Kalau bergaduh jangan racun kopi suami ye... |
Err...maafla kalau entry terlebih lebih.^^ Saja nak letak tajuk gempak mudahan- mudahan para isteri sentiasa dapat mengekalkan kecantikan dan kesihatan buat suami tercinta dan begitu juga para suami, vice versa.
Jadi adakalanya bila seharian di pejabat, keluar rumah gelap, balik rumah gelap, makan pun tak tentu masa, kita akan merasakan keletihan melampau, stress yang memburukkan lagi keadaan. Balik rasa nak lelap mata dan tak mahu fikir tentang perkara lain, lantakla kain baju yang bertimbun di bakul, pinggan di singki. Nak tidur, nak tidur, nak tidur... Suami pulak balik kerja( atau mengeteh.. hehe ) tolong isteri mana yang patut, pastu sama2 penat. Dah tertidur di sofa. Seks? Forget It.
Menurut arwah Tuan Hj Talip seorang kaunselor rumahtangga, kebanyakan masalah rumahtangga berpunca dari kekurangan keperluan batin. Perasaan curiga, cemburu, cepat marah mudah terjadi apabila keperluan seks dalam rumahtangga tidak dipenuhi dengan sebaiknya. Hasil kajian beliau, pasangan suami isteri yang sentiasa cukup dalam keperluan seks atau merasai seronok melakukan hubungan seksual ini atau libido akan merasa lebih bahagia, tenang hatinya, awet muda, dan lebih berkeyakinan berbanding mereka yang mempunyai masalah dalam hal ini.
Jika masalah kedinginan hubungan suami isteri berlarutan, akan terjadinya jurang antara suami dan isteri. Akan mula datang bibit cemburu, curiga, syak wasangka dalam diri terhadap pasangan masing2. Adakala isu kecil sahaja sebenarnya namun sebab emosi dan keperluan seks ini tidak dipenuhi dengan baik maka ada juga kes pergaduhan yang boleh mengakibatkan berlarutan sehingga talak diminta.Nauzubillah.
Itu sebabnya penting untuk mengekalkan kesihatan yang baik. Pakar membuat kajian 1 daripada 5 pasangan hidup dalam keadaan " sexless" marriage.Bermaksud, frekuensinya kurang daripada 10 kali setahun. Mungkin untuk warga emas (60 tahun keatas) perkara ini normal. Tapi untuk mereka yang berumur 26-45 tahun perkara ini sesuatu yang sangat serius. Hubungan suami isteri ini adalah ikatan emosi yang harus disemai dan di baja selalu. Tanpanya kita cuma hidup seperti " college university roomate". Betul kan? So, much or less hanya itu rahsia yang pasangan itu mengetahui, dan jika anda tahu anda berhadapan dengan masalah seksualiti yang dingin,harus segera mencari penyelesaiannya.
Jadi, saya mahu berkongsi kebaikan Vitamin untuk Kesihatan Suami Isteri, so here is the list.
VITAMIN E
Digelar 'vitamin cinta' atas sebab kaitannya terhadap kesihatan seksual. Diantaranya ialah peranan penting yang dimainkan oleh Vitamin E dalam membantu penghasilan hormon estrogen untuk lelaki dan keseimbangan progesteron pada wanita. Ia penting dalam mengawal keinginan, tarikan dan mood seks anda! Vitamin E berperanan sebagai antioksidan yang berperanan memelihara organisma dari kerosakan semasa proses pengoksidaan yang penting dalam fungsi seksual. Kajian menunjukkan kebanyakan lelaki yang mengambil vitamin E untuk sekurang-kurangnya seminggu akan mengalami tenaga seksual yang lebih baik, libido lebih kuat dan kurang stress dalam kehidupan harian. Bagi wanita, vitamin E mengurangkan sindrom sebelum haid (PMS) dan pre-menopause seperti mood berubah, kekejangan, sakit kepala, depressi dan sebagainya.VITAMIN C
Vitamin C bertindak bersama vitamin E dalam meningkatkan nafsu seksual. Ia membantu proses penting tubuh yang memberi kesan terhadap kesihatan seksual seperti membantu penyerapan zat besi, pembentukan sel daran dan metabolisma kelenjar adrenalin. Vitamin C juga menguatkan sistem imun tubuh, melindungi dari tekanan dan mengekalkan keaktifan tubuh anda. Percubaan klinikal secara rawak oleh seorang penyelidik mendapati dos asid askorbik yang tinggi (terdapat dalam vitamin C) boleh meningkatkan kekerapan hubungan intim dan memperbaiki mood.VITAMIN B
Vitamin B2, B3, B5 dan B 12 boleh membantu meningkatkan keinginan seks. Ia juga penting dalam mengawalselia organ seks manusia. Ia juga penting penghantaran isyarat oleh saraf serta penghasilan tenaga ke seluruh tubuh, yang memainkan peranan utama dalam meningkatkan libido. Vitamin B6 pula mengawal penghasilan prolaktin yang berperanan dalam hubungan intim.VITAMIN A
Membantu mengawal sintesis hormon progesteron, yang penting dalam mewujudkan perasaan berkasih-sayang. Vitamin A juga penting dalam fungsi normal sistem pembiakan lelaki dan wanita.ZINC
Diperlukan dalam proses penghasilan testosterone pada lelaki dan wanita. Kandungan zinc adalah paling tinggi dalam kelenjar prostate dan sperma. Kekurangan zinc boleh menjejaskan kualiti sperma, merendahkan potensi dan keinginan seks.LAIN-LAIN
Magnesium - penting dalam penghasilan hormon seks dan neurotransmitter yang bertindak menggesa organ seks
Selenium - Penting dalam pergerakan dan pengeluaran sperma. Hampir separuh kandungan selenium dalam tubuh lelaki terdapat dalam testis dan saluran semen.
Kesimpulannya, antara vitamin-vitamin asas yang penting untuk kehidupan rumahtangga anda ialah :
- Multivitamin with Iron/ Vitalea
- B Complex
- Vitamin C
- Vitamin E
- Zinc
Terdapat dalam set yang di khususkan untuk lelaki dan wanita. Jadual pengambilan lengkap akan diberi bersama pembelian anda melalui saya.Boleh buat tempahan vitamin-vitamin dengan menghubungi saya di 019-6154956 atau email admin@redcomelmall.com. TQVM
* Suka saya ingin mengingatkan bahawa vitamin-vitamin ini bukanlah ubat-ubatan seperti Viagra, pil Kuda ataupun ubat utk kuat xxxx. Ianya vitamin semulajadi, berfungsi untuk menjadikan badan sihat dan cergas dan the rest, let the nature take it course. Kerana Allah telah menjadikan lelaki untuk wanita, dan wanita untuk lelaki dan DIA jadikan kita jadikan kita berpasang-pasangan supaya kita berasa aman dan tenteram.Saya mendoakan agar kehidupan anda suami isteri sentiasa bahagia selalu.