Uniknya Susu Ibu

Credit to: Wall Persatuan Ibu-ibu Comel Mengandung.



UNIKNYA SUSU IBU

Percayalah bahawa susu ibu itu begitu unik dan tiada tolok bandingnya. Kerana susu ibu…

* sentiasa segar (fresh)
* tersedia dalam suhu yang optimum
* tersedia steril
* tiada pencemaran
* tersedia bila-bila masa
* tiada tarikh luput
* species-specific
* susu yang paling sempurna dan paling lengkap untuk bayi
* hanya diperolehi secara semulajadi apabila melahirkan anak
* mengandungi semua nutrien yang perlu untuk bayi
* mengandungi sel hidup / leukosit, hormon, enzim
* mengandungi antibodi
* mengurangkan risiko jangkitan semua jenis penyakit
* tidak pernah/amat jarang sekali memberi kesan alahan atau alergi
* mudah hadam
* komposisinya berbeza untuk bayi pramatang dan bayi cukup bulan
* komposisinya berbeza mengikut umur bayi
* komposisinya berbeza dalam tiap jam dan hari
* komposisinya berbeza dalam 1 penyusuan (awal dan akhir)
* mencetuskan rasa ketenangan kepada bayi dan ibu (sebab itu selalunya bayi akan tertidur selepas menyusu… dan ibu juga!)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...