BAHAYA GEMUK! Beza wanita 250lbs vs 120lbs

Ok, tujuan post ini dibuat adalah untuk highlightkan kenapa kita harus jaga BMI badan kita supaya stabil dan ideal. Gambar ini saya ambil dari internet [ credit]Imej menunjukkan scan badan [MRI slice kalau tak silap saya] antara 2 individu wanita, berat 113kg dan wanita yang mempunyai berat badan 54kg.


ok, so tak payah la saya nak cerita pasal faedah kurus- atau- bahaya gemuk sebab semua orang pun tahu tapi mahu tak mahu je. Cuma harapan saya, di penghujung entry ini anda akan mula memikirkan beberapa perkara tentang "memulakan penjagaan kesihatan" ataupun " buat tak peduli ajela dengan badan yang semakin 'comel' itu"

Perbandingan antara wanita 250 lbs dgn wanita 120 lbs

1.Lihat dari bahagian lutut ke kaki, wanita 250 lbs dibahagian buku lali agak bengkok, kerana beban berat badan yang di tampungnya sehari-hari. Ini mengakibatkan sakit di bahagian pergelangan kaki dan lebih teruk lagi jika individu tersebut mengidap penyakit gout.

2.Perhatikan tulang keting wanita 250 lbs yang nipis berbanding dengan Wanita 120 lbs. Pengambilan gizi yang tidak seimbang, seterusnya menjurus kepada kekurangan vitamin dan mineral yang lain seperti Vitamin D dan Kalsium mungkin menjadi faktor kepada keadaan ini.

3. Perhatikan lemak-lemak tebal yang membaluti organ-organ dalaman wanita 250lbs berbanding wanita 120 lbs.Lemak- lemak juga sangat tebal dibahagian bawah kulit.

4. Wanita overweight juga mempunyai usus dan perut yang lebih besar.

Saya bukanlah doktor pakar tapi apa yang kita lihat di atas cukup untuk memberitahu bahawa keadaan di atas bukan perkara yang harus kita pandang remeh. Menjadi orang yang OBESITI boleh membunuh, walaupun anda fikir anda sihat dan kuat.

Tenung, fikir dan buat sesuatu jika anda mengalami situasi yang sama dengan wanita 250 lbs ini. Baik lelaki mahupun perempuan. Keputusan di tangan anda.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...