukak tak?". Hehehe.. Tiap kali tu jugalah saya akan explain bahawa perniagaan saya ni TIADA KEDAI NYATA. Saya bisnes melalui online sahaja bagi kawasan selain daripada Johor Bahru, Skudai & Nusajaya. Kalau yg nak berurusan direct dengan saya, di 3 kawasan tu bolehlah. Sangat dialu-alukan. Memang saya buat delivery ke hadapan pintu rumah/pejabat anda. Dan saya juga selalu kena explain bahawa produk Shaklee ni memang TIDAK DIJUAL DI MANA-MANA KAUNTER KEDAI ataupun farmasi. Ia menyalahi P&R kami. So, kalau anda terrrjumpa kat mana-mana toko jamu ke, farmasi ke, kedai sinseh ke atau booth kat Jusco/Giant ke, tu boleh report ke Shaklee tu tau. Boleh ditarik balik keahlian dia.

Yg saya ada selama 3 tahun berbisnes Shaklee ni hanyalah 'kedai-kedai maya' sahaja. Saya gunakan pelbagai media sosial di internet untuk mencapai prospek/pelanggan di seluruh pelusuk Malaysia khususnya & dunia amnya. Haaa.. lagi canggih dari kedai nyata kan? Hehehe..

KEDAI UTAMA - BLOG.
===================
Masa mula-mula saya nak buat bisnes Shaklee ni tahun 2013 dulu, upline cantik saya Khairani Bahaudin terus suruh saya buat blog. Kebetulan, sebelum buat bisnes pun saya memang ada blog personal. So, takde masalah pun untuk saya bina sebuah lagi blog khas untuk bisnes Shaklee ni. Masa tu, upline saya kata "buatlah blog Irda.. Sebab kat Malaysia ni kekurangan sumber rujukan online tentang kesihatan dalam Bahasa Malaysia. English berlambak. Tapi ramai orang kita malas nak baca bila dalam English." Ooopppssss.. memang betul pun kan kan kan? Hehehe.. so, saya binalah blog ni!

Alhamdulillah, sehingga kini kedai maya saya yg satu ini telah menjadi 'pokok duit ajaib' saya. Setiap hari beratus-ratus pelawat yg mengunjungi kedai saya. Dan setiap hari ada sahaja prospek baru yg menghubungi saya hasil mengambil nombor telefon saya di blog ini. Beberapa artikel blog saya pun dah tersenarai di 1st page Google Search untuk beberapa kata kunci carian. Alhamdulillah. 😍😍

KEDAI FACEBOOK - PAGE
=====================
Selain FB personal (Irda Bay) saya juga ada beberapa FB Page tau. Tujuan FB Page ni adalah untuk capaian prospek yg lebih luas lagi. Dan ada masanya saya run FB Ads untuk mencari prospek. Alhamdulillah setakat ni, ramai juga pelanggan saya yg PM melalui pages ni. Sekarang, saya dah ada 3 FB Page tau yg untuk tujuan bisnes & sharing! 😍😍
.
1. Page Pengedar Shaklee Johor Bahru 014-9840240 (khas untuk prospek sekitar Johor Bahru, Skudai & Nusajaya yg nakkan perkhidmatan COD)

2. Page Yourhealthshoppe (Page pertama bersama FB untuk berkongsi tentang kelebihan produk Shaklee)

3. Page Tips Kulit Cantik Setiap Hari (khas untuk perkongsian tips-tips kecantikan serta produk Shaklee yg bertujuan untuk penjagaan kecantikan)

KEDAI INSTAGRAM
================
Kedai yg ini saya buka khas untuk generasi & golongan yg suka terpengaruh untuk search & membeli berdasarkan gambar. Kalau siapa yg biasa 'window' atau online shopping di Instagram mesti faham maksud saya ni. Saya sendiri pun kalau nak belek-belek barang nak shopping, saya suka belek Instagram. Sebab saya suka tengok gambar. Di Instagram ni biasanya proses jual beli lebih simple. Share gambar - explain sikit je - bagi harga - bagi no contact. Kemudian prospek akan DM kita atau Whatsapp terus ke nombor kita. Haa.. ni kedai Instagram saya:

tokey.vitamin.johor

Dah ramai juga customers saya dari Instagram ni tau. Alhamdulillah.

Semua kedai saya dah sertakan link. So, jemput datang, like, follow, baca & shopping ye. Dah ada yg berkenan di hati? Whatsapp je saya di: 014-984 0240 tau.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...