3 TANDA-TANDA KANDUNGAN LUAR RAHIM

Setiap isteri mengimpikan untuk mengandung serta melahirkan zuriat dari suami yg dicintai. Malah, semua wanita juga amat mengharapkan agra dapat melalui proses kehamilan & kelahiran yg normal; tanpa sebarang komplikasi. Namun, adakalanya kuasa Maha Pencipta mengatasi segalanya. Sebilangan wanita mungkin akan berhadapan dengan masalah kandungan luar rahim ataupun ectopic pregnancy.


Apakah itu kandungan luar rahim?
set kesuburan shaklee
Kandungan luar rahim terjadi apabila embrio melekat selain daripada di dinding rahim (uterus)


Kandungan luar rahim ataupun bahasa saintifiknya ectopic pregnancy terjadi apabila janis hasil persenyawaan sperma & ovum suami isteri tidak menempel/melekat di dalam uterus seperti yg sepatutnya. Sebaliknya, embrio/janin hasil persenyawaan melekat di luar rahim seperti di tiub faloppio, ovari, serviks dan juga boleh berlaku di ruang abdomen pelvis. Namun, kebanyakan kes kandungan luar rahim biasanya berlaku di tiub faloppio.

set kehamilan shaklee
Kandungan luar rahim yg kebiasaannya terjadi di dalam tiub faloppio


Antara risiko apabila berlakunya kandungan luar rahim adalah pendarahan yg disertai dengan rasa sakit di sekitar bahagian reproduksi wanita. Bagi kes yg lebih serius, kandungan luar rahim yg semakin membesar boleh menyebabkan tiub faloppio atau ovari pecah. Jika ini berlaku, wanita tersebut perlu melakukan pembedahan untuk membuang tiub/bahagian yg telah pecah. Lebih malang lagi, jika keseluruhan sistem peranakan wanita tersebut perlu dibuang! Ini menyebabkan seseorang wanita itu tidak boleh hamil lagi selamanya.


Apakah tanda-tanda sekiranya anda mengalami kandungan luar rahim (ectopic pregnancy)?

Secara amnya, terdapat 3 tanda yg boleh menunjukkan bahawa anda berkemungkinan besar mengalami kandungan luar rahim (ectopic pregnancy):


1. Kesakitan pada bahagian abdomen (perut), haid yg berhenti serta pendarahan pada vagina.

Walau bagaimanapun, tanda-tanda awal ini biasanya turut dialami oleh mereka yg mengalami keguguran. Tanda-tanda ini masih belum boleh mengesahkan bahawa anda benar-benar mengalami kandungan luar rahim. Tanda-tanda ini kebiasaannya akan muncul kira-kira 6 hingga 8 minggu selepas kitaran haid terakhir. Jika sakit perut & pendarahan berterusan ataupun menjadi semakin banyak, anda perlu segera berjumpa doktor.

kandungan luar rahim


2. Pendarahan pada vagina yg tidak berhenti, sakit yg teramat sangat pada bahagian perut serta tekanan darah menjadi rendah secara tiba-tiba.

Pendarahan yg banyak atau berterusan selama berhari-hari tidak sepatutnya berlaku sepanjang tempoh kehamilan. Jika ia berlaku, ia pasti adalah petunjuk bahawa ada sesuatu yg tidak normal pada kandungan anda. Anda juga tidak sepatutnya berasa sakit perut yg teruk terutamanya di sekitar bahagian peranakan ketika hamil. Jika kandungan luar rahim berlaku, kesakitan perut yg teruk berserta pendarahan yg banyak mungkin menjadi petanda bahawa tiub faloppio anda telah pecah. Apabila pendarahan teruk berlaku, tekanan darah anda juga boleh turun secara mendadak. Segeralah berjumpa doktor jika ini berlaku.


3. Keputusan ujian ultrasound.

Ujian ultrasound yg dilakukan melalui vagina adalah kaedah terbaik untuk mengesahkan sekiranya kandungan luar rahim terjadi. Ujian darah juga biasanya akan dibuat oleh doktor pakar sakit puan bagi mengenal pasti kandungan hormon beta HCG. Ujian ultrasound akan dapat melihat dengan hampir sangat tepat di mana kedudukan janin melekat; sama ada di dalam rahim ataupun di kawasan lain selain rahim.


Apakah langkah pencegahan yg boleh diambil bagi mengelakkan ectopic pregnancy?
15% daripada wanita produktif berisiko untuk mendapat kandungan luar rahim. Setakat ini tiada punca atau faktor yg secara tepat boleh mengaitkan siapa yg berisiko untuk mendapat kandungan luar rahim. Walau bagaimanapun, risiko kesan daripada kandungan luar rahim seperti tiub faloppio pecah atau rosak boleh dielakkan dengan membuat pemeriksaan dengan kadar segera sebaik sahaja anda disahkan hamil. Sebaik sahaja anda mendapai ujian urine anda positif, teruslah berjumpa dengan doktor pakar sakit puan yg anda mahukan untuk merawat/menjaga anda sepanjang anda hamil. Pemeriksaan awal amat penting bagi memastikan kandungan anda sihat di peringkat awal. Ini kerana di peringkat inilah pelbagai risiko dalam kehamilan boleh berlaku seperti keguguran, pendarahan, ectopic pregnancy dan sebagainya.


Nota:

Jika anda baru/sedang hamil dan inginkan Set Kehamilan Shaklee yg boleh membantu anda untuk kekal sihat & cergas serta mendapat bekalan yg secukupnya untuk anda dan bayi, sila hubungi saya! HARGA TERBAIK sentiasa dijanjikan untuk anda!

ORDER SEKARANG!

Irda
Pengedar Shaklee Prihatin Anda
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...